Showing posts with label Satu Perjalanan. Show all posts
Showing posts with label Satu Perjalanan. Show all posts

2/4/13

Siri 19 : Souq



Assalamualikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Setelah disepakati, Muhammad memegang jawatan bendahari rumah. Bendahari rumah, ibarat penggerak sebuah rumah. Segala keluar masuk duit, dialah yang menguruskan. Itu baru dalam rumah, di luar banyak lagi yang perlu diuruskan. 

Ikutkan hati, jawatan apa pun dia sudah tidak punya minat untuk memikulnya. Tetapi apabila suara majoriti mula memecah ruang atmosfera, ia mengatasi segalanya. Redha dan segalanya perlu diterima dengan hati terbuka dan cuba dan terus mencuba untuk sentiasa menjadi yang terbaik.

Walau apa sahaja amanah yang dipikul, kuncinya ikhlas. Tanpa keikhlasan, segalanya bagaikan sia-sia. Mungkin segala ibadah kita tidak dikira, bahkan tidak dipandang langsung oleh Allah Ta'ala. Tika adanya keikhlasanlah, hati kita jadi kuat, lantas menguatkan segala jasad badan kita untuk membuat segalanya kerana Allah.


Sibuk.

“ Bagaimana, sanggupkah awak lalui semua ini? Jalan untuk menjadi seorang doktor ini bukan mudah, payah. Ketika belajar pun sukar, apatah lagi ketika sudah bekerja nanti.”Provokasi seorang panel penemu duga sebelum medapatkan sebuah biasiswa.

Jika dahulu sudah dirasakan sibuk, kini makin sudah terasa bahang kesibukan yang tak terhingga. Terbayang juga, bagaimanalah agaknya tahun-tahun mendatang. Pasti lebih mencabar, pasti perlukan lebih kecekalan.

Sekali melihat para senior, dalam hati rasa seronok, rasa suatu kebahagiaan. Sudah tentu banyak yang mereka telah lalui dan kini jalan mereka tinggal sedikit sahaja lagi untuk dihabiskan. Bahagia. Di sebalik senyuman-senyuman manis mereka, tertera sebenarnya kepuasan mereka melalui jalan yang tidak semua orang lalui ini.

Bagi Muhammad, inilah satu medan latihan, sebelum benar-benar menempuhi realiti sebenar suatu hari nanti. Jika sekarang sudah mengeluh, apatah lagi pula nanti. Kerja lagi menimbun, waktu rehat belum tentu banyak bahkan perlu pula bertemankan stress berhadapan dengan pelbagai kerenah ciptaan Allah paling sempurna ini.

Sakit memanglah sakit. Namun, kesakitan itulah yang bakal mengajar kita pelbagai erti kehidupan. Letih memang letih, namun itu ruang jalan jihad yang telah ditentukan-Nya.

Ya, ini juga satu channel jihad. Percayalah.

Kadang-kadang kita tidaklah sesibuk mana, tetapi yang membezakan segalanya ialah cara kita mengawal dan mengatur masa kita.

Pinta kepada Allah sang empunya masa untuk memberkati masa kita dan sentiasa isikan masa dengan perkara-perkara berfaedah, yang di hujungnya di matlamatkan hanya kerana Allah, yang boleh bawa manfaat kepada Islam, yang punya kepentingan untuk ummah. Insya-Allah, berkatlah masa.


Telur Rebus.

“ Sibuk, sibuk juga. Makan jangan lupa. Jangan biar perut kosong. Nanti banyak pula masalah yang datang. Perut kamu itu perlu sentiasa diisi, takut sakit pula nanti. Bukan mama tak tahu perut kamu tu...” Pesan ibu Muhammad.

Setiap kali bercakap dengan ibunya, itulah antara nasihat yang selalu diungkapkan melalui corong telefon atau lowongan skype. Seorang ibu itu, nasihatnya sangat-sangat berguna, sampai bila-bila. Walau dengarnya ringkas, tapi sungguh, ia perlu dicakna sebaik mungkin. Kerana, kadang-kadang sang ibu lebih tahu perihal anak-anaknya berbanding diri anak-anak itu sendiri.

Kini mudah, selepas membaca buku Prof. Dr. Muhaya, dia banyak makan telur rebus. Semuanya kerana telur rebus mudah disediakan dan penguraiannya yang mengandungi kandungan protein yang tinggi menyebabkan ia lambat diuraikan berbanding makanan-makanan berasaskan karbohidrat.

Paling tepat untuk disifatkan dengan telur rebus ialah, dapat jimatkan masa! Suatu perkara yang sangat penting bagi seseorang yang kurang masa terluang.


Pasar.

Souq, atau semasa di Malaysia, kita gelarkan pasar. Setelah berpindah rumah, pasar yang berdekatan dengan rumah Muhammad sangatlah menarik. Ada dua pasar, satu yang kecil, dan satu lagi lebih besar dan meriah.

Pada umur kecilnya, dia sering dibawa ke pasar. Mengikuti ayahnya pergi ke pasar seperti jadi kemestian. Ikut dan ikut, mengekori sang ayah. Seronok. 

Selalu juga ayahnya berikan sedikit duit untuk beli apa yang dia mahukan. Tika itu, itulah saat yang di nanti-nantikan dan sangat seronok. Perkara utama untuk dibeli, pastinya ais kacang atau cendol pulut. Subhanallah, itulah menu pasar malam yang paling mengancam. Hingga sudah berada di kejauhan, ais kacang dan cendol pulut itulah yang dirindui. Sangat banyak kenangan.

Muhammad suka ikut ayahnya. Beli ayam, picit-picit ayam. Beli ikan, menyelak insang, picit-picit ikan dan basuh tangan. Sangat seronok tika itu.

Semua itu di lalui Muhammad suatu ketika dahulu. Tanpa disedari, itulah yang membentuk dirinya hari ini. Itu satu didikan tidak formal, yang tidak semua orang pernah lalui dan sukai. Berapa ramai sangat anak-anak hari ini yang mahu temankan sang ayah membeli barang keperluan, bertukang dan berkebun? Juga berapa ramai juga anak-anak yang suka meneman ibunya beli belah di pasar raya, memasak dan mengemas?

Percayalah, itu semua satu didikan buat kita. Didikan untuk jadi matang pada masa mendatang. Yang boleh mendidik diri supaya faham erti sebuah tanggungjawab.

Pasar di sini, sudah tentu berbeza dengan di Malaysia. Mana tidaknya, jika di Malaysia, segala macam barangan boleh diniagakan di pasar, tetapi di tempat baharu Muhammad ini, pasarnya hanya jual barang basah. Barang kering ada, tetapi cuma sedikit.

Sayur-sayuran segar, dijual dengan harga yang agak murah. Risiko untuk rambang mata juga jadi lebih tinggi kerana ramai yang berniaga perkara yang sama, cuma kualitinya berbeza. 

Jika di Hayyu Sabi' dahulu sukar untuk dapatkan ikan, kena pergi ke tempat yang agak jauh, kini di souq baharu ini, punya banyak pilihan untuk memilih dan harga tidaklah mahal sangat, biasa-biasa sahaja. Jika pergi pada awal pagi kebanyakannya pasti masih segar lagi. Tetapi jika sudah larut petang, hanya tinggal yang kurang elok sahaja kebanyakannya, tetapi harga dikurangkan. Masing-masing ada kelebihan.

Di souq ini jugalah, medan Muhammad memperdalam kemahiran komunikasi dengan orang arab. Kerana di kawasan tersebut, kurang orang asing berbanding tempat yang pernah tinggal sebelum ini. Ini menjadikan mereka tidak selalu cuba cakap bahasa Melayu dengan kita. Betapa mudahnya bahasa Melayu, orang arab pun boleh bercakap. Mereka juga tidak memandang rendah kepada kita untuk berbahasa arab 'ammi berbanding di kawasa souq yang lain. 

Para penjual itulah yang jadi gurunya. Sekali pergi, tanya nama barang yang belum diketahui, " Dah ismu eh (ini nama apa) ?". Kadang-kadang lupa, tanya lagi, lama-lama insya-Allah boleh ingat. Mereka akan layan kita jika kita punya usaha dan kesungguhan untuk belajar bahasa mereka.

Padanya juga, banyak manfaat buat orang yang suka berfikir. Dari melihat suasana dan adat jualan orang arab, hinggalah kepada barangan yang mereka jual. Semuanya indah buat orang yang suka berfikir, yang di hujng fikirnya, di matlamatkan kepada Allah. Boleh datang berbagai-bagai rasa.


Sebuah tanggungjawab.

Satu perkara yang semua orang ada, iaitu tanggungjawab. Dari sekecil-kecil tanggungjawab, hingga sebesar-besar tanggungjawab. Ia tetap dinamakan tanggungjawab.

Walau bagaimana pun, perkara pentingnya ialah peranan kita terhadapnya dan keikhlasan kita menghadapinya. Maka, sabarlah menghadapinya dengan tenang. Allah tahu perkara yang mampu kita pikul.


Tanggungjawab itu perlu disusuri dengan cahaya iman. Supaya mudah untuk diheret ke alam redha-Nya.


Wallahua'alam.


Muhammad Iqbal
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
4.2.2013
9:04 a.m





10/20/12

Siri 18 : Kotak Chenta


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Muhammad tika ini, sudah pun beberapa hari menghirup udara tahun dua dalam pengajian perubatannya. Walau bau udaranya masih sama, namun rentaknya makin berbeza. Ada perkara yang perlu diubah, ada perkara yang perlu dikekalkan.

Mahu tidak mahu, perlu ada satu perubahan. Kecil atau besar kapasitinya, tidak kira. Janji ada dan semestinya perlu lebih baik dari sebelumnya.

Sakit?

Kalau dipaksa, pasti awalnya akan ada rasa sakit. Namun, jika benar hati kita hanya berharap kepada Allah, sentiasa bulatkan niat kita hanya untuk Allah, insya-Allah segalanya bakal jadi mudah dan pastinya jadi indah!

Tanda hati yang ikhlas ialah apabila hati sentiasa mengharap kepada Allah. Tidak kepada makhluk. Kepada Allah sahajalah segala pengaharapan. Hati itu tidak akan pernah kecewa kerana segalanya dibulatkan hanya kerana Allah. Bukan kepada mana-mana makhluk.


Sebuah kotak.

Ianya hanya sebuah kotak biasa. Berwarna coklat cerah yang diperbuat daripada kertas. Isinya, bombastik. Bukan sahaja barangan keperluan dari Malaysia, bahkan ianya juga disalut tebal dengan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Membuka kotak itu, sesuatu yang amat bermakna. Tingginya makna dan rasa kasih sayang sang ibu itu hingga membuka tirai air mata sang anak yang membukanya. Tiada lain yang Muhammad rasakan, hanya syukur. Syukur yang melimpah ruah.

Rasa yang tak terungkap.

Kuih-muih buatan sang ibu, tiada tandingannya. Rindu yang bertandang di sisi Muhammad, sedikit terubat. Mengunyahnya dapat membayangkan wajah ibu ayah serta adik-beradik yang sentiasa berada di lubuk hatinya. Oh, sungguh syahdu rasa hatinya. Lebih dari setahun tidak berjumpa.


Setekad azam.

Muhammad, tidaklah sepandai mana. Walaupun begitu, harapan, tekad dan azam perlu terus dibina dan dipasak sekemasnya. Supaya memudahkan segala perjalanan hidup kelak.

Hidup, makin dewasa makin susah, makin rumit. Itulah resam yang harus di lalui semua orang. Iman dan ilmulah yang memandu hidup kita.

Dekat di sudut hati Muhammad, dia berharap yang segala usaha dalam memajukan diri dalam pelajaran dan kehidupan dapat terus meningkat dan istiqamah. Tiadalah segalanya, melainkan hanya taufiq daripada Allah.

Berazam itu mudah. Melaksanakannya itu cabarannya.

Merintih-rintih hati Muhammad.

" Ya Allah,

Engkau tahu segala kemampuanku,

Engkau tahu segala kelemahanku,

hanya Engkau yang tahu segala yang terbaik buatku,

aku malu,

aku hanyir dengan dosa,

hatiku hitam yang hampir buta,

Engkau kuatkanlah imanku yang rapuh ini,

Engkau ampunkanlah segala dosa hamba dhaif-Mu  ini,

Engkau redhailah hidupku ini,

Engkau rahmatilah hamba-Mu ini. "


Sekuat mana kita, kita perlu juga bergantung kepada orang lain.
Lebih penting, bergantunglah kepada yang tidak pernah mati.



Wallahua'alam.



Muhammad Iqbal.
el-Abbasiyah, Cairo, Egypt.
19 Oktober 2012
11:43 p.m



9/21/12

Siri 17 : Hujung Cuti.


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Sedar tidak sedar, menghayun-hayun kepala, mengeleng-geleng, menghantuk-hantuk, lihat atas dan bawah, sudah lebih setahun Muhammad menghirup udara berdebu di bumi Kinanah ini. Cuti pun sudah di penghujung.

Muhammad telah mengambil keputusan untuk tidak pulang ke Malaysia pada cuti kali ini sejak di awal fatrah pengajian tahun pertama lagi. Ilmu-ilmu di sini belum puas lagi diteguknya. Biar sakit dahulu, agar mudah kemudian. Dalam jalan menuntut ilmu, tiada yang mudahnya. Penuh saja jalan berliku, penuh duri-duri jalanan. Sakitnya usahlah lagi dipersoalkan, hanya Tuhan saja yang tahu.

Ketika mengadu kepada ayahnya tentang susahnya belajar, hanya dengan kalam mudah ayahnya menjawab.

" Kalau nak mudah, baik tak payah belajar!"

Nah, diam seribu bahasa, seram kelu hendak membalas.


Cuti-cuti.

Aktiviti-aktiviti cuti, tidak lain mestilah berkait dengan ilmu. Sia-sia saja, kalau berada di bumi Qiblat Ilmu, tapi masih leka dengan segala hiburan segala bagai.

Pesan seorang ustaz kepada Muhammad, antara perkara yang perlu dapat setelah graduate di sini nanti, tak kiralah kamu berada dalam bidang apa sekali pun, ialah Sijil Markaz Lughah ( Setaraf diploma bahasa arab di Malaysia ) dan Sanad Bacaan al-Quran.

Maka, mula segalanya, perlulah menyusun segala gerak kerja mengikut prioriti dan penuh rasional. Perlu bijak dalam menyusunnya, jika tidak rugi jadinya.

Lambakan buku-buku, sama ada buku-buku bidang perubatan sendiri atau bidang lain, perlu dikerah tenaga untuk habiskan. Susun bahasa, Melayu, Inggeris dan Arab. Baca setakat yang termampu, bawa dan baca di mana saja berada. Tak kira dalam tremco, teksi, metro ( seakan LRT ) atau dalam bas sekali pun.

Letihnya usah dikira. Penuntut ilmu akhir zaman perlu sedar yang masa mereka hanya sedikit. Perlu juga kiranya untuk kurangkan waktu tidur, waktu rehat apatah lagi. Biarkan otak sentiasa berjalan, menerima ilmu bermanfaat.


Efisien.

Pengangkutan sangatlah penting dalam proses menuntut ilmu, tambahan pula jika tempat pengajian yang berbeza-beza dan jauh jaraknya. Buat yang mampu di bumi Anbiyak ini, mereka boleh membeli motosikal dengan harga yang agak murah berbanding Malaysia.

Tetapi, buat yang tidak mampu dan yang ingin merentas rasa susahnya dan nikmatnya menuntut ilmu, boleh saja menggunakan pengangkutan awam yang disediakan. Kawasan bandar seperti Kota Kaherah ini sememangnya pengangkutan awamnya sangat efisien dan murah.

Kini, apabila telah berpindah ke Abbasiyah, jarak ke Masjid al-Azhar, Masjid Husien dan Masjid Soleh Ja'fari lebih dekat. Tetapi, kekangan lain muncul pula. Pengangkutan terus ke sana agak lebih rumit sedikit. Kena bertukar-tukar pengangkutan. Agak letih dan rumit. Sakit.



Hujung.

Namun, kini sudah dihujung percutian. Tak lama lagi sudah mula kuliah. Maka, dengan itu Muhammad sudah masuk pengajiannya untuk tahun kedua. Alhamdulilllah.

Semua kudrat bakal ditumpukan sepenuhnya untuk pengajian perubatan. Tinggalkan sedikit penumpuan terhadap bidang lain.


Wallahua'alam.


Muhammad Iqbal
el-Abbasiyah, Cairo, Egypt.
19.9.2012
4:19 p.m


9/20/12

Siri 16 : Nasi Kabsah.

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Fikiran Muhammad menerawang. Mahu beraya di mana agaknya Aidilfitri ini. Hayyu Sabi' atau Hayyu 'Asyir? Kedua-dua tempat itu merupakan kawasan tumpuan para pelajar Malaysia di Mesir.

Akhirnya, bulat fikiran memproses keputusan. Memandangkan kini Muhammad sudah menetap di Abbasiyah, nampaknya keputusan memihak kepada beraya di situ sajalah. Bagi Muhammad, baru la ada feeling beraya diperantauan sikit. Tak ramai orang Malaysia yang berada di situ waktu perayaan.

Muhammad seterusnya berpakat dengan dua lagi sahabatnya, untuk beraya bersama. Rasa la sikit kemeriahan raya.


Nasi Kabsah.

Pertama kali dengar nasi kabsah ini setelah hampir setengah tahun berapa di bumi Mesir. Tapi, dengar setakat dengar, tak pernah tahu rupanya bagaimana. Tak tahu juga rasanya sesedap mana.

Alhamdulillah, pada suatu hari, Muhammad dan sahabat-sahabat lain telah berkunjung ke sebuah rumah dua orang ustaz senior di bumi barakah ini. Mereka sudah berada di Mesir lebih dari dua belas tahun. Mereka sangat-sangat berpengalaman dan sangat-sangat senior. Rugilah kiranya jika tidak menceduk ilmu yang sangat bertimbun tingginya dari mereka. Segala ilmu, ilmu agama, ilmu survival hidup dan tak dilupa ilmu masak-memasak.

Kunjungan mereka bukan kunjungan kosong. Mereka membawa bersama juga barang-barangan untuk dimasak. Muhammad tidak tahu pada malam itu mereka bakal memasak nasi kabsah. Dia hanya menolong sahaja.

Menurut ustaz-ustaz itu, nasi kabsah ini sememangnya berasal dari kawasan Arab Saudi. Mereka sendiri telah belajar memasak nasi kabsah itu daripada warga negara Arab Saudi ketika ada sekumpulan pelajar yang tinggal di kawasan tempat tinggal mereka dahulu.

Apa yang membuatkan nasi ini istimewa ialah ramuan asalnya merupakan daging kambing dho'ni. Kambing dho'ni ini sejenis kambing biri-biri yang tidak ada di Malaysia. Bau dan rasanya, sangat-sangat mengancam. Harganya juga boleh tahan mahal.

Kambing dho'ni dalam al-Quran.

"(Binatang ternak itu) lapan ekor - (empat) pasangan; dari kambing biri-biri dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari kambing biasa dua ekor (sepasang jantan betina). Tanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Adakah yang diharamkan Allah itu, dua jantannya atau dua betinanya, atau yang dikandung oleh rahim dua betinanya? Terangkanlah kepadaku dengan berdasarkan ilmu pengetahuan (Syarak dari Allah yang menjadi dalil tentang haramnya), jika betul kamu orang-orang yang benar".
(Al-An'aam 6:143)

Setelah siap semua dan dihidang, barulah tahu bahawa itu sebenarnya nasi kabsah. Betapa dalam diri Muahmmad berasa rugi kerana tidak melihat dengan teliti cara pembuatan nasi kabsah itu. Walaupun dia turut terlibat dalam pembuatan nasi kabsah tersebut, namun dia tak begitu teliti.

Pertama kali Muhammad rasa, Subhanallah betapa sedapnya nasi kabsah itu. Daging kambing dhokni yang sememangnya mengiurkan sesiapa yang mengidunya. Ummmmph, mantap!

Apabila ditanya berkali-kali, akhirnya ustaz-ustaz itu sudi menurunkan resepi nasi kabsah buat Muhammad. Semuanya dicatat dan ditanya sebagaimana Muhammad selalu bertanya resepi kepada ibunya.


Malam Raya.

Di sebabkan gas di rumah sudah habis, maka segala persiapan raya semuanya dibawa ke rumah sahabat-sahabat lain. Termasuk persediaan makanan. Mereka tak bercadang untuk buat kuih raya dan rendang ketupat, tetapi mahu cuba kelainan untuk memasak nasi kabsah.

Walaupun belum pernah masak nasi kabsah sebelum ini, Muhammad dan rakan-rakannya cuba juga berganding bahu menyiapkannya. Duduk berhalaqah tiga orang dan mulalah adegan potong memotong bahan. Air mata malam raya di perantauan juga mengalir, bukan kerana sedih tetapi pedih mata menyiang bawang.

^_^


Syukur, setelah bertungkus lumus, akhirnya nasi kabsah menjadi pada pukul dua setengah pagi walaupun dengan kekurangan bahan masakan. Rasanya, walau pertama kali buat, boleh tahan juga sedapnya. Semua melirik senyuman manis malam raya tanda puas.

Orang lelaki memang simple kan? Kuih arab di tepi itu tidak termasuk dalam pekej, cuma sebagai ganti kuih raya. Kan Muhammad?



Pagi Raya.

Semua bercadang menunaikan solat sunat raya aidilfitri dengan pakain lengkap baju melayu bersampin. Mata orang arab semua tertumpu kepada mereka. Ada yang mengejek dan ada yang tengok seakan-akan kami ini alien dari planet asing. Begitulah arab, tidak seperti masyarakat eropah yang katanya lebih menghormati budaya negara lain.

Pagi raya dimeriahkan lagi dengan bersama pergi menaiki metro ( seakan LRT ) ke Asrama Rumah Melayu (ARMA ) di kawasan Abdou Pasha, Abbasiyah. Sate yang telah lama diidamkan akhirnya dapat juga dijamah oleh mereka. Berjumpa dengan sahabat handai beraya dan bersalaman dengan mereka.

Hidup merantau seronok. Kitalah yang mewarnai kematangan diri kita dari pelbagai aspek. Walau keluarga jauh di mata, mereka sentiasa berada di dalam hati, walau sejauh mana merantau pergi.


Wallahua'alam.


Muhammad Iqbal.
el-Abasiyah, Cairo, Egypt.


9/19/12

Siri 15 : Jatuh

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Dalam hidup, jatuh dan naik itu normal.

Yang bezanya, bagaimana kita menguruskan dua perihal keadaan tersebut. Sama ada dengan akhlak ajaran Nabi, atau dengan emosi yang selalu memakan diri.

Jatuh naik perkara biasa.


Muhammad, tak terlepas dari segala jatuh bangun itu. Jatuh dalam diri Muhammad memuncak apabila satu subjek untuk final examnya perlu di reseat.

Kalau sudah berusaha bersungguh-sungguh dan tawakkal, tak perlu terlalu sedih. Mungkin cara berusaha itu kurang betul. Chill, dan betulkan semula.


Juga Tak Terlepas.

Baginya, sakit. Sungguh sakit. Perkara yang pertama yang perlu dilakukan ialah senyum.

Sebagai hamba, kita perlu Redha dengan segala percaturan Allah. Andai kita membantah, itu bukan lagi Redha, tapi membantah segala percaturan Allah!

Kita siapa, Tuhan?

Hati manusia normal, datang jua sedikit kesedihan. Seribu rasa datang menerpa, namun rasa yang paling dahsyat menikam ialah, 'akulah yang paling bodoh'.

Dalam keadaan begitu, kita jangan melihat apa-apa, selain Allah. Segalanya datang daripada Allah dan terus yakin dengan segala percaturan Allah untuk kita adalah sentiasa yang terbaik. Hanya kita sahaja yang belum mengetahui dan nampak segala hikmah itu.

Terus jadi cool. Sentiasa senyum tanda Redha. Orang lain tak rasa, biar kita sahaja yang rasa. Mahu harap bantuan orang lain tak boleh sangat, mereka hanya setakat tepuk belakang dan hadiahkan senyuman sahaja kepada kita.

Senyum.


Sayang.

"Tak payah nak sedih sangat, nak buat macam mana, itu semua salah kamu. Salah kamu, sedarlah!"

Ada sejenis manusia yang sering menuding jari dan berkata sedemikian. Fikiran mereka sukar untuk capai kepada Allah. Hati mereka terhijab, sukar untuk fikiran mereka kembali kepada Allah.

Bagi Muhammad, dia yakin, ini satu tanda sayang. Sayangnya Sang Rabb kepada hamba-Nya.

" Apabila Tuhan sayang akan hamba-Nya, Dia akan mengujinya."

Ustaz yang mengajarkan ilmu tasawuf kepadanya, sering mengungkap kata-kata emas demikian. Apabila kita sayang kepada Allah dan Rasulullah. Mudah saja kita hadapi segalanya.

Bagaimana mahu disayangi, jika kita tidak pernah menyayangi?

Sakit kita, walau tak didengari sangat oleh orang lain, Allah sentiasa mengetahuinya. Meniti sirah Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam junjungan mulia, buat kita rasa kerdil diri.

" Setara mana sangat ujian Allah ini buatku, hamba-hamba kesayangan Allah dan orang lain lebih dahsyat dan getir lagi ujiannya.." Dengus jiwa kecil Muhammad.



Telah berkata seorang yang soleh:

"Kami meminta daripada Allah,
sekiranya diberikan, kami gembira satu kali,
dan sekiranya kami dihalang, kami gembira sepuluh kali,
kerana pemberian itu adalah kehendak kami, dan halangan itu adalah kehendak Allah,
dan kehendak Allah adalah lebih baik daripada kehendak kami..."



Dari Anas bin Malik Radhiallahuanhu, Rasulullahi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda;

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

" Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah." 
(Riwayat al-Tirmidzi - hasan)



Wallahu'alam.


Muhammad Iqbal.
el-Abbasiyah, Cairo, Egypt.




9/6/12

Siri 14 : Pindah


Setiap semua perkara, apabila tiba masanya, bila telah ditetapkan masanya untuk berubah, dia akan berubah. Hidup kita juga sering berubah. Sejak kecil, hingga hidup kita sekarang, tak terhitung perubahan dan pemindahan kita.

Sedar tak sedar, sudah hampir setahun Muhammad dan kawan-kawannya menetap di Hayyu Sabi'. Kini, perlulah terima hakikat untuk satu perubahan. Pemindahan ke arah kebaikan. Berpindah tempat tinggal ke tempat yang lebih dekat dengan kawasan pengajian dan bersedia untuk berdikari dengan lebih jitu dalam kalangan bangsa arab.


Malam satu Ramadan.

Pemindahan rumah bukanlah hanya proses pemindahan materialistik sahaja, tetapi juga mestilah cuba sebaik mungkin untuk berpindah secara holistik, termasuk rohaniyah. Azam baharu pemindahan diri, perlu diselitkan.

Pada saat kita berpindah inilah, antara waktu yang baik untuk kita mulakan hidup baharu, menjadi insan yang punya nilai hidup yang berkualiti.

Muhammad, tidak teragak-agak untuk gunakan peluang ini. Moga-moga berkat ramadan dan pemindahan rumah ini, membawanya ke arah hidup yang lebih bernilai kualitinya untuk Islam.

Pada hujung 30 sya'ban, mereka mula memunggah barang untuk dibawa ke tempat baharu. Dengan menggunakan lori kecil Chevrolet, mereka mengangkut barang-barang dari Hayyu Sabi' hingga ke Abbasiyah. Segala tenaga dikerah untuk menjayakan pemindahan mereka. Para ustaz dan teman-teman lain turut menyumbangkan tenaga. Bahagia sungguh hidup bersaudara atas nama Islam.

Sampai di Abbasiyah, langit sudah mahu mengufuk merah. Tak lama selepas itu, sahabat-sahabat yang tinggal di situ datang secara berjemaah untuk membantu mereka. Hidup bermasyarakat dan bergaul baik dengan semua orang membuatkan hidup kita jadi mudah jika kita dalam keadaan memerlukan bantuan.

Agak membebankan jika tiada bantuan untuk mengangkat kesemua barangan ke tingkat enam dengan menaiki tangga. Fuh, tinggi tu! Namun semuanya jadi mudah jika bekerjasama.

Tak lama selepas azan Maghrib yang menandakan masuknya bulan ramadan, semua urusan mengangkut barang selesai. Semuanya kelihatan letih sangat. Keringat peluh dilihat meniti di wajah-wajah.



Solat terawih pertama.

" Jom, hari ni kita pergi solat terawih dekat masjid wehdah. Jom ramai-ramai kita pergi.." Ceria seorang senior yang juga jiran rumah baharu Muhammad mengajak semua berterawih pertama pada malam tersebut.

Alhamdulillah, malam itu mereka kali pertama solat terawih di perantauan. Berjalan bersama-sama pergi ke masjid sambil berkongsi rasa mengerat ukhwah.

" Korang, bulan ramadan ni, kalau boleh plan la baik-baik. Bukan apa, berdasarkan pengalaman abang, kalau tak dirancang pengisiannya betul-betul, bulan ramadan di sini yang dikatakan lebih baik dari di Malaysia, boleh jadi paling teruk pula nanti. Ini la masanya untuk timba pengalaman berharga. Kutiplah dengan budiman." Nasihat abang Zul kepada para juniornya.

Ada betulnya cakap abang Zul itu. Wajarlah dibuat perancangan yang terperinci untuk menjadi graduan ramadan yang benar-benar berkualiti.

Kita bukan hamba ramadan, tapi hamba kepada Pencipta ramadan.


Wallahua'lam.


Muhammad Iqbal.
el-Abbasiyah, Cairo, Egypt.
6.9.2012
6:59 a.m


7/29/12

Siri 13 : Harumnya Kitab

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Mereka berdua, berjalan pulang dari kuliah. Tak terlalu tergesa-gesa, tenang. Beriringan di jalanan nan berdebu.

Hari kian gelap. Langit makin malap. Bunga-bunga purple di jalanan kembali mengecut. Musim bunga sudah pun berada di penghujung menanti tiba musim panas.

Langkahan kaki Muhammad dan rakan karibnya, mantap bertenaga, bersemangat mahu ke satu majlis malam itu. Majlis itu bagi Muhammad sungguh bermakna, sebagai manifestasi penat lelah dia menghadiri majlis ilmu yang diadakan setiap hari sejurus selepas solat subuh.

Majlis seperti itu majlis kedua buatnya. Majlis itu merupakan majlis penkhataman sebuah kitab hadis Muwatto' dan disekalikan dengan penyerahan sanad. Sebelum ini kitab yang sama, tetapi daripada riwayat yang lain.

Kali ini, tidak seperti selalu. Selalunya, majlis akan dibuat di masjid tetapi kali ini diadakan di perpustakaan atau maktabah milik Syeikh. Muhammad sudah lama mendengar berkenaan maktabah tersebut, tetapi belum pernah menjejakkan kaki lagi ke dalam maktabah itu.

Malam itu, usai solat isyak, semua meluru ke maktabah berusaha mengambil tempat. Takut kalau terlewat, tiada pula tempat nanti. Kelihatan ramai sungguh yang datang pada malam itu, semuanya bersungguh mahu menuntut ilmu.

Masuk saja ke dalam maktabah itu, hati Muhammad berbunga-bunga. Mana tidaknya, haruman kitab-kitab yang memenuhi rak terus menusuk rongga hidung. Ah, betapa indah bau itu. Bau ilmu.

Sudah lama tertanam impian untuk memiliki perpustakaan sendiri. Impian itu telah lama terbina oleh Muhammad. Namun, semua itu bukan boleh dilompat dengan sekali harung, tetapi mestilah melangkah perlahan-lahan. Tak boleh gelojoh. Takut-takut tersadung pula batu di tengah jalan.

Akhir kelas, sekeping sanad diterima. Allah, betapa seronok dan puasnya hati. Itulah kepuasan seorang penuntut. Moga segala ilmu yang dituntut dapat menjadi wasilah terbaik untuk lebih dekat dengan Allah Subhanallah Ta'ala, untuk lebih cinta kepada Kekasih-Nya. Juga, boleh membawa manfaat kepada orang lain.

Cinta ilmu, cinta majlis ilmu, cinta buku.

Tasik Qarun. Salah satu tempat yang diturunkan bala oleh Allah. Ada ulama' yang mengatakan makruh dan ada juga yang katakan boleh melawat tempat sebegini. Jika melawat, tidak boleh berlama-lama di situ. Wallahua'lam.


Wallahua'lam.


Muhammad Iqbal,
Abbasiyah, Cairo, Egypt.







5/4/12

Siri 12 : 'Asir Asob

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Speaker dan mp3, tika studi ianya merupakan elemen yang agak penting dalam hidup Muhammad. Kehadiran speaker dan mp3 lazimnya dengan izin Allah akan memanjang tempoh studi Muhammad. Kepentingan dua benda alah itu, memang tak dapat dinafikan lagi.

Speaker kecil molek yang boleh dicas semula itu hampir 3 tahun berkhidmat untuk tuannya. Setelah menemani tuannya studi selama beberapa bulan di Mesir, tiba-tiba dia menjadi semput, seakan mahu menghela ruhnya pergi sejauh-jauhnya tanpa kembali lagi. Muhammad reda dengan pemergiannya setelah pelbagai cara dikerahkan untuk pulihkan kembali, namun gagal. Lalu jasadnya terus disemadikan dalam laci bersama kawan-kawan baharunya yang lain. Tak sanggup pula mahu membuang mengenangkan jasanya yang agak mecurah sejak zaman pra SPM.

Keluar Malam.

" Qadir, malam ni hang teman aku pi Technology Mall sat, kita pi beli speaker. Speaker aku rosak la.." Muhammad bersuara dihadapan pintu rumah Qadir setelah bertembung kedua-dua mereka.

" Insya-Allah, boleh ja. Lepas aku balik ARMA kita pi terus 'ala tuul. Aku nak kena pi pasang komputer kawan aku sat kat ARMA nu." Balas Qadir sambil tersengih-sengih bak kerang 'wangi' di pasar malam.

" Lepas tu boleh la kita pekena Takobe sekali, dah mengidam lama dah ni." Tambah Muhammad.

Malam yang dingin. Dingin malam musim bunga tetap tidak sama dengan malam musim dingin, namun dinginnya masih dapat dirasa. Selepas ditelefon Qadir, Muhammad terus meluru turun imarah dengan sepantas mungkin.

Melangkah keluar dengan penuh yakin. Lebih yakin dengan pesanan Rasulullahi sallallahu 'alaihi wasallam yang menyuruh membaca satu doa sebelum keluar rumah. Insya-Allah, keselamatan lebih terjamin.

" بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ "
( H.R Abu Daud ; 5097 )

Tengok jam, sudah pukul 11 lebih. Memang sangat lewat bagi Muhammad, di tambah pula keesokkan harinya ada kuliah. Bukan apa, musim sekarang ni, subuh awal, seawal pukul 3 lebih pagi. Agak memenatkan kalau tidak tidur awal. Takut-takut ter'syahid' dalam dewan kuliah pula nanti.


Memilih.

Kesian si Qadir, mujurlah dia jenis penyabar. Boleh la bersabar dengan kecerewetan Muhammad memilih speaker yang berkenan di hati. Entah berapa kali Technology Mall itu ditawaf, sampai letih si Qadir. Setelah hampir 40 minit, baru selesai memilih dan terus beli.

Mahukan yang elok dan tahan lama, perlulah cerewet sikit kan. Biar susah sikit awal-awal, moga mudah kemudian nanti. Cerewet memilih juga satu ikhtiar. Cerewet memilih pasangan hidup juga mungkin satu ikhtiar.

Sebagai 'upah' sebagai peneman Muhammad bertawaf di Technology Mall, Muhammad membelanja Qadir Takobe. Walaupun malam tu entah macam mana tiba-tiba ayam goreng yang dimasak tidak sesedap selalu, namun perut yang semakin sayu berkeroncong, sanggup terima saja apa yang masuk, asalkan halal!

Makan tanpa ragu, makan tanpa risaukan duit yang digunakan melayang kepada pihak Israel. Walau tak sedap mana, tenang sahaja hati, tak perlu fikir banyak.

Sambil menunggu makanan sampai, banyak perkongsian ilmiah yang dapat Muhammad dapat daripada Qadir. Qadir pelajar tahun 2 Syariah Islamiah Universiti al-Azhar. Dia paling minat bab fiqh, jadi kalau nak bersembang dengannya, mesti la bab-bab fiqh juga. Baru sedap bersembang.

Sempat kami berbincang tentang fatwa semasa yang dikeluarkan Syeikh 'Ali Jum'ah dalam Majalah al-Azhar yang berharga L.E 1.50 itu. Banyak sungguh mutiara ilmu yang dikutip. Sambil menyelam di lautan ilmu, makin banyak mutiara yang dapat dikutip.


'Asir Asob

'Asir asob atau dalam bahasa arab fushanya 'asir qosob iaitu jus tebu. Mesti terbayangkan bulan ramadan kan, sebab air tebu kan popular tatkala ramadan menjelma.

Kedai 'asir atau kedai jus ni kalau di Mesir ni bercambah tak terkira banyaknya. Harganya tak mahal sangat, memang berpatutan. Dan, paling penting keasliannya yang tiada bandingan berbanding dengan yang telah dibungkus dalam kotak di pasar raya. Sedap!

" Muhammad, jom kita singgah sat kedai 'asir depan tu. Aku dah lama tak pekena 'asir asob dah ni. Dahaga  pulak malam-malam ni." Tanya Qadir dengan muka penuh pengaharapan.

" Insya-Allah, boleh ja, aku dah lama tak minum asob ni, setakat secawan tu insya-Allah boleh saja..Jom!" Muhammad menjawab sambil menutup hidungnya gara-gara pemandu teksi yang menghisap rokok durjana.

" Aiwah, hena ya raais." Arah Qadir kepada pemandu teksi.

Betul-betul hadapan kedai 'asir pemandu teksi memberhentikan teksi putihnya. Bayar dan terus keluar menuju ke dalam kedai tersebut. Kelihatan tak sibuk sangat, mungkin dah agak malam.

" 'Asob itnin." Qadir beritahu kepada pak cik penjaga kaunter.

Pak cik kaunter memberikan dua keping plastik bulat berbentuk duit syiling lima puluh sen yang berwarna hijau, melambangkan dua tempahan asob.

Seterusnya, diserahkan kepada abang si pembuat 'asir tersebut. Tak payah cakap pun dah faham dah, hanya senyum tanda hormat.

Tiba-tiba datang lagi seorang orang arab untuk menempah 'asir asob juga. Dia berada dekat sangat dengan kaunter pembuatan 'asir tersebut. Kelihatan dia seperti marhaen biasa, comot sikit namun tetap kemas.

Siap sahaja asob tu, dengan kecekapan dan pengalaman yang menggunung tinggi, dia hanya tolak sahaja cawan yang hampir penuh dengan muatan jus tebu itu. Akhirnya, tertumpah terkena baju orang arab tadi.

Gulp. Senyap seketika. Muhammad dan Qadir hanya melihat.

Muhammad sangka, orang arab itu akan marah sebab kebanyakkan orang arab ni panas baran, pantang silap sikit mesti nak gaduh saja. Tapi...

Tiba-tiba terhambur pantas satu ayat al-Quran dari mulutnya, lantas dia tersenyum.


"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;"
( Ali 'Imraan 3 : 133 )


Lalu, Qadir secara tak semena-mena menyambung bacaan ayat yang dibacakan orang arab tadi. Mereka gelak ketawa bersama-sama.


"Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;"
(Ali 'Imraan 3 : 134)


Dekat di sudut hati Muhammad, dia kagum. Kagum dengan akhlak yang Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam anjurkan. Paling penting, dia dapat melihat, bagaimana ilmu dan iman seseorang dapat mengawal emosi. Walhal, dia wajar untuk marahkan abang si pembuat jus tebu tadi. Tapi, semuanya gara-gara akhlak Rasulullah yang telah tertanam dalam dirinya. Akhlak al-Quran akhlak hebat!

Muhammad dan Qadir jalan beriringan menerjah kegelapan malam pulang ke rumah. Sambil bergurau satu sama lain hiburkan hati sedikit. Malam yang penuh manfaat. Maka, beruntunglah buat hamba-Nya yang sentiasa berfikir tentang keagungan-Nya tatkala merantau alam fana ini.




Wallahua'alam.



Muhammad Iqbal,
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.





4/24/12

Siri 11 : Cebisan Kain

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Berjalan-jalan dalam rumah sendiri. Letih mengadap buku saja, penat. Macam-macam ragam. Melihat kemeriahan bilik sebelah, Muhammad masuk tanpa ragu-ragu, meriah sungguh!

" Haii, meriah sungguh depa sembang, ni mesti ada isu best ni.." Muhammad menyelah dalam kemeriahan.

" Haa, biasa la kita, kalau isu nikah menikah ni memang riuh sungguh la.." Ammar menjawab dengan selamba sambil meneruskan kemeriahan.

Ustaz Najmi sibuk memotong kain aneka warna. Cantik, petak-petak patern coraknya. Ustaz Naim dan Ustaz Zaki masing-masing berborak mesra antara mereka. Mesra sungguh, ikatan usrah 'natural' memang tak dapat dinafikan lagi.

" Akh Najmi, enta beli kat mana kain-kain semua ni, cantik!" Muhammad mula bertanya.

" Ermm, alaa dekat ja dengan Darrasah, murah murah ja." Ustaz Najmi menjawab sambil menguntum senyuman.

" Ni duk gunting-gunting letak dalam kotak ni nak pos pergi mana ni, hantar kat bakal zaujah ka akh?" Sakat Muhammad.

" Aish, mana ada, saja la nak pos kat mak dengan adik perempuan ana, depa ada tempah hari tu, ni baru sempat nak beli tadi. Nak bungkus elok-elok, lepas tu boleh la pos terus ke Malaysia, rindu pulak kat depa." Terang Ustaz Najmi menyergah wajah ketenangan.

" Oh, ya ka, bagus la macam tu. Sejuk perut mak enta mengandungkan enta." Puji Muhammad kepada Ustaz Najmi.

Muhammad diam. Jauh di sudut hatinya, jauh fikirannya melayang.

" Agak-agak, boleh ka aku pos benda-benda macam tu. Kain-kain macam tu memang sah la orang buat tudung labuh. Tapi...... Wujudkah ahli-ahli keluargaku yang pakai tudung-tudung labuh ni, semuanya singkat semacam saja. Kalau ada pun hanya tok saja yang pakai tudung labuh ni. " Panjang dengusan hati Muhammad.

"Insya-Allah, moga-moga ada la nanti yang bertukar 'fesyen' tudung dalam keluarga. Atau, mungkin moga-moga peneman hidup juga jenis yang 'labuh-labuh' jugak. Sejuk di hati, sejuk di dunia, sejuk di akhirat."


"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Al-Ahzaab 33:59)


Penuh harapan di dadanya. Walau agak tinggi, namun tiada yang mustahil dengan kuasa dan hidayah Allah Subhanalla Ta'ala.

Sangat berharap, melayut harapan.

Berjalan kembali ke biliknya. Buka buku. Bertenang sebentar, mula ucap tama dengan sepatah dua doa dan selawat buat manusia yang paling dia cintai. Sambung study kembali dengan tenang.



Nota :

Darrasah = Universiti al-Azhar

Wallahua'lam.

Muhammad Iqbal,
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypyt.


3/26/12

Siri 10 : Tak Nampak.


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Ah, dah lama rupanya Muhammad tak ke majlis ilmu agama. Hampir 4 hari. Rasa kosong. Memang kalau dah terlekat, lekatlah juga. Andai sudah menggigit kemanisan itu, rasa bagai mahu terus menelannya.

Ramai yang sangkakan majlis ilmu itu hanyalah kuliah-kuliah agama yang membincangkan soal Islam. Tapi, hakikatnya sungguh luas. Tak sedarkah kita yang menghadiri kuliah di universiti itu pun majlis ilmu. Tak kiralah belajar medik atau apa sahaja, ia tetap majlis ilmu. Ilmu Allah itu sungguh luas.

Pengajaran hanya kira-kira 10 minit, tetapi istiqamah setiap hari Syeikh mengajar selepas solat subuh. Sangat kagum. Bukan mudah mahu istiqamah jika segan bermujahadah.

Waktu hari-hari yang tidak cuti, hanya kuliah ini yang mampu diikuti Muhammad. Jujur, memang tak sempat pergi majlis ilmu agama lain. Buku bertambun di atas meja siapa nak baca?

Kelas seketika itu berakhir. Menuju kepada syeikh untuk bersalaman, moga berkat segala ilmu. Menatap wajah sang ulama' sungguh menenangkan. Undescribable. Tenang hati.

Hidup ini kadang-kadang perlu serabut, supaya kita tahu menyusun untuk kemas kembali keserabutan itu. Hidup ini perlu juga untuk down untuk kita tahu betapa peritnya down itu. Hidup ini perlu juga untuk berduka, supaya tak kita lupa kita bernah berduka saat kita bersuka-suka.

Berjalan keluar dari masjid. Jalan perlahan-lahan. Sengaja. Kitab dipeluk kemas di dada. Berseorang di jalanan pagi-pagi begitu buat diri Muhammad rasa kerdil berdiri di bumi Allah, rasa itu menyelinap masuk tanpa diundang. Rasa begitu rendah...


Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.
(Al-Israa' 17:37)


Dalam perjalanan balik ke rumah, cari balik kekuatan. Fikirkan apa yang akan dibuat hari ini. Adakah hanya sama dengan semalam, atau lebih bagus daripada itu. Kalau semalam down, tak akan tak mahu up balik hari ini. Tiada siapa yang nak tarik kamu untuk up, kamulah orang pertama yang perlu usaha untuk up kembali diri kamu. Hidup di perantauan begitulah adatnya. Perlu kuat.

Terkumat-kamit membaca poyongan ayat-ayat al-Quran yang menjadi amalan hariannya. Selawat buat insan mulia, insan agung yang menduduki tempat kedua di hati selepas Allah Ta'ala. Sungguh menenangkan, kembali menguatkan yang hampir roboh.

Sedarkah kita, apa yang menjadi penyebab kita down atau lemah. Kerana saat yang buat kita jadi down itu, keyakinan kita bahawa Allah itu sentiasa ada bersama kita berkurang. Kita jadi lupa kepada-Nya seketika saat itu. Kita jadi lupa bahawa Dia lah yang akan menunjukkan segala hikmah terhadap apa yang kita lalui tika itu. Ya, sang hikmah. Di sebabkan kita tak nampak apa hikmah yang bakal ditunjukkan Allah Ta'ala, kita jadi lemah, kita jadi down.

Tatkala sang hikmah menjelma, kita terubat. Terubat segala duka yang melanda.

" Ooo, ini rupanya hikmah terhadap apa yang berlaku kepadaku selama ini...."

Bersabar sebentar. Menggertap gigi, tahan segalanya buat seketika. Menunggu sang hikmah yang tak nampak itu, dinampakkan, hilang hijabnya. Moga segalanya cerah kembali, up kembali.



عَنْ أَبى هُرَيْرةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْل الله صلى الله عليه وسلَّم: المُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنَ اْلمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ وَفِى كلِّ خَيْرٌ. اِحْرِصْ عَلَى مَايَنْفَعُكَ، وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلاَ تَعْحَزْ، وَلَكِنْ قُلْ: قَدَّرَ اللهُ، وَمَا شَاءَ فَعَلَ، فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
(رواه مسلم)


Dari Abi Hurairah ra, katanya: Rasulullahi sallallahu a'laihi wasalam telah bersabda : Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah, dan sekiranya suatu (musibah) menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya “KALAU” membuka amalan syaitan.

( Hadis Riwayat Muslim )






Wallahua'lam



Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.


2/25/12

Siri 9 : Hening Subuh

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Syukur. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Mata yang letih ditambah pula dihempap 'syaitan-syaitan' subuh. Berat, berat... Sakit melawan dari dalam. Hari-hari memang begitu. Masih di katil. Masih tak mampu lagi untuk ucap doa bangun tidur.

Terlintas laju.

" Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat ISYAK dan SUBUH berjemaah, tentu mereka akan mendatanginya sekalipun dengan MERANGKAK."
( H.R Bukhari dan Muslim )

Merangkak. Oh, itu sudah cukup untuk kita bayangkan bahawa pahala kedua-dua solat itu cukup besar ganjarannya. Mahu apa lagi?

Terngiang kalam al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki tempoh hari. Ketika kita melangkah menuju ke masjid untuk solat berjemaah, seluruh tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan mendoakan kesejahteraan kita. Allah, Allah..

Tumbuh-tumbuhan senantiasa bertasbih memuji Allah, kita?


Bangun bagaikan pendekar. Lawan punya pasal, doa pun kadang-kadang lupa nak baca. Syaitan menang dari sudut itu. Ah!

Muhammad terus ke bilik air. Siap seringkas mungkin, as simple as usual. Padanya, perkara mudah tak perlulah dibuat payah, just do it simply. Dah lambat, lepas tu buat complicated pulak, memang lambat la jawabnya. Terlepas banyak perkara. Rugi!

Jam sudah 5.35 a.m. Dah lewat sangat ni. Lewat 5 minit. Masbuklah gamaknya. Jarak ke tempat yang dituju bukanlah dekat sangat. Seperti kebiasaan lewat, kaki secara automatik pantas berlari selepas keluar daripada rumah. Berlari walau berjubah putih. Subuh subuh ni bukan ada orang duk usha sangat pun.

Berlari sampai letih. Sambung berjalan kaki. Bahang winter masih jelas terasa walau sudah pakai sweater paling tebal.

Kenapa pergi ke masjid tu sedangkan banyak lagi masjid lain? Masjid tu special bro. Ada Syeikh mengajar kitab Muwatta' lepas subuh. Bukan lama pun. Paling lama pun lebih kurang 10 minit sahaja. Itu sahajalah masa yang paling ideal untuk belajar agama. Masa lain sibuk gila kot, tak sempat! Tahu la pelajar medik, baca buku saja memanjang.

Ya, bi tau'an au karhan, suka atau benci, itu amanah. Amanah daripada penaja, amanah daripada ibu bapa. Jangan lupa aulawiyat.

Kalau 10 minit pun takut nak luangkan untuk belajar ilmu agama, beratlah tu. Kamu itu di Mesir. Yakin sahaja, Allah pasti membalas kita dengan keberkatan masa pada waktu-waktu kita yang lain.

Cari la perkara-perkara yang kita sukar dapat di Malaysia. Apa? Antaranya, belajar dengan para Masyaikh. Besar berkatnya insya-Allah!

Sesungguhnya, apabila berfikir soal amanah, laptop pun takut hendak dibuka. Hanya memikirkan soal buku dan ilmu sahaja. Takut sangat!


Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.
(Al-Ahzaab 33:72)



Jangan tidur.

Tidur lepas subuh. Tidur lepas asar. Kedua-dua waktu prima untuk tidur, terutamanya lepas subuh. Ianya juga  waktu mega untuk ayah Muhammad jika ada dalam kalangan anak-anaknya tidur dalam waktu tersebut.

'Buatlah apa sahaja yang tak dilarang syara' pada waktu itu, kecuali tidur!' Itu yang selalu ayahnya cakapkan.

Carilah satu atau lebih amalan untuk dibuat selepas subuh, tak kisah walaupun ianya hanyalah amalan kecil. Janji istiqamah, itu yang signifikan!

Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda, 
"Amal yang paling dicintai oleh Allah adalah yang dikerjakan terus menerus walaupun sidikit.". 
(HR Bukhari dan Muslim)

Hening-hening subuh. Doakan berada dalam ahli jemaah subuh. Itu bukan satu kejelikan, tapi satu kekuatan!

" Masakan kita punya cita-cita besar untuk bangunkan Islam, tapi diri sendiri tak berupaya untuk bangun subuh berjemaah."

Paksa diri. Cari kelebihan-kelebihan solat subuh berjemaah. Usah risau soal ikhlas atau tidak setelah memaksa diri. Kerana, keikhlasan itu datang bermula apabila kita selalu praktiskan.


Wallahua'lam.



Muhammad Iqbal.
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.


1/31/12

Siri 8 : Angan

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Itu malam terakhir Muhammad berdamping dengan rumahnya, sebelum melangkah keluar menuju ke alam baharu, tempat yang tak pernah dia jejaki. Rasa berat. Masakan tidak, itulah tempat dia bercanda membesar. Segalanya memori tawar, manis, masin, masam, semua tersimpan di situ.

Duduk di hadapan laptop. Scan passport, kad pengenalan, surat beranak dan yang sewaktu dengannya. Sesuatu terlintas di minda. Angan-angan. Mimpi. Impian. Ya, Muhammad ada impian yang teramat besar untuk digapai. Sangat besar.


Angan Untuk Dikongsi

Muhammad tidak mahu mengurung impiannya. Setiap cita-citanya pasti diberitahu ibu bapanya. Agar kedua-dua tahu. Muhammad yakin, ibu bapanya pasti berdoa untuknya. Doa ibu sangat dahsyat! Tidak kurang juga doa ayah yang merintih tatkala manusia lain berdengkur.

Sunyi malam itu. Hanya tinggal beberapa jam sahaja mahu bertolak ke Shah Alam. Jari-jemari pantas menaip di atas keyboard laptop Acer milik ayahnya. Segala impian maha besarnya di salurkan. Tanpa ada rasa ragu lagi kerana dia takut menzahirkan mimpi besar itu. Takut tak terlaksana. Takut tak kuat untuk bekerja ke arah itu.

Usai menaip segalanya. Terus mencari butang print di skrin. Buat 3 salinan. Buat mama, ayah dan dirinya sendiri.

Tidak penting sebesar mana impianmu itu. Tetapi  yang penting ialah sebesar manakah kamu untuk merealisasikan impianmu itu.

Muhammad rasa dia bukanlah orang yang besar, yang mampu menggalas maha impian itu.

Tetapi sampai bila? Selalu dia soal dirinya.

Andai itu hajatnya, kenapa masih takut untuk mulakan usaha? Tidakkah kamu yakin Allah sentiasa bersamamu untuk menolong usaha murni itu?

Allahu Musta'an.


Bersama-Mu, Indah Segalanya.

Sudah tiba masanya untuk Muhammad memulakan kerja. Semuanya untuk capai redha Sang Khaliq. Percetus segala impiannya. Itu cita yang terbesar sekali. Itu terpenting.

Impian tinggi melayut jika tanpa redha-Nya, karut! Kering. Kontang. Kosong.

Mulut mengumam sendirian. Bukan keluarkan kalam merapu. Tapi, berselawat kepada Kekasih-Nya yang tercinta. Untuk tajamkan rasa cinta kita kepada Allah, wajiblah kita cintai Kekasih-Nya dahulu. Allahumma Salli 'Ala Sayyidina Muhammad.

Bila buat kerja kerana-Nya, semuanya indah.

Jika berjaya, syukur! Redha.

Jika gagal, syukur! Redha.

Allah S.W.T berfirman :

 فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ 
"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya."
(QS. 3 : 159)



"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."
(At-Talaaq 65:3) 



Itulah sifat 'pelik' seorang mukmin. Yakin 100% kepada Allah. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Cuma kita cepat atau lambat mengesan hikmah itu sahaja.


Dari Suhaib ra, Rasulullah saw telah bersabda:   

"Pelik sekali keadaan orang yang beriman; semua urusannya baik, tidak berlaku sedemikian itu kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat mereka akan bersyukur, maka syukur itu baik bagi mereka, jika ditimpa kesusahan pula, mereka bersabar, maka sabar itu baik bagi mereka."  
[Hadis riwayat Muslim: 2999]




Long Term Planning

Dua helai kertas yang bertajuk ' Long Term Planning' diserahkan kepada mama dan ayahnya. Kedua-duanya menyambut baik. Senyum. Hati Muhammad rasa bahagia. Rasa lepas sejenak resah di dada. Fuhh..

Malam kian gelap. Segala persiapan di teruskan. Letih pun berbaur, ramai juga tetamu yang datang.

Muhammad berjalan keluar rumah. Bersama beg-beg besar. Menoleh ke belakang, memandang sepi, memandang rumah. Masa lampau laju menerjah minda. Hanya jadi kenangan selepas itu.

Tak lama selepas itu, permusafiran bermula. Tinggalkan kampung halaman.



Mula dan istiqamah.

Sungguh mudah untuk mulakan, walau ada sekelumit halangan. Tapi, cabaran hakikinya ialah untuk istiqamah. Sangat sukar. Allah...

Bekerja dan terus bekerja. Berusaha terus usaha. Mantainkan kayuhan.

Sesungguhnya, Muhammad sangat tagihkan keberkatan masa.

Allahu Musta'an.


" Sesuatu yang tumbuh tanpa ditanam, tak sempurna hasilnya."



Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.


1/13/12

Siri 7 : Berdapur

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Sambungan daripada : [Siri 1][Siri 2][Siri 3][Siri 4][Siri 5] [ Siri 6 ]


Hari ahad. Hanya hari biasa suatu ketika dahulu. Hari permulaan minggu persekolahan. Kini jadi hari permulaan minggu kuliah. Di sebalik kesibukan belajar, ada saja tugas 'formal' di rumah.

" Hayyu Sabi'?" Tanya Muhammad kepada pemandu tremco.

"Aiwah." Jawab pak cik tremco yang dipanggil wusto.

Muhammad dan kawan-kawan lain terus melompat masuk ke dalam tremco tersebut.

" Assalamualaikum.." Muhammad memberi salam kepada seluruh penumpang tremco tersebut.

" 'Alaikumussalam warahmatullah.." Jawab para penumpang-penumpang lain.

Itu situasi biasa di Mesir. Masuk kenderaan pun bagi salam. Yang baik, kita ambil. Yang buruk, ambil pengajaran.

Mencari tempat kosong, dan terus duduk. Berehat sebentar. Tenangkan diri, tenangkan otak yang ligat berfikir sebentar tadi.

" Eh, hari ni turn kita kan masak? " Tanya si Akram yang macho.

" Haa, betul la tu. Lupa pulak.." Jawab Muhammad.

" Nak masak apa haa petang ni? Ada idea dak? " Si roomate terus menyoal.

" Hmm, lama tak makan tom yam kan. Lagipun boleh la jimat masa dan duit sikit masak tom yam ni." Jawab Muhammad mengusul cadangan bernas.

" Ok, insya-Allah, beresss... Sat gi aku pi beli barang, hang jadi chef utama hari ni! " Dengan pantas Akram membalas.

" insya-Allah..."

Suasana diam sebentar. Bunyi hon kereta di jalanan masih sahut-menyahut. Seperti biasa.

Otak kini mula laju berfikir. Memikirkan resepi masakan tom yam, seperti yang telah diajar oleh mama di Malaysia dahulu.

Tomato, serai, garam, minyak, bawang merah, bawang putih, ayam seekor, carrot, bunga kobis, limau nipis.

Serai tersangat susah dicari. Namun, kalau ada rezeki, ada saja.

Nokia E71 ditarik dari dalam poket. Online. Meng'google' 'resepi tom yam'. Laman myresepi menjadi pilihan. Bukanlah resepi mama tak cukup power dan mantap. Tersangat mengancam, tapi sengaja mahu membuka minda, mahu lihat banyak lagi resepi orang lain. Boleh la pelbagaikan lagi skill masakan yang sedia ada.

3.30 p.m. Sampai rumah. Tingkat 4 dijejak. Alhamdulillah, akhirnya sampai.

Seperti biasa, lepas letak beg dalam bilik, seakan ada magnet di dapur yang menarik pantas si kaki. Basuh segala bagai periuk mangkuk yang mahu digunakan. Memastikan beras cukup untuk 15 orang ahli rumah. Basuh beras. Basuh kearah lawan jam. Selawat sebanyak-banyaknya. Sudah bersih, terus ditanak diatas dapur.

" Aku pi kedai dulu. Ada apa-apa lagi nak pesan?" Tanya roomatenya itu.

" Tak ada lagi setakat ni. Kalau ada nanti, aku call hang." Muhammad menjawab sambil mengawal api nasi di atas dapur.

" Maasyi, pergi dulu.." Jawab Akram sambil berlari anak ke pintu keluar.


Hanya sekejap. Alhamdulillah, segalanya lengkap. Mulalah kerja potong memotong segala barang-barang yang diperlukan. Bawang merah, bawang putih, carrot dan segala bagai. Semuanya dibuat bersama-sama.

Ayam beku seberat 1200g di rendam dalam air panas, bagi memudahkan urusan pemotongannya. Keras, sangat keras. Tambah-tambah masa winter ni pulak. Memang sejuk! Sangat keras!

Mata roomatenya itu tiba-tiba tertancap pada periuk nasi diatas dapur.

" Nasi macam mana, dah masak?" Tanya Akram.

" Cuba tengok, kalau dah nampak ok tu, kacau-kacau la sikit. Lepas tu, perlahankan api sikit." Confident Muhammad menjawab selaku chef utama hari ini.

" Baik tuan chef." Akram menjawab dengan riang.


Amalan manakah yang terpilih?


" Muhammad, ni periuk belanga ni macam mana? Nak basuh ka? Setiap minggu asyik kita ja yang basuh. Letih la kita kalau macam ni." Keluh Akram.

Muhammad tersenyum.

" Alah, tak apa, kalau tak larat aku boleh basuh. Tinggalkan ja kat situ. Kalau nak terus basuh pun tak apa. Bukan apa Akram, kita tak tahu amalan yang mana satukah daripada kita yang Allah bakal terima. Mana la tahu, dengan hanya membasuh periuk belanga pinggan mangkuk ni, Allah menerima amalan kita. Kita tak tahu. Memang tak pernah tahu. " Ringkas dan padu sabdu daripada Muhammad.

Akram menyulam senyuman.

" Ermm, tak apalah kalau macam tu. Betul jugak kan apa yang hang cakap tu. Hmm. Insya-Allah, aku akan basuh." Akram menjawab sambil mengangkat periuk belanga yang berselerakan diatas lantai ke sinki.


Mulakan misi

Perencah bismillah ditaburkan. Minyak dipanaskan. Bawang merah dan bawang putih dimasukkan. Ahh, harum baunya. 2 minit selepas tu, ayam yang telah siap sedia dipotong lima belas bahagian, dimasukkan. Periuk ditutup. Biarkan sehingga sepuluh minit. Biar jus ayam keluar. Bau ayam menyelinap ke seluruh pelosok rumah. memang menyelerakan baunya.

Cukup 10 minit, penutup periuk dibuka. Perghh, memang sedap la bau. Seperti biasa, letakkan air. Masukkan tomato, carrot, cili, sedikit bawang merah dan kobis yang telah dipotong tadi. Biarkan 15 minit.

Perencah tom yam yang masih berbaki daripada Malaysia dimasukkan. Kacau dan terus kacau. Garam ditaburkan, secukup rasa di lidah, mewakili rasa 14 ahli rumah yang lain.

" Eh, apa lagi yang aku belum masukkan?" Muhammad bertanya meminta pandangan.

" Hmm, try rasa tengok. Kalau ada yang rasa terkurang tu, masukkan ja la." Tenang Akram menjawab sambil tangan menggosok periuk di sinki.

Muhammad menceduk sedikit kuah. Digoncang ke kiri dan kanan senduk itu. Agak sudah sejuk sikit, dia cuba merasa.

" Hmm, dah tahu dah. Limau nipis tak masukkan lagi. Ya, tak dapat disangkal lagi! " Muhammad mengumam sendirian.

Menggagau tangan di dalam peti ais. Mencari limau nipis segar yang baharu dibeli tadi. Ya, dah jumpa. Potong, dan terus perahkan. Ops, terlupa pulak, perencah tawakal juga tidak ditinggalkan.

" Masam. Masin. Pedas. Yesss, hypothesis is accepted. Hoyeahh. " Muka Muhammad penuh kepuasan.

Akram senyum melihat roomatenya. Turut terhibur.

" Haa, dah boleh jadi suami orang la kalau macam ni. Untung bakal isteri hang. " Akram cuba bergurau.

" Alah, hang pun sama ja. Hebat! Untung jugak bakal zaujah hang." Balas Muhammad.

Kedua-dua mereka ketawa seia sekata di dapur petang itu. Memecah keheningan petang.

Talam diatur rapi. Elok sahaja nasi dan lauk dihidangkan, azan magrhrib bergema.

Ternyata, kepuasan memasak itu mudah. Dengan melihat mereka makan dengan berselera, hingga menjilat jari makanan yang kita sediakan. Itu sudah banyak memberi kepuasan.

Ya, samalah juga teorinya buat si ibu. Hatinya berasa puas, apabila melihat makanan yang dimasak olehnya dijamah dengan berselera seisi keluarga. Hebat!







Wallahua'lam



Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt



12/2/11

Siri 6 : Tersedar!


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambungan daripada : [Siri 1][Siri 2][Siri 3][Siri 4][Siri 5]


Bilik Muhammad kian sunyi. Jika tadi dia ditemani rakan sebiliknya untuk sama-sama membaca buku, kini makin sunyi. Sahabat sebiliknya, Faiz sudah kaku keletihan di atas katil. Katanya, mahu qailulah sebentar sebelum masuk waktu zohor.

Muhammad masih menyelak buku. Buku nota kecil di sebelah akan dicapai jika dia terjumpa istilah-istilah yang kurang difahami. Dia namakan buku nota kecil itu sebagai, Google Notes. Segala kemusykilan akan dicatat dalam buku kecil itu dan seterusnya meminta belas si Google Search Engine untuk mencari.

Letih. Minda makin layu. Mengambil laptop dalam locker dan switch on di atas katil. Sebelum mahu menyertai qailulah bersama Faiz, dia mahu menggoogle dahulu istilah-istilah sukar yang tercatat dalam buku nota kecil itu. Tidak mahu menangguhkan kerja kerja yang sedia banyak.  Bertangguh itukan ibarat mencuri masa.


Prion Disease


Eczema and Dermatitis


Lung surfactant


acetone


extra occular muscle


cystic fibrosis 


allosteric ligands


limbic cortex


ischemia


Alhamdulillah. Huh, lega. Selesai juga akhirnya. Terus menarik nafas lega....

Nampaknya dah boleh join Faiz dah ni. Kepuasan jelas terpampang pada riak wajah Muhammad. Lantas menolak laptop Asus nya ke tepi dan terus menarik saratoga. Sangat selesa berada dalam pelukan saratoga. Hanya tinggal lebih kurang satu jam lagi untuk azan zohor berkumandang. Membaca doa tidur, istighfar tiga kali dan terus lelapkan mata. Ah, seronoknya..

Di bawa ke alam lain

Berdirinya Muhammad. Di satu padang yang serba luas. Menoleh kiri dan kanan.

"Mana yang lain?"


" Kawan-kawan, sahabat handai."


" Mama, ayah, kak long, adik-adik"

" Ramainya...."


" Kenapa huru hara sangat ni?"


" Ya Allah, apakah ini? "


" Takutnya aku."


" Mana bulan? "


" Mana matahari?"


" Tak nampak pun."


" Ya Allah, apakah ini?"


" Mengapa bumi ini bergegar kuat sangat!"


" Allah..."


" Perlukah aku turut berlari?"


" Tapi mahu ke mana?"


" Ahh, apakah ini..."

Jantung berdebar kuat bagai hendak turut keluar berlari. Symphathetic System terus mencanak ke tahap maksima. Otak tidak berfikir lain. Perasaan takut melebihi segalanya. Lebih takut daripada ketakutan menonton filem hantu pawagam. Hanya fikirkan Allah. Hanya Allah. Hanya Allah.


"Cukupkah amalanku? "

"Redhakah Allah dengan hidupku? "


"Mampukah aku mendapat rahmat Allah?"

"Sedangkan aku belum mengikut arahan Allah sepenuhnya. "


"Mampukah aku mendapat syafaat Rasulullah S.A.W?"


"Sedangkan aku masih banyak belum melakukan sunnah-sunnahnya."


"Allah, Allah, Allah.."


"Aku dambakan rahmat-Mu.."


"Aku dambakan redha-Mu.."

"Ya Rasulullah, aku dambakan syafaatmu.."

Muhammad mengenang kembali ayat-ayat Allah. Alangkah benarnya semua ini!


Surah al-Qiamah

 A006
Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?" (Al-Qiaamah 75:6)


A007
Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), (Al-Qiaamah 75:7)


Dan bulan hilang cahayanya, (Al-Qiaamah 75:8) 


A009
Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (Al-Qiaamah 75:9)


A010
(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?" (Al-Qiaamah 75:10)


A011
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! (Al-Qiaamah 75:11)

A012
Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. (Al-Qiaamah 75:12)


A013
Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan. (Al-Qiaamah 75:13)

A014
Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, (Al-Qiaamah 75:14)

A015
Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri). (Al-Qiaamah 75:15)




 al-Zalzalah



A001
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, (Az-Zalzalah 99:1) 


A002
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, (Az-Zalzalah 99:2) 


A003
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?" (Az-Zalzalah 99:3) 

A004
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: (Az-Zalzalah 99:4)


A005
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). (Az-Zalzalah 99:5)  


A006
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. (Az-Zalzalah 99:6)  


A007
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Az-Zalzalah 99:7)  


A008
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!



 al-Qari'ah



A001
Hari yang menggemparkan, (Al-Qaari'ah 101:1)  


A002
Apa dia hari yang menggemparkan itu? (Al-Qaari'ah 101:2) 


A003
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? - (Al-Qaari'ah 101:3)  


A004
(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran, (Al-Qaari'ah 101:4)  


A005
Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan. (Al-Qaari'ah 101:5) 

A006
Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, - (Al-Qaari'ah 101:6) 


A007
Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. (Al-Qaari'ah 101:7)


A008
Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, - (Al-Qaari'ah 101:8)

A009
Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah" (Al-Qaari'ah 101:9) 


A010
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu? (Al-Qaari'ah 101:10)


A011
(Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar. (Al-Qaari'ah 101:11)



Tersedar!

"Allah, Allah, Allah... " Sambil mengurut dada.

"Adakah bumi ini masih normal? Mimpikah aku? Atau ianya benar-benar berlaku?"

Muhammad bangun sepantas kilat. Terus menghala ke tingkap. Cuaca sangat suram. Suam. Langit mendung kegelapan.

"Mesirkah ini?"

Dia masih berada dalam ketakutan. Masih dalam alam terkesima. Kelihatan sugul. Terkejut. Tak pernah dia bermimpi seextreme itu.

Terkenang dosa-dosa lalu.

Terkenang amalan-amalan lalu.

" Masih sempatkah aku??"




Nota :


Qailulah = Satu sunnah Rasulullah S.A.W. Iaitu tidur sebentar sebelum atau selepas waktu zohor.


Saratoga = Sejenis selimut tebal yang digunakan pada musim sejuk.


Wallahua'lam



Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.