Showing posts with label fatwa. Show all posts
Showing posts with label fatwa. Show all posts

8/11/11

Solat Istikharah : Perlukah Cabut Undi?


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Tempoh hari, berbekalkan taufiq daripada Allah, saya sempat menanyakan dua soalan yang telah lama terbuku di hati. Soalannya berkaitan dengan Solat Istikharah. Bermula ketika membaca satu entri di blog myilham.com, saya pun teringat persoalan lama yang masih belum terjawab. Bukan saya sahaja yang musykil soalan ini, tetapi sahabat-sahabat saya jugak ramai yang bertanyakan soalan yang sama.

Soalan-soalan itu pada mulanya saya tanya buat pemilik blog myilham.com memandang beliau telah membuat satu entri berkenaan solat istikharah. Selepas itu, saya tanyakan solan yang sama kepada ustazlove sebab saya tahu ustazlove mesti jawab saya, hihi. Sebab tu saya selalu berkunjung ke blog ustazlove untuk meneguk sedikit ilmu buat hamba dhaif ini.

Tujuan saya bertanyakan kepada dua orang ustaz ni bukanlah mahu 'test' ilmu mereka. Tetapi hanya mahu mendapatkan pandangan lebih ramai dan luas. Bukankah itu sesuatu yang menguntungkan? Tambahan pula buat saya yang kurang ilmu ini.



Soalan saya :

1) Adakah Nabi pernah buat solat istikharah?

2) Ada sahabat ana sarankan untuk lakukan istikharah dengan cara yg lain sikit.
Begini caranya, dia suruh tulis tuliskan dua pilihan kita tu dalam kertas. 2 kertas itu diasingkan lalu diletakkan di bawah sejadah. Kita dikehendaki melakukan solat istikharah tu sebanyak 3 kali. Setiap kali selesai solat istikharah tu, cabut salah satu daripada kertas itu dan lihat yang mana kita dapat. Kalau dapat 2/3. Yang tu la pilihan kita.

Hmm, ana tak tau dia ambik kaifiat ni kat mana. Kalau boleh Ustaz bagi dalil yang bersumber ye.


Jawapan :

Soalan 1
myilham.com :

-wallahua’lam. yang penting, solat Istikharah ini sunnah berdasarkan hadith sahih yang diriwayatkan Imam Bukhari tsebut.

-Ada sebuah hadis yang menceritakan berkenaan istikharah ni :

“Rasulullah saw mengajar para sahabatnya melakukan Istikhaarah didalam semua perkara, sebagaimana baginda mengajar mereka surah daripada Al-Quran, Baginda berkata :
‘Jika sesiapa dari kamu perihatin terhadap sesuatu keputusan dia hendak melakukannya, maka lakukan solat 2 rakaat yang bukan dari solat fardu, kemudian berkata : Ya Allah, Aku memohon sesuatu yang baik daripada engkau menurut Ilmu engkau, dan aku memohon dari Engkau limpah kelimpahan engkau yang Maha Agung. Sesungguhnya engaku sahajalah yang Maha Berkuasa dan aku tidak mempunyai apa-apa pengetahuan. Engkau yang mengetahui Perkara yang ghaib. ya Allah, jika pada pengetahuanMu perkara ini baik bagiku baik didunia dan diakhirat, teguhkanlah ia bagi ku, mudahkanlah bagiku, dan berkati ia bagi. Dan jika pada pengetahuanMu ia adalah sesuatu perkara yang buruk untukKu dan juga agamaku, kehidupanku dan kesudahanku, maka jauhilahKu daripadanya, dan pergantikanlah kepadaku apa yang baik, dan redhakan aku dengannya” 
(H.R. al-Bukhari)

Jadi, solat istikharah ini memang wujud dan bukannya rekaan..


Soalan 2 


-istikharah dgn cara tersebut ataupun cara2 yang lain ( yg tidak bdasarkan dalil2 yg jelas ) lebih tdedah kepda bahaya dan keraguan. slain dari cara yg disebut, ada banyak lagi cara lain umpamanya selak halaman surah tertentu dsbg. secara peribadi, saya tidak bsetuju dgn cara2 tersebut. wallahua’lam. cuba baca artikel ust hasrizal btajuk ; fitnah petunjuk Istikharah.

-Kaifiat / cara melakukan solat istikharah adalah seperti mana yang disebutkan dalam hadis di atas.. iaitu solat 2 rakaat dan kemudiannya berdoa.. Menurut ibn Taimiyyah, lebih afdhal berdoa sebelum salam kerana Nabi s.a.w. memperbanyakkan doa sebelum memberi salam.

Kaifiat seperti yg diberikan oleh sahabat tuan hamba itu, tidaklah hamba mengetahui dari mana asal usulnya.. Adalah lebih baik tuan hamba meminta beliau mendatangkan dalil dan bolehlah kita sama2 kongsikan.. jika ternyata beliau juga tak dapat menjumpai hujahnya, maka di sini sangat perlu berhati2.

Dalam amalan Arab Jahiliyyah, unsur mencabut undi ni banyak dilakukan.. antaranya melalui kaedah undian anak panah, bagi menentukan nasib dan tindakan yg akan mereka lakukan.

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” (al-Maaidah : 90)

Pada pandangan Ustaz Love, kaedah cabutan kertas itu lebih kurang mcm amalan Jahiliyyah yg mengundi nasib melalui anak2 panah.. kenapa tak dipakai dadu je? hehe..

Kita kena faham maksud dan matlamat istikharah ni.. iaitu meminta bantuan Allah menunjukkan jalan mana yang patut kita pilih.. dan bukannya kita sendiri yg memilih kertas2 undi tersebut.. kertas undi adalah untuk dipangkah (dalam pilihanraya) dan bukannya untuk dipilih2..

Dan petunjuk istikharah menurut Imam Nawawi rahimahullah adalah melalui perubahan perasaan dan kecenderungan.. petunjuk melalui mimpi itu mungkin ada benarnya, tetapi bukan semestinya. Tapi, petunjuk melalui kertas undi, itu adalah petunjuk demokrasi, dan bukannya petunjuk istikharah.

WA

Cadangan Bacaan :

Muhammad Iqbal :

1) Infiniti terima kasih buat myilham.com dan ustazlove yang telah menjawab soalan saya. Terharu pulak. Jazakumullalhukhair ( semoga Allah membalas kamu semua dengan kebaikan ).

2) Jangan segan-segan nak bertanya saolan-soalan yang berselirat dalam minda anda kepada orang yang lebih mengetahui. Malu bertanya sesat jalan. Malu bertanya tak dapat jawapan.

Patah kalamku :
Kita diajar dengan pelbagai pelajaran. Dengan berbagai-bagai ajaran. Tapi, hakikatnya kita tak pernah diajar untuk mengaku kesilapan sendiri. Malahan menyalahkan pula orang lain. Fikirkanlah
 
Wallahua'lam

Muhammad Iqbal 
Baling, Kedah


8/10/11

Hukum Minum Beer Tanpa Alkohol


 Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




al-Imam Qaradawi telah ditanya tentang hukum meminum beer tanpa alkohol maka Imam menjawab:

Islam telah bersepakat bahawa setiap minuman yang mempunyai unsur memabukkan samada banyak atau sedikit hukum meminumnya tetap haram. Apabila arak ini diharamkan kerana mabuk dan unsur yang memabukkan itu adalah alkohol maka sekiranya terdapat di dalam jenis minuman beer yang tidak mempunyai alkohol maka ia tidak menjadi haram dan tidak menajadi kesalahan seorang muslim yang tenang hatinya dengan air itu untuk minum.

Tetapi sekiranya terdapat sedikit alkohol maka hukumnya haram.sekiranya seseorang itu syak terhadap beer itu adakah ia mempunyai alkohol atau tidak,maka hendaklah dia mengelakan minuman tersebut kerana menjaga agamanya.


Apa-apapun,Allah Taala telah memberikan nikmat minum-minuman yang begitu banyak yang status halalnya itu diyakini yang boleh kita meminumnya.

(Nukilan daripada Web Imam bersama gubahan dan ringkasan bahasa). 

Sumber : Ustaz Fauwaz ( Anak Allahyarham Ustaz Fadzil Noor )


Muhammad Iqbal :

1) Banyak lagi minuman yang HALAL. Minum sahaja minuman-minuman yang kita yakin HALAL.

2) Lebih mudah, mudah minum saja air kosong. Senang. Sihat pun sihat. HALAL pun terjamin. Lihat entri ini : Jom, 8 Gelas Sehari !!

Wallahua'lam


5/23/11

Hukum Handphone Berbunyi Ketika Solat


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Baru-baru ni aku dan seorang sahabatku, Ashraf Yahya  pergi menziarahi rakan kami, Muslim Baharom di Labu Besar, Kulim. Alhamdulillah, kedatangan kami di sambut baik oleh rakan kami itu. Kami sempat bersembang panjang di dalam rumahnya setelah beberapa bulan tidak bersua, banyak cerita yang keluar. Seronok benar.

Setelah hampir satu jam dirumahnya, kami pun balik. Dalam perjalanan pulang, sahabatku mengajak aku ke Pekan Kulim, saja bersiar-siar di Landmark ( pusat beli belah ) katanya. Biasalah, kami dah pakat-pakat ada lesen, gila stereng la jawabnya kan, hihi. Seperti biasa, aku mencari kedai buku. Akhirnya jumpa, alhamdulillah agak besar kedai buku Hasani di sini. Puas meneroka kedai buku tu, kami pun carilah surau nak solat maghrib. Huh, setelah bertanya seorang pekerja di kedai buku tu, kami pun terus menuju ke surau tersebut.

Masuk sahaja dalam surau tu, kelihatan kebanyakannya hanya solat sendirian. "Aih, tak boleh jadi ni, rugi.." getus hati kecil ku. "Ashraf, jom buat jemaah la noh", aku berkata. Dia mengangguk tanda setuju, alhamdulillah. Aku pun carilah tempat yang strategik untuk buat jemaah, ye la, sesak beb!

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Solat berjemaah lebih utama jika dibandingkan dengan solat sendirian dengan 27 darjat.” 
(Hadis riwayat Bukhari)

Akhirnya, aku ditolak menjadi imam. Alahai .Tak apa, sehingga sampai ke awal rakaat ketiga, kedengaran satu deringan handphone berbunyi agak kuat dari bahagian makmum di belakang. Uish, agak mengganggu. Tiba-tiba, sesuatu yang tidak diingini berlaku. Masya-Allah, handphone aku berbunyi ketika sedang dalam tahiyyat terakhir! Aku teringat masalah ini pernah di jawab oleh Ustaz Zaharuddin di bukunya 'Mutiara Akidah & Ibadah'. Jadi, aku berusaha untuk menghentikan deringan handphone aku tu. Alhamdulillah, berjaya! Aduih, selalunya aku silent kan handphone aku tu, tapi kali ni, lupa pulak, hihi.

Oleh itu, di sini aku nak kongsikan dengan pembaca-pembaca blog ini sekalian mengenai hukum handphone berbunyi ketika solat. Adakah kita perlu hentikan solat kita? Atau hentikan deringan handphone kita ? Atau buat tak tahu je? Ok, semuanya bakal terjawab setelah anda membaca soal jawab di bawah ni. Jom baca sekarang, rassss~

Ehem, handphone sapa ntah...hihi



Soalan

Surachei Suksuvan a/l Ron  wrote:

ASSALAMUA'ALAIKUM UST,

Saya muhammad yusuf surachei b. Abdullah dari kulim, kedah.. Saya adalah saudara baru yang telah convert hampir 4 tahun, saya telah baca beberapa artikel yang telah ust huraikan dalam website ust terutama mengenai isu2 semasa seperti pelaburan internet, asb, dan sebagainya.. Di sini saya ada satu attachment mengenai hukum mematikan hp ketika solat.. Apa pendapat ust tentang perkara ini? Terima kasih.. ..


Jawapan 

Wa'alaikumussalam,
Selamat datang ke web saya dan terima kasih atas kesudian membacanya.
Menurut kefahaman saya, hukum mematikan ‘handphone' sewaktu solat jemaah dan solat secara individu adalah wajib (dimestikan).  
Ini kerana :-


1) Tegahan dari terpesong minda & hati : Nabi tidak membenarkan umatnya terpesong minda, hati dan wajah semasa menunaikan solat. Tegahan Nabi ini boleh dilihat dari hadith berikut:-

إن الرجل لينصرف وما كتب له إلا عشر صلاته تسعها ثمنها سبعها سدسها خمسها ربعها ثلثها نصفها 

Ertinya : " Seseorang yang beransur dari solatnya dituliskan baginya pahala dari persepuluh pahala solatnya, 1/9,1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3  atau ½
( Riwayat Abu Daud dan An-Nasaie , Shohih menurut Ibn Hibban ) 

فإن هو قام وصلى فحمد الله تعالى وأثتى عليه ومجده بالذي هو أهل وفرغ قلبه لله تعالى إلا انصرف من خطيئته كيوم ولدته أمه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat serta memuja muji Allah SWT dengan pujian yang selayak bagiNya, serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT kecuali tatkala ia keluar dari dosa-dosanya seperti anak yang baru dilahirkan"
( Riwayat Muslim) 

المصلي يناجي ربه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat adalah sedang bermunajat dengan tuhannya"
( Riwayat Al-Bukhari, no 413 ; Muslim , no 551  )

فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ

Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain
( Al-Bukhari dan Abu Daud ; fath AL-Bari , 2/304 ) 

Justeru, difahami dari zahir dan objektif di sebalik tegahan-tegahan ini, kita akan mendapati mesej baginda SAW amat jelas untuk seseorang menumpukan hati dan mindanya kepada Allah SWT semasa solat. Dengan kumpulan dalil-dalil ini saya kira telah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan kewajiban menutup hand phone semasa solat. 

                                                                  
2)     Tegahan dari menganggu ahli jemaah yang lain

Sebagaimana kita fahami, bahawa bunyi handphone ini mampu mengganggu seluruh ahli jemaah yang sedang menunaikan solat. Terutamanya jika ia bermuzik dengan lagu dangdut, pop, rock yang pelbagai maka sudah tentu dosa pelakunya lebih besar.

Keadaan ini dapat difahami dari tegahan Nabi SAW terhadap umat Islam yang datang ke masjid dengan setelah memakan makanan berbau dan busuk. Nabi SAW besabda :- 


من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja 
( Riwayat al-Bukhari , no 808 ) 

Pernah juga diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri r.a bahawa : 

Nabi SAW pergi beriktikaf di sebuah masjid lalu kedengaran bunyi bacaan al-Quran yang lantang di dalam masjid, lalu Nabi SAW segera menyelak langsir (kerana rumah nabi di sebelah masjid ) lalu berkata " Setiap kamu hendaklah bertutur secara peribadi dengan tuhanmu, justeru janganlah seorang kamu menganggu yang lain dengan meninggikan suaranya semasa membaca al-Quran "
( Riwayat Abu Daud : 1332) 

Kesimpulannya, wajib menutup hand phone semasa solat sendirian dan berjemaah. Sekiranya terlupa dan handphone berbunyi, maka wajiblah bergerak sedikit untuk menutupnya. 

Pergerakan  

Pergerakan ini tidak membatalkan solat kerana ia adalah pergerakan wajib, sebagaimana Nabi SAW mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil semasa solat. Diriwayatkan 

أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أمر بقتل الأسودين في الصلاة العقرب والحية

Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan agar membunuh dua binatang bias walaupun ketika solat iaitu kala dan ular (jika ia menghampiri ketika solat) ( Riwayat Ibn Majah, no 1235 )
 
Hasilnya, jelas kita dapat memahami bahawa wajib juga bagi seseorang untuk bertindak ‘membunuh' bunyi handphone nya yang mengganggu jika berbunyi kerana ia amat berbahaya dan merosakkan ketenangan orang sedang solat, sebagaimana bahayanya kala dan ular.
Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman



Wallahua'lam
Muhammad Iqbal
Baling, Kedah


1/7/11

Hukum Bekerja di 7 Eleven



Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya,
“Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” 
(Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, Kitabul Iman, 1/350, no. 208 (Dari Abu Hurairah). Ibnu Majah, Sunan Ibni Majah, Kitabul Fitan, 11/485, no. 3976 (Dari Abu Harairah). Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 34/25, no. 16094 (Dari 'Abdurrahman B. Sannah))


Tempoh hari, semasa aku bersiar-siar dalam laman Facebook, tiba-tiba rakan sekelas aku tahun lepas ( tingkatan 5 ) memulakan chat dengan aku. Kami sebenarnya merupakan lepasan SPM 2010. 

Jadi, bagi sesiapa yang tidak dapat berkhidmat untuk negara dengan menyertai PLKN, mereka akan berusaha mencari kerja bagi tidak membuang masa terperuk di rumah begitu sahaja. Aku menganggarkan dia hanya mahu bertanyakan khabar aku sahaja, tetapi sangkaan aku ternyata meleset. Dia sebenarnya  mahu mengetengahkan kepada aku satu soalan agama berkenaan pekerjaan. Dia memulakan chat dengan menceritakan situasinya pada waktu tersebut. Dia telah mendapat tawaran pekerjaan di salah sebuah kedai yang beroperasi 24 jam sehari dan sangat popular dalam kalangan masyarakat dunia hari ini iaitu 7 Eleven.
Tetapi apa yang memeningkan kepalanya ialah kedai tersebut ada menjual juga arak. Seperti yang kita tahu, arak itu haram disisi Islam. Dia risau jika pekerjaannya itu bakal menjadi sumber rezekinya haram dan tidak berkat. Aku hanya mengulas sedikit sahaja kepadanya mengenai persoalannya itu berbekalkan ilmu yang cetek lagi dangkal yang aku ada. Bagi penerangan selebihnya, aku syorkannya membaca artikel Ustaz Zaharudin Abdul Rahman ( UZAR ) di laman webnya. Berikut aku sertakan artikel yang aku ambil daripada laman web UZAR setelah aku minta izin untuk copy. Teliti artikel dibawah:

HUKUM KERJA DI 7 ELEVEN
SOALAN:

Di sini saya ingin ajukan satu soalan, bagaimana hukum pendapatan saya sekiranya saya bekerja di kedai 24 jam yang agak terkenal iaitu 7eleven, kedai ini ada menjual minuman arak, adakah saya termasuk dalam gologan orang yang dilaknat oleh Allah ?

JAWAPAN UZAR :

Secara umumnya, kerja sebagai cashier di pasaraya termasuk 7 eleven adalah halal. Bagaimanapun jika ada orang membeli arak dan melakukan pembayaran di kaunter anda, tatkala itu anda turut mendapat dosa dan laknat Nabi SAW kerana ia dianggap telah membantu pembelian arak itu. Demikian juga jika pekerja itu seorang pembantu yang menyusun dan semak stok arak dan lain-lain yang diharamkan, apa sahaja yang berkait dengan menyusun arak, mempamerkannya adalah berdosa.

Perlu difahami, tidak semua perkara haram sama tahap berat dosanya, ada yang dosa besar dan ada dosa yang lebih kecil. Allah SWT lebih mengetahui, bagi mendapat lebih jelas panduan hukum dalam hal ini adalah hadith Nabi SAW :-

عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له
"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"

Dalam menghuraikan hadith ini dan kaitannya dengan cashier :-

وآكل ثمنها المشتري : أي للشرب أو للتجارة بالوكالة وغيرها
Ertinya : Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22)
Dan juga sebuah lagi hadith 

عن جَابِرِ بن عبد اللَّهِ رضي الله عنهما أَنَّهُ سمع رَسُولَ اللَّهِ  يقول عَامَ الْفَتْحِ وهو بِمَكَّةَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ
Ertinya : Dari Jabir r.a berkata ia mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Mekah, sesungguhnya Allah dan rasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala. ( Riwayat al-Bukhari, 2/779)

Secara ringkasnya, ini bermakna kerja sebegini boleh menyebabkan pendapatannya bercampur halal dan haram. Keadaan ini boleh diselesaikan dengan memperuntukan sedeqah sebahagian dari harta setiap bulan kepada faqir miskin. Ia bergantung kepada iman kita, jika ingin rasa lebih tenang, sedeqahlah dalam jumlah yang wajar dengan keterlibatan penjualan arak tadi. 

Adapun jual kondom di 7 eleven agak sedikit berbeza, kerana kita tidak dinafikan ada suami isteri yang membelinya juga, ia adalah halal 

Adapun, bagi yang berlagak bagai suami isteri lalu membelinya untuk perzinaan mereka, cashier yang tidak mengetahui tidak terlibat dalam dosa tersebut, kecuali jika dalam sesetengah keadaan ada cashier yang mempunyai rakan-rakan muda yang diketahui kaki berzina, lalu meminta bantuan untuk membeli kondom dari kedai yang dijaga oleh rakannya. Ketika itu, bantuan itu menjadikan tindakannya adalah haram dengan dosa besar. Wallahu'alam.

Sebagai akhirnya, saya berasa lega kerana di beberapa buah pasaraya, mereka memisahkan kaunter pembayaran barangan tidak halal dibuat di kaunter khas yang dijaga oleh bukan Islam. Ia baik bagi menjaga kebajikan pekerja Islam.

Sekian,

Ust Zaharuddin Abd Rahman







BERIKUT SATU RESPOND DARI BEKAS PEKERJA 7 ELEVEN BY EMAIL 


Assalamu Warahmatullah a'alikum...


Berdasarkan dalil dr hadis Nabi Muhammad S.A.W yg UZAR utarakan,
jelas menunjukkan bahawa bergelumang dengan ARAK itu haram (jelas dan
nyata), sekali pun hanya menyusun...

Dikesempatan ini, sy ingin berkongsi pengalaman bersama pembaca
sekalian. Sy pernah bekerja di 7-eleven (7E)penghujung tahun 2005
dlu, dek kerana rase dh tak tau nk buat ape, dengar plak kawan pun
ade keje kt 7E ni, so sy apply, dpt, then tros keje esoknya...

Setelah bekerja, br sy sedar, yg 7E ni ade jual ARAK, tp sy terpaksa
jgak keje dlu sbb mase interview dh janji nk keje, lgpun mmg xde keje
selain tu mase tu. kemdian sy ketahui antara tugas sy adlh berkaitan
dgn ARAK. Menjadi pekerja di 7E semua kerja perlu dibuat, no excuses,
kalo keje x siap, store x kemas ke, brg x susun ke,brg abis x tambh
ke mmg kena marah ngan store manager, so, nk x nk mmg kene buat.
Tp sy sedaya upaya mengelak dr membuat kerja berkaitan dgnnya, susun
ke, kire stok ke, lbh2 lg jualkan. Malangnye, sy jadi serba salah nk
bg kerja tu kat teman sekerja kerana dorang pun Islam jugak, (mmg
diakui hampir semua store 7E dijaga olh org melayu muslim)tp dorang
bwat tnpa disuruh (dorang rase itu tggjwb sbg pekerja), so sy
selamat...

Tp yg bwat sy btol2 tertekan bile keje kat 7E ni, bile budak (remaja
melayu Muslim) dtg NK BELI ARAK!! (mase tu dhla bula RAMADHAN,
RAMADHAN!!!!!) bile tanye, die kate india mintak belikan, sy pun mls
nk bertengkar, tgk keadaan budak tupun lain mcm je...(kesilapan sy yg
amat sy kesalkan)...

sejak pd tu, sy bertekad nk berenti keje 7E, akhirnye x lame sy dpt
pluang (kalo anda bertanya kenapa perlu tunggu peluang baru nk
bernti, sy beranggapan kononnye sy klua/resing dgn care baik laaa,
maaf, ni pnadangan peribadi). dan kerana merasakan was2 dgn gaji yg
sy perolehi, sy tulis setiap perbelanjaan makan minum sy yg sy
gunakan duit hasil keje 7E ni.

Moralnya; kpd yg nak keje @ yg msh bekerja di 7E (dgn arak ni),
fikirlah dgn sewajarnya hukum islam mengenainya kerana melibatkan
keberkatan hidup anda juga didunia ini & akhirat kelak... 
Wallahua'lam


Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."
(Surah al-Maidah:Ayat 90)


p/s: aku setuju dengan artikel  diatas UZAR. Kepada sesiapa yang ingin mencari kerja, tidak kiralah sama ada tetap atau sementara, pastikan ia dari sumber yang halal dan jauh dari unsur syubhah.


Wallahua'lam


3/17/10

Nada Dering Ayat al-Quran dan Azan diharamkan



Kaherah - Mufti Besar Mesir, Syeikh Ali Jumah, Mengeluarkan fatwa yang melarang penggunaan ayat-ayat al-Quran dan suara azan sebagai nada dering ( ringtones) untuk telefon bimbit.

Syeikh Jumah, pihak berkuasa agama tertinggi di Mesir, mengatakan, puisi atau lagu agama boleh digunakan oleh mereka yang ingin mengagungkan agama mereka dalam telefon bimbit mereka, tetapi ayat al-Quran tidak diperbolehkan untuk itu, seperti yang dilaporkan akhbar al-Arabiya, yang mendakwa mempunyai salinan fatwa tersebut.

Fatwa larangan disebabkan meningkatnya fenomena penggunaan ayat al-Quran atau seruan azan sebagai nada dering di Mesir yang dianggap simbol ketaatan.

"al-Quran adalah firman ALLAH yang dengannya kita dapat menyembah-NYA, kerena itu harus dibaca atau didengar dengan hormat dan khusyuk," kata Syeikh Jumah dalam fatwanya.

Syeikh Jumah menganggap penggunaan ringtones azan sebagai perilaku tidak sopan. Hal itu, tambah dia, dapat membingungkan orang-orang yang mendengar nada dering telefon tersebut dan percaya itu sebagai tanda masuknya waktu solat.

Sumber: Majalah i (Mac)
WALLAHU'ALAM



Silalah tinggalkan komen atau nasihat kepada PENULIS insan yang serba kekurangan ini. Nasihat atau komen anda amat-amatlah PENULIS harapkan dan dahului dengan ucapan jutaan TERIMA KASIH. Dan melalui komen atau nasihat anda juga PENULIS dapat berkunjung kembali ke blog anda, insyaALLAH..