Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

4/25/16

Persediaan Ramadan : Doa dan Niat


Doa dan Niat Menyambut Ramadan.

___

Rasulullah sollallahualaihiwasallam mengajarkan ummatnya bahawasanya sebelum kita menyambut Ramadan, kita dikehendaki berdoa kepada Allah Subhanallah Ta'ala.

Doanya yang paling ringkas, begini :

اللهمّ بلّغنا رمضان

"Ya Allah, sampaikanlah kami dalam bulan Ramadan."

Iaitu supaya kita meminta kepada Allah agar kita masih diberi peluang hidup hingga tibanya bulan Ramadan.

Mengapa kita berdoa seperti demikian?

Rasulullah sollallahualaihiwasallam menyebut dalam satu hadith, "...Sesungguhnya setiap amal itu dikira berdasarkan niatnya, dan setiap orang akan mendapat apa yang diniatkan..."¹

Barangsiapa berniat agar dapat berpuasa, berqiamullail, beriktikaf dan bangun pada malam lailatul qadar, mendapatkan segala kebaikan yang ada, pada bulan Ramadan yang bakal tiba, .....dia akan membolot segala pahala dalam bulan Ramadan yang bakal tiba ini, walaupun dia tidak sempat menjengah masuk.

Iaitu jikalau seseorang insan itu meninggal dunia, yang pada dirinya itu ada niat untuk berpuasa, beriktikaf, membaca al-Quran, bangun berqiamullail, kemudian Allah mewafatkannya sebelum tibanya bulan Ramadan - insyaAllah - akan mengalirlah pahala-pahala Ramadan itu kepadanya. Kerana, setiap amalan itu dikira berdasarkan niatnya.

¹ : Hadith Riwayat Bukhari

Wallahua'lam.

Rujukan :
Kitab - كيف نستقبل رمضان



Muhd Iqbal Samsudin
El-Abbasiya, Cairo, Egypt
1038
250416

1/23/13

Fikir.


Fikir.




Berfikir, ia nampak mudah.

Namun reliti, ia susah.

Ianya kenyataan. Berapa ramai yang waras dalam dunia ini, yang jadi pemikir? Padahal semua yang berakal sihat mampu berfikir.

Yang membezakan ialah kualiti hidup kita. Malas atau Rajin?

Sebab itu adanya pepatah, 'belakang parang jika diasah, boleh jadi tajam'.

Maka, sebab itu saya fikir, dalam al-Quran, banyak sekali ayat yang menyatakan sangat sedikit golongan yang bersyukur.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur"." (Al-Mulk 67:23)

Bersyukur, sekadar di lidah mungkin mudah, namun menzahirkan kesyukuran dalam bentuk perbuatan, tidak semua mampu. Kerana, untuk bersyukur, nyata seseorang itu perlu berfikir. Berfikir, berfikir dan berfikir.

Walau pahit untuk ditelan, perlu juga diakui, ramai yang malas berfikir.

Kerana itu, kita lebih mudah menonton dan mendengar banyak perkara yang melaghakan, banyak perkara yang kelakar, yang kurang proses berfikir.


Mahu atau tidak.

Semuanya, antara mahu atau tidak. Malas atau rajin. Sungguh, untuk berfikir, itulah pilihan-pilihannya.

Mahu buat status, upload dan share gambar dalam facebook.

Mahu tweet status, upload dan retweet gambar dalam tweeter.

Mahu upload gambar dalam instagram.

Perlu FIKIR.


Mahu melihat.

Mahu cakap.

Mahu berjalan.

Perlu FIKIR.


Ya, perlu fikir.


Fikirkan, adakah ianya mendatangkan pahala atau dosa?

Ke arah syurga atau neraka?

Mengundang redha Allah atau murka-Nya?

Sia-sia atau berguna?


Perlu FIKIR. Perlu fikir sehingga itu dan seperti itu.


Sebagai contoh, jika mahu upload dan share gambar yang ada terbuka aurat, walau bukan aurat kita, mungkin aurat kawan kita, ianya tetap aurat. Apabila orang lain lihat, boleh mungundang dosa kepada diri kita dan orang lain yang melihat juga. Di alam maya, bukan sukar untuk tersebar, sangat mudah. Mengundang dosa atau pahala? Syurga atau neraka? Redha atau murka? Sia-sia atau berguna? Ya, itu sahamnya.

Fikir dan syukur.



Fikir, hanya kenderaan.

Ada juga yang suka berfikir, sangat suka. Tetapi sayangnya, matlamat pemikirannya bukanlah Allah. Bantuan proses pemikirannya bukanlah bersandar dengan al-Quran dan as-Sunnah. Maka, ianya tetap punah. Rugi.

Di hujung fikir kita, semua berbalik kepada Allah.

Terbaca status senior saya, saudara Nasiruddin,

"Kebenaran merupakan destinasi yang sebenar. Berfikir itu pula kenderaan menuju ke destinasi itu. 

Namun ada orang yang tertipu dengan nikmat kenderaan itu, sehinggakan apabila telah tiba ke destinasi yang sebenar, ia masih berada dalam kenderaan dan terus berpusing-pusing di jalanan. 

Apabila tiba masanya, tersadailah ia di jalanan tanpa sempat menjejakkan kaki di destinasinya.

Tuhan itu matlamat, berfikir itu wasilat."


Fikir.

Supaya kita tidak di bodohkan.

Fikir.

Fikirkan yang baik-baik.



Wallahua'lam.


Muhammad Iqbal.
el-Abbasiya, Cairo, Egypt.
23.1.2013
2:23 p.m.


12/27/12

Chenta dan Cinta

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Tidak sangka, suatu ketika dahulu, akaun twitter saya seolah-olah mayat hidup. Hidup, tetapi seakan tiada apa-apa.

Namun, hari ini, saya kira ianya sudah berfungsi. Alhamdulillah. Apa saja ruang dakwah yang ada, manfaatkan. Jangan sampai terlalu lalai. Peringatan untuk diri saya juga.

Twitter, bagi saya satu medan dakwah yang baharu. Paling penting, ia membina minda kita menjadi kreatif kerana bilangan huruf yang dibenarkan terhad. Jadi, untuk sampaikan sesuatu, harus bijak, harus kreatif. Baru mesej boleh disampaikan dengan baik.

" Sesiapa yang mengucapkan dua kalimah syahadah, mengakui Allah tuhannya dan Rasulullah itu pesuruh-Nya. Maka, dia adalah seorang da'ie. Seorang da'ie itu, tidak duduk saja menanti ruang dakwah, tetapi harus bijak mencari ruang-ruang dakwah."

Chenta.

Remaja, tidak dapat lari dari perbincangan yang melibatkan soal cinta. Hari-hari, ada saja perbincangannya. Entah bila mahu bosan pun tidak tahu, bahkan boleh buat topik pencerah mata.

Saya tertarik dengan soalan sahabat saya di twitter, yang bertanyakan mengapa saya menggunakan kalimah 'chenta' berbanding 'cinta'.

Cinta biasa kepada siapa? Kepada yang bergelar manusia. Ibu bapa, adik beradik dan sebagainya.

Chenta luar biasa? Kepada Allah Subhanallah Ta'ala dan kekasih-Nya, Rasulullahi sallallahu 'alaihi wa sallam.

Rasulullah bukan manusiakah? Ya, manusia. Tetapi hakikatnya, baginda manusia yang bukan seperti manusia lain. Maqamnya terjauh mulia berbanding manusia biasa.


Sebut.

Saya letakkan perkataan 'cinta' hanya manusia biasa. Manakala 'chenta', kepada Allah dan Rasulullah.

Kerana, intonasi ketika menyebut lafaz 'chenta' itu lebih istimewa dan lebih 'power' auranya berbanding menyebut 'cinta'. Tidak percaya, silakan cuba dengan penuh penghayatan.

Itu manifestasi 'cinta' dan 'chenta' dari segi lafaz. Segala lafaz yang keluar itu, mudah-mudahan menjadikan hati lebih rasa 'zouq' kegahannya.

Bersama dengan para ulamak dan auliyak, boleh membawa hati kita belayar dengan hati mereka, membenih rasa  chenta kita kepada Allah dan Rasulullah.
[ Foto : Syeikh Usamah as-Sayyid Mahmud al-Azhari, Rektor Universiti al-Azhar, antara tokoh ulama muda yang saya kagumi ]


Wallahua'alam. 


Muhammad Iqbal.
el-Abbasiya, Cairo, Egypt.
26.12.2012
10:04 pm.





12/17/12

Logika.



Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.





Entri ini ada kaitan dengan cerpen Dua Down.

Ketika usai kelas Phychology dalam dewan kuliah, saya teringat untuk bertanyakan kepada doktor tentang kadar keterencatan akal dan IQ bagi insan-insan Down Syndrome. Kerana, perkara tersebut tidak dinyatakan dalam buku yang department sediakan.

Namun, Allah Maha Mendengar, seorang rakan dari belah pelajar perempuan telah bertanya soalan itu. Syukur. Lalu, jawapan yang diberi ialah, insan-insan Down Syndrome ini punya kadar Mental Retardation ( MR ) dalam ketegori Moderately Retarded Patients ( imebecile ) atau boleh jadi hingga Severely Retarded Patients ( Idiot ).

Ciri-ciri Moderately Retarded Patients ( imbecile ) :

- Kadar IQ 30-50
- Trainable ( boleh dilatih ) dan Not Educable ( tidak boleh diajar ).

Manakala, ciri-ciri Severely Retarded Patients ( idiot ) :

- Kadar IQ dibawah 30.
- Not trainable ( tidak boleh dilatih ) dan Not educable ( tidak boleh diajar ).
- Mereka memerlukan Rehabilitation ( Pemulihan ) dan Institualization ( Penerapan ).

Nota : IQ untuk Mental Retardation ( terencat akal ) ialah di bawah 70. [1]

Begitulah apa yang telah termaktub dalam buku Phychology. Mendengar jawapan daripada doktor saya jadi puas hati. Soalan terbuku sudah terjawab.


Dua Down.

Sengaja saya buat cerpen itu berkaitan dengan penyakit Down Syndrome. Ianya pada saya merupakan cebisan idea besar dan cita-cita saya untuk menulis sebuah novel berkaitan dengan penyakit itu satu ketika nanti. Moga-moga tercapai cita-cita itu, insya-Allah.

Sebahagiannya logik diterima akal, sebahagiannya kurang logik. Kekurangan logik itu bukanlah hanya mahu buat sebuah kisah fantasi, tetapi hanya mahu mengajak kita saling berfikir dan terus berfikir.

Dalam cerpen Dua Down tersebut, sengaja saya akhirkan dengan penutup yang kurang logik pada akal manusia. Manakan boleh, dua kanak-kanak Down Syndrome, selepas berlaku kemalangan jadi manusia yang tinggi IQ-nya dan sangat bijak? Bahkan terjadi serentak kepada kedua-dua adik beradik itu.

Nah, memang tidak diterima dek akal!

Namun ada yang lupa, Allah itu Maha Kuasa, Maha Besar, Maha Mengetahui segalanya. Yang tidak logik, boleh jadi dengan izin-Nya. Tanpa ragu-ragu, yakin dengan kuasa Sang Pencipta kita semua.

"Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi."
(Surah Yaa Siin 36 : 82)


Aqidah.

Ketika mana kita ghairah mencari ilmu lain, kadang-kadang kita terlupa satu ilmu yang sangat penting iaitu ilmu aqidah. Kadang-kadang kita pernah mempelajarinya, tetapi perlu juga kita sedar bahawa betapa lama juga kita telah meninggalkan ilmu itu.

Ada orang yang membesar dalam suasana kurang atau tidak menekankan cara hidup Islam. Lalu hidupnya tidak pernah endah betapa tingginya peri penting ilmu ini. Ianya mungkin mudah bagi sesetengah orang, tetapi ramai yang tidak ambil tahu.

Ramai juga yang dilahirkan dalam persekitaran gaya hidup Islam, namun nilai aqidah dalam diri tidak diletakkan sebati dan tertinggi dalam diri. Ada yang belajar, tetapi hanya untuk habiskan silibus, maka itulah yang akan kita dapat. Intipatinya dilupakan.

Bahkan, ketika anak-anak masih kecil, persoalan aqidahlah perkara pertama yang perlu diajar. Mengajar mengenal TUHAN bukan hanya mengenal HANTU. Realitinya, didikan ini, ramai yang telah meinggalkannya.

Lihat kisah Nabi Ibrahim 'alaihissalam, ketika hendak dibakar oleh penyembah-penyembah berhala, kisahnya tidak logik. Masakan seorang manusia yang dicampak ke dalam api besar yang marak menyala-nyala tetapi langsung terjadi apa-apa kepada dirinya.


" (Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya! "

" Kami berfirman: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".

" Dan mereka (dengan perbuatan membakarnya itu) hendak melakukan angkara yang menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang amat rugi, (kalah dengan hinanya). "

" Dan Kami selamatkan dia dan (sepupunya) Nabi Lut ke negeri yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat manusia. "

(Surah al-Anbiyaa' 21: 68 - 71) 


Singkap juga kisah Nabi Ibrahim 'alaihissalam yang diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail 'alaihissalam. Walau pisau yang telah diasah tajam, tetapi ketika mahu disembelih, pisau tersebut tidak berjaya memotong. Logikkah itu disisi akal kita?


Tetapi buat yang yakin seratus peratus kepada Allah, yang aqidahnya tiada cacat cela, pasti percaya tanpa banyak bicara. Imannya membenarkan segala-galanya.


Bukan api yang membakar, tetapi dengan izin Allah api itu mampu membakar.

Bukan pisau yang tajam itu yang memotong, tetapi dengan izin Allah pisau itu mampu memotong.


Hantar.

Saya tidak kisah jika apa yang saya tulis tidak diterima untuk dipublish atau sebagainya hanya kerana ianya tidak logik. Di sana ada ramai yang menulis kisah yang langsung tak logik dek akal, namun ditolak.

Yang dikisahkan, hanya apabila ada perkara-perkara yang salah dan cacat celanya dalam penulisan dan apa saja berkaitan diri saya, mohon ditegur. Itu sahaja.

Namun, tidak dapat dinafikan juga segala penolakan atau kritikan itulah yang akan membuatkan kita bergerak lebih kuat dan ke hadapan.

" Jika JK Rowling berputus asa ketika menghantar Siri 1 Harry Potter kepada penerbit buat pertama kalinya, tentu adikaryanya itu tidak wujud. Dan dia tetap seorang janda anak satu yang tidak dikenali orang.

Tetapi, JK Rowling menghantar kepada penerbit lain, masih gagal. Dia mencuba lagi. 11 kali mencuba, baharulah Penerbit Bloomsbury dari London sudi menerbitkan dengan bayaran muka 1500 pound. Buku itu cuma dicetak 1000 naskah, 500 daripadanya diberikan ke perpustakaan.

Keadaan berubah selepas itu. Kini kekayaan JK Rowling bernilai 7 bilion (hasil novel dan filem Harry Potter). Malah Forbes menyenaraikan JK Rowling antara 12 wanita paling kaya di Britain.

Pengajaran yang baik untuk kita semua teladani daripada wanita ini; jangan mudah berputus asa!" [2]

Moga, segala usaha dan amalan kita dikira sebagai amal soleh di sisi Allah. Moga-moga diredhai-Nya.

Tidak logik jika singa mampu dekat dengan manusia  hingga mampu dipeluk seperti memeluk teddy bear, tetapi andai diizinkan-Nya, semuanya mampu terjadi. ^^




[1] Brief Notes In Phychology. Prof. Mohamed Ghanem, Chair, Institute of Phychiatry, Ain Shams University.

[2] Status facebook seorang penulis, Ummuhani Abu Hassan.


Wallahua'lam.


Muhammad Iqbal
el-Abbasiyah, Cairo, Egypt.

16.12.2012
11.40 p.m


11/5/12

"Adakah Rasulullah Seorang Pelayar?"

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Sejauh manakah hati kita betul-betul memeluk al-Quran?


Di pembaringan, tiba-tiba hati dan minda saya menerawang. Terbang jauh mengingatkan satu isi dari sebuah buku nipis yang telah di tulis oleh seorang bekas pendakwah kristian yang juga merupakan ahli teologi dan matematik, Dr. Gary Miller.

Buku nipis itu berjudul, ' The Basis of Muslim Belief '. Buku tersebut sangat menarik bagi saya. Fakta-fakta yang bertepatan dengan kajian sains dan sebagainya dengan al-Quran diadun dengan sangat baik.

Buku ini telah diperkenalkan oleh senior saya ketika di sekolah dahulu. Buku itu sebenarnya merupakan pemberian daripada seorang guru kepadanya. Lalu, selepas itu dia membentangkan isi-isi buku itu di dalam usrahnya. Pertama kali saya dengar isinya sememangnya mengagumkan. Subhanallah!

Saya juga menyedari bahawa wujud satu lagi bukunya yang berjudul ' Amazing al-Quran'. Bagi saya, kebanyakan isinya sama sahaja dengan buku ' The Basis of Muslim Belief '.

Daripada puluhan isi yang terkandung dalam buku itu, saya ingin keluarkan daripadanya satu kisah oleh Dr. Gary Miller. Menceritakan pengalamannya yang sungguh menarik ketika di Toronto, Kanada.

* * * *

Beberapa tahun yang lepas, ketika di Toronto, ada satu kisah. Kisahnya menngenai seorang saudagar marin yang masa hidupnya banyak di atas lautan.

Pada suatu hari, ada seorang muslim datang kepadanya dan memberikan kepadanya senaskah terjemahan al-Quran untuk dibaca. Dia pun membaca. Saudagar marin itu langsung tidak mengetahui apa-apa mengenai sejarah Islam, tetapi dia berminat untuk membaca al-Quran. Setelah habis pembacaannya, dia membawa kembali al-Quran tadi kepada orang muslim itu dan bertanya, " Adakah Muhammad ini seorang pelayar?".

Dia begitu terpesona melihat bagaimana al-Quran mampu menghuraikan ribut di tengah lautan dengan begitu tepat. Apabila dia diberi tahu, " Tidak, bahkan hakikatnya, Muhammad hidup di padang pasir." Itu sudah cukup baginya. Selepas itu, terus dia memeluk Islam.

Dia terpesona dengan penerangan al-Quran kerana dia pernah mengahadapi ribut di tengah lautan, dan dia tahu bahawa sesiapa yang telah menulis penerangan yang sebegitu rupa pasti pernah juga melalui keadaaan ribut di lautan.

Penerangan mengenai " ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal gelap-gelita berlapis-lapis " tidak boleh diterangkan oleh seseorang dengan hanya membayangkan sahaja, sebaliknya ia sememang nya ditulis dan diterangkan oleh seseorang yang betul-betul tahu dengan keadaan ribut di tengah lautan yang sebenar.

Ini merupakan satu contoh yang menunjukkan bahawa bagaimana al-Quran tidak terikat dengan hanya tempat-tempat dan masa-masa yang tertentu. Pastinya, idea saintifik telah dinyatakan juga tidak kelihatan seolah-olah dari padang pasir empat belas abad yang lalu

( Terjemahan daripada salah satu isi dalam buku The Basis Of Muslim Belief yang bertajuk Merchant Marine)

* * * *


" Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal (demikianlah keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut undang-undang peraturanNya mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)."
(Surah an-Nur 24 : 40)


" Calling the Qur'an amazing is not something done only by Muslims, who have an appreciation for the book and who are pleased with it; it has been labeled amazing by non-Muslims as well. In fact, even people who hate Islam very much have still called it amazing."
( Dr. Gary Miller )




Wallahua'lam.


Muhammad Iqbal.
el-Abbasiyah, Cairo, Egypt.
11 November 2012
11:07 a.m

8/23/12

Pasakkan Cita-cita Besar


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Berselawatlah.


" Sesiapa yang melihatku dalam mimpinya, nescaya dia akan melihatku secara langsung. Sesungguhnya syaitan tak dapat menyerupaiku."
( Hadis Riwayat Bukhari )

Sahabat-sahabat, pernahkah ada dalam diri kita ini sekelumit rasa, sebutir rasa untuk berjumpa Baginda Rasulullahi sallallahu 'alaihi wasallam?

Sesungguhnya, sangat beruntunglah sesiapa yang dapat melihat Baginda melalui mimpi atau secara terus berhadapan.

Andai kita belum pernah ada niat atau harapan untuk berjumpa dengan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, tanamlah niat itu sekarang, pasaklah harapan besar itu sekarang.

Lazimi diri dengan berselawat. Ringankan mulut untuk selawat kepada Baginda, di setiap tempat, pada setiap masa. Moga-moga cinta kita kepada Baginda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam akan lebih mekar mewangi dalam hati kita lantas mendekatkan kita dengan Allahu Subhanalla Ta'ala.


"Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali. "
(Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 16/198, no. 10287. al-Bukhari, Adabul Mufrad, 1/224, no. 645. Muslim, 2/376, no. 616. Abu Daud, 4/324, no. 1307. An-Nasa’i, 5/74, no. 1279)


" Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, akan dicatat baginya sepuluh kebaikan. "
( Hadis Riwayat Ahmad )


Daripada Abi Thalhah al-Anshari (radhiyallahu ‘anhu), beliau berkata:

Pada suatu hari, Rasulullahi sallallahu 'alaihi wasallam berada dalam keadaan yang sangat baik, jelas terpapar pada wajahnya kegembiraan, maka (para sahabat) bertanya:

“Wahai Rasulullah, pada hari ini engkau dalam keadaan yang sangat baik, jelas dapat dilihat kegembiraan pada wajahmu?” Beliau berkata:

“Benar, telah datang kepadaku (malaikat) dari Tuhan-ku, ia berkata:

“Sesiapa yang berselawat kepadamu dari ummatmu satu kali, nescaya Allah mencatat baginya sepuluh kebaikan, menghapuskan darinya sepuluh keburukkan (dosa), mengangkat baginya sepuluh darjat/kemuliaan, dan membalas kepadanya sebagaimana selawat tersebut.”

( Hadis Riwayat Ahmad )


"Sesungguhnya orang yang paling aula (utama) bersamaku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku. "
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, ath-Thabrani dan al-Baihaqi )


" Tidaklah seseorang hamba berselawat kepadaku melainkan para malaikat sentiasa berselawat untuknya sebanyak mana dia berselawat kepadaku. Maka berselawatlah sama ada sedikit atau banyak."
 (Hadis Riwayat ath-Thabrani, al-Mu’jam al-Ausath, 2/182, no. 1654. Ahmad, 24/457, no. 15689. )


"Sesiapa yang berselawat kepadaku atau memohon wasilah untukku, nescaya dia berhak mendapat syafa’atku pada hari Kiamat. "
(Hadis Riwayat Ismail B. Ishaq, Fadhlush Sholati ‘Alan Nabi, 1/49, no. 50.)


“Terhinalah orang yang di ketika namaku disebutkan padanya, tetapi dia tidak berselawat kepadaku.”
 (Hadis Riwayat at-Timirdzi, Sunan at-Tirmidzi, 11/455, no. 3468 dengan katanya: Hadis ini hasan ghorib. Ahmad, Musnad Ahmad, 12/421, no. 7451. )

‎"Orang yang kedekut (bakhil) adalah orang yang ketika namaku disebut tetapi dia tidak berselawat ke atasku. "
(Hadis Riwayat Ahmad )


Jemput para sahabat sekalian tonton video-video menarik di bawah.

Moga bermanfaat.

1) Bagaimana mahu bermimpi berjumpa dengan Rasulullahi sallallahu 'alaihi wasallam.

Saya sangat suka menonton video ini. Tontonlah walau berulang kali sekalipun, kejemuan itu sukar datang.



2 ) Tangisan Ustaz Haron Din : Insan Terpilih Berjumpa Dengan Nabi.


3) Kisah Mimpi Pelajar UIAM


4 ) Cinta Nabi : Habib Ali al-Jufri





Mahu Cintakan Allah Subhanallah Ta'ala? 
Mari Mulakan Dengan Mencintai Rasulullahi sollallahu 'alaihi wa sallam!

Katakanlah (wahai Muhammad): 
"Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(A-li'Imraan 3:31)

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi ( Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam ); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
(Al-Ahzaab 33:56)


Hayati sirah hidup Baginda Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Lazimi lisan untuk berselawat kepada Baginda. Ikuti segala sunnah yang Baginda tinggalkan. Insya-Allah, bunga-bunga sayang dan cinta itu akan muncul menerpa.

Pada saat anda rasa banyak dosa, hati semakin keras, selain berzikir kepada Allahu Subhanallah Ta'ala dan membaca al-Quran, cubalah jinakkan hati kita untuk berselawat memuji Rasulullahi sallallahu 'alaihi wasallam. Insya-Allah, hati kita jadi lebih tenang dan tenteram, rasa semakin lembut.

Koleksi Gambar-gamabar berkenaan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam.


Masjid an-Nabawi



Maqam Rasulullahi sallallahu 'alaihi wasallam




Kasut Baginda


















Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad, wa 'ala Aalihi  wa Sohbihi, wa baarik wa sallim.

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad, wa 'ala Aalihi  wa Sohbihi, wa baarik wa sallim.

Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad, wa 'ala Aalihi  wa Sohbihi, wa baarik wa sallim.




Wallahua'lam.


Muhammad Iqbal.
el-Abbasiyah, Cairo, Egypt.
23.8.2012
3.40 a.m





8/22/12

Daia plus Softlan



Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Daia, mencuci dan agak mewangi. Softlan, tak mencuci sangat, tapi mewangi. Harga lebih kurang. Masing-masing ada kepentingan.

Ketika di asrama, antara pencuci basuh yang menjadi pilihan hati, tentulah Daia. Entah kenapa, usah ditanya. Mungkin mahu menambahkan lagi koleksi pinggan kaca mama di rumah di sebabkan tawaran pembelian sekilo akan mendapat sepinggan kaca bertulis 'Daia'. Walau tak sehebat arcopal, namun ianya masih relevan untuk digunakan seisi keluarga.

Asrama lazimnya ada mesin basuh bahkan ada sekolah yang terus punya sistem dobi. Semuanya untuk memudahklan pelajar. Namun, ketika itu tiada kepuasan bagi saya kalau membasuh baju menggunakan mesin basuh. Serius tak tipu. Baju berkedut dengan teruk dan kotoran belum tentu keluar sepenuhnya. Kurang memuaskan hati. Tiada alternatif lain, basuh mengguna tangan juga menjadi pilihan. Mesin semula jadi yang lebih memuaskan.

Hingga kini, apabila kerja semakin banyak, hidup semakin sibuk, prasarana yang kurang lengkap, mesin basuh menjadi pilihan utama. Basuhan yang menggunakan kudrat semula jadi, hanya untuk pakai putih. Tetapi ia tetap sama keadaannya, basuh sendiri, tetap berdikari. Huh.

Namun, ada pelbagai jenis basuhan yang dapat saya dapat lihat. Pelbagai ragam dan pelbagai gaya. Sejak dari asrama hinggalah kini. Semua jenis ini, datang dari golongan lelaki. Jadi, mungkin ianya pelik dan lebih simple berbanding golongan wanita.

Jenis pertama, jenis yang sangat simple. Hanya ambil baldi dan rendam baju bersama serbuk pencuci. Lebih kurang semalaman atau dua malam. Sebab selalu cuti dua hari saja. Selepas itu jemur. Hasil, kotoran akan keluar sedikit, daki-daki belum tentu keluar habis dan taklah terlalu wangi.

Jenis kedua, lebih kurang simple juga. Merendam baju hanya dengan softlan. Tempoh masa sama saja dan jemur. Baju jadi wangi tetapi memang kurang bersih.

Jenis ketiga, sedikit complicated. Merendam baju beberapa jam dan  berus baju-baju tu. Cara ini, ramai yang lakukan. Terlalu common. Sudah puas dengan kebersihannya, baru jemur. Hasilnya, kebersihan terjamin tapi kewangiannya tidak terlalu wangi.

Jenis keempat, lebih complicated. Selepas rendam dan berus baju-baju itu, akan disambung pula dengan bilasan softlan. Seterusnya di jemur dengan rapi. Natijahnya, baju bersih bersinar dan kewangiannya tak dapat di sangkal lagi.


Kehidupan manusia, untuk di analisis.

Sebenarnya semua itu ada kaitannya dengan hati kita. Ya, ini serius. Memang agak jelas dengan kerja buat kita. Ia benar-benar mencerminkan bagaimana kita menjaga hati kita.

Mari lihat, semua jenis-jenis ini memang wujud.

Ada yang hanya mahu membersihkan bahagian luaran sedikit sahaja, tanpa menghiraukan bahagian dalam, sang hati. Membiarkan ia terus karat, hitam dan dibiarkan hingga parah dan rosak.

Ada yang hanya mahu wangi luaran sahaja, kebersihan hanya diendahkan sedikit sahaja. Dalamannya pula langsung tak dihiraukan. Hanya kerap menyembur minyak wangi sahaja.

Ada yang basuh hanya dalamannya sahaja, bersih sebersihnya dan tak selalu biar ianya kotor. Tapi luar hanya biarkan seperti biasa.

Namun, ada juga yang mahu elok luar elok dalam. Dalamnya wangi dan bersih, luarnya pun bersih. Hebat orang ini. Tambah pula dia mampu istiqamah hingga akhir hayat. Cream of the creams.


Mentadabbur Alam.

Begitulah, banyak orang banyak ragam, banyak gaya banyak cara. Namun, kita sebagai hamba-Nya yang punya akal fikiran yang waras tak wajar biarkan segala yang berlaku di hadapan kita tanpa berfikir. Fikirkan, jangan takut untuk berfikir. Bukankah kita mahu jadi 'Ulul albab' seperti yang disebutkan al-Quran?

Maka, jangan takut untuk berfikir membelah alam. Mentadabbur segala nikmat, segala yang dilihat. Moga kita jadi insan yang sentiasa mengingati Allah kerana kita secara normalnya tak mampu untuk menginngati Allah untuk 24 jam.

Bersyukurlah kerana masih punya hati. Hati itu bukan tempat untuk dikotori, tapi sebagai tempat mulia untuk dibersih setiap hari. Moga-moga segala amalan kita kepada Allah jadi enak dan mudah untuk diikhlaskan jika hati di touch up setiap hari.

Campurkan Daia dan Softlan, moga ianya terus bersinar dan mewangi.

Kredit


Andai tidak mampu, lihatlah tubuh badan kita, di situ jelas kekuasaan Maha Esa. Lihat, tadabbur dan fikir.


"Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?"

(Adz-Dzaariyaat 51:21)


Wallahua'lam.


Muhammad Iqbal
el-Abbasiyah, Cairo, Egypt.
22..8.2012
7.59 a.m











7/15/12

Gosok Si Hitam

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Pemurah Lagi Maha Penyayang.




" Husni, ambilkan aku segelas air kosong, kalau ada ais lagi best." Suruh Hasan kepada Husni.

Air kosong sungguh terasa nikmat dalam musim panas sebegini. Nasi berlauk lazat pun sudah jatuh ranking, sky juice memang menjadi pilihan.

Lalu, Hasan bawakan dua gelas di hadapan Husni.

" Nah, ambik kau dua gelas."

Satu gelas jelas bersinar setelah dibasuh dan digosok sekuat hati, manakala satu gelas lagi masih bersisa air teh bersama serdak teh yang masih di bahagian bawah gelas.

Lantas air sejuk fresh yang baru saja dikeluarkan dari peti ais dituangkan ke dalam kedua-dua gelas tersebut.

" Hah, minum la puas-puas, musim summer kat Mesir ni memang best kalau dapat minum air kosong." Tempik Husni.



Secara automatik, gelas yang bersih itulah yang pantas disambar Hasan. Teguk air bagaikan sudah sebulan tak minum air.

Air habis diteguk. Hasan tersandar di kerusi dengan wajah setengah puas.

Husni senyum.



" Hasan, kenapa tak minum satu gelas lagi ni? Tadi kata dahaga sangat kan."



" Bukan aku tak nak ambik, tapi kenapa kau tak basuh dulu sebelum masukkan air sejuk tu? Aku pun jadi tak lalu la nak minum air tu, warna pun dah lain."



Husni kembali senyum.



" Sengaja aku buat macam tu. Mahu buat muhasabah sikit."

" Munasabah apanya pulak ni. Kau ni Husni, macam-macam la.."

" Cuba kau fikir, kita sekarang terlalu dekat dah dengan bulan ramadhan. Andai hati kita tidak bersihkan, tidak digosok supaya bersih, maka mungkin begitulah jadinya. Mungkin amalan kita pun Allah Subahanallah Ta'ala tak nak pandang. Bulan ramadhan bulan bonus buat ummat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam. Jika pada bulan mulia sebegini pun kita abaikan, alangkah ruginya kita..." Panjang Husni menghurai.


" Eh, betul jugak ye. Aku jadi tak sedar pulak. Padahal, kalender bersepah-sepah tergantung dalam rumah kita ni. Allah... Masih sempat lagi mahu gosok daki hitam di hati, masih belum terlambat. Moga-moga begitulah. Jazakallahukhairan Husni..."





Wallahua'lam.




Muhammad Iqbal.
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo.


5/20/12

Lelaki Kolot

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Lelaki kolot, belum tentu comot.

Lelaki kolot. Rambut disikat tepi, ke arah kanan. Konon-konon mahu menganankan semuanyalah. Mana tidaknya, kanan itukan sunnah! Tapi kadang-kadang tercacak juga sikit.

Lelaki kolot itu, bila diajak 'fly', tidak mahu, tunjuk baik sangat la kan.

" Jom pi pekena nasi goreng kat kedai luar tu, tension study kot." Ucap Salim sambil melihat jam yang sudah 2 pagi.

" Pi la dulu, aku tak lapar lagi ni, stok makanan aku pun banyak lagi dalam loker nu " 

" Tak mau order apa-apa ka, sat gi menyesal "

" Tak apa la, aku makan biskut ja la.."


 Lelaki kolot, memandang rendah. Bukan padang rendah orang lain, tetapi menundukkan pandangan. Segan mahu pandang perempuan-perempuan ajnabi atau dalam bahasa yang tidak kolot dan lebih mudah, awek-awek cun. Eh, benda cantik ni memang untuk dipandang la. Buat segan boleh. Huh, kolot!

Lelaki kolot, awal saja sentiasa. Pergi mana pun jadi orang first atau jadi antara terawal. Ish, skemanyaaa. Pergi kelas awal, pergi kuliah awal, bangun awal, mandi awal, dan paling teruk tidur awal!

" Wei, jom tengok movie malam ni lepas study? Ye la tak mau kacau hang study."

" Tak mau ah. Aku nak tidur awal, aku ada kerja pagi esok. Takut-takut malam aku tak 'hidup' pulak"


Lelaki kolot, suka bangun malam-malam. Tak tahu la buat apa, sebelum subuh dah bangun, mandi awal lepas tu duduk atas sejadah dan nangis sorang-sorang. Macam budak-budak, lelaki apa entah macam tu. Tak macho. Lebih memilukan, sempat lagi buka buku. Nak tunjuk rajin la tu. Hmm, rimas aku. Kita remaja lagi kot, tak remaja langsung!

Lelaki kolot, suka rehat di surau. Entah, dia suka bungkus makanan,  lepas tu pergi surau. Padahal, kantin kafeteria ni pun ada. Heee, tak faham aku. Pagi-pagi macam tu nak solat apanya kat surau tu, waktu rehat bukan lama sangat pun. Hishh.

Lelaki kolot, suka sungguh beli buku. Kalau setakat beli saja tidak mengapa, ni duk buat gigih membaca pula. Buku-buku pula bukanlah semua jenis santai, semua jenis berfikrah, jenis islamik la apa la. Apa kena sawan la orang jenis ni. Orang layan majalah hiburan ke apa ke, baru sedap beb!

Lelaki kolot, suka sangat dengan speaker dia. Speaker mahal tu. Tapi dia just dengar lagu-lagu nasyid saja, dan paling tak tahan, play ayat-ayat quran saja selalu. Dengar la yang berjenais sikit, rock kapak ke, rock batu lesung ke balada cintan cintun ke, baru sentap sikit. Memang aku tak tahu nak apa lagi, memang kolot!

Lelaki kolot, bila sedih buka al-Quran. Suka, sedih, geli, marah, rindu semuanya buka Quran tu. Tak tahu la apa yang terlalu special dengan Quran dia tu. Baca setakat khatam sekali cukup la, tu saja kan adat orang kita? Eh, zaman sekarang ni bukan macam dulu. Kita dah ada fb, eh 'facebook', ye lah sebut 'fb' tak tahu pula nanti. Rasa apa pun, buat saja status kat facebook ni. Biar semua orang tahu, tak payah nak privasi sangat la hidup kita ni.

Lelaki kolot, awek pun tidak ada. Orang lain sibuk melayan awek, dia buat tak tahu saja. Sibuk dengan belajar dia tu. Buku, buku, buku. Mengaji, belajar, mengaji, belajar. Rimas betul, tak reti nak ber'awek' langsung. Yang dia tahu, selalu hantar mesej sayang kepada ibu dia. Kadang-kadang kat ayah dia pun dia boleh hantar. Pelik. Hey, mak dengan ayah kau tu, selalu dah kot duk jumpa kat rumah. Tak payah nak luah-luah sangat la. Hii, geli betul dengan si kolot ni!

Lelaki kolot, nak makan pun memilih. Memang tak best, semuanya nak tengok ingredient. Selalu macam tu la, dia kata sebab takut makan benda haram atau syubhah. Alah, makan sajalah, makanan jugak kan.

Lelaki kolot, selalu senyum. Ini paling tak faham. Orang marah, orang kenakan dia, orang bahankan dia, orang fitnah dia, orang buat itu buat ini. Semuanya, senyum. Sabar saja. Macam tak ada perasaan, tak ada effect. Malah, orang bertambah suka dekat dia. Kalau marah pun, sebab aku lambat-lambatkan solat. Aku pelik. Pelik plus bingung. Hampir biol kepala aku ni tengok si kolot ni.

Lelaki kolot, suka sungguh buat orang suka kat dia. Dia layan orang di sekeliling dia dengan sama rata. Baik saja semua. Semua dia layan. Geng rock kapak pun layan, geng surau pun layan, geng lembut, geng keras, geng tough, geng rempit puuun layan. Jarang orang luahkan tak puas hati kat dia. Ubat pengasih apa entah yang dia pakai.

Lelaki kolot, suka betul ajak orang buat baik. Orang selalu kata apa, haaaaaa, dakwah kot. Kerja-kerja macam tu dia boleh buat. Ajak orang buat pahala itu ini la apa la. Suruh orang solat jemaah, suruh tutup aurat. Ustaz dengan tok imam pun ramai lagi. Biar saja la mereka yang buat. Tak payah buat baik sangat la. Hmm.

Kolot sungguh kan, entah-entah kahwin nanti pun dengan minah kolot lebih kurang dia jugak. Uh, pelik!

Ah, banyak lagi yang si kolot ni buat. Tak sanggup aku dedahkan lagi. Letih.

Hmm, budak kolot ada la rupa macam ni. Erk! [kredit]




Rasulullahi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda mafhumnya :
“Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” 
(Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, Kitabul Iman, 1/350, no. 208 (Dari Abu Hurairah). Ibnu Majah, Sunan Ibni Majah, Kitabul Fitan, 11/485, no. 3976 (Dari Abu Harairah). Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 34/25, no. 16094 (Dari 'Abdurrahman B. Sannah))

Baginda Rasulullahi Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah di tanya, 
' Siapakah golongan yang ganjil ( ghuraba' ) itu ya Rasulullah??' Rasulullah menjawab " Mereka itu ialah manusia yang melakukan islah ( pembaikan ) ketika fasadnya (rosaknya) manusia". 



Wallahua'alam.


Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.





4/6/12

Cerpen : Online

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Amin Zaki duduk di bangku kuliah. Pejam mata, rehat minda sebentar. Letih sedikit. Tak lama kemudian, berderu kawan-kawannya yang lain datang memenuhi dewan kuliah.

Hisyam Kamil dan Amru laju duduk di sisi Amin Zaki. Mereka berkawan baik. Ke mana sahaja pasti bertiga. Walau ada yang berbeza asal negeri dan fikrah, mereka masih boleh bersama atas nama ukhwah Islamiah.

 " Amin, kau tengok tak berita banjir kat Kedah semalam, dahsyat sungguh kan". Amru bibitkan buah mula kalamnya.

" Err, ya ka, aku tak tau la pulak, hang tengok kat mana berita tu." Amin pantas merespon.

" Laaa, kau ni nama je orang Kedah, tapi tak tahu pun pasal negeri sendiri. Hmm, aku tengok kat facebook semalam, ada orang post, sape ntah." 

Hisyam Kamil hanya memerhati dan mendengar perbualan dua orang sahabatnya itu.

" Kau ni Amin, ada facebook, tapi online sebulan sekali. Tak ada 'life' la hidup kau... Orang sekarang rasa macam facebook tu penting sangat kot. Kalau tak dak facebook, rasa macam tak lengkap je hari tu." Leter Amru kepada Amin.

Amin tersenyum simpul. Diam tak memberi respons.

Kali ini, Hisyam turut ternyum dengan lebih extreme. Dia kenal benar dengan kawannya si Amin tu. Bersekolah sejak tadika lagi.

Hisyam faham kenapa Amin tak selalu online. Kata-kata Amin masih hijau di benaknya.

Katanya, " Aku bukan tak mau online, tapi aku takut tertengok benda yang tak patut aku tengok. Aku rasa hang faham kan. Tak payah la aku nak hurai panjang-panjang. "

Amin memang begitu, tawadduk orangnya. Dua bebola hitam putihnya dijaga rapi sejak kecil. Allah pelihara dia. Hafazan dia usah la ditandingi, macam mesin fotostat, sekali dua tengok dah boleh hafaz, hebat!. Doanya bukan sebarang doa, doa yang sememangnya berkat dan tajam!

Hingga kini, Hisyam masih berkawan rapat dengan Amin. Malah, di Mesir ini pun mereka serumah. Hisyam sangat faham dengan Amin ni. Kekagumannya tak pernah kering, cuma tak dibasahkan melalui lidah saja. Amin melarang Hisyam memuji dirinya, takut-takut membawa dirinya ke lembah riak. Kalau diberii pujian kepada si Amin, mesti dia marah.

" Kau nak bunuh aku ke puji aku ni? Tak payah la nak puji aku lebih-lebih. Pujilah kepada yang berhak dipuji, Allah Jalla wa 'Ala!" Marahnya, tapi masih tersenyum cute.

Hisyam tahu yang Amin memang jarang online di mata orang lain. Tapi pada matanya, Amin online setiap hari. Hampir setiap malam dia 'online' bersama Tuhannya. Tidur awal, bangun awal. Kejutkan ahli rumahnya yang lain. Namun, tak semua kuat sepertinya, ramai yang culas.

Tak perlu mengeji orang yang tak online fb, kalau diri sendiri pun tak khusyuk saat 'online' bersama Allah.


" Sesungguhnya Nabi sallallahu 'alaihi wasallam tidur pada awal malam dan bangun di akhir malam."
( Hadis Riwayat Bukhari ; 1146 )





# Kisah ini hanya rekaan semata-mata sehati-hati. Moga ada manfaat.


Wallahua'lam.



Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.



3/15/12

Akal Dalam Kubur

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




Dari ‘Aisyah R.A, "Aku tidak lihat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam selepas solat melainkan baginda meminta perlindungan daripada azab kubur”. 
(H.R Bukhari dan Muslim)

Selalukah kita ingat mati?

Pernahkah kita berimaginasi bagaimana keadaan kita ketika dalam kubur nanti?

"Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati."
 (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya.)

Wajarlah orang yang cerdik ialah orang yang selalu ingat mati. Kerana dengan mengingati mati, hati kita jadi  terlalu sayu lalu rasa insaf menyergah!

Dengan ingat mati, kita jadi malu sendiri. Sedar kembali asal kejadian kita. Sedar kepada siapa kita akan kembali. Sedar kita tidak selama-lamanya hidup di dunia ini!

Pernah fikir, di mana jasad kita bakal dikebumikan nanti? Atau kita tak kisah semua itu? Sungguh, kita tak tahu semua itu. Sama ada di tempat yang mulia, atau hanya di longkangan lebuh raya dek hancur kemalangan!

Entah sempat, entah tidak kita mengucapkan kalimat 'La ilaaha illallah" sebagai akhir kalam hayat kita.

Tak tahu, memang tak tahu.

Berdoalah. Doalah. Moga segala-galanya terbaik daripada Allah Subhanallah Ta'ala.


اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة

Lafaz : 'Allahummakhtim lana bi husnil khaatimah, wa la takhtim 'alaina bi suu il khaatimah'

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”




Satu artikel yang pernah menyentap jiwa kecil saya, ialah artikel karya Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, yang berbicara tentang alam kubur. Sungguh menakjubkan, sungguh menginsafkan!


*  *  *  *  *  *  *  *

Bagaimana Akal Kita Tatkala Di Dalam Kubur ?

Apa perasan kita jika berselubung di dalam selimut tebal di waktu tengahari? Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat.

Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit ?

Sudah tentu minda dan tubuh kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu walaupun hanya untuk 10 minit. Saya pasti kerana saya pernah mencubanya. Panas dan berhaba.



Setiap kali saya fikirkan semula percubaan saya itu, saya terfikir keadaan di alam barzakh kelak..terutamanya di liang lahad yang sempit, tertutup, tanpa penghawa dingin, tilam, tingkap serta kipas itu.

Sewaktu kita berada di alam barzakh kelak, adakah pancaindera dan penilaian minda kita terhadap alam ini sama seperti sewaktu kehidupan biasa kita di dunia?

Apabila saya utarakan hal ini. Ramai yang menjawab : "Tidak" atau juga "tidak tahu"

Apa jawapannya sebenar ?

Suka saya membawakan sebuah hadis berikut :-

ان رَسُولَ اللَّهِ ذَكَرَ فَتَّانَ الْقُبُورِ فقال عُمَرُ أَتُرَدُّ علينا عُقُولُنَا يا رَسُولَ اللَّهِ فقال رسول اللَّهِ نعم كَهَيْئَتِكُمُ الْيَوْمَ

Ertinya : Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w menyebut berkenaan ujian-ujian di dalam kubur.

Lalu Umar al-Khattab r.a bertanya : "Adakah akan dikembalikan kepada kita aqal-aqal kita (di dalam kubur kelak)?"

Nabi menjawab: Ya, (ia akan dikembalikan) sebagaimana keadaan kamu (sekarang) :

(Riwayat Ahmad, no 6603, 2/172 ; Ibn Hibban, 7/387 ; Majma Zawaid , 3/47 : Al-Haithami : Perawi Ahmad adalah Sohih kecuali terdapat Ibn Lahi'ah ; Syeikh Syuaib : Hasan Lighairi)


Bagaimana pula jika terpaksa menunggu di alam kubur ni sepanjang seribu tahun sebagaimana yang dikenakan kepada si Abu Jahal. !

Dalam keadaan status penilaian aqal kita sama seperti di waktu hidup, tetapi status keadaan tubuh dan keselesaannya adalah diletakkan di ruang liang lahad yang kecil, berselimut dek kain kapan dan ditimbus oleh tanah.

Namun, bagi mereka yang derhaka kepada Allah swt, disebutkan di dalam sebuah lagi hadis :-

إن للقبر ضغطه لو سلم أو نجا منها أحد لنجا سعد بن معاذ

Ertinya : "Sesungguhnya di dalam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang itu mampu selamat darinya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa'ad Bin Muadz ( seorang sahabat Nabi yang hebat )" ( Riwayat Ahmad, dengan sanad yang baik ; al-Mughni 'an hamlil asfar, no 4466, 2/1237 ; Ibn Hibban, Sohih, 7/379 ; Al-ahadith Al-Mukhtarah, Dhiya ad-Din al-Maqdisi, 5/200 ; Al-Maqdisi : Perawinya thiqat)

Ya, ruh terperangkap di dalam jasad di kuburan dan merasai azab himpitan dan lainnya yang amat berat lagi perit. Moga kita dijauhkan Allah swt dari keadaan ini.

Hanya amal soleh yang dapat memberikan keselesaan tatkala itu. Ye, benar, bagi yang bersedia, bersukar untuk mempelajari, mengamalkan, dan mengajarkan Islam kepada orang ramai dengan ikhlas dan tulus, mereka akan dikurniakan kenikmatan barzakh yang bermula dengan ruhnya diangkat dan dimasukkan ke dalam burung-burung berwarna hijau dan berterbangan serta menikmati makanan di pepohon syurga. Demikian sabdaan Nabi s.a.w yang mengatakan :-

إنما المؤمن طائر يعلق في شجر الجنة حتى يرجعه الله إلى جسده يوم يبعثه

Ertinya : Sesungguhnya ruh orang mukmin itu seperti burung (atau berada di dalam burung - bermakna tidalah kelihatan ruh manusia berterbangan), yang menikmati hidangan (dan berterbangan bebas) di pepohon Syurga sehinggalah dikembalikannya oleh Allah ke jasadnya di hari kebangkitannya. ( Riwayat Malik, Tirmidzi & Ibn Hibban : Hadis Sohih ; Ibn Hibban, Arnout, Syakir)

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/


Muhammad Iqbal :

Sama-samalah kita ingatkan kembali pada diri kita. Sesungguhnya, manusia itu memang selalu lupa dan lalai. Memang selalu kena ingatkan :)



Wallahua'alam

Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.


3/10/12

Reda Nafsu

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.




" Punca bagi setiap kemaksiatan, kelalaian dan syahwat ialah meredai nafsu. Dan punca bagi setiap ketaatan, kesedaran dan penahanan diri ( yakni dapat menahan diri daripada berakhlak dengan setiap akhlak yang buruk ) ialah tidak meredai nafsu.

Dan bahawa engkau bersahabat dengan seorang jahil yang tidak meredai nafsunya itu adalah lebih baik bagimu, daripada engkau bersahabat dengan seorang 'alim yang meredai nafsunya.

Kerana, ilmu manakah ( yang dapat dinisbahkan ) kepada 'alim yang meredai nafsunya, dan kejahilan manakah ( yang dapat dinisbahkan ) kepada seorang jahil yang tidak meredai nafsunya? "

( Hikam Ibnu 'Athaillah )


Muhammad Iqbal :

Jangan beri 'permit' kepada sang nafsu untuk menyinga membaham kebaikan dalam diri kita!




Wallahua'alam




Muhammad Iqbal,
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.


3/7/12

Ikhlas

Assalamualaikum w.b.t

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate.




What is IKHLAS?

It is the movements of your body coinciding with your heart's action.

But if your body does something contrary to what in your heart, then this is NOT IKHLAS.

And this IKHLAS, it's the issue that Allah keeps exclusive between Him and His creation.

Allah Subhanallah Ta'ala says,

 "Ikhlas is a secret of my secrets, I implanted it into the heart of whomever I love of my slaves. No angel sees it and writes it down, and no satan can see it to spoil it."

So, it is between the slave and his Lord.

You can be seen  among people as very pious, and when you hear athan, you run to prayer and you pray in the first line, and do all these things.

But your heart has no IKHLAS at this situation.

Maybe you did that for the people to call you pious or to encourage people to trust you in wordly matters.

Hence, the body takes one direction and heart takes one another. And, this defines hypocrisy.

Therefore, Allah Subhanallah Ta'ala gives a parable that a person may do good deeds only for it to be said.

Allah will tell him, " You have done it for it to have been said ( to be call pious ), and it was said."

" Oh, he's so pious, and so..."

So, since you have done the action with the intention of simply having it said ( by the people ), then, it's has been said. ( Meaning, you got what you wanted ).

However, but whoever does something, not for it to be said, but for solely Allah...

In our village, an illiterate man who's never worn shoes, collects crops that he cultivated. He put nine containers for himself,  and one for the side of charity. His wife sits on the side with the charity, and whenever a needy man comes, she'd give him some and ask him to " Make du'aa for my father, read al-Faatihah for my aunt." The man's listening, and she hasn't mentioned any of his own family, neither his father, mother, or aunts, all of them are her own relatives. So, he got annoyed.

So, the crop-gathering husband said to the needy person, while his wife was giving him, ' take it for Allah knows, whose crop there are ( they are not the wife's ).'

This is IHKLAS!

Allah knows whether the deeds is done by heart, only with the body.

By,

Syeikh Muhammad Mutawali as-Sya'rawi.


-Translated to English from arabic conversation-

Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya’rawi (1911-1998M) : Tokoh Tafsir Mesir abad 21


Wallahua'alam



Muhammad Iqbal,
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.





3/3/12

Redam Sang Hati

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad




Jenuh remuk redam hati.

Direndam dalam, terus mendalam.

Menuggu jadinya lembut. Bolehlah dilentur kembali.

Oh, inilah jalan juang.

Bukan dihampar sejadah merah, tapi penuh dengan torehan merah.

Mahukan manis?

Sudah rasa pahit?

" Hingga kini, selama aku telusuri jalan orang-orang yang berjaya, orang-orang hebat, belum ku temui jalan-jalan yang mereka harungi begitu mudah. Pasti ada kegagalan pada awalnya. Pasti ada tribulasi mengelillinginya. Tidak mudah." 

Hatta Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang kita sanyangi, yang juga kekasih Allah, juga tidak dihidangkan jalan mudah dalam menjalankan tugas Baginda sebagai seorang Rasul.


Bertimpa.

Dia datang tanpa diundang. Datang tanpa di seru.

Datang bertimpa-timpa. Merobek hati luka.

Down. Jatuh!

Rasa terlalu bodoh.

Rasa terlalu hina.

Dihimpit rapat!

Sakit dada menahan derita.

Kenang kembali sejarah hidup kita. Sejak kita mula sedar yang kita sudah wujud di dunia ini.

Berapa kali kita pernah gagal?

Ingat?

Oh, sungguh banyak. Jari dan hati tak sanggup lagi bergandingan untuk mengira semua kegagalan itu. Banyak!

Kita hanya rasa resah gelisah kerana belum nampak sang hikmah. Sabarlah untuk melihatnya. Saat ini, perlu bersangka baik dengan Allah.

Allah, Allah, Allah...

Saat Nabi Khidir  membawa ilmu Ladunni, ilmu ILAHI. Nabi Musa 'Alahissalam juga tak sabar menanti hikmah-hikmah yang terjadi. Akhirnya, rugi padanya sendiri!


Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".
(Al-Kahfi 18: Potongan ayat 82 )



Ya Allah, mampukah aku?


" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya."
(  al-Baqarah 2 : Potongan ayat 286 )



Koreksi tidak kesudah.

Duduk saja menanti hikmah tanpa usaha mengoreksi itu satu kebodohan gamaknya.

Tidak boleh peramkan diri semata-mata mahu tunggu hikmah.

Kena sedar siapa kita. Kenapa jadi begitu, kenapa jadi begini.

Tinggal perkara yang lalaikan jiwa.

Astaghfirullahal'azim.

Astaghfirullahal'azim.

Astaghfirullahal'azim.

Tinggalkan sebentar yang kurang aulawiyat. Bina carta aulawiyat. Pilih yang tertinggi.

Setiap segalanya, perlu modal PENGORBANAN yang amat tinggi.

Korbanlah sebentar, sebelum kita dapat menawan puncak.

Perlu ada 'Plan A', perlu ada 'Plan B'.

Concentrate. Tumpukan sepenuh hati hingga rasa kemanisan hinggap di hati.

Jangan dijangka segalanya senang, jika memilih untuk jadi pemenang.

Masih rasai dengusan angin semangat sang Ayah di cuping telinga.

Jatuh, Bangun dan Lawan!

Selonglai daunan gandum dihayun kiri dan kanan, ia tetap berteguh di atas pasak akarnya.


Wallahua'lam



Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.