Hamba



 Diri ini? 

Sungguh, diri ini hanya hamba biasa kepada-Nya. Hanya seorang anak kampung. Tidak ada kelebihan yang hebat melainkan ianya hanya pemberian Allah Subhanallah Ta'ala sahaja.

- Muhd Iqbal Bin Samsudin

- Kuala Pegang, Baling, Kedah


Alma mater :

-Sekolah Kebangsaan Kuala Pegang, Kedah. ( 2000-2005 )

-Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sik, Kedah. ( 2006-2009)

-Madrasah ar-Rahmaniah, Pondok Tuan Guru Haji Salleh, Sik, Kedah. ( Hujung 2008, beberapa bulan )

-Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah. ( 2009- 2010 )

-Kolej Islam Darul Ulum. ( Persediaan Bahasa, 2011 )

Faculty of Medicine, Ain Shams University, Cairo, Egypt. ( 2011- 2019 )
  *Bachelor of Medicine And Bachelor of Surgery ( MB.Bch ) 
  *Tajaan Jabatan Zakat Negeri Kedah (JZNK)


 Kini bertugas sebagai Pegawai Perubaatan Siswazah di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.



ibnuDDin?

‘ibnuDDin’ bukanlah semata hanya kerana saya-anak-lelaki-(seorang guru bernama)-Din, tetapi ianya juga mema’nakan tanggungan berat seorang anak lelaki sulung terhadap keluarganya, bahkan lebih besar daripada itu. 

Perlambangan gabungan dua huruf (D-D) itu mema’nakan pertembungan antara dua figur; figur nyata dan figur amrun i’tibari yang besar.Iaitu pertembungan antara diri sendiri, dan Deen pegangan diri - Islam. 

Pertembungan yang bukan membawa perlawanan, tetapi mema'nakan penggabungan dan penggalasan segala tanggungan; penggabungan diri kecil ini dengan agama, dengan menggalas segala tuntutan sang Rabb al-Khaaliq.






Mahu Cintakan Allah Subhanallah Ta'ala? 
Mari Mulakan Dengan Mencintai Rasulullahi sollallahu 'alaihi wa sallam!

Katakanlah (wahai Muhammad)
"Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(A-li'Imraan 3:31)

Lihat, satu perkara yang Allah suruh hamba-hamba-Nya lakukan, dan Dia bersama para malaikat juga turut lakukannnya. Berselawatlah.

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi ( Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam ); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
(Al-Ahzaab 33:56)





اللهم صلى على سيدنا محمد

*   *   *  *  *

"Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam,menyampaikan suara Islam dan memperlihatkan Islam merupakan satu jihad utama" 
( Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi )

"Sayyid Qutb menulis Tafsir Fi Zilal al-Quran ketika dalam penjara, Hamka mengarang Tafsir al-Azhar dari balik jeriji penjara, Said Hawwa mengarang Tasfir al-Asas juga dari empat penjuru tembok bisu yang di Syria. Kenapa pula diri ini tidak segar menulis walau dalam keadaan yang sungguh selesa?"

╔══════════════════════════╗
♥ ﷲ ♥ ﷲ ♥ ﷲ ♥ ﷲ ♥ ﷲ ♥ ﷲ ♥ ﷲ ♥ ﷲ ♥
Indah Segalanya Andai 
Dilakukan Hanya Kerana
Allah Subhanallah Ta'ala

^_^
...♥ ﷲ ♥ ﷲ ♥ ﷲ ♥ ﷲ ♥ ﷲ ♥ ﷲ ♥ ﷲ ♥ ﷲ ♥
╚══════════════════════════╝











Cuba fikirkan, andai sekejap lagi kita bakal dijemput Allah Subhanallah Ta'ala ke alam lain, apa yang bakal kita tinggalkan?

Pelaburan dosa, atau saham pahala?

Melaburlah di alam maya ini dengan pelaburan yang bakal memberikan manfaat buat ummah, yang akhirnya juga membawa manfaat buat diri kita.

Ulamak mampu meninggalkan pelbagai kitab untuk manfaat ummah sepanjang zaman. Kita ada?

Namun, kita mampu memanfaatkan lowongan blog ini dengan melaburkan saham pahala. Sebarkan ilmu yang bermanfaat dan sahih.

Tulisan bermanfaat tak semestinya hanya perlu lahir daripada orang hebat-hebat, tapi kita yang tipikal ini juga mampu lakukan.

Tinggalkan tulisan yang bermanfaat, moga dengan tulisan kerdil kita itu, orang lain boleh dapat manfaat daripadanya.

Ya, kita boleh lakukan!

Percayalah!

Jika ditanya mahu tulis mengenai apa, maka jawapannya mudah. Tulislah apa sahaja, yang akan membuatkan kita tersenyum di akhirat kelak.




Suatu perkara, ketika menulis, jika ada perasaan riak, perasaan itu sebenarnya tidak perlu wujud. Serius.

Mengapa?

Kerana, percayalah jika tujuannya hanya mahu dapatkan redha Allah, ia akan mendorong kita menjadi ikhlas.

Mahu tahu bagaimana hati kita ikhlas menulis?

Mudah. Lihat, adakah hati kita hanya berharap kepada Allah?

Jika ya, kita tidak akan kecewa dengan segala mehnah yang datang. Kita jadi mudah menerima teguran orang lain. Bahkan, kita tidak harapkan apa-apa daripada manusia, kerana segala pengaharapan kita hanya kepada Allah.

Mengapa tidak perlu riak?

Juga mudah. Kerana, kita menulis berdasarkan taufiq dan ilham daripada Allah.

Kita lihat dari mula. Saat kita bangun dan membuka laptop, semua itu taufiq daripada siapa kalau bukan Allah. Saat kita mendapat ilham, dari manakah ia datang jika bukan daripada Allah. Ketika jari-jemari kita laju menari menaip segala ilham, siapakah yang berikan taufiq sebegitu rupa jika bukan Allah.

Jadi, hati kita memang langsung tiada ruang untuk berlaku riak. Semuanya daripada Allah. Kita hanya hamba.


" Writing Till Jannah, insya-Allah! "





Wallahu'lam.



al-Faqir ilallah.
Hamba hina Sang Khaaliq Jalla Wa 'Ala,
Pencinta Rasulullahi sallallahu 'alaihi wa sallam,
Pengagum akhlak Rasulullahi sallallahu 'alaihi wa sallam.



No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter