Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Hari raya aidiladha.1432. 2011. Kali pertama Muhammad menyambutnya tanpa berada di samping keluarga. Namun tidak mengapa, sahabat-sahabatnya di sini sudah dianggapnya sebagai keluarga.
Jika di Malaysia solat sunat hari raya di atas karpet empuk, di sini hanya di atas serban nipis belas ehsan pak arab. Solat di atas jalan tar, di tengah lapangan.
Melupakan buku sekejap. Bergaul dengan masyarakat sekeliling. Dia membantu aktiviti-aktiviti sembelihan. Baru ada aura sebuah pengorbanan. Kasihan melihat unta-unta itu di sembelih.
Beraya di negara orang, satu pengalaman baharu baginya.
Wallahua'lam
Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.



namun, pengalaman juga menyuburkan jiwa. hanya untuk diri anda seorang. :)