11/5/11

Siri 3 : Ujian atau Cabaran?


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Sambungan daripada : Siri 1 dan Siri 2


Matahari sudah mengundur diri. Kini, tibalah masa untuk bulan memunculkan diri. Kain-kain di jemuran yang dijemur pagi tadi diambil. Ahh, sejuknya. Udara dingin Cairo kini semakin menusuk. Sejuk. Ini kali pertama Muhammad berdepan dengan musim sejuk. Walaupun taklah sejuk sangat macam di UK, US atau negara-negara yang sewaktu dengannya, ia tetap sejuk dari Malaysia. Semakin hari semakin sejuk.

Rindu. Terkadang terbayang wajah mama dan ayahnya. Rancak bermain di sel-sel otaknya. Maklumlah, sudah hampir dua bulan tidak bersua. Sememangnya rindu! Tak dapat nak dinafikan lagi. Itulah aura ibu bapa dengan anak. Terutamanya hubungan si ibu dan anak. Hanya Allah yang tahu, betapa eratnya mereka. Inikah ujian?

Pagi itu, Muhammad datang awal sedikit ke kuliah. Sebelum pukul 8 pagi. Sebelum mulanya kelas pertama. Sejurus sampai, melulu terus ke kerusi hijau yang empuk. Terus duduk di bahagian yang agak kehadapan. Dia percaya, jika duduk di hadapan, insya-Allah mudah untuk mendapat ilmu dan duduk di barisan hadapan itu sifat seorang Muslim, sentiasa 'gilakan' ilmu.

Belum sempat panas kerusi empuk itu, Muhammad disapa sahabatnya.


" Eh Muhammad, tadi kami dah mesyuarat. Kami sebulat suara untuk melantik kau jadi moderator untuk satu forum anjuran persatuan Perubatan", beritahu Hafiz bersungguh-sungguh.

Berkedip-kedip mata Muhammad, sambil menelan air liur yang seakan pasir melintasi trakea.


" Aik, apesal pulak ni, tahu apa pun. Tak mau lah..." Keluh Muhammad.


" Alah, semua dah setuju, jadi je la, kami boleh ajarkan". Pujuk Hafiz.


" Ish, ana tak pandai la nak berforum-forum ni. Tak pernah pun masuk arena perforuman ni. Tak reti la". Masih cuba mengelak.

" Tak kira la alasan apapun, ini arahan ketua, kalau tak nak jadi moderator tu, pergi la negotiate dengan ketua kita".

" Ini satu penganiayaan ni, mana boleh macam ni. Ana memang jarang cakap kat depan. Zaman-zaman dulu ada la. Tapi sekarang dah tak mau dah. Nak tumpu belajar sahaja. "



Inikah ujian? Atau satu cabaran?


Benar, Muhammad bukanlah seorang debater atau pemidato di sekolah dulu. Hanya murid biasa. Bercakap sekadar perlu. Berkalam tatkala nampak peluang membuat pahala. Bak kata Ustaz Fauwaz Fadzil Noor,

'Kita semua pendakwah. Pendakwah yang baik, tak menunggu peluang, tetapi mencari peluang!'

Hanya sekadar itu.

“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu”.

(Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim,Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)


Walau lambat lagi program itu. Namun, Muhammad yakin, dia tidak mampu lakukan. Mungkin dia lebih mengetahui kemampuan dirinya.

Muhammad bukanlah mahu merendah diri sangat. Tapi terlampau banyak kali dia cuba bercakap di hadapan orang ramai. Namun, hasilnya masih sama. Tidak terlalu menarik. Hanya penuh dengan kegentaran dan ke'nervous'an .

Bukan juga berputus asa. Tapi, cuma merasa, memang tidak terdaya. Maaf. Kalau hendak dipaksa, jangan dimarah jika majlis menjadi kurang menarik.



Istikharah

Dia teringat pesan ayahnya. Jika hendak membuat pilihan yang tepat, cubalah istikharah dahulu. Kata ayahnya, pada masa kini, sangat jarang umat Islam solat Istikharah sebelum membuat keputusan.

Jadi, tiada lagi talian hayat lain. Mungkin ini cara terakhir dia membuat keputusan. Solat istikharah dilangsung. Hanya dua rakaat. Tidak memberatkan pun.

Hati Muhammad selepas itu jadi lebih tenteram sedikit untuk membuat keputusan. Berbolak balik. Sekejap timbul, sekejap tenggelam. Sama ada terima atau terus menolak.

Terima.

Atau...

Tolak, dan terus menolak.

Hmmm..


Cross Bridge


Hatinya pada mula, ingin saja menolak. Tapi selepas itu, lebih kepada rasa untuk mencuba dahulu. Belum cuba belum tahu kan?

Subhanallah wa bihamdihi. Subhanallah al-A'zim. Allah...Allah...Allah...

Ini ujian atau cabaran?

Moga segalanya di permudahkan dan di harmonikan.

"Jika kita tidak disibukkan dengan urusan kebaikkan, nescaya kita akan disibukkan dengan urusan kebatilan."   
- Hassan Al-Basri-




Ikuti siri-siri sebelum ini :

Siri 1 : Pemberian al-Quran

Siri 2 : Kelazatan Hidup pada Keikhlasan Memberi

Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.


7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. adakah muhammad itu nama penuhnya muhammad iqbal?


    cerita betulkah atau fiksyen?


    sekian soalan dari saya

    ReplyDelete
  3. kisah yang diadaptasi dari kisah benar merupakan kisah yang bakal menarik minat pembaca.

    Namun cerita si Muhammad ini...entahlah..biarlah rahsia :)

    ReplyDelete
  4. Mai kot mana pulak dah kros brisy saikel tu. Takleh blah betoi la hang.

    ReplyDelete
  5. Wahai pemuda, fikirlah tentang ummat melebihi diri kamu sendiri..
    Setiap benda yang kita lakukan mesti dengan first step, tak semestinya first step itu sudah sempurna.. so teruslah mencuba dan terus mencuba memperbaiki kelemahan diri..

    p/s: tertarik dengan pic cross bridge tu, tropomyosin, troponin, power stroke n segala bagai. hihihih *eksaited*

    ReplyDelete
  6. eytiqaz : no comment :)

    exapphire : syukran atas nasihat itu ye :)

    D-SIM : Boleh la ikuti siri seterusnya, insya-Allah..

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter