Showing posts with label Bisnes. Show all posts
Showing posts with label Bisnes. Show all posts

5/11/26

TINGGALKAN DUNIA SEBELUM MENINGGAL DUNIA

 Teman-teman berniaga adakala bertanya, 


"Dr tidoq malam-malam okay ka, bisnes banyak-banyak tu selalunya payah nak tidur?"

.

Jawab saya, "alhamdulillah saya mudah tidoq, lena elok."

.

"Macam mana doktor buat, saya punyalah serabut, setiap malam memang payah nak tidoq sebab pikiaq pasai bisnes."

.

"Dunia letak tepi, jangan letak dalam hati."

.

Senyum.

.

Tambah saya lagi, 

.

"Serabut banyak-banyak dengan perkara dunia ni, akhirnya kita tak bawa mati pun. 

Dunia sekadarnya saja, jangan biar dia ganggu hidup dan akhirat kita. 

Ambil sekadarnya. 

Usaha setakat terpaling habis mampu, dan serahkan kepala ALLAH. 

Kalau kita kaya sekali pun bukan sebab kita hebat, tapi asbab ALLAH yang bagi, DIA yang punya. 

Apa-apa yang DIA bagi, bila-bila pun DIA boleh tarik balik. "

.

Nampak mudah. 

Tapi perlukan guru dan latihan hati.

Buat setiap hari.


*  *  *


وَٱبْتَغِ فِيمَآ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلْـَٔاخِرَةَ ۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنْيَا ۖ وَأَحْسِن كَمَآ أَحْسَنَ ٱللَّهُ إِلَيْكَ ۖ وَلَا تَبْغِ ٱلْفَسَادَ فِى ٱلْأَرْضِ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلْمُفْسِدِينَ ٧٧


"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan ALLAH kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; 

dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba ALLAH) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-NYA yang melimpah-limpah); 

dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; 

sesungguhnya ALLAH tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".


5/3/26

BISNES YANG MUTAGHAYYIRAT

Jual beli akan berlangsung setiap hari hingga kiamat.

Selagi ada jual beli, selagi itulah akan adanya perniagaan.

Proses jual beli yang sama itu, tetap akan sama.

.

Yang berubah adalah;

- platform jual beli

- cara orang jual belil

- matawang orang berjual beli

.

Inilah mutaghayyirat. Bisnes adalah aktiviti menarik dan akan sentiasa berubah sepanjang masa.

Semakin maju dunia, akan makin cepat perubahan akan berlaku.

.

Yang tetap kekal?

yang cepat sesuaikan diri atau adapt dengan peruabahan yang berlaku.

inilah peran usahawan yang sebenar.

.

Kalau dirasakan runsing dengan bisnes kerana kerap berubah-ubah, pekerjaan lain juga akan berubah-ubah skop dan jenis kerja mengikut peredaran zaman.

.

Tapi mungkin bisnes lebih cepat. Siapa terlambat, maka akan tertinggallah dan akan merudum dengan cepat.

.

Hakikatnya yang tak berubah hanya satu;

SANG PEMBERI REZEKI.

ALLAH SWT.

.

Taqwa adalah kunci besar bagi rezeki.

Jaga hubungan dengan ALLAH, Jaga hubungan dengan manusia, jangan zalimi sesiapa.

Cari jalan rezeki yang barakah.

.

Barakah tak semestinya banyak.

Tapi pasti melimpah ruah rahmat yang diterima.


________

- Dr. Muhd Iqbal Samsudin

1140, 030526

KLINIK RIZ ARAU


10/31/25

Nasi Lemak - Harga Terpaling Underprice Sepanjang Zaman

Bila peniaga nasi lemak sekitar Klinik Riz di pekan kecil Pauh ni pun dah banyak jual RM2 sebungkus, sebenarnya terasa lega sikit sebab sekurang-kurangnya pulangan modal akan ada untuk mereka walaupun sedikit.


Agak ganjil jika masih dengan harga RM1 atau RM1.50. 

Mungkin untuk kita, kita rasa seronok sebab murah. 

Di side peniaga, lama-lama mereka akan sedar yang diakhirnya buat 'amal jariah' bukan berniaga. 

Kasihan mereka. 


Pricing yang silap ini amat menyakitkan dan ia pelajaran besar bila sudah tersedar. Pembelajaran tentang COGS boleh selesaikan permasalahan ini.

Nasi lemak adalah makanan marhaen paling underprice. 

Dan masih comfort food juga untuk semua marhaen. 


____

Dr Muhd Iqbal Samsudin

1222H, Jumaat, 311025

Klinik Riz, Pauh, Arau, Perlis

9/18/23

6 Jalan Kaya Dunia Akhirat

 

1. upgrade diri, ilmu dan amal.

2. jaga masa, henyak tak kira masa, tak ada banyak masa untuk sia-siakan masa yang ada, kalau still ada banyak masa lepak dan tengok movie, still banyak masa 'work-life-balance' di awal usia, kembalilah kerja keras dahulu

3. ambil tahu ilmu kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat, kurangkan gula pemula segala jenis penyakit

4. make money, pagi petang siang malam henyak, jumpa lubuk, fokus pada lubuk

5. duplicate sebanyak-banyaknya model yang sama

6. urus harta sebaiknya, jangan tinggalkan anak bini dengan hutang


ingat, orang lain hanya akan iktiraf diri kita bila dia dah nampak hasil. 

jadi jangan pedulikan sesiapa, teruskan berjalan.

kita buat semua ni kerana ALLAH

6/15/22

Tak Semua Orang Boleh Jadi Usahawan

 

Satu perkara yang saya bersetuju dengan Azri Walter ialah :

"TAK SEMUA ORANG BOLEH JADI USAHAWAN"

Bahkan di akademi beliau pun begitu, bila dah setahun dua tak nampak boleh pi dalam bidang bisnes ni, lebih baik pergi bekerja dengan orang.

Memang begitu ALLAH jadikan manusia, tak semua ada kemampuan JADI BOS, untuk manage people, manage business. Tak semua orang mampu.

Ada orang yang ALLAH jadikan dia sa-orang pekerja yang baik, dia bagus bila dia bekerja dengan orang. Itulah posisi yang kena dengan dia.

Jadi, lebih baik dia bekerja dengan orang saja, dari asyik kerugian buat bisnes tak jadi jadi.

Sepak terajang dunia keusahawanan ni sangat keras kawan, tak semua orang mampu. Inilah realitinya.

Tak salah mencuba, tapi kena tahu batas untuk pulang semula bila tidak lagi mampu.

Akhir sekali, saya suka dengan kata-kata Azri Walter yang saya tulis semula di bawah. 

Selamat merenung dan jangan putus asa.



____

Muhd Iqbal Samsudin

Kangar, Perlis

1122H, 150722