Showing posts with label Alam Buku. Show all posts
Showing posts with label Alam Buku. Show all posts

5/2/19

Buku Ke-4 : Redha Dengan TUHAN

Redha Dengan TUHAN


Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya selayaknya buat ALLAH. 







Naskhah istimewa ini buat yang sedang bergelut gelisah dan dihempap kuat dengan ujian mendatang, di samping untuk mereka yang masih dalam perjalanan menuju redha Tuhan. 

Ikuti juga beberapa kisah inspirasi yang membawa hidup menuju redha Allah dan lebih yakin dengan pertolongan-Nya.


-

Buat hamba-hamba-Nya yang sedang bergelut gelisah dan dihempap kuat dengan ujian-ujian.

Buat hamba-hamba-Nya yang masih dalam perjalanan redha dengan Tuhan.

Buat hamba-hamba-Nya yang masih sedang berusaha keras menyingkirkan kesedihan.

Buat hamba-hamba-Nya yang mahu memilih untuk tetap berjalan walau sebesar mana sekali pun badai menghempas kehidupan.

Buat hamba-hamba-Nya yang mahu redha dengan Tuhan.


Buat hamba-hamba-Nya yang impikan Tuhan redha dengannya!

Buku ini teristimewa untuk kalian!

________

InsyaAllah buku #RedhaDenganTUHAN ini sudah siap cetak. Alhamdulillah. Yeayyy! 😇😇😇

Kami buka order buku ini sekarang. Boleh DM kami atau WhatsApp --> http://ibs.wasap.my +601111151899).

Boleh juga terus beli di shopee : https://shopee.com.my/product/28151796/2173185597/

InsyaAllah kami akan bantu! 😊

Harga sebuah : RM18

______




8/2/18

Buku Ketiga : KOYAK

KOYAK - Muhd Iqbal Samsudin

K.O.Y.A.K

(Kauubati.Oh.Ya.ALLAH.Koyakku)

Goodreads






ISI KANDUNGAN :








Sedikit Sedutan Dalam Buku :












TAJUK : KOYAK

PENULIS : Muhd Iqbal Samsudin

ISBN : 978-967-2038-67-2

Harga : RM22.00

Berminat?

WhatsApp +60134194298
atau klik --> http://ibs.wasap.my

atau 

Boleh juga beli di --> SHOPEE

_____


“Ah, yang itu pun kau nak koyak?”

Insan yang koyak dipersalahkan terlebih dahulu berbanding apa yang menyebabkan dia terkoyak.

Kita tidak sama. Tahap kesakitan kita juga berbeza-beza.

Jangan kita anggap suatu kekecewaan itu kecil di sisi kita, kecil juga di sisi orang lain. Jangan kita sangka suatu sakit kecil di sisi kita, sakit kecil juga di sisi orang lain. Kita manusia ini berbeza-beza. Berlainan juga tahap ketahanan masing-masing

_____

Buku ini berkenaan apa?

Secara ringkasnya, buku ini isinya boleh disimpulkan kepada 5 nuansa menarik yang ditampilkan dalam buku ini.

Kisah-kisah KOYAK dalam mencari jodoh 
Puisi-puisi sebelum/semasa/selepas KOYAK 
Motivasi menghadapi KOYAK
+
Menghargai masa muda gaya ulama'
+
Tip-tip Menjemput Keberkatan Masa

_____

Macam mana nak beli #bukuKOYAK?

1) Boleh terus whatsApp —> http://koyak.wasap.my 

2) Beli di web —> http://www.mustread.com.my/home/index.php?route=product/product&product_id=747

3) Anda boleh beli terus daripada kedai-kedai buku berdekatan seperti MPH, Popular, Hasani dan SMO.

Kalau dah beli jangan lupa tag saya ya! 


Boleh follow update di FB, Instagram dan Twitter saya.


#bukuKOYAK #KOYAK #ibnuDDinBookShop

6/12/18

Terbitnya buku KOYAK


Buat pembaca blog dan pembaca-pembaca buku yang saya hormati, insyaALLAH tidak lama lagi akan terbit buku saya yang seterusnya berjudul KOYAK.

Buku ini berkenaan apa?

Secara ringkasnya, saya simpulkan empat nuansa menarik yang saya tampilkan dalam buku ini.


Kisah-kisah KOYAK dalam mencari jodoh
+
Puisi-puisi sebelum/semasa/selepas KOYAK
+
Motivasi menghadapi KOYAK
+
Menghargai masa muda gaya ulama'







Macam mana nak beli #bukuKOYAK?

1) Boleh terus whatsApp —> http://koyak.wasap.my 

2) Beli di web —> http://www.mustread.com.my/home/index.php?route=product/product&product_id=747

3) Anda boleh beli terus daripada kedai-kedai buku berdekatan seperti MPH, Popular, Hasani dan SMO.

Kalau dah beli jangan lupa tag saya ya! 


Boleh follow update di FB, Instagram dan Twitter saya.



_____

Muhd Iqbal Samsudin
0403, 120618

4/28/18

Ulasan Buku : Nama Beta Sultan Alauddin Riayat Syah

Ulasan Buku : Nama Beta Sultan Alauddin Riayat Syah 




Naskhah yang telah saya baca adalah terbitan Aberdeen.

Sungguh banyak perkara saya belajar daripada novel kecil ini, saiznya tak sepadan dengan isinya. Isi dalamnya sangat mewah dengan pengajaran!

Daripada novel ini dapat saya kenal Raja Hussain atau Sultan Alauddin Riayat Shah ini secara dekat dan bahasa paling mudah.

Selain itu saya mengintai-intai juga bagaimana cara Faisal Tehrani memudahkan tulisan sejarah untuk bacaan remaja, sungguh ini bukan kerja mudah. Dari bahagian ini dapat saya simpulkan FT sa-orang genius dalam bidang ini.

Perjuangan tulisan FT pada fasa umurnya ketika itu masih jelas, iaitu mahu melihat undang-undang Islam ditegakkan kembali di Malaysia. Satu perjuangan yang makin jarang penulis-penulis sekarang bawa.

Apa sahaja yang terjadi, saya sentiasa doakan agar penulis terus dirahmati ALLAH dan disinar hidayah-NYA.

______

Muhd Iqbal Samsudin
01042018

Cairo, Egypt.

Ulasan Buku : RnR Hati - Ustaz Pahrol Mohd Juoi

Ulasan Buku : RnR Hati - Ustaz Pahrol Mohd Juoi




Jujurnya ini buku pertama tulisan Ustaz Pahrol yang saya baca walaupun sudah banyak buku beliau di pasaran.

Sudah beli sekitar dua tahun lepas, tapi baru tergerak mahu baca. Mungkin sebab ianya menyentuh soal pemuda, buat saya ingin membaca belaian kata Ustaz Pahrol.

Membaca buku ini saya tidak hanya fokuskan kepada isinya sahaja, tapi saya melihat dan belajar bagaimana seorang penulis prolifik dalam genre pembangunan diri ini menulis dan menyusun katanya.

Saya menganggap segala nasihat ini datang dari seorang ayah yang telah melalui usia muda dan tentunya tahu di mana lubang yang tak patut dipijak dan jalan mana yang patut dielak.

Rangkuman kata-kata beliau tidak mengajar-ngajar tapi lebih kepada mengajak, itulah teknik penulisan yang benar dan berkesan. Tidak saya jumpai kata-kata ‘kau itu kau ini’ yang saya rasa agak kasar dalam mengajak seperti lambakan buku-buku motivasi dan ‘sentap’ hari ini. Demikianlah bahasa yang diajarkan oleh ‘bapa’ kita ini.

Walau isinya ada didapati di beberapa tempat wujud pengulangan, ianya masih boleh diterima. Satu-satu nasihat yang penting mestilah diulang-ulang dengan bahasa yang berbeza, supaya ia lekat dalam minda pembaca untuk diamalkan.

Hati yang telah menempuh rencam dunia ini adakalanya perlukan rehat & rawat untuk pulih semula, dan rehatnya adalah dengan solat dan zikir kepada ALLAH. Itulah RnR hati kita.


_____

Muhd Iqbal Samsudin
1505, 270418
Cairo, Egypt

3/26/18

Sang Bibliofil






Hajat nak hadiri kelas Tafsir Syeikh Dr. Abdul Ghaffar belum kesampaian lagi. Rinduku pada sang guru masih belum terubat.

Rupanya Masjid Al-Azhar belum pun siap ubah suai.

Solat zohor pun dijerkah suruh cepat-cepat keluar. Tak te.nang betul nak solat.

Alang-alang dah ada di Darrasah, teringat ada ustaz di Malaysia minta carikan dua kitab di Maktabah Darussalam. Sebelum ini dah check di beberapa maktabah, tak ada. Malangnya di Darussalam pun tak ada.

Tak apalah. Saya sebenarnya sangat takut nak masuk mana-mana kedai buku, sungguh diriku tak kuat melihat buku dan kitab di rak, sangatttt mudah tergoda.

Dan itulah yang telah terjadi kepadaku. Terbeli juga kitab. Berjaya juga cuba sebaik mungkin untuk tak beli kitab besar (walaupun ada juga sikit), cukuplah sekadar kutaib-kutaib kecil.

Ya tahun ini genre pilihanku kebanyakannya berkenaan al-Quran. Telah ku telanjur menchentainya sejak tahun belakangan ini.

Sejujurnya tak pernah lagi saya rasa bersalah sebegini teruk setelah membeli buku atau kitab, tapi kali ini teruk sangat rasa bersalah itu datang. Habislah simpanan kahwinkuuuu 😝. Tapi cepat-cepat pujuk diri, “Takpaaa, br1m kan baru masuk?” Hehehe








#CatatanMetropolitan
#Sa_orangBibliofil
#Darrasah #Cairo


210318



3/18/18

Ulasan Buku : Isteriku Bidadari - Ustaz Ebit Lew





Satu pelaburan masa dan tenaga yang berbaloi untuk baca keseluruhan 406 muka surat buku ini.

Sangat bersyukur dihadiahkan buku ini oleh kakak saya dua tahun lepas.

Saya menangis beberapa kali tatkala membaca buku ini. Entahlah, walaupun belum lagi berkahwin, tapi nasihat dan bimbingan yang dinukilkan sangat mengesankan hati. Tulisannya tidaklah bertintakan ilmu-ilmu besar, tetapi lengkap bertintakan hati dan pengalaman.

Buku-buku berkualiti untuk islah ummat tertutamanya buku berkenaan rumah tangga begini perlu diperbanyakkan, bukan hanya sekadar buku populis yang hadir untuk mengaut untung sahaja. Golongan awam sangat perlukan buku seperti ini.

Buku ini sangat sesuai dihadamkan sebelum melangkah ke alam perkahwinan dan dihadiahkan kepada bakal mempelai. Bahasanya bahasa mudah dan dapat difahami oleh semua orang.

Ada banyak juga tempat yang ada typo dan ayat yang tidak lengkap, namun masih boleh difahami. Kekurangan ini harap boleh ditampung pada cetakan baharu selepas ini.

Terima kasih Ustaz Ebit Lew atas penghasilan buku ini.

_____
Muhd Iqbal Samsudin
#ibnuDDinBookShop
180318


Mahu order?
WhatsApp --> http://ibs.wasap.my (+601111151899)

2/29/16

Ulasan Buku : Lembaga Hikmat - HAMKA

Ulasan Buku : Lembaga Hikmat - HAMKA

____

Salim Bin Abdullah memberi bicara kepada Umar Bin Abdul Aziz demikian bunyinya: 'Jika sekiranya engkau hendak lepas dari azab Allah, puasalah daripada dunia, berbukanya setelah mati nanti.'

Lembaga Hikmat ini menampilkan berbagai-bagai cerita yang sarat dengan ibrah. Daripada penceritaan dari Eropah hinggalah ke tanah Arab, dan gaya penceritaannya penuh dengan kelembutan bahasa.

Buku ini menampakkan betapa luasnya pengetahuan dan pembacaan Prof Dr. HAMKA.

Untuk melihat sudut pandang alam Buya HAMKA, bacalah buku-bukunya yang tajuk hadapannya ada perkataan LEMBAGA.

#HAMKA
#BuyaHAMKA
#LembagaHikmat
#PustakaDini



____

Bagi yang ingin buat pembelian buku ini, boleh hubungi :

WhatsApp/Telegram +60134194298

____


Muhd Iqbal Samsudin

Ulasan Buku : Intisari Peradaban Islam - Shaykh Dr. Nuruddin Ali Jumuah

Ulasan Buku : Intisari Peradaban Islam - Shaykh Dr. Nuruddin Ali Jumuah

____

Buku ini dibeli daripada tuan empunya penerbit Zehra ini sendiri, Saudara Che Anas, sebelum saya berangkat ke Tanah Haram.

Selepas pulang dari Tanah Haram, buku ini menjadi pilihan pertama saya untuk dibaca.Ternyata ianya pilihan yang sangat tepat.

Walau buku ini tidak terlalu tebal, namun nilai harga keilmuwan dalam buku ini melangkaui segalanya.

Jarang-jarang agamawan berbicara sesuatu yang besar seperti peradaban Islam ini, namun ulasan daripada mantan mufti Mesir, Syeikh Dr. Nuruddin Ali Jumuah ini jelas menyuluh segala soal peradaban Islam.

Peradaban ISLAM tidak mati, tetapi ianya hanya di pembaringan; tidur. Menjadi tugas kita mengejutkan dan membangkitkannya kembali. Dan jalan yang paling ideal sekali, ialah dengan jalan pendidikan.

Setamat bicara seputar peradaban Islam, buku ini turut memuatkan sesi soal jawab di belah belakang, soalan-soalannya dijawab dengan begitu tuntas sekali.

Sangat berbaloi untuk dibaca!

#IntisariPeradabanIslam
#DrNuruddinAliJumuah
#Zehra

____

Bagi yang ingin buat pembelian buku ini, boleh hubungi :

WhatsApp/Telegram +60134194298

____



1/25/16

Ulasan Buku : Terapi Diri - Siri Satu (Fyrol Ikram Othman)

Terapi Diri - Siri Satu.



Juga, ini terbitan Baytul Hikma.

Buku ini ditulis sebanyak tiga siri, tetapi yang sudah berjaya diterbitkan sekarang hanya siri satu.

Siri Satu ini khusus membicarakan soal pertimbangan sunnah menghadapi masalah dan tekanan.

Ada satu elemen yang menyebabkan buku ini tidak jadi buku ala-ala motivasi yang klisé. Di hujung-hujung buku ini, penulis menyediakan realiti kes-kes yang beliau hadapi, lengkap beserta pandangan dan jawapan daripada beliau. Pada bahagian inilah bagi saya menghidupkan buku ini, selebihnya bagi saya hanya satu perbincangan biasa, cuma mungkin dari sudut bincang yang sedikit berbeza, buah isinya masih berkitar perkara yang sama.

Apa pun, saya kira buku ini masih dalam kategori bacaan yang berkualiti. Namun pada laras pertengahan, tidak terlalu ringan, tidak terlalu berat.

Kalau mahu beli buku ini, boleh hubungi saya.

#BaytulHikma
#TerapiDiri
#TerapiDiriSiriSatu
#FyrolIkramOthman

____

Bagi yang ingin buat pembelian buku ini, boleh hubungi :

WhatsApp/Telegram +60134194298

____

Ulasan Buku : Aku Pemaksiat (Abraz Talderi)



Aku Pemaksiat

Buku terbitan Baytul Hikma pertama yang saya baca.

Menghimpunkan 22 buah kisah pemaksiat, yang pulang bertaubat kepada Allah.

Ada satu kisah yang pernah saya baca sebelum ini,  tetapi yang lain-lain semuanya kali pertama.

Terjemahan yang baik membuatkan hampir semua cerita ini dapat dirasai dengan baik.

Peterjemah nampak bersungguh-sungguh cuba agar terjemahan tidak nampak 'keras', dan beliau hampir berjaya bagi saya.

Walau penerbit ini masih kecil, kualiti buku keluarannya masih dijaga.

____

Bagi yang ingin buat pembelian buku ini, boleh hubungi :

WhatsApp/Telegram +60134194298

____


Muhammad Iqbal
El-Abbasiya, Cairo, Egypt
2237
180116


12/23/15

Ulasan Buku : Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadwi (Syeikh Ahmad Fahmi ZamZam)

[Ulasan Buku : Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadwi ; Sejarah Hidup dan Pemikirannya]



Ini kali pertama saya membaca tulisan Syeikh Fahmi ZamZam, sebelum ini hanya dengar perihalnya sahaja daripada mulut orang lain.

Ternyata tulisannya, tulisan yang tintanya teralir jujur daripada bening hatinya. Masya-Allah.

Apatah lagi, tulisan ini ialah tulisan berkenaan gurunya yang beliau amat sanjungi serta dihormati seluruh pelosok dunia. 'Rasa' berkat itu dirasa mengalir pada setiap tulisan, walau biografi ini telah ditulis belasan tahun yang lalu.

Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadwi. Nama ini sinonim dengan magnum opusnya, Maaza khasrul 'aalam fil inkhithotil muslimin. Karya-karyanya yang ditulis dalam bahasa Arab sudah masuk ke seluruh negara Arab dan menyedarkan mereka, sejak umur beliau belasan tahun lagi.

Beliau seorang alim besar, dan punya pandangan luas dalam bidang ilmu dan dakwah,  hingga diiktiraf ulama' lain di seluruh dunia, walau beliau seorang 'ajam, bukan daripada bangsa Arab.

Rugi kiranya jika tokoh ini kita tidak diendah, terutama buat anak-anak muda.

Kata-kata Saidina Abu Bakar yang selalu diungkap Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadwi selalu membangkit semangat kepada pendengar.

أينقص الدِّين وأنا حيّ؟ .

Adakah agama(Islam) ini akan jadi mundur, sedang aku masih lagi hidup?

#SyeikhAbulHasanAliAnNadwi

____

Bagi yang ingin buat pembelian buku ini, boleh hubungi :

WhatsApp/Telegram +60134194298

____

Ulasan Buku : Hikayat Qalaqisya (Hazwan Faiz)



Hikayat Calaqisya bagi saya merupakan catatan awal yang dibukukan bagi perjalanan sebagai peniaga online. Nyata bidang ini bidang baharu, dan pada suatu ketika dahulu, ia bidang nadir yang sudah pasti banyak pancaroba untuk ditempuh.

Kini, hidup rakyat makin susah, dan makin ramai pula yang terjun dalam bidang perniagaan online ini. Senang katanya. Akhirnya ramai juga yang gulung tikar, atas sebab 'senang'nya bidang ini.

Bidang apa jua sekali pun, semuanya perlukan ilmu dan kesungguhan. Tempuh sahaja apa di hadapan, terus berjalan, jangan takut.

Ketika membaca berkenaan perih payah berniaga di alam maya ini, ianya seakan saya membaca kisah saya sendiri dalam menubuhkan @ibnuddinbookshop dan @elkitabshop , barangkali begitu jugalah dengan kakak saya yang telah menggantikan peranan saya sekarang. Kecualilah bab kahwin itu, sebab saya belum. Eww.

Rezeki ada dilubang ikhtiar yang kita usahakan. Usahalah, carilah. Hazwan Faiz dan isterinya ini juga bukan calang-calang, mereka punya pendidikan hingga ke peringkat master. Jangan ingat budak marketing saja boleh berniaga, orang lain juga boleh, bahkan terkadang lebih terkehadapan.

Bahasa buku ini bahasa yang santai, dan penuh gaya bebas kuak lentang berirama humor. Dekah-dekah juga saya ketika membaca buku ini. Teman sebilik pun pandang pelik, selalu baca buku lain serius saja. Entah hantu Qalaqisya mana datang rasuk hingga aku riang keseorangan, terkekek-kekek membaca buku ini.

Saya ada juga buat catatan #NotaNiaga dan cerita-cerita saya selama ini hingga sekarang. Apabila sudah sampai masanya, saya harap segala nota itu dapat dikumpul dan dibukukan untuk manfaat bersama. Ameen.

#HikayatCalaqisya
#DubookPress
#HazwanFaiz

____

Bagi yang ingin buat pembelian buku ini, boleh hubungi :

WhatsApp/Telegram +60134194298

____


Muhd Iqbal Samsudin
2320
211215

Ulasan Buku : Biblioholisme (Shaharom TM Sulaiman)

Ulasan Buku : Biblioholisme - Menelusuri Pesona Dunia Buku dan Pencintanya 
(Shaharom TM Sulaiman)




Saya sentiasa meminati tulisan Tuan Shaharom TM Sulaiman, terutamanya tulisan-tulisannya berkenaan buku.

Buku ini disusun dengan baik dan anatominya lengkap, walaupun buku ini hasil kumpulan tulisan-tulisannya berkenaan dengan bibliholisme.

Dan inilah manifestasi nilai bibliofil di dalam dirinya, seorang yang berpengalamanbekas pustakawan di Perpustakaan Negara yang sudah.

Buku ini punya empat bahagian.

Pertama. Buku dan Daya Pikatnya.
Kedua. Biblioholisme : Mengenal Dunia Pencinta Buku.
Ketiga. Travelog Pencinta Buku.
Keempat. Sisi Aneh Dunia Buku.

Pada setiap bahagian, diterangkan dengan penuh perincian.

Bagi pencinta buku atau bibliofil, mereka akan sahkan atau diagnos sama ada dia benar-benar bibliogtafi atau sekadar pseudo-bibliofil, berdasarkan simptom-simptom yang penulis berikan.  Itu pada saya bahagian yang menyeronokkan.

Kita boleh kenal kita bibliofil yang bagaimana dan beberapa kisah disebalik istilah-istilah buku yang sangat menakjubkan.

Wajib baca!

#Biblioholisme
#Bibliofil
#ShaharomTMSulaiman


____

Bagi yang ingin buat pembelian buku ini, boleh hubungi :

WhatsApp/Telegram +601111151899
WhatsApp --> http://ibs.wasap.my

____

Muhammad Iqbal
El-Abbasiyah, Cairo, Egypt
1255
231216

Ulasan Buku : Opah Gangnam Style (Zulaihah Karim)



Sebab utama buku ini dibeli, sebab dijual murah di Mesir. Jadi, saya beli dan ini buku pertama keluaran Kopi Press yang saya baca.

Kedua, kerana penulis buku ini pernah belajar SMKA Sik.

Ketiga, kerana saya mahu tahu tentang Korea dan belajar serba sedikit bahasa Korea.

Jujurnya, saya kurang selesa dengan bahasa entah apa-apa yang penulis gunakan. Hendak dikata rentak bahasa indie, bukan. Bahasa urban macam bukan, bahasa orang muda, hmm bukan juga kot. Bagi saya lebih kepada bahasa gedik-gedik. Ya, maafkan saya, saya kurang suka, bahasa Melayu yang agak rosak begini.

Entah. Disebabkan buku ini disusun dengan gaya diari, mungkin itulah bahasa penulis sendiri.

Apa pun, ada banyak juga yang saya dapat. Bohonglah jika dikata tiada manfaat langsung daripada buku ini.

Tentang bahasa Korea, ada jugalah perkara baharu yang saya dapat, dan pembetulan daripada kesalahan yang selalu orang yang baru belajar bahasa Korea buat. Penulis berhak tegur memandangkan beliau belajar persediaan bahasa yang bagi saya agak lama.

Seterusnya tentang uruf dan adat orang Korea dan keadaan dakwah di Korea. Menarik juga kisah yang dibawa.

#OpahGangnamStyle
#KopiPress

____

Bagi yang ingin buat pembelian buku ini, boleh hubungi :

WhatsApp/Telegram +60134194298

____

Muhammad Iqbal
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
2351
221215

12/4/15

Ulasan Buku : Lalu Aku Hidup Sebagai Apa(Jejak Tarbiah)


Menjelang sipongang azan subuh, helai akhir buku ini turut habis kulabuh.

Buku yang sarat dengan semangat Buya HAMKA dan semangat kepemudaan.

Tidak sia-sia aku berlelah bawa dari Malaysia tempoh hari.

Penting memperbanyak usaha meniup semangat-semangat pemuda melalui penulisan-penulisan sebegini, kerana golongan ini kumpulan emas dalam pelosok masyarakat. Emas, kalau disimpan tiada guna juga, harus dimanfaatkan.

Selain sedikit sebanyak berbicara berkenaan pemikiran HAMKA, aku suka dengan pembawaan dan perkenalan nilai juang tokoh-tokoh lain, seperti Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadwi dalam tulisan saudara Razif Fuad. Dari situ, aku mula bersemangat membaca karya-karya Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadwi dan biografinya. Juga akhirnya mengundang inspirasi pada diri.

Catatan pengalaman umrah juga mendapat tempat di hatiku, lantaran hati ini sudah berbunga benar mahu ke sana dijemput Allah.

Moga Jejak Tarbiah terus kuat dan teguh dalam usaha membawa masyarakat ke kancah buku dan ilmu.

____

Bagi yang ingin buat pembelian buku ini, boleh hubungi :

WhatsApp/Telegram +60134194298

____

Muhammad Iqbal
El-Abbasiya, Cairo, Egypt
1641
041215

Mahu beli?

Boleh beli di sini :