4/19/11

Soalan Yang Tak Diduga~



 Tempoh hari ( beberapa jam yang lepas ), tiba-tiba satu soalan kelihatan di inbox formspring aku. Soalannya agak pelik dan memerlukan aku bertanya rakan-rakanku yang budiman dalam fb. Setelah agak faham dengan soalan itu, aku pun tanpa menghampakan  peminat-peminatku  orang yang bertanya tu, aku terus menjawab dengan telus ( ecece). Ini soalannya :


Soalan : pernah ada crush kt sapa2?

 

Saya agak keliru dgn 'perkataan' crush di situ. Yang saya faham, selain maksud menghancurkan, ia juga bermaksud suka. Jika dilihat pada soalan, mungkin anda bertanya saya pernah suka pada sapa2 kan?Dan saya menganggap 'sapa2' yang dimaksudkan itu tentulah perempuan.

Sebagai insan biasa, sudah semestinya itu merupakan fitrah yang tidak boleh disanggahi lagi. Menyukai kaum yang bukan sejenis. Saya juga punya hati naluri untuk menyukai insan lain. Tetapi, bukan masanya lagi untuk saya zahirkan sukanya saya pada seseorang tu. Pengajian pun belum disambung. Tambahan pula saya ini agak pemalu, tambah-tambah dgn perempuan.

Haha, itulah jawapan, pernah menyukai tetapi tak pernah dizahirkan kerana saya fikir ianya mungkin akan menambahkan keinginan kita untuk berzina atau mendekati zina ( tidak kiralah zina jenis apa sekali pun) jika bergaul dgn lebih rapat tanpa sebarang ikatan. Mendekati zina pun sudah haram, inikan pula berzina, lagilah bertambah lah keharamannya.

Biarlah saya kejar cita-cita besar saya dahulu sebelum berfikir soal cintan cintun itu. Bak kata orang kampung, "single is simple, couple ( sebelum nikah ) make trouble ".. ^_^



Jom layan video ni, rass~



 p/s : Proses pembinaan baitul muslim perlu dimulakan pada saat ini lagi, dengan membentuk diri sendiri mengikut acuan Islam , bukannya bila nak kahwin baru nak terhegeh-hegeh. Ini hanya pandangan aku. Maaf jika aku salah faham dengan soalan tu, jika salah sila komen dibawah sebab aku jawab berdasarkan kefahaman aku.


Jangan klik link INI

Jangan juga klik INI



 Wallahua'alam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah




17 comments:

  1. org kata kalau stakat suka dalam hati tu xda masalah sbb mmg kita tak buat apa2 pun just suka dari jauh... tp ada gak yang sebut sal zina hati .. bila asyik teringat org itu walaupun dari jauh... cmna ea?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. yui92 : ya, sangat setuju, suka dari jauh. Pasal zina hati atau asyik teringat kat dia tu saya fikir semuanya bergantung kepada diri kita sendiri. Jika kita letak cinta kepada sidia lebih tinggi drp cinta kepada yang sepatutnya, ALLAH, sememangnya kita silap besar dan secara tidak langsung membawa mudarat kembali kepada kita. Kerana itu bukan yang sepatutnya yang dikejar. Harap2, kekallah saya beristiqamah dlm keadaan sebegini~

    ReplyDelete
  4. artikel yg bgus!!..truskan dgn meng-update blog anda!!elakkan mmbahasa diri sbagai `aku`.

    ReplyDelete
  5. PEAH : Insya-Allah, takut benar untuk melangkah ke alam pengajian tinggi ni...

    Anonymous : alhamdulillah. Insya-Allah selagi terdaya, 'saya' akan terus meng'update' blog ini. Bagi membahasakan diri sebagai selain 'aku' itu, saya akan pertimbangkan kemudian~

    ReplyDelete
  6. ada account formspring follow la saya hasniza.ziarah dari blog abg ben..anda selalu cintakan DIA dari ALLAH btl ke?? jom komen dan follow saya balik disini

    http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/04/mengapa-dia-tidak-allah.html

    ReplyDelete
  7. dah follow di formspring dan menjawab persoalan anda di blog anda juga.. =)

    ReplyDelete
  8. saudara iqbal soalan anda juga telah dijwb..sekali lagi saya minta maaf nmpk nya ada perselisihan faham sbenarnya maksud saya adakah anda cinta dia dari allah itu menjurus tentang entry blog eja x da kaitan denga entry di blog awak..entry awak sgt2 bagus dan bermaanfaat sekali lagi eja mohon maaf jika eja ada khilaf di dlm berkarya dlm blog eja :) ukwahfillah

    ReplyDelete
  9. nikmat kt dunia nie sementara je bro.. btul x?

    Entri paling hot :
    Blogger Popular Sombong?"

    ReplyDelete
  10. Iqbal....dilanda gelora perasaan? :-D

    ReplyDelete
  11. tidaklah cikgu, hanya menjawab soalan-soalan pengunjung blog saya saja. Masih belum berpunya a.k.a single mingle lagi nih, haha. Tak perlulah bergelora perasaan kepada insanNYA jika perasaan kita pun belum cukup bergelora untuk mencintaiNYA.. :)

    ReplyDelete
  12. ana punya la ingatkan post "soalan yang tak diduga " ni soalan kplspm ka,interview ka,rupa2nya..haha..nak tergelak pun ada... =,=" tak apalah,nanti anta pi interview,postkan tentang interview ya?

    ReplyDelete
  13. Syafawani : haha, insya-Allah, nanti ana post kan..

    ReplyDelete
  14. susah juga kalau nak jawab, kalau macam nie... apepun kehidupan mesti diteruskan.. onak dan duri harus ditempuhi..

    ReplyDelete
  15. Moga Istiqamah dgn pendirian anda..Insya_Allah..bercinta lps kahwin lebih mendapat keredhaan..no couple in Islam..

    ReplyDelete
  16. Zik : hmm, betul tu..tapi ternyata memang sakit untuk tempuh onk dan duri itu..

    Mel Az-Zahra : insya-Allah, selagi saya diberi taufiq dan hidayah-NYA, selagi itu saya akan genggamm prinsip ni..

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter