Klinik Wakaf ini insyaALLAH akan cuba dilaksana dalam masa terdekat oleh para doktor tajaan Zakat Kedah.
Mohon doakan kami.
Kalau dapat direalisasikan dengan baik, tak mustahil suatu hari pihak zakat boleh membuka Hospital Zakat Kedah, untuk kemaslahatan ummah, terutamanya rakyat Kedah.
Adapun begitu, klinik bergerak Zakat Kedah sudah pun beroperasi atas kapasiti sedia ada, pada setiap Ahad, Selasa dan Khamis.
Kredit video : DATC, Majlis Kebajikan Keluarga Kedah Mesir
_______
KLINIK BERGERAK LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH
ALOR SETAR, 30 APRIL 2021:- Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mewujudkan Klinik Bergerak LZNK dengan bayaran serendah RM5 untuk sesiapa sahaja termasuk bukan Islam yang memerlukan rawatan.
Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Syeikh Zakaria Othman berkata, klinik berkenaan dibangunkan hasil kerjasama Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPNB) dan Kedah
Katanya, klinik itu akan beroperasi pada Ahad, Selasa dan Khamis bermula jam 10 pagi hingga jam 4 petang di masjid-masjid terpilih di negeri ini.
“Bagi asnaf yang menerima bantuan bulanan LZNK, mereka tidak dikenakan bayaran, manakala orang ramai, termasuk bukan Islam, hanya dikenakan bayaran RM5 sahaja untuk pendaftaran dan ubat-ubatan akan ditanggung oleh LZNK.
“Antara rawatan ditawarkan adalah demam, batuk, selsema dan penyakit ringan termasuk kecederaan ringan, melecur, pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan glukos dalam darah,” katanya ditemui selepas perasmian Klinik Bergerak LZNK di perkarangan Istana Anak Bukit di sini, hari ini.
Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Turut hadir Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang.
Dalam pada itu, baginda turut berkenan menyempurnakan agihan zakat fitrah negeri Kedah sebanyak RM11.5 juta kepada 13,610 orang asnaf fakir dan miskin yang merupakan penerima bantuan bulanan zakat.
Menurut Syeikh Zakaria, jumlah keseluruhan bantuan untuk golongan berkenaan adalah RM6.8 juta dengan setiap individu akan menerima RM500.
“Selain itu, kita turut menyerahkan zakat ini kepada 300 asnaf mualaf dengan peruntukkan RM150,000. Mereka ini mestilah mualaf yang baru menukar agama dalam tempoh lima tahun.
“Disamping itu, RM4.48 juta lagi diperuntukkan kepada 11,200 guru agama kampung dengan setiap seorang menerima RM400,” katanya.
Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah
IMUNISASI COVID-19 | Klinik Bergerak Zakat Kedah Bantu Vaksinasi
PADANG TERAP, 11 JUN 2021 :- Menyedari kesukaran yang dihadapi masyarakat khusunya di kawasan pendalaman untuk mendapatkan suntikan vaksin, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menyahut seruan kerajaan bagi membantu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dengan menggerakkan klinik bergerak LZNK bagi memberi perkhidmatan vaksinasi kepada rakyat di kawasan pedalaman.
Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, pihaknya menggunakan sepenuhnya aset unit klinik bergerak bagi membantu Jabatan Kesihatan Kedah mencapai sasaran Program Imunisasi Kebangsaan dengan tumpuan di kawasan pedalaman yang sukar untuk penduduk mendapat suntikan vaksin.
Katanya, dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap, mobile bergerak LZNK dapat membantu menvaksin penduduk di kawasan terpencil.
” Lebih 50 warga emas, OKU dan orang kampung di kawasan Kampung Perik, Kuala Nerang berjaya divaksinkan,” katanya.
Zakaria berkata, kemudahan yang disediakan dalam klinik bergerak ialah mini lif untuk pesakit berkerusi roda, katil perubatan untuk pembedahan kecil sekiranya perlu, peti sejuk dan gas untuk bantuan pernafasan kecemasan.
Katanya, lokasi kedua ialah pada 28 Jun ini di Masjid Tandop Besar, Mukim Tekai Kanan.
Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah
Klinik bergerak bas dua tingkat santuni asnaf luar bandar


Klinik Bergerak Lembaga Zakat Negeri Kedah

Alor Setar: Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mewujudkan Klinik Bergerak LZNK dengan bayaran serendah RM5 untuk sesiapa sahaja termasuk bukan Islam yang memerlukan rawatan.
Ketua Pegawai Eksekutif LZNK Syeikh Zakaria Othman berkata, klinik berkenaan dibangunkan hasil kerjasama Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPNB) dan Kedah Medical Center (KMC) dengan kos RM340,000.
Katanya, klinik itu akan beroperasi pada Ahad, Selasa dan Khamis bermula jam 10 pagi hingga jam 4 petang di masjid-masjid terpilih di negeri ini.
"Bagi asnaf yang menerima bantuan bulanan LZNK, mereka tidak dikenakan bayaran, manakala orang ramai, termasuk bukan Islam, hanya dikenakan bayaran RM5 sahaja untuk pendaftaran dan ubat-ubatan akan ditanggung oleh LZNK.
"Antara rawatan ditawarkan adalah demam, batuk, selsema dan penyakit ringan termasuk kecederaan ringan, melecur, pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan glukos dalam darah," katanya ditemui selepas perasmian Klinik Bergerak LZNK di perkarangan Istana Anak Bukit di sini, hari ini.
Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Turut hadir Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang.
Dalam pada itu, baginda turut berkenan menyempurnakan agihan zakat fitrah negeri Kedah sebanyak RM11.5 juta kepada 13,610 orang asnaf fakir dan miskin yang merupakan penerima bantuan bulanan zakat.
Menurut Syeikh Zakaria, jumlah keseluruhan bantuan untuk golongan berkenaan adalah RM6.8 juta dengan setiap individu akan menerima RM500.
"Selain itu, kita turut menyerahkan zakat ini kepada 300 asnaf mualaf dengan peruntukkan RM150,000. Mereka ini mestilah mualaf yang baru menukar agama dalam tempoh lima tahun.
"Disamping itu, RM4.48 juta lagi diperuntukkan kepada 11,200 guru agama kampung dengan setiap seorang menerima RM400," katanya.
Sumber : Harian Metro
No comments:
Post a Comment
Apa buah kata anda?
Page Blog ini : Fb Page
Twitter Saya : My Twitter