Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya,
“Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).”
(Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, Kitabul Iman, 1/350, no. 208 (Dari Abu Hurairah). Ibnu Majah, Sunan Ibni Majah, Kitabul Fitan, 11/485, no. 3976 (Dari Abu Harairah). Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 34/25, no. 16094 (Dari 'Abdurrahman B. Sannah))
Tempoh hari, semasa aku bersiar-siar dalam laman Facebook, tiba-tiba rakan sekelas aku tahun lepas ( tingkatan 5 ) memulakan chat dengan aku. Kami sebenarnya merupakan lepasan SPM 2010.
Jadi, bagi sesiapa yang tidak dapat berkhidmat untuk negara dengan menyertai PLKN, mereka akan berusaha mencari kerja bagi tidak membuang masa terperuk di rumah begitu sahaja. Aku menganggarkan dia hanya mahu bertanyakan khabar aku sahaja, tetapi sangkaan aku ternyata meleset. Dia sebenarnya mahu mengetengahkan kepada aku satu soalan agama berkenaan pekerjaan. Dia memulakan chat dengan menceritakan situasinya pada waktu tersebut. Dia telah mendapat tawaran pekerjaan di salah sebuah kedai yang beroperasi 24 jam sehari dan sangat popular dalam kalangan masyarakat dunia hari ini iaitu 7 Eleven.

Tetapi apa yang memeningkan kepalanya ialah kedai tersebut ada menjual juga arak. Seperti yang kita tahu, arak itu haram disisi Islam. Dia risau jika pekerjaannya itu bakal menjadi sumber rezekinya haram dan tidak berkat. Aku hanya mengulas sedikit sahaja kepadanya mengenai persoalannya itu berbekalkan ilmu yang cetek lagi dangkal yang aku ada. Bagi penerangan selebihnya, aku syorkannya membaca artikel Ustaz Zaharudin Abdul Rahman ( UZAR ) di laman webnya. Berikut aku sertakan artikel yang aku ambil daripada laman web UZAR setelah aku minta izin untuk copy. Teliti artikel dibawah:
HUKUM KERJA DI 7 ELEVEN
SOALAN:
Di sini saya ingin ajukan satu soalan, bagaimana hukum pendapatan saya sekiranya saya bekerja di kedai 24 jam yang agak terkenal iaitu 7eleven, kedai ini ada menjual minuman arak, adakah saya termasuk dalam gologan orang yang dilaknat oleh Allah ?
JAWAPAN UZAR :
Secara umumnya, kerja sebagai cashier di pasaraya termasuk 7 eleven adalah halal. Bagaimanapun jika ada orang membeli arak dan melakukan pembayaran di kaunter anda, tatkala itu anda turut mendapat dosa dan laknat Nabi SAW kerana ia dianggap telah membantu pembelian arak itu. Demikian juga jika pekerja itu seorang pembantu yang menyusun dan semak stok arak dan lain-lain yang diharamkan, apa sahaja yang berkait dengan menyusun arak, mempamerkannya adalah berdosa.

Perlu difahami, tidak semua perkara haram sama tahap berat dosanya, ada yang dosa besar dan ada dosa yang lebih kecil. Allah SWT lebih mengetahui, bagi mendapat lebih jelas panduan hukum dalam hal ini adalah hadith Nabi SAW :-
عن أَنَسِ بن مَالِكٍ قال لَعَنَ رسول اللَّهِ في الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إليه وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لها وَالْمُشْتَرَاةُ له
"Rasulullah saw melaknat tentang arak, sepuluh golongan: (1) yang memerahnya, (2) yang minta diperahkan untuknya, (3) yang meminumnya, (4) yang membawanya, (5) yang minta dihantarinya, (6) yang menuangkannya, (7) yang menjualnya, (8) yang makan harganya, (9) yang membelinya, (10) yang minta dibelikannya." (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah : Tirmidzi : Hadith Gharib : Al-Munziri dalam At-Targhib: Perawinya thiqah )"
Dalam menghuraikan hadith ini dan kaitannya dengan cashier :-
وآكل ثمنها المشتري : أي للشرب أو للتجارة بالوكالة وغيرها
Ertinya : Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan : iaitu samada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil ( Mirqat al-Mafatih, 6/22)
Dan juga sebuah lagi hadith
عن جَابِرِ بن عبد اللَّهِ رضي الله عنهما أَنَّهُ سمع رَسُولَ اللَّهِ يقول عَامَ الْفَتْحِ وهو بِمَكَّةَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ
Ertinya : Dari Jabir r.a berkata ia mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari pembukaan Mekah, sesungguhnya Allah dan rasulNya mengharamkan penjualan arak, bangkai, khinzir dan berhala. ( Riwayat al-Bukhari, 2/779)
Secara ringkasnya, ini bermakna kerja sebegini boleh menyebabkan pendapatannya bercampur halal dan haram. Keadaan ini boleh diselesaikan dengan memperuntukan sedeqah sebahagian dari harta setiap bulan kepada faqir miskin. Ia bergantung kepada iman kita, jika ingin rasa lebih tenang, sedeqahlah dalam jumlah yang wajar dengan keterlibatan penjualan arak tadi.
Adapun jual kondom di 7 eleven agak sedikit berbeza, kerana kita tidak dinafikan ada suami isteri yang membelinya juga, ia adalah halal
Adapun, bagi yang berlagak bagai suami isteri lalu membelinya untuk perzinaan mereka, cashier yang tidak mengetahui tidak terlibat dalam dosa tersebut, kecuali jika dalam sesetengah keadaan ada cashier yang mempunyai rakan-rakan muda yang diketahui kaki berzina, lalu meminta bantuan untuk membeli kondom dari kedai yang dijaga oleh rakannya. Ketika itu, bantuan itu menjadikan tindakannya adalah haram dengan dosa besar. Wallahu'alam.
Sebagai akhirnya, saya berasa lega kerana di beberapa buah pasaraya, mereka memisahkan kaunter pembayaran barangan tidak halal dibuat di kaunter khas yang dijaga oleh bukan Islam. Ia baik bagi menjaga kebajikan pekerja Islam.
Sekian,
Ust Zaharuddin Abd Rahman
BERIKUT SATU RESPOND DARI BEKAS PEKERJA 7 ELEVEN BY EMAIL
Sent By : m4me4mouse@xxxxxxxxxxx
Assalamu Warahmatullah a'alikum...
Berdasarkan dalil dr hadis Nabi Muhammad S.A.W yg UZAR utarakan,
jelas menunjukkan bahawa bergelumang dengan ARAK itu haram (jelas dan
nyata), sekali pun hanya menyusun...
jelas menunjukkan bahawa bergelumang dengan ARAK itu haram (jelas dan
nyata), sekali pun hanya menyusun...
Dikesempatan ini, sy ingin berkongsi pengalaman bersama pembaca
sekalian. Sy pernah bekerja di 7-eleven (7E)penghujung tahun 2005
dlu, dek kerana rase dh tak tau nk buat ape, dengar plak kawan pun
ade keje kt 7E ni, so sy apply, dpt, then tros keje esoknya...
sekalian. Sy pernah bekerja di 7-eleven (7E)penghujung tahun 2005
dlu, dek kerana rase dh tak tau nk buat ape, dengar plak kawan pun
ade keje kt 7E ni, so sy apply, dpt, then tros keje esoknya...
Setelah bekerja, br sy sedar, yg 7E ni ade jual ARAK, tp sy terpaksa
jgak keje dlu sbb mase interview dh janji nk keje, lgpun mmg xde keje
selain tu mase tu. kemdian sy ketahui antara tugas sy adlh berkaitan
dgn ARAK. Menjadi pekerja di 7E semua kerja perlu dibuat, no excuses,
kalo keje x siap, store x kemas ke, brg x susun ke,brg abis x tambh
ke mmg kena marah ngan store manager, so, nk x nk mmg kene buat.
Tp sy sedaya upaya mengelak dr membuat kerja berkaitan dgnnya, susun
ke, kire stok ke, lbh2 lg jualkan. Malangnye, sy jadi serba salah nk
bg kerja tu kat teman sekerja kerana dorang pun Islam jugak, (mmg
diakui hampir semua store 7E dijaga olh org melayu muslim)tp dorang
bwat tnpa disuruh (dorang rase itu tggjwb sbg pekerja), so sy
selamat...
Tp yg bwat sy btol2 tertekan bile keje kat 7E ni, bile budak (remaja
melayu Muslim) dtg NK BELI ARAK!! (mase tu dhla bula RAMADHAN,
RAMADHAN!!!!!) bile tanye, die kate india mintak belikan, sy pun mls
nk bertengkar, tgk keadaan budak tupun lain mcm je...(kesilapan sy yg
amat sy kesalkan)...
sejak pd tu, sy bertekad nk berenti keje 7E, akhirnye x lame sy dpt
pluang (kalo anda bertanya kenapa perlu tunggu peluang baru nk
bernti, sy beranggapan kononnye sy klua/resing dgn care baik laaa,
maaf, ni pnadangan peribadi). dan kerana merasakan was2 dgn gaji yg
sy perolehi, sy tulis setiap perbelanjaan makan minum sy yg sy
gunakan duit hasil keje 7E ni.
Moralnya; kpd yg nak keje @ yg msh bekerja di 7E (dgn arak ni),
fikirlah dgn sewajarnya hukum islam mengenainya kerana melibatkan
keberkatan hidup anda juga didunia ini & akhirat kelak...
Wallahua'lam
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."
(Surah al-Maidah:Ayat 90)
p/s: aku setuju dengan artikel diatas UZAR. Kepada sesiapa yang ingin mencari kerja, tidak kiralah sama ada tetap atau sementara, pastikan ia dari sumber yang halal dan jauh dari unsur syubhah.
Wallahua'lam
Tempat aku kerja 7eleven takdak jual arak. Di Selangor, sejak Pakatan Rakyat memerintah, dibuat akta melarang kedai 24 jam menjual arak di kawasan majoriti muslim..
ReplyDeleteOh ya, aku kerja di 7eleven bandar baru bangi
oh ya ka,,
ReplyDeletekalau begitu bagus la,,
rasanya mungkin Kedah patut contohi itu!!
Sebab kawan saya (Budak sekolah kita gak la )kata kat tempat yang dia nak kerja tu masih ada jual..
haa..kwan ana pun ada tanya soalan cam ni.tp kali ni kerja kat tesco.ana dpt jwnpannya.trimas utk entry yg bgus ni..
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeletealhamdulillah, saya tgk di terengganu, tiada mana2 7E yg jual minuman keras setakat ini. tiada perasaan susah hati ketika masuk ke mana2 cawangannya..
SELAMAT BERPUASA
happy blogging :-)
regards,
BLADE EDGE