10/17/11

Siri 1 : Pemberian al-Quran

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Muhammad. Berasal dari sebuah kampung terpencil di Malaysia. Baru sahaja sebulan di bumi Mesir. Namun, dia rasakan begitu selesa dengan bumi barakah ini. Seronok katanya. Ingin dia jadikan bumi kinanah ini sebagai negara keduanya.

Hari ini sudah masuk minggu kedua dia bergelar mahasiswa jurusan perubatan di Mesir. Tujuannya jelas, menjadikan 'Medic' sebagai co-business nya. Walaupun begitu, serpihan mutiara ilmu agama yang begitu meluas tak dapat dinafikan, terpalit juga sedikit sebanyak. Dia sering berharap agar dia sentiasa diberi keberkatan masa bagiNya untuk dia menguasai banyak lagi ilmu di bumi anbiya' ini, insya-Allah.

Jika minggu lepas, dewan kuliah kelihatan sunyi daripada kehadiran para doktor. Alhamdulillah, hari ini 'full'! Semua lecturer masuk. Kebanyakan mereka baharu pertama kali memulakan pengajaran. Best! Lama betul rasanya dia tidak sibuk sebegini. Lama juga dia tak berfikir banyak benda-benda yang complicated. Kali ni, nah! Nak sangat. Maka mulalah minda warm up kembali untuk cuba memahami dan mengingat dengan banyak. Tambahan pula, untuk memahami english doktor-doktor arab ni bukan mudah. Perlukan sedikit masa untuk biasakan.

Habis sahaja deretan kuliah tanpa henti itu, dia terus bergegas ke arah Gamek ( Jamek ) Nur berdekatan dengan Kuliah Tib Ain Shams itu bersama kawan-kawannya. Semua belum solat zohor lagi. Jam dah menunjukkan pukul 2 lebih. Waktu zohor dah tak lama, asar menanti tiba pula selepas ini.

Alhamdulillah, lepas sahaja solat, dia rasa tenang. Calm. Peaceful. Sememangnya solat itu rehat bagi orang mukmin. Sempat dia bersembang dengan dua orang arab yang menegur kawannya yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Pada mulanya, dia tak mahu masuk campur dalam perbualan mereka tu. Namun setelah melihat kawannya itu kelihatan 'blur' untuk cakap bahasa arab ammi dengan arab tu, dia pun apa lagi, mencelah la. Muhammad memang begitu. Suka sahaja dia bercakap bahasa arab ammi dengan orang Mesir. Bukan apa, ianya akan melatih kita berkomunikasi dengan mereka. Maklumlah, kuasai bahasa takluki dunia. Menguasai pelbagai bahasa ni, banyak kelebihannya, insya-Allah.

Keluar sahaja dari Masjid atau Gamek Nur, Muhammad terus memandang seorang pak arab yang menjual al-Quran, kitab dan sebagainya di hadapan masjid itu. Sementara menunggu kawan-kawannya yang lain, dia sempat membelek-belek al-Quran - al-Quran kecil molek yang diletakkan atas meja. Sedang dia membelek, pak arab tadi menegur. Dia sudah mengagak pak arab tu akan bercakap dengannya. Jadi, dia pun layanlah.

"Dah arba'ah genih ( Harganya 4 genih )", kata pak arab itu.


" Arba'ah genih ( 4 genih ) ? Walla talatah wannus ( atau 3.50 genih )?" Sengaja Muhammad menduga peniaga pak arab itu.

Pak arab itu kelihatan pada mulanya menafikan. Tapi akhirnya, dia akur kepada harga asal.

" Aiwah, talatah wannus ( ya, 3.50 genih )", akur pak arab itu dengan bersungguh-sungguh.


" Ma'alish, ana mish 'ayiz ( maaf, saya tak mahu )", dengan jujur sebab dia nak 'tengok-tengok' sahaja.

Muhammad terus berjalan ke hadapan. Tanpa disedari, pak arab tu mengejar dia dan memberikan al-Quran yang dia hanya 'tengok-tengok' itu.


" Aih ( apa ni ) ??" Tanya Muhammad dengan nada pelik.


" Khud! Magganan! ( ambillah! percuma sahaja ni! )" Kata pak arab tu.

Huish, biar betul pak arab ni. Banyak lagi kawan dia yang bersama-sam dengan dia. Kenapa mesti pak arab tu bagi kat dia? Hmm. Pelik, pelik.

" Soh, magganan? ( betul ke ni percuma? )" Muhammad bertanya.


" Aiwah! Enta min ayyi bilad? ( Ya, kamu dari negara mana? ) " kata pak arab.


" Malizi!( Malaysia! )"


" Khud! Khud! ( Ambil, ambil! ) "


Dengan tidak menolak rezeki, dia pun mengambil dengan senang hati.

Dalam hatinya terlintas pelbagai persoalan. Adakah Allah ingin menegur sesuatu kepadanya??? Atau ada hikmah lain di sebalik kejadian ini??

Nota :

Genih = Junaih ( Matawang Mesir )

Gamek = Jamek ( Masjid )

undefined

( Ikuti siri seterusnya, siri 2 )


Ikuti Sambungan Siri Seterusnya :

Siri 2 : Kelazatan Hidup Pada Keikhlasan Memberi

Siri 3 : Ujian atau Cabaran?

Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.





5 comments:

  1. Tu la strategi berjual beli dengan Arab, kalau buat lagu tu, insya-Allah boleh pree.. dah cuba hari tu. Berkesan.. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum dik Iqbal..

    bagaimana agaknya keadaan dik Iqbal kat sana? :)

    menanti siri ke-2,insyaAllah ^^,

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.nampak gembira saja kat sana.tunggu siri kedua ni..barakallahu lak :)

    ReplyDelete
  4. Eytiqaz : Shhhh.. :)

    Yad : Tak pa la hang cekang, mungkin si Muhammad tu kena banyak belajaq kat hang.

    Kak Nazihah : W'slm.

    Alhamdulillah, baik2 je setakat ni.

    Insya-Allah, siri 2 telah pun siap.


    Afiq : Ana nampak gembira? Erk, yang dimaksudkan dalam cerita tu Muhammad. Bukan ana. hihi.

    Insya-Allah Ana doakan enta sampai sini jugak nanti. ^_^

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter