Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

4/9/26

Salahkah Biar Bini Tengok Netflix Lama-lama? ULASAN SUDUT KESIHATAN

Salahkah Biar Bini Tengok Netflix Lama-lama?

Ini bukan dari sudut agama, tapi dari sudut kecil kesihatan.

.



Kadang-kadang kita nampak situasi yang nampak ‘simple’, isteri duduk rumah, buka Netflix, rehat, layan drama. 

Dari luar, nampak macam harmless. 

Malah, ada yang rasa itu bentuk “me time” yang patut diraikan. 

Dan memang betul, rehat itu penting. 

Tapi kalau perkara ini jadi rutin harian tanpa kawalan, dari sudut kesihatan sebenarnya ada beberapa kesan yang kita kena ambil serius.

.

1) METABOLISME MENURUN DAN PERLAHAN

Bila seseorang banyak habiskan masa dalam keadaan duduk atau baring, badan kita sebenarnya banyak berada dalam keadaan ‘low activity mode’. 

Metabolisme kita jadi perlahan, penggunaan tenaga menurun, dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada PENINGKATAN BERAT BADAN. 

Ini bukan sekadar soal fizikal atau rupa, tetapi berkait rapat dengan RISIKO PENYAKIT seperti kencing manis, darah tinggi, dan kolesterol tinggi. 

Kita selalu bayangkan penyakit-penyakit ini datang bila umur dah meningkat, tapi hakikatnya sedentary lifestyle bermula lebih awal daripada itu.

.

2) SLEEP CYCLE TERGANGGU DAN HURU HARA

Dalam masa yang sama, tabiat menonton secara berpanjangan, terutama waktu malam, boleh ganggu kitaran tidur. 

Skrin telefon atau TV mengeluarkan cahaya biru yang mengurangkan hormon melatonin, iaitu hormon yang membantu kita tidur. 

Jadi, walaupun badan penat, otak masih aktif. 

Akhirnya tidur lewat, bangun pagi rasa lesu, dan mood pun boleh jadi tak stabil. 

Yang ni ramai suami mungkin pernah perasan, bukan sebab apa, kadang-kadang emosi pun terkesan tanpa kita sedar puncanya.

.

3) MENTAL HEALTH (MOOD FLIP FLOP TURUN NAIK, KERAP OVERTHINKING)

Dari sudut mental pula, menonton terlalu banyak kandungan emosi, terutama drama berat, boleh beri kesan psikologi. 

Otak kita sebenarnya memproses emosi dalam cerita seolah-olah ia real. 

Bila terlalu kerap terdedah kepada konflik, kesedihan, atau tekanan dalam cerita, ia boleh menyumbang kepada rasa cemas, overthinking, atau emosi yang turun naik. 

Tambahan pula kalau menonton seorang diri tanpa interaksi sosial yang seimbang.

.

4) MINDLESS EATING, MAKAN TAPI TAK SEDAR KITA MAKAN

Satu lagi perkara yang jarang kita bincang ialah ‘mindless eating’. 

Bila fokus kita pada skrin, kita cenderung makan tanpa sedar kuantiti sebenar. Snek ringan jadi berat, minuman manis jadi kebiasaan. 

Lama-kelamaan, ini menyumbang kepada lebihan kalori tanpa kita sedar langsung. 

Tiba-tiba berat naik, tapi rasa macam, ‘ehhh aku makan biasa je’.

Namun begitu, ini bukan bermaksud menonton Netflix itu salah. 

Hiburan itu perlu juga sesekali. 

Rehat itu penting. 

Cuma dalam apa juga perkara, keseimbangan itu kunci. 

.

5) KURANG INTERAKSI SOSIAL DAN PERGERAKAN FIZIKAL

Manusia ini secara fitrahnya perlu BERCAKAP-CAKAP dengan orang lain dan perlu BERGERAK. 

Apabila mula menongkah norma ini, segalanya akan mula jadi nadir.

Sedikit pergerakan fizikal, sedikit aktiviti luar rumah, sedikit masa tanpa skrin, semua ini membantu badan dan minda kekal sihat.

Akhirnya, isu ini bukan tentang “bini tengok Netflix sangat”, tapi tentang gaya hidup secara keseluruhan. 

SUAMI pun sama juga, bukan bini sahaja yang perlu diambil kisah tentang soal ini. Tak perlu halakan kepada satu pihak. Ini soal kesihatan bersama.

Kalau kita boleh ubah sedikit, mungkin tambah 20–30 minit berjalan, buat a

ktiviti bersama, atau sekadar keluar ambil udara segar, kesannya besar dalam jangka panjang.

Netflix tu tak salah. 

Yang bahayanya bila episod habis, tapi sambung lagi ‘last episode’ sampai subuh. 🤣🤣🤣

Ketagihan perembesan hormon dopamine tanpa kita sedar.

.

______

Dr Muhd Iqbal Samsudin

Klinik Riz Arau

0943, 090426

1/18/18

Nasihat Buat Ibu-ibu Mengandung





Ini nasihat-nasihat untuk ibu mengandung, sebab doktor O&G yang mengajar kami beritahu inilah yang ibu-ibu selalu tanya kepada mereka.


___

1. Pemakanan

- Elakkan makan makanan-makanan dalam tin.

- Perbanyak minum susu.

- Ambil supplemen Fe (iron) dan Folic Acid (ini sangat penting)

Iron = ambil masa mengandung

Folic acid = perlu diambil semasa merancang untuk mengandung, maksudnya sebelum mengandung dah ambik dah. Teruskan makan semasa mengandung, hinggalah tiga bulan selepas melahirkan anak.

- multivitamin boleh ambik tak? Tak ambik pun tak apa. Elok tumpu makan iron dan folic acid saja.

- minuman berkafein boleh minum? Hadkan sekadar 1-2 gelas sahaja sehari.


_____

2. Tidur

- Tidur secukupnya

- Seeloknya tidur 2 jam tengah hari dan 7 jam waktu malam.

- Semasa tidur nak baring belah mana doktor? Belah KIRI badan. Sebab nak bagi kitaran darah untuk bayi dalam kandungan lebih baik.


_____

3. Travel

- Boleh travel tak kami ni doktor? Boleh, tapi pastikan bagi selesa betul-betul.

- Kalau naik flight, atau apa-apa kenderaan yang buat kita duduk lama, si ibu kena selalu berjalan. Sekurangnya setiap 1 jam kena bangkit berjalan sekejap, supaya darah dapat mengalir dengan baik.


____


4. Mandi

- Pastikan bilik ayaq tak licin. Letak la carpet ka apa ka bagi elak licin. Takut jatuh satni kalau licin.

- Kami buleh buat sauna dak doktor? Buleh. Buatlah sauna tu sambil melihat flora dan fauna. Eh.

_____

5. Vaksin

- Kami buleh ambik vaksin tak doktor, kami nak kena pi umrah ni?

Boleh ambil semua vaksin, kecuali tiga jenis ni.

(1) MMR
(2) Varicella
(3) Oral Polio

Kalau nak pi umrah, kena vaksin meningococcal dan haemophilus influenza type B(HiB). Jadi tak apa, boleh ambil.

_____

6. Pakaian

- Pakaian jangan pakai yang ketat-ketat sangat

- Jangan pakai high heel.


_____

7. Seks

- Seeloknya elak berjimak ketika sedang mengandung, tambah-tambah jikalau kandungan itu kurang stabil atau si ibu ada sejarah yang kurang baik dengan kandungan sebelum ini.

Bincang elok-elok ya suami isteri. Ini berkaitan masa depan anak anda.

.

Wallahua'lam.


____

Muhd Iqbal Samsudin
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
1225, 180118

10/2/11

Yogurt Bantu Kurangkan Stress



 Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


BERDASARKAN laporan ilmiah yang diterbitkan oleh Proceeding of the National Academy of Sciences, minuman susu fermentasi atau yogurt dikatakan mampu mengubati depresi.

Menurut sekumpulan pengkaji Ireland, probiotik, atau bakteria baik yang terkandung di dalam yogurt memiliki potensi untuk mengubah kimia otak dan mengurangkan kecemasan dan gangguan yang berkait rapat dengan tekanan.

Rumusan itu hasil daripada uji kaji ke atas seekor tikus yang diberikan probiotik Lactobacillus rhamnosus. Kumpulan pengkaji tersebut mendapati, tikus yang diberi probiotik kurang memiliki tanda-tanda mengalami stres, cemas dan murung. Tikus itu juga mempunyai hormon stres kortikosteron yang jauh lebih rendah.

“Ini membuktikan bahawa probiotik dapat mempengaruhi kimia otak. Ia juga menunjukkan bakteria berperanan penting dalam komunikasi di antara usus dan otak,” ujar Profesor John Cryan dari Kolej Universiti Cork, Ireland.

Yogurt Mesir tak sempat nak capture, tengok je la gambar pakcik google ni :D


Namun begitu, dia menegaskan bahawa orang yang mengalami kemurungan tidak boleh mengambil jalan mudah dengan membeli semua jenis yogurt di pasaran.

EKSTRA: Amalan meminum air daun mangga yang telah direndam semalaman di dalam secawan air sangat membantu meringankan gejala diabetes.

Sumber : Kosmo

Muhammad Iqbal :

1) Kat sini banyak jugak jual yogurt. Ada yang memang tak sesuai dengan mulut orang Melayu, ada yang sedap! Harga pun taklah mahal sangat.

2) Boleh la makan yogurt lepas ni kalau nak unwind tension. Insya-Allah, ini jugak satu ikhtiar.

Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Madinah Nasr, Cairo, Egypt.


7/19/11

Tips Sempena Musim Buah-buahan


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 




Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Kini, sememangnya semua sedia maklum bahawa kini musim buah-buahan ( di Malaysia saja ye, tempat lain tak tau ). Hihi. Hingga kini, rasanya, buah-buahan masih lagi bertambun-tambun di dapur. Ye la, mana taknya, pokok-pokok buah dekat belakang rumah saja pun dah tak larat nak jamah. Itu belum campurkan dengan buah-buah kat dusun lagi. Huh, orang utara kata, jenoh!

Durian. Ya, kali ni, aku ada sedikit tips untuk dikongsi bersama pembaca berkenaan durian ni. Mungkin ada yang sukakan durian, dan tak kurang juga pasti ada yang tak menyukainya walaupun dia seorang warganegara Malaysia. Tips atau bahasa kurang rasminya petua ini aku dapatkan daripada tok ( nenek ) aku sendiri. Kira petua orang lama la ni.



Apabila disebut durian sahaja, pasti kita terbayangkan isinya yang kuning menawan, baunya yang menusuk tak terlawan, durinya penuh ketajaman. Ya, itulah gambarannya. Tapi pasti juga kita terbayangkan kesan atau effects kalau kita makan durian. Antara perkara lazim yang selalu difikirkan ialah :

  • Mulut akan jadi busuk

  • Badan akan jadi panas

  • Tak boleh makan ubat

 Mulut  busuk!

Ini merupakan masalah besar bagi seseorang yang selalu solat berjemaah. Bau mulut orang yang makan durian memang tak dapat dinafikan lagi akan membawa satu kesan yang tak baik buat jemaah yang lain. Bau mulutnya boleh menyebabkan orang tidak khusyuk solat !

Solusi : Apabila selesai makan durian, anda dinasihatkan supaya memakan beberapa biji buah manggis untuk menghilangkan baunya. Insya-Allah, bau mulut anda jika tak hilang sepenuhnya pun, akan berkurang sedikit baunya.




Badan panas!

Ini yang menggelisahkan buat si pemakan durian terutama jika makan pada waktu malam hari kerana tidur mereka akan terganggu dek kepanasan badan mereka.

Solusi : Mudah sahaja. Selepas selesai makan, anda hanya perlu masukkan air masak ( sky juice ) ke dalam tempat isi durian itu diambil yakni rongga tempat isi durian tu dan terus minum air tu. Faham? Cuba tengok gambar di bawah. Insya-Allah, ia dapat mengurangkan kepanasan badan anda selepas itu.

isi air baik-baik


Lepas isi, minum je terus air dalam tu..




Makan ubat!

Ini tak dapat den nak menolongnye. Kena la tunggu 4 jam selepas makan durian. Tapi kalau makan ubat homeopati tak kisah, ok je, bedal je nak bedal banyak mana, hihi.



 Muhammad Iqbal :

1) Banyak buah kat rumah aku ni. Sapa nak, silalah datang rumah aku ni.. (^_^)

2) Petua orang tua memang agak berguna kerana mereka sememangnya berpengalaman lebih daripada kita.

3) Usha jugak entri lepas : RESEPI : Maggi Kuah Laksa ( My Favourite )


Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah

5/22/11

Jom Kira BMI Kita...


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Tahukah anda bahawa 3.4 juta rakyat Malaysia mengidap diebetes bagi tahun 2010. Masya-Allah, itu satu perkara yang amat membimbangkan. Al maklumlah, Malaysia kan terkenal dengan 'syurga makanan'. Ramai hidup untuk makan daripada makan untuk hidup. Lalu muncul para bijaksana mencipta pelbagai ramuan ubatan untuk mengaut keuntungan melalui situasi rakyat Malaysia ini. Bukan hanya jualan langsung sahaja, bahkan ramai juga yang dah menjadi jutawan. Hebat kan.

Obesiti. Ya, kebanyakan antara kita yang menghidapi diebetes adalah setelah mereka menghidapi obesiti. Dan malangnya, ramai juga yang tidak menyedari bahawa mereka menghidap obesiti ni. Dengan itu, aku dengan suka hati pada kali ni, nak berkongsi dengan anda semua mengenai cara nak kira BMI kita. 


BMI?


BMI ialah Body Mass Index atau Indeks Berat Badan. BMI  merupakan suatu pengukuran yang menunjukkan hubungan antara berat badan dan tinggi badan. BMI merupakan suatu rumus matematika dimana berat badan seseorang (dalam kg) dibagi dengan tinggi badan (dalam cm). BMI lebih berhubungan dengan lemak tubuh dibandingkan dengan indikator lainnya untuk tinggi badan dan berat badan.


Jadi, sekarang, jom kita cuba kira BMI kita masing-masing ye~



Formula untuk mengira BMI
Opss, nak buat apa tu? Ambil kalkulator ke? Haha, tak perlu. Sekarang dah mudah, alhamdulillah. Anda boleh mengira secara online sahaja BMI anda. Anda boleh mengira di laman ini. Jom!





Dah dapat keputusan?? Ok, sekaranng lihat kat bawah ni, dan anda kategorikan sendiri diri anda.


18.5 ke bawah = Kurang Berat Badan 

18.5 - 24.9 = Normal 

25 - 29.9 = Berlebihan Berat Badan 

30 dan ke atas = Obesiti atau kegemukan



Muhammad Iqbal :

1) Kurangkan manis dalam hidangan makanan, tambahkan kemanisan dalam iman dan amalan.

2) Jika anda dikategorikan sebagai penghidap obesiti. Mulai sekarang anda harus lakukan sesuatu. Jangan biarkan sahaja, kelak dikhuatiri penyakit lain pula yang bakal menimpa. :)


3) Anda boleh lihat entri ni juga untuk menjaga kesihatan :  Jom, 8 Gelas Sehari !!





Wallahua'lam


Muhamad Iqbal
Baling, Kedah.