12/28/11
12/23/11
Air Mata Gembira
Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Dua minggu tak call mama ayah di Malaysia. Itu satu tempoh cukup memedihkan ulu hati ini. Jeritan hati ini tak berdaya melawan gelombang rindu di dada.
Bukan sengaja tidak menelefon mereka. Laptop yang baharu sahaja diformat, masih dalam kondisi 'separa sedar'. Telah mencuba berkali-kali. Namun, gagal juga yang dijumpai. Allah..
22/12/11. Itu tarikh keramat buat adikku. Mungkin. Biasalah, result PMR mahu keluar menemui tuannya. Buat kakakku pula, itu tarikh yang menyebabkan dia sudah dekat dengan titik pengakhiran hidupnya. Mati. Semua orang juga semakin mendekatinya.
Mengimbas gambar-gambar di laman fb, ku temui satu gambar yang aku sendiri tidak pernah rakamkan saat itu. Gambar daripada kakakku sendiri. Saya sedih sendiri. Berjujuran air jatuh dari mata tanpa diseka. Dibiarkan membasahi baju. Ku mahu rasai kembali kehangatan ibuku memelukku dengan tangisan kegembiraan. Ya Allah, itulah antara detik berharga buat diriku. Saat mahal itu tak pernah saya lupakan. Tidak, tidak, tidak terpadam dek ingatan ini. Itu satu memori indah.
Kini, giliran adikku pula merasai saat itu. Hayatilah saat itu duhai adikku. Kerana kamu bakal merindui saat-saat itu. Sungguh, sangat rindu!
Ku rindui wajah mereka (^_^) |
Tetap dengan wajah innocent dia |
Katanya si Danish ni dah pandai berlakon dah. Hmm.. |
Melihat mama ayah gembira dengan kejayaan adik saya dengan result straight A's yang dia dapat tadi. Berderai air mata perantauan ini, jatuh membasahi baju. Saya rasa bahagia tatkala melihat mama ayah gembira apatah lagi mengalirkan air mata kegembiraan. Ayuh, mari sama-sama kita bahagiakan hidup ibu bapa kita!
#Tahniah adikku. Abangmu bangga denganmu!
Wallahua'lam.
Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.
12/20/11
12/19/11
Video : Cinta & Jodoh
Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Keluar dari kuliah. Letih, walaupun hari itu hanya 5 jam sahaja lectures dan practical. Physiological fatigue. Itulah yang sebenarnya. Itu tidak dikira kelas direct daripada pukul 8 pagi hingga 5 malam ( winter, pukul 5 dah malam ). Itu sangatlah meletihkan.
Terus melintasi jalan yang sangat dan sentiasa sesak di hadapan universiti. Hendak melintas di Mesir ni kena la ada skill dia. Bukan main redah ja. Kalau tidak, banyak perkara buruk boleh jadi.
Sampai sahaja di seberang jalan, terus mengangkat tangan seakan membuat simbol peace. Ya, itulah simbol untuk ke kawasan Hayyu Sabi' ( Persiaran/ Seksyen 7 ).
Ada sahaja Tremco, terus celapak naik. Si abang wusto tidak akan berhenti jika sesak. Para maskulin haruslah menggunakan skill lompat katak, seperti mana permainan lompat katak di sekolah rendah dahulu, huhu. Merapu merapan.
Tatkala mengelap peluh kering di dahi, si Ahmad ( bukan nama sebenar ) ditanya satu soalan cepu emas, mengalahkan soalan bernilai RM 1000000,00 dalam program 'Who wants to be a millionaire'.
" Hey Mad, kau pernah minat kat mana-mana perempuan tak? " Tanya si Faizal ( bukan nama sebenar ) dengan penuh rasa ingin tahu.
Telan air liur sedalam-dalamnya. Rasa seakan berpasir saja.
" Hmm, kenapa pulak hang tanya benda ni pulak ni, tak dak soalan lain ka?"
" Tak la, aku tengok kau macam tak dak perasaan je kat perempuan ni. Cool je. Tak kalut sembang sangat pasal akhawat atau awek mana-mana pun." Jawab si Faizal dengan jujur.
" Faizal, hang kena tau, memang fasa remaja ni macam tu. Minat kat mana-mana akhawat atau awek tu satu benda yang normal kot. It's normal ok. Itulah fitrah seorang remaja lelaki. Depa ( akhawat / perempuan ) pun sama. Cuma, bezanya pada diri kita. Sama ada ingin mengawal perasaan itu berlandaskan ilmu dan wahyu, atau mahu ikutkan nafsu hingga terkulai layu. Itu ja. Kita perlu kuat bro. Perlu ingat bro, kekuatan kita bukan terletak kepada kemesraan kita bermahabbah jahiliyyah bersama awek kita. Tapi, bersama Allah dan tak lupa jugak ibu bapa kita nun di tanah air nu. " Ahmad cuba putar belit soalan sambil membawa bibit-bibit nasihat.
"Nasib baik tak tanya dengan lebih dalam. Kalau tidak jenuh mengelak la aku, hihi." Dengus hati Ahmad.
Tak lama selepas itu, Tremco terus meluncur laju merentas kesesakan. Menyelit dan terus menyelit. Mereka sangat pakar menyelit. Hebat!
Dan, akhirnya sampai di Pekan Hayyu Sabi'. Terus melangkah ke rumah dengan penuh sabar. Lebih kurang 800meter. Alhamdulillah.
Nota :
Tremco = Microbus : Sejenis pengangkutan awam popular di Mesir. Ianya seakan van kilang yang mempunyai ruang yang luas.
Wusto : Driver atau dalam maksudnya yang tepat ialah 'pekerja yang cekap'.
# Agak merapu sedikit. Mahu hilangkan sedikit tekanan. Hehe :)
Tak lama selepas itu, Tremco terus meluncur laju merentas kesesakan. Menyelit dan terus menyelit. Mereka sangat pakar menyelit. Hebat!
Dan, akhirnya sampai di Pekan Hayyu Sabi'. Terus melangkah ke rumah dengan penuh sabar. Lebih kurang 800meter. Alhamdulillah.
Nota :
Tremco = Microbus : Sejenis pengangkutan awam popular di Mesir. Ianya seakan van kilang yang mempunyai ruang yang luas.
Wusto : Driver atau dalam maksudnya yang tepat ialah 'pekerja yang cekap'.
# Agak merapu sedikit. Mahu hilangkan sedikit tekanan. Hehe :)
Subhanallah wabihamdihi, Subhanallahil A'zim (^_^)
Wallahua'lam
Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi' ( H7 ), Madinah Nasr, Cairo, Egypt.
12/18/11
Madrasah Kehidupan
Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Tatkala orang lain down,
Kitalah yang tampil memberi semangat, menghibur dan memotivasikan,
Namun, pabila tibanya masa roda kita pula yang berada di bawah, down!
Siapakah yang datang tampil memotivasikan kita kembali?
Allah itu Maha Adil.
Dia tidak datangkan orang,
Tapi Dia datangkan motivasi buat hamba yang membantu agama-Nya, melalui 'Madrasah Kehidupan',
Ya, hanya dengan jalan hidup,
Jalan hidup yang mampu memotivasikan,
Lalu yang down terus menjadi up!
Allah...
Indahnya motivasi-Mu..
Indah nian 'Madrasah Kehidupan' ini!
Subhanallah!
12/17/11
12/5/11
Video : Berhati-hati Menjaga Hati
Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,
"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,
dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,
dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.
Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.
Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan,
dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.
Ketahuilah ia adalah hati."
(Hadis riwayat lmam al-Bukhari dan Muslim.)
Hati. Hati-hati. Menjaga hati sememangnya bukan satu perkara yang mudah. Kena selalu berhati-hati menjaganya. Agar tidak selalu berlumpur dengan dosa-dosa maksiat.
Namun, hati yang bersih ternyata membersihkan segala amalan yang lain. Melakukan ibadah dalam keadaan hati yang bersih juga berbeza zuk atau rasanya. Rasa tenang, bersih. Ah, memang sukar diterangkan. Cubalah sendiri~
Selamat menonton video di atas. Moga dapat mengenal pasti jenis hati anda.
Berhati-hati menjaga hati.
Buat saya terutamanya, dan buat semua (^_^)
Melihat baby memang menenangkan. Hati mereka bersih :) |
Wallahua'lam
Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.
12/2/11
Siri 6 : Tersedar!
Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Bilik Muhammad kian sunyi. Jika tadi dia ditemani rakan sebiliknya untuk sama-sama membaca buku, kini makin sunyi. Sahabat sebiliknya, Faiz sudah kaku keletihan di atas katil. Katanya, mahu qailulah sebentar sebelum masuk waktu zohor.
Muhammad masih menyelak buku. Buku nota kecil di sebelah akan dicapai jika dia terjumpa istilah-istilah yang kurang difahami. Dia namakan buku nota kecil itu sebagai, Google Notes. Segala kemusykilan akan dicatat dalam buku kecil itu dan seterusnya meminta belas si Google Search Engine untuk mencari.
Letih. Minda makin layu. Mengambil laptop dalam locker dan switch on di atas katil. Sebelum mahu menyertai qailulah bersama Faiz, dia mahu menggoogle dahulu istilah-istilah sukar yang tercatat dalam buku nota kecil itu. Tidak mahu menangguhkan kerja kerja yang sedia banyak. Bertangguh itukan ibarat mencuri masa.
Prion Disease
Eczema and Dermatitis
Lung surfactant
acetone
extra occular muscle
cystic fibrosis
allosteric ligands
limbic cortex
ischemia
Alhamdulillah. Huh, lega. Selesai juga akhirnya. Terus menarik nafas lega....
Nampaknya dah boleh join Faiz dah ni. Kepuasan jelas terpampang pada riak wajah Muhammad. Lantas menolak laptop Asus nya ke tepi dan terus menarik saratoga. Sangat selesa berada dalam pelukan saratoga. Hanya tinggal lebih kurang satu jam lagi untuk azan zohor berkumandang. Membaca doa tidur, istighfar tiga kali dan terus lelapkan mata. Ah, seronoknya..
Di bawa ke alam lain
Berdirinya Muhammad. Di satu padang yang serba luas. Menoleh kiri dan kanan.
"Mana yang lain?"
" Kawan-kawan, sahabat handai."
" Mama, ayah, kak long, adik-adik"
" Ramainya...."
" Kenapa huru hara sangat ni?"
" Ya Allah, apakah ini? "
" Takutnya aku."
" Mana bulan? "
" Mana matahari?"
" Tak nampak pun."
" Ya Allah, apakah ini?"
" Mengapa bumi ini bergegar kuat sangat!"
" Allah..."
" Perlukah aku turut berlari?"
" Tapi mahu ke mana?"
" Ahh, apakah ini..."
Jantung berdebar kuat bagai hendak turut keluar berlari. Symphathetic System terus mencanak ke tahap maksima. Otak tidak berfikir lain. Perasaan takut melebihi segalanya. Lebih takut daripada ketakutan menonton filem hantu pawagam. Hanya fikirkan Allah. Hanya Allah. Hanya Allah.
"Cukupkah amalanku? "
"Redhakah Allah dengan hidupku? "
"Mampukah aku mendapat rahmat Allah?"
"Sedangkan aku belum mengikut arahan Allah sepenuhnya. "
"Mampukah aku mendapat syafaat Rasulullah S.A.W?"
"Sedangkan aku masih banyak belum melakukan sunnah-sunnahnya."
"Allah, Allah, Allah.."
"Aku dambakan rahmat-Mu.."
"Aku dambakan redha-Mu.."
"Ya Rasulullah, aku dambakan syafaatmu.."
Muhammad mengenang kembali ayat-ayat Allah. Alangkah benarnya semua ini!
Surah al-Qiamah
Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?" (Al-Qiaamah 75:6)
Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut), (Al-Qiaamah 75:7)
Dan bulan hilang cahayanya, (Al-Qiaamah 75:8)
Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama, (Al-Qiaamah 75:9)
(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?" (Al-Qiaamah 75:10)
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! (Al-Qiaamah 75:11)
Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. (Al-Qiaamah 75:12)
Pada hari itu, manusia diberitahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan. (Al-Qiaamah 75:13)
Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, (Al-Qiaamah 75:14)
Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri). (Al-Qiaamah 75:15)
al-Zalzalah
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, (Az-Zalzalah 99:1)
Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, (Az-Zalzalah 99:2)
Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?" (Az-Zalzalah 99:3)
Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: (Az-Zalzalah 99:4)
Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). (Az-Zalzalah 99:5)
Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. (Az-Zalzalah 99:6)
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (Az-Zalzalah 99:7)
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
al-Qari'ah
Hari yang menggemparkan, (Al-Qaari'ah 101:1)
Apa dia hari yang menggemparkan itu? (Al-Qaari'ah 101:2)
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? - (Al-Qaari'ah 101:3)
(Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran, (Al-Qaari'ah 101:4)
Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan. (Al-Qaari'ah 101:5)
Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, - (Al-Qaari'ah 101:6)
Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. (Al-Qaari'ah 101:7)
Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, - (Al-Qaari'ah 101:8)
Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah" (Al-Qaari'ah 101:9)
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu? (Al-Qaari'ah 101:10)
(Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar. (Al-Qaari'ah 101:11)
Tersedar!
"Allah, Allah, Allah... " Sambil mengurut dada.
"Adakah bumi ini masih normal? Mimpikah aku? Atau ianya benar-benar berlaku?"
Muhammad bangun sepantas kilat. Terus menghala ke tingkap. Cuaca sangat suram. Suam. Langit mendung kegelapan.
"Mesirkah ini?"
Dia masih berada dalam ketakutan. Masih dalam alam terkesima. Kelihatan sugul. Terkejut. Tak pernah dia bermimpi seextreme itu.
Terkenang dosa-dosa lalu.
Terkenang amalan-amalan lalu.
" Masih sempatkah aku??"
Nota :
Qailulah = Satu sunnah Rasulullah S.A.W. Iaitu tidur sebentar sebelum atau selepas waktu zohor.
Saratoga = Sejenis selimut tebal yang digunakan pada musim sejuk.
Wallahua'lam
Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.
Subscribe to:
Posts (Atom)