Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Dua minggu tak call mama ayah di Malaysia. Itu satu tempoh cukup memedihkan ulu hati ini. Jeritan hati ini tak berdaya melawan gelombang rindu di dada.
Bukan sengaja tidak menelefon mereka. Laptop yang baharu sahaja diformat, masih dalam kondisi 'separa sedar'. Telah mencuba berkali-kali. Namun, gagal juga yang dijumpai. Allah..
22/12/11. Itu tarikh keramat buat adikku. Mungkin. Biasalah, result PMR mahu keluar menemui tuannya. Buat kakakku pula, itu tarikh yang menyebabkan dia sudah dekat dengan titik pengakhiran hidupnya. Mati. Semua orang juga semakin mendekatinya.
Mengimbas gambar-gambar di laman fb, ku temui satu gambar yang aku sendiri tidak pernah rakamkan saat itu. Gambar daripada kakakku sendiri. Saya sedih sendiri. Berjujuran air jatuh dari mata tanpa diseka. Dibiarkan membasahi baju. Ku mahu rasai kembali kehangatan ibuku memelukku dengan tangisan kegembiraan. Ya Allah, itulah antara detik berharga buat diriku. Saat mahal itu tak pernah saya lupakan. Tidak, tidak, tidak terpadam dek ingatan ini. Itu satu memori indah.
Kini, giliran adikku pula merasai saat itu. Hayatilah saat itu duhai adikku. Kerana kamu bakal merindui saat-saat itu. Sungguh, sangat rindu!
![]() |
Ku rindui wajah mereka (^_^) |
![]() |
Tetap dengan wajah innocent dia |
![]() |
Katanya si Danish ni dah pandai berlakon dah. Hmm.. |
Wallahua'lam.
Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (surah Al-Baqarah ayat 216)
ReplyDelete@Syed :
ReplyDeletesyukran syed :)
Tahniah buat adik kamu. ;)
ReplyDeleteterima kasih daripada pihaknya :)
ReplyDelete