4/8/11

Ceritera Motosikal


Assalamualaikum W.B.T


Alhamdulillah, semalam usai sudah latihan memandu kereta dan menunggang motosikal. Sangat memenatkan *__* !! Tapi berbaloi. Tembak sekali dapat dua mangsa, tak faham ke, 2 in 1 la. Ye la, Sekali pergi, belajar terus kereta dan motosikal. Tempat aku belajar ialah di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Mungkin ada orang akan tertanya-tanya pulak, duk dekat Baling, " awat pi sampai Penang nu, kat Baling tak boleh buat ke bro ?? ". Haha, jangan ingat Baling ni ulu ( pedalaman ) sangat tau, Baling pun ada tapak untuk belajar memandu la. Nak buat macam mana, dah aku pergi melalui agen di bawah institut memandu kat Bukit Mertajam tu. Ikut je la.

Nasihat berguna buat rakyat Malaysia



Bermotosikal

Sebenarnya aku bermotosikal atau pandai menunggang motosikal bermula dari darjah 3 atau pada umur 9 tahun. Sewaktu itu, ayah baru membeli dua buah motosikal mini atau orang kampung panggil 'moto kecik' di Thailand. Satu berwarna coklat dan satu lagi berwarna merah. Yang merah tu laju tu laju sikit, tapi yang warna coklat tu tak lah laju sangat. Ayah hanya memuatkan motosikal itu ke dalam kereta 'antiknya' selepas beli di Thailand. Yang merah berharga RM700 manakala yang warna coklat tu RM600. Haa, murah kan? Motor tu bukan baru atau first hand, tapi masih diketegorikan sebagai barang antik jugak la. Motor tu keluaran 1970-an. Sama tahun dengan Honda 70 jugak la. Ia juga keluaran Honda model Chaly, Honda Chaly.

haaa, cun tak??

coklat : ni la yang aku selalu naik dulu



Jimat minyak

Minyak motor ini memang jimat sangat. Tak sampai dua liter dah full tank dah. Lagipun ia tak lah kedarah atau menggunakan minyak dengan banyak. Sampai sekarang ayah amat gemar menggunakan motor tu, ye la kan, jimat minyak!! Minyak sekarang kan mahal, memang sentiasa dahulukan rakyat betul la kerajaan ni, bangga sangat dapat kerajaan macam ni!!


Takut Polis

Haa, ni satu hal pulak. Kalau jumpa polis, memang ketaq gila punya la. Mana taknya, motor ni dah la motor seludup. Permit road tax apa pun tak dak. Naya ja kalau kena tahan. Tapi setakat aku bawak motor tu kat area kampung-kampung kat sini, dah lebih dari dua kali dah kantoi dengan polis. Ayah selalu pesan, kalau terserempak jugak dengan polis yang 'amat berintegriti' tu, buat tak tau ja, jangan pusing belakang, takut jadi kemalangan pulak. Bila terserempak aku pun buat tak bersalah je la, mulut ni terkumat kamit membaca ayat-ayat tertentu yang dah dipelajari. Nasib baik polis tu tak tahan, mereka buat slumber je. Fuhh, memang lega..


Sekarang

Setelah aku masuk ke sekolah berasrama, motor-motor kat rumah aku ni banyak yang tak digunakan. Bayangkan la, 8 buah motor, tak kan ayah aku nak naik sebanyak tu tiap-tiap hari, kalau nak guna jugak mungkin kena buat jadual. Akibatnya, sekarang kebanyakannya telah tersadai.

Ada orang kata, " mak oii, banyak gila motor hang..", Sebenarnya, ayah aku ialah seorang peminat barang antik. Jadi kalau ada motor-motor yang antik, dia beli je kalau ada duit. Tapi sekarang dah berhenti beli dah, tumpu duit untuk buat rumah baharu. Nanti insya-Allah aku akan buat entri pasal barang antik ayah aku, nantikan!!

Tak rugi ke biar tersadai kat rumah tu. Ayah aku pernah cakap kat aku, kalau nak cari hobi, biarlah hobi yang mendatangkan hasil lumayan, kalau boleh lumayan dunia akhirat. Barang antik tu, kalau di taruh lama-lama, maka akan bertambahlah keantikannya. Bila dah bertambah keantikannya, maka harganya pun akan melonjak naik mendadak. Betul tak??


Haa, hobi blogging ni lumayan jugak beb. Insya-Allah, dunia akhirat ( jika buat ikut jalan yang betul la ). Ingatlah, setiap apa kebaikan walau sebesar zarah sekalipun akan dinilai oleh Allah, dan tak terlepas juga, kejahatan yang kita buat walau sebesar zarah pun kelak akan dihitung oleh Allah.


Ok, setakat itu sahaja kali ni, jumpa lagi~


Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.

6 comments:

  1. Teruskan berblogging.. saya suka blog ni..

    ReplyDelete
  2. Dr Mohd Hafiz bin Dato' Osman : Insya-Allah doktor, selagi diberi kudrat oleh Allah untuk berjuang buat ummah, saya akan terus tegap di disini..

    ReplyDelete
  3. Bukit Minyak tu asalnya banyak munyak ke? :-)

    ReplyDelete
  4. blog-tips-kurus : entah la, saya pun pernah tertanya-tanya jugak soalan tu, tapi saya tak tahu la..saya bukan orang situ..

    ReplyDelete
  5. biar btol ada smpi 8 buah...
    gila bnyak...

    ReplyDelete
  6. _faris 'azim_ : haa, tu la, sebenarnya aku pun konfius antara 8 atau 9, barang antik ja pun, siap rmh baru mungkin dah boleh bwk masuk galeri..Jemput la dtg rmh aku bila rmh aku dah siap nanti.. :)

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter