7/31/11

Fadhilat Sahih Solat Tarawih


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang






Subhanallah al-A'zim. Subhanallah wa bihamdih. :)

Ramadan Kareem. Allahu Akram!

Alhamdulillah. Infiniti syukur dihadratkan kepada Ilahi. Akhirnya sudah terlalu hampir kita dengan Ramadan al-Kareem. Itu adalah nikmat yang perlu kita syukuri! Tidak semua orang ada peluang mendapat nikmat sebegini.

Air yang paling jernih sekalipun tetap akan kotor apabila diisi di dalam bekas yang bernajis. Hati umpama bekas dan Ramadhan ialah airnya jika tidak disucikan hati maka Ramadhan akan tercemar oleh kotoran nifaq, maksiat dan dosa. Isikanlah Ramadhan dalam bekas yang bersih barulah terasa nikmat ketika meneguknya dan hilang segala dahaga pada dunia !
Hayati kata-kata diatas. Insya-Allah ada manfaatnya.

Jika dua tahun yang lepas, aku telah menghasilkan satu entri berkenaan solat tarawih ( klik SINI ). Kali ini sekali lagi aku akan sajikan satu lagi entri berkaitan solat terawih ini. Jika dahulunya penuh kepalsuan, insya-Allah kali ini penuh dengan kesahihan . Jom kita lihat. Rasss~


*   *   *   *   *   *

Suatu masa dahulu hadith tentang kelebihan solat tarawih yang diriwayatkan dari Sayyidina A’li R.A cukup popular. Barangkali kerana tersebarnya kitab Durrah al-Nasihin dan terjemahan Melayunya yang memuatkan hadith tersebut di dalamnya.

Antara teksnya; daripada Sayyidina Ali RA beliau telah menanyakan kepada Rasulullah SAW tentang fadhilat Solat Tarawih pada bulan Ramadhan. Jawab Rasulullah SAW tentang fadhilat tarawih sebagai berikut, mulai dari malam pertama sampai malam 30 Ramadhan:

1. Malam Pertama: Diberi balasan seperti bayi baru dilahirkan.

2. Malam Kedua: Diampuni Allah dosanya dan bagi ibu-bapanya jika keduanya mukmin.

3. Malam Ketiga: Diseru oleh malaikat di bawah Arasy dan dengan solat tersebut diampuni Allah dosanya yang telah lalu.

4. Malam Keempat: Dibalas Allah seperti membaca kitab Taurat, Injil, Zabur, dan Quran.

5. Malam Kelima: Kemudian dikurniai Allah seolah-olah sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah, dan Masjidil Aqsa.

6. Malam Keenam: Dikurnia Allah seolah-olah dia tawaf di Baitul Makmur dan dipintakan ampun oleh segala batu dan pasir.

7. Malam Ketujuh: Dikurniai Allah seolah-olah ia berjumpa dengan Nabi Musa AS dan membantu Musa melawan Fir’aun dan Haman...

8. ... demikian seterusnya hingga akhir malam ke-30. ( Klik SINI untuk membaca sehingga malam ke 30 )

Pengarang Durrah al-Nasihin hanya menyebut sumber petikannya daripada kitab Majalis. Bagaimanapun, hadith ini adalah hadith palsu, malah tiada sumber asal yang muktamad bagi hadith ini sebagaimana yang disebutkan oleh pakar-pakar hadith. Antaranya seperti yang disebut oleh Dr. Ahmad Lutfi Fathullah dalam tesisnya (Ph.D.), Takhrij Hadith-hadith Durrah al-Nasihin. Dalam Fatwa Mufti Kerajaan Brunei (1999) juga menyatakan ianya tiada di dalam kitab-kitab Ahlus Sunnah, namun ada diriwayatkan seumpamanya di dalam kitab-kitab Syiah seperti kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi dan Wasa’il al-Syi’ah oleh al-Hurr al-’Amili. Dan rujukan mereka tidak dapat dipegang oleh kita.

Maka bagi menggantikan hadith palsu tersebut saya telah menemukan empat buah hadith yang sabit mengenai kelebihan solat tarawih ini. Iaitu sepertimana berikut;


1. Diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.


عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرغب في قيام رمضان من غير أن يأمرهم بعزيمة ثم يقول : من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه. رواه البخاري ومسلم وأبو داود والترمذي والنسائي.
Terjemahan;

Daripada Abu Hurairah RA katanya: Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya: 
“Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu”. 
(HR al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

2. Kembali sepertimana hari ibunya melahirkannya.


حديث عبد الرحمن بن عوف: من صامه وقامه إيمانا واحتسابا خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه. رواه النسائي في الكبرى (11،295) والصغرى (2199)، وأحمد (1618، 1645) وابن خزيمة (2015) وابن ماجه (1331) والبيهقي في الشعب (3462).

Terjemahan;

Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya”. 
(HR al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)


3. Ditulis dari kalangan para siddiqin dan syuhada’.

عن عمرو بن مرة الجهني رضي الله عنه قال : جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله، أرأيت إن شهدت أن لا إله إلا الله وأنك رسول الله وصليت الصلوات الخمس وأديت الزكاة وصمت رمضان وقمته، فممن أنا ؟ قال : من الصديقين والشهداء. رواه البزار وابن خزيمة وابن حبان في صحيحيهما واللفظ لابن حبان.

Terjemahan;

Daripada ‘Amru bin Murrah al-Juhani RA katanya: Datang seorang lelaki kepada Nabi SAW lalu katanya: Wahai Rasulullah, apakah pendapat tuan sekiranya saya bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya tuan adalah utusan Allah, dan saya bersolat lima waktu, menunaikan zakat serta berpuasa bulan Ramadhan dan berqiam Ramadhan, maka dari golongan siapakah saya ini? Jawab baginda: ”Dari kalangan para siddiqin dan syuhada’”. 
(HR al-Bazzar, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)


4. Ditulis baginya pahala seumpama berqiamullail.

حديث أبي ذر : من قام مع الإمام حتى ينصرف كتب له قيام ليلة. رواه الترمذي وقال : هذا حديث حسن صحيح -791.

Terjemahan;

Hadith Abu Zar RA, sabda Nabi SAW: 
“Barangsiapa berqiam (Ramadhan) bersama-sama imam sehingga ia selesai, akan ditulis baginya (ganjaran) seumpama berqiamullail”.
(HR al-Tirmizi)

Demikianlah fadhilat-fadhilat yang besar bagi orang yang mengerjakan solat tarawih ini. Kelebihan-kelebihan tersebut tidak tertentu pada malam tertentu sahaja, bahkan ianya adalah umum bagi solat tarawih sepanjang bulan Ramadhan. Semuanya dapat diperolehi dengan kemurahan rahmat Allah Taala bagi mereka yang bersungguh-sungguh mengerjakannya. Mudah-mudahan fadhilat-fadhilat solat tarawih ini dapat tersebar secara lebih luas menggantikan hadith palsu mengenainya.  ( Sumber )


 



Cadangan Bacaan :


Muhammad Iqbal :

1) Rajin-rajin solat terawih ye~ :)

2) Semoga kita dapat pengampunan dari segala dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ini. Marilah kita sama-sama bertaubat. Bertaubatlah~
 

4) Ramadan Kareem!

Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah

4 comments:

  1. teringat artikel kepalsuan hadis fadilat terawih tu yg ditampal di board musolla.. siapalah yang menanggalkannya, masih tertanya-tanya... Ramadan pertama bersendirian setelah 5 tahun bersama sahabat-sahabat di sekolah, dan 2 tahun bersama Iqbal :)

    ReplyDelete
  2. ahlan ya Ramadhan,bulan mulia sudah tiba,tanam lah amalan untuk menuai pahala,sekaligus mencampak dosa lalu jauh2 hilang dari pandangan mata.salam ramadhan :)

    ReplyDelete
  3. ahlan wasahlan wa marhaban ya ramadhan. :)

    sesungguhnya mari kita sama2 banyakkan ibadah.. :)

    "SMEi"

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut Ramadhan kareem dik Iqbal =)

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter