6/18/11

Perancangan Allah Tetap Terbaik!


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Insya-Allah, ini entri ringkas.

Alhamdulillah sudah hampir seminggu aku berada di tempat kursus persediaan untuk ke Mesir ni. Walaupun suasana prasarana di sini tak lah sehebat mana, tapi alhamdulillah biah nya sungguh dahsyat, seronok!

Jika difikirkan, pada awalnya memang aku tidak langsung terasa nak datang ke sini. Ye la, di tambah pulak dengan perlu mengeluarkan duit sendiri untuk menampung segala kos di sini. Aku bukannya orang selalu 'penuh poket' dan begitu jugak mama dan ayah aku.

Alhamdulillah, selepas solat istikharah, Allah telah gerakkan hati ini untuk datang ke sini. Aku yakin dengan gerak hati ini dan terus membuat keputusan mengejut untuk terus datang ke sini. Insya-Allah, sememangnya setelah datang ke sini, ternyatalah tidak rugi mengikut hati yang digerakkan yang Maha Esa ini.

Perancangan Allah lah yang terbaik!! (^_^)





Wallahua'lam




Muhammad Iqbal
Kedah




6/13/11

Nak Jadi Ikan Di Lautan.



Asslamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Sambil-sambil berkesorangan. Diriku terimbau satu kata-kata daripada seorang guruku, Tuan Guru Haji Salleh.

 " Hidup kita sekarang perlu jadi seperti ikan di lautan. Walau air di lautan itu masin, namun isi ikan-ikan di lautan tak pernah menjadi masin."
comel~


Anda faham? Mari aku fahamkan.

Kata-kata tersebut, sering kali menjengah fikiran ini. Kadang-kadang, terfikir jugak, bolehkah aku jadi seperti 'ikan-ikan di lautan' itu?? Hmm, sukar tu.

 Anda pernah makan ikan laut. Tak kisah la walau hanya  ikan termenung atau ikan kembong. Janji ikan tersebut berasal dari laut. Setelah dimakan, adakah rasa isinya masin? Semestinya tidak kan, kecuali la ikan tu telah diproses untuk dibuat ikan masin.

Dalam keadaan di sekeliling tempat asal ikan-ikan tersebut yang masin, isinya tak pernah pun jadi masin. Kebal. Tak mudah terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. Hebat bukan.

Begitulah kita hari ni. Terlalu banyak serangan pemikiran atau ghazwul fikr dari pihak musuh Islam untuk menjahanamkan umat Islam yang mulia ini. Walau mereka tidak menghalakan senjata hebat mereka kepada kita, mereka sentiasa menyerang kita dari arah yang kita tidak sangka. Ya, semestinya serangan pemikiran. Mereka menyerang dari segenap aspek. Dari segi ICT nya dan banyak lagi.

Akibatnya, banyak aqidah dan hati umat Islam kini telah dicemari. Kotor dan terus hitam dek angkara mereka. Selepas itu terus memberi kesan terhadap akhlak generasi kini.

Oleh itu, antara langkahnya. Kita jadilah seperti ikan-ikan dilautan itu. Tidak mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Untuk terpengaruh dengan budaya yang baik, baguslah. Tapi jika budaya itu kuning, elakkanlah. pandai-pandailah kita membezakan yang hak dan batil. Ikuti yang hak, buang yang batil dan syubhah.

“It’s better to be alone than in bad company.”


Rasulullah S.A.W bersabda mafhumnya :

“Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” 
(Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, Kitabul Iman, 1/350, no. 208 (Dari Abu Hurairah). Ibnu Majah, Sunan Ibni Majah, Kitabul Fitan, 11/485, no. 3976 (Dari Abu Harairah). Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 34/25, no. 16094 (Dari 'Abdurrahman B. Sannah))





Muhammad Iqbal :

1) Sedikit renungan buat kita semua~

2) Insya-Allah aku akan mulakan pengajian iaitu persediaan bahasa di sebuah kolej di Kedah sebelum ke Mesir. Alahai, mungkin blog ni bakal sunyi sedikit lepas ni.

3) Baca jugak entri ni :Sudikah Kita Menjadi Ghuraba' . Jumpa lagi (^_^)


"Mari Jadi Seperti Ikan Di Lautan!"


Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah




6/12/11

Nyaris Dilanggar

Assalamualaikum w.b.t

بسم اللة الرحمن الرحيم


ini bukan aku



لا حول ولا قوة الا بالله



Subhanallah. Allhamdulillah. Allahuakbar. Syukurlah ke hadrat Allah Rabbul A'lamin, kerana dengan izin-Nya, aku masih diberi peluang untuk menghirup udara kurniaan-Nya ini. Fuhhh, kini dalam masih dalam mode terkejut.  Sangat terkejut. Terkedu. Terkesima.




Huhh, bertenang, bertenang. Tangan yang sedang menaip pinjaman Allah ini pun rasa seakan tak percaya lagi apa yang terjadi sebentar (petang) tadi. Hmmmm.



Cecite-cecite~


Sat, sat, ambik nafas, hembus nafas. Hahhh, refreshing.Begini ceritanya, mai nak story sikit.

Bermulalah hikayat seorang budak lelaki yang berlagak cool mahu ke surau untuk menunaikan solat A'sar. Dalam keadaan dirinya kurang sihat, dia menaiki motosikal Honda Wave 100 kepunyaan ayahnya terus ke surau di pekan.

Alhamdulillah, usai sahaja solat A'sar, dia terus menaiki motosikal untuk menghala ke rumah. Setelah menunggang lebih kurang 250 meter dari surau, dia teringat untuk membeli pembalut buku. Ya, pembalut buku yang mahu digunakan untuk membalut bukunya yang baharu sahaja dibeli semalam. Lalu, dia mengambil keputusan untuk berpatah balik menuju ke pekan.

Sampai sahaja di simpang tiga, dia menunggu giliran untuk belok ke kanan. Selepas itu, ada sebuah kereta dari arah kiri membelok masuk ke arah simpang yang dia berada sekarang. Tanpa menunggu lama, habis sahaja kereta itu masuk ke simpang, dia terus membelok ke kanan.

Nah, belok sahaja ke kanan, dia melihat satu motosikal yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa cina (kot), sedang laju menerpanya. Lelaki itu kelihatan gelabah yang teramat sangat dan melelong-lelong memegang handle motosikalnya, gayanya seperti sangat lost control.

Si dia yang melihat lelaki yang gelabah itu terus memulas minyak motosikalnya tanpa menunggu spiderman atau kluangman menyelamatkannya. Dia sedar bahawa, dalam  fight and flight situation ( cemas ) sebegini, dia tidak boleh turut rasa cemas, kerana itu akan bawa kepada kecelakaan. Sungguh lama dia mengamalkan sentiasa cool dan tidak cemas jika ada sebarang keadaan yang mencemaskan. Kerana katanya, jika kita sentiasa cemas jika melakukan kerja, kita akan lupa yang kerja yang mahu dilakukan itu sukar untuk dibuat kerana Allah. Dia yakin, segalanya indah jika buat kerana Allah.

Dia meneruskan perjalanan dengan tenang, setenang 20 km/j. Terus mara ke hadapan. Dia tidak terus membelok ke kedai yang hendak dituju, tapi sengaja diteruskan lagi perjalanan untuk menenangkan kembali jantung yang berdegup kencang walaupun muka sahaja nampak cool.

Melihat di side mirror kanan, si lelaki cina tadi dalam keadaan seperti tidak puas hati mengejarnya. Dia tidak berniat untuk melajukan motosikalnya tapi hanya mahu tenang sahaja mengahadapi. Lelaki cina tu dengan pantas seperti mahu memberhentikan dia, tapi sebelum dia pun naik hot temper , dia fikir baik dia tidak berhenti. Akhirnya, dia masuk ke sebuah perkampungan di situ. Setelah melihat lelaki cina terbabit tiada lagi, dia pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai.


Huh. Alhamdulillah, selamat.


Muhammad Iqbal :

1) Jujur, aku seorang yang skema di jalanan a.k.a pemandu dan penunggang berhemah. Hihi.

2) Aku mengaku itu merupakan salah aku. Mungkin juga kerana aku tidak mahu berkaca mata menyebabkan pandangan jauh tidak dapat dilihat dengan jelas.

3)  Sememangnya, ajal itu di tangan Allah. tiada siapa berhak menentukannya.


Wallahua'alam



Muhammad Iqbal
Baling, Kedah






6/10/11

Ulasan Buku : Versus (Hlovate)



Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Tajuk : Versus
Penulis : Hlovate
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Harga : RM19.00 





Alhamdulillah, tempoh hari yang lalu, aku akhirnya dapat juga menamatkan satu lagi bacaan novel. Ini merupakan bacaan pertama aku bagi karya penulis misteri, Hlovate. Itu pun entah bagaimana terserempak dan ter pula membelinya.

Sedikit Sedutan dan Gambaran :

I

“Please, Minn. Bukak tingkap bilik you.”
“Huh?”
“I’m freezing right outside your window. On the roof.”Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.
You what?”"
No kidding. Please...” balas Ashraff Omar.
Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni.
"Enough of your tricks, AO.”
“Minn, I’m dead serious.”
Ashraff Omar berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina.
“Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?”

II

“Not a step away from that spot, AO.” Keras suara Minn Edina.
“Minn, you tahu I takkan sentuh you pasal I hormati you.”
“Back. Off.”
Ashraff Omar akur. Langkahnya ditarik kembali ke belakang.
“I tak memaksa. I cuma meminta. I like you. I really really like you. I want to give us a chance. Permintaan I bukan untuk you terima I yang sekarang, tapi I yang akan change for good, for you and for me. For us. Boleh you bagi I peluang tu?”
Hujan masih belum berhenti.



Jalan cerita novel ni agak menarik. Anda akan disajikan dengan kehidupan para skaters. Mungkin ramai dalam kalangan kita tidak tahu sangat mengenai dunia skaters ni, tetapi selepas membaca novel ini, aku yakin anda akan mendapat input serba sedikit mengenai dunia skaters.

Berkisar mengenai dua watak besar ( juga skaters ) Minn Edina dan Ashraf Omar (AO) yang pada awalnya tidak berapa serasi bekerjasama. Akhirnya, banyak peristiwa telah membuatkan mereka berubah secara perlahan-lahan ke arah kebaikan, kembali kepada yang Esa. Daripada perasaan marah akhirnya berputiklah kepada perasaan sayang setelah banyak peristiwa yang telah menimpa mereka.

Secara umumnya, novel ini memaparkan segolongan remaja yang dahulunya jauh daripada Allah, dan akhirnya dipertemukan juga dengan jalan kebenaran. Mereka bermujahadah bersungguh-sungguh untuk keluar daripada tompok jahiliyah demi menuju ke arah sinar cahaya.



Antara Quote yang menyentuh :

"bukan mudah untuk berubah, dari tanpa arah ke sejadah, dari tepi jalanan ke sujud mengadap Tuhan"

Nah, cubalah baca~

Muhammad Iqbal :

1) Teringin pulak nak baca karya-karya Hlovate yang lain.

2) Novel ni banyak juga menggunakan bahasa inggeris.


____

Bagi yang ingin buat pembelian buku ini, boleh hubungi :

WhatsApp/Telegram +60134194298

____

Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah



6/8/11

Dilemaku Tiba


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

pening


Tatkala menaip entri ini, jiwa raga dan fizikal aku tidak terlalu stabil. Dunia dirasakan agak berpusing tanpa diputar. Ah, peningnya...

Maaf, diri ini ingin pendapat anda semua dan maaf jika ianya agak personal. Seperti yang diceritakan dalam entri ini, insya-Allah bulan 9 nanti aku akan bertolak ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran di sana di bawah tajaan Jabatan Zakat Negeri Kedah ( JZNK ). Bidang yang akan aku 'terjun' nanti insya-Allah ialah bidang perubatan.

Jadi, tidak seperti di bawah tajaan lain, kami tiada sebarang persediaan di mana-mana institusi di Malaysia sebelum melangkah ke sana . Tapi, kalau nak buat jugak kena guna duit sendiri.

Pihak JZNK berusaha mencari penempatan persediaan bahasa untuk kami dan kosnya lebih kurang RM900. Segala makan minum, tempat tinggal serta bahan-bahan belajar insya-Allah akan disediakan oleh mereka. Institusi mana? Dirahsiakan. Cumanya kena guna duit sendiri. Itu sahaja.

Kebingungan terus melanda diri ini untuk membuat pilihan. Sama ada pergi atau tidak untuk persediaan bahasa tu. Insya-Allah solat istikharah akan dibuat untuk meminta diri ini sentiasa dilorongi dan didorongi oleh-Nya.

Dengan ini, aku sangat100x hendak meminta tolong anda ( terutamanya yang ada pengalaman ) untuk menasihati atau memberi cadangan bernas buat aku untuk membuat pilihan. Adakah persediaan bahasa ( arab baku dan ammi ) itu penting untuk ke Mesir atau boleh belajar je kat sana nanti?

Muhammad Iqbal :

1) Doakan imanku dan diriku sihat sentiasa.

2) Sila beri pandangan anda. Sangat mengharap....


Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.


6/5/11

Anak Melayu Berjaya di Bumi Oxford




Dr Muhammad Afifi al-Akiti

  • Tempat lahir : Batu Gajah, Perak, Malaysia
  •  Agama : Islam
  • Bangsa : Melayu
  • Pernah dilantik menjadi imam di Belfast, Ireland
  • Pekerjaan kini : Felo dan Pensyarah di University of Oxford
  • Pekerjaan ibu bapa  Guru
  • Latar belakang pendidikan : 

* Pendidikan asas di beberapa sekolah di Selangor

* Menyambung pelajaran Islam secara tradisional di Pondok dan Madrasah di Indonesia, Marghribi dan Syria.

* Melanjutkan pelajaran ke Universiti Queen, Belfast. ( Mendapat anugerah penuntut terbaik Universiti Queen pada tahun 2001 )

* Mendapat biasiswa daripada Universiti of  Oxford untuk melanjutkan pelajaran dalam Bidang Sarjana dan Doktor Falsafah




Nama beliau Dr Muhammad Afifi al-Akiti
MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM – juga dikenali sebagai Sheikh Afifi – is KFAS 
Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, dan juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.


Dr al-Akiti telah berjaya mendapat ijazah kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111) – penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval). Selain itu, terdapat juga tiga siri kajiannya yang diterbitkan yang dapat menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut Mayor Madnun.


Dr al-Akiti, yang berasal dari Malaysia, telah dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok lagi. Beliau telah menerima [[Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam, falsafah dan sains.


Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dr al-Akiti beliau telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya menyumbang ilmu pendidikan Islam.


Sheikh Afifi al-Akiti, merupakan seorang ulamak muda yang tersohor dalam keilmuan dunia Islam. Beliau sebenarnya berasal dari negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman ilmu yang luas bermula dengan mendapat pendidikan tradisional Islam di pasentren di Jawa Timur, seterusnya di Maghribi dan Timur Tengah. Beliau mendapat ijazah pertamanya dari Queen's University of Belfast (First Class degree in Scholastic Philosophy and History of Science from the Queen's University of Belfast) dan kemudiaanya meneruskan pengajian di Oxford untuk ijazah sarjana dan PHD. Sejak Oktober 2008 selepas tamat PHDnya, beliau mengukir sejarah menjadi rakyat Malaysia petama mendapat pensyarah di Universiti Oxford.


Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah ( lihat sini ) .


sumber : wikipedia


Buletin Utama TV3




Astro Awani








Muhammad Iqbal :

1) Aku sangat berbangga dengan beliau. Sila lihat pandangan beliau tentang Oxford di sini.

2) Maaf aku katakan di sini, anda pernah baca satu artikel daripada Dato' Masyitah mengenai pelajar yang tidak mengikut sistem pembelajaran yang dibuat kerajaan? Kalau tak pernah sila lihat sini. Aku rasa, Dr Afifi ini telah sedikit sebanyak membuktikan bahawa golongan yang mndapat pelajaran bukan dalam sistem kerajaan juga mampu berjaya. Rezeki kita semuanya di tangan Allah, bukan di tangan sesiapa.

3) Semoga ianya menjadi motivasi kepada kita untuk lebih berjaya.


Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah



6/4/11

Punca Buli!





Assalamualaikum w.bt

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah, bertemu lagi kita ye. Ni apa kes pulak ni, juvana pulak tu. Anda pernah menonton drama Juvana di TV3? Jujur, aku mungkin salah seorang peminat drama tu. Yang berada di oversea, tak berdayalah, drama ini hanya di Malaysia, mungkin anda boleh menonton secara online di web TV3. Ya, betul, best gua cakap lu.


Apa yang seronoknya?

Mungkin ada yang tertanya-tanya drama ini berkisar tentang apa (terutamanya yang berada di luar negara). Drama ini kisah tentang budak-budak 'jahat' yang dimasukkan ke dalam sebuah sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti iaitu sekolah badan bukan kerajaan. Di situlah segalanya bermula. Nak tahu lebih lanjut sila ke sini.

Apabila menonton drama tu, aku sedikit sebanyak dapat jugalah mengimbau zaman berada di asrama. Ya, aku tinggal di dua asrama yang berbeza sepanjang lima tahun. Apa yang diimbaukan? Ianya mungkin ada orang kata sebagai buli. Tapi ramai juga beranggapan ianya sebagai satu 'warna' kehidupan di asrama.

Sepanjang berada di asrama berbagai kisah tragis, magis dan ngeri yang berkaitan dengan buli ni. Ada yang sampai diheret oleh pihak Polis untuk disoal siasat! Itu memang tahap yang paling dahsyat sikit.

Tradisi biasa di asrama, para junior akan di 'test' oleh para senior. Selalunya lepas minggu orientasi. Bermula dahulu dengan sedikit kerja biasa mengambil air di tingkat bawah di water cooler. Seterusnya membuat meggi dalam waktu yang ditetapkan, kadang-kadang countdown pun ada.

" 5 , 4 , 3 , ........haaa, duk buat lembap apa lagi, naik la cepat, sat gi tak sampai jugak siap hang", kata seorang senior.

Antara kerja 'biasa' yang selalu di suruh ( aku tak anggap ini buli ):
  • Isi air di tingkat bawah
  • Buat meggi di tingkat bawah
  • Seterika baju
  • Basuh baju
  • Ambil makanan di dewan makan
  • Pergi beli makanan di kantin
  • Pergi beli barang di koperasi
  • Pergi sampaikan pesanan kepada kawan mereka yang lain
  • 'Pau' makanan dalam loker junior

Kerja yang agak luar biasa :
  • Anda dikehendaki meniup lampu ( kalimantang ) sehingga padam. 
  • Beberapa titik air ditumpahkan ke atas lantai dan anda dikehendaki berenang dalam air yang amat 'banyak' tu.
  • Membuat pump in ( tekan tubi ) di bawah katil.
  • Suruh buat kerja add math mereka ( walau kita tak tau apa tentang add math )
  • Ada banyak lagi, cukup la sekadar empat tu.

Dalam episod Juvana minggu lepas, semasa guru mereka membuat satu debat berkenaan punca buli ni, aku tertarik dengan hujah Daim ( hero dalam drama tu ). Dia mengatakan, punca buli, pukul dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya, berpunca dari rumah. Apabila berpunca dari rumah, sudah semestinya ibu bapa yang akan dilihat terlebih dahulu. Bagaimana cara mereka mendidik anak-anak mereka? Sama ada dengan berhikmah atau dengan amarah? Itu semualah yang bakal memberi kesan jangka masa panjang kepada anak-anak mereka.

Akhirnya, apabila anak-anak mereka dimasukkan ke dalam mana-mana institusi-institusi, perwatakannya dan dendam dalam dirinya yang telah lama terpendam, akan dilampiaskan kepada insan lain yang tidak berdosa. Di tambah pula melihat ramai lagi rakan-rakan yang lain juga punya nasib yang sama dengannya, maka mudah la baginya untuk menunjukkan belang.

Kronologinya begini, bermula dari hanya beberapa orang yang tak bernasib baik tu membawa 'angin' mereka ke sekolah/asrama dan melampiaskan dendam mereka kepada pelajar yang lain ( terutamanya junior ).

Junior yang tak bersalah tu pula selepas itu akan menyimpan dendam perit itu selama beberapa ketika untuk membalas kembali apa yang dia kena satu ketika dahulu semasa menjadi senior kelak. Setelah menjadi senior dan telah lama menyimpan dendam amarah itu, dia pun akan mengulang kembali apa yang telah diperlakukan kepadanya satu ketika dahulu. Ianya sentiasa berterusan dan akhirnya menjadi satu tradisi .

Nah, itulah situasi dan kronologi sebenar berada di asrama. Perit sedikit tapi menyeronokkan.

Jadi, kepada para kaunselor sekolah, ini antara tugas anda. Anda bukan sahaja perlu memberi kaunseling kepada yang membuli, tetapi juga yang dibuli. Mereka ( yang dibuli ) juga sebenarnya selain terluka fizikal, mental mereka juga parah dan sangat perlukan rawatan. Jika tidak dilakukan, risiko untuk masalah 'buli' yang lebih ekstrim akan muncul pada masa hadapan akan lebih tinggi.


Muhammad Iqbal :

1) Macam ada pengalaman je? Ehem, nak kata ada pengalaman tu, ntah la, no komen! Akan dibicarakan kemudian, insya-Allah.

2 ) Cuti ni, memang banyak kenduri. Tu yang 'agak-agak' sibuk sampai tak update blog, hihi.



Wallahua'lam



Muhammad Iqbal
Baling, Kedah



6/1/11

20 ADAB BERBUAL



Assalamualaikum w.b.t

بسم الله الرحمن الرحيم



Berbual antara manusia menjadi satu keperluan dalam hidup kita.


1. Semua perbualan haruslah bertujuan kebaikan.

“Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” 
(HR Bukhari Muslim)


2. Jelas dalam perkataan.

“Bahawasanya perkataan Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga mampu difahami oleh semua yang mendengar.” 
(HR Abu Daud)


3. Tidak berbual kosong dan bercakap besar.

“Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari kiamat ialah orang yang banyak perbualan sia-sia dan berlagak dalam berbicara.” 
 (HR Tirmizi dan dihasankannya).


4. Tidak terlalu banyak cakap kerana khuatir membosankan yang mendengar.

“Ibnu Mas’ud r.a. senantiasa mengajar kami setiap hari Khamis, maka berkata seorang lelaki: ‘Wahai Abu Abdurahman (gelaran Ibnu Mas’ud)! Mahukan anda mengajar kami setiap hari?’ Maka jawab Ibnu Mas’ud : ‘Sesungguhnya tidak ada yang menghalangiku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir ia membosankan kalian, kerana akupun pernah meminta yang demikian pada Nabi SAW dan beliau menjawab khuatir membosankan kami.’” 
(Muttafaq ‘alaih)


5. Mengulangi kata-kata yang penting jika perlu.

Daripada Anas r.a. bahawa Nabi SAW jika berbicara maka baginda SAW mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham, dan apabila baginda SAW mendatangi rumah seseorang maka baginda SAW pun mengucapkan salam 3 kali. 
(HR Bukhari)



6. Menghindari ucapan yang batil.   
          
“Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredhai Allah SWT yang ia tidak mengira akan mendapatkan demikian sehingga dicatat oleh Allah SWT keredhaan-Nya bagi orang tersebut sampai nanti hari Kiamat. Dan seorang lelaki mengucapkan satu kata yang dimurkai Allah SWT yang tidak dikiranya akan demikian, maka Allah SWT mencatatnya yang demikian itu sampai hari Kiamat.” 
(HR Tirmizi dan ia berkata hadis hasan sahih juga diriwayatkan oleh Ibnu Majah).

7. Menjauhi perdebatan sengit.

“Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.” 
(HR Ahmad dan Tirmidzi)

Dan dalam hadis lain disebutkan sabda Nabi SAW:

“Aku jamin rumah di dasar syurga bagi mereka yang menghindari berdebat sekalipun ia benar, dan aku jamin rumah di tengah syurga bagi yang menghindari dusta walaupun dalam bergurau, dan aku jamin rumah di puncak syurga bagi yang baik akhlaknya.” 
(HR Abu Daud).



8. Menjauhi kata-kata keji, mencela dan melaknat.     
                                           
“Bukanlah seorang mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.” 
(H.R Tirmizi dengan sanad sahih)


9. Menghindari banyak bergurau.

“Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat manusia tertawa.” 
(H.R Bukhari)



10. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelaran yang buruk.

“Jika seorang menceritakan suatu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.” 
(HR Abu Daud dan Tirmidzi dan ia menghasankannya)



11. Menghindari dusta.

“Tanda-tanda munafik itu ada 3, jika ia bicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkari dan jika diberi amanah ia khianat.” 
(HR Bukhari)



12. Menghindari mengumpat dan mengadu domba.

“Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji, dan janganlah kalian saling menghindari, dan janganlah kalian saling mengumpat satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.” 
(Muttafaq ‘alaih)



13. Berhati-hati memuji dengan niat membodek, berdasarkan hadis Nabi SAW dari Abdurrahman bin Abi Bakrah dari bapanya berkata:

Ada seorang yang membodek orang lain di depan orang tersebut, maka kata Nabi SAW: “Awas, kamu telah mencelakakan saudaramu! Kamu telah mencelakakan saudaramu!” (2 kali), lalu kata baginda SAW: “Jika ada seseorang ingin memuji orang lain di depannya maka katakanlah: Cukuplah si fulan, semoga Allah mencukupkannya, kami tidak mensucikan seorangpun di sisi Allah, lalu barulah katakan sesuai kenyataannya.” 
(H.R Muttafaq ‘alaih dan ini adalah lafaz Muslim)

Dan dari Mujahid dari Abu Ma’mar berkata: Berdiri seseorang memuji di depan Miqdad bin Aswad secara berlebih-lebihan, maka Miqdad mengambil pasir dan menaburkannya di wajah orang itu, lalu berkata:

Nabi SAW memerintahkan kami untuk menaburkan pasir di wajah orang yang gemar membodek.
(H.R Muslim)



14. Penolakan terhadap sesuatu yang tidak dipersetujui haruslah dalam keadaan tetap menghormati, suara yang lembut serta tidak meninggikan suara.


15. Penolakan harus penuh dengan dalil dan nasihat.   
16. Penolakan hendaklah dimulai dengan menyampaikan sisi benarnya terlebih dahulu sebelum mengomentari yang salah.

17. Penolakan tidak bertentangan dengan syariat.

18. Hal yang dibicarakan hendaknya merupakan hal yang penting dan dapat dilaksanakan dan bukan sesuatu yang belum terjadi.

19. Ketika menolak hendaknya dengan memperhatikan tingkat ilmu lawan bicara, tidak berbicara di luar kemampuan lawan bicara yang dikhuatirkan menjadi fitnah bagi diri dan agamanya.

20. Saat menolak hendaknya menjaga hati dalam keadaan bersih, dan menghindari kebencian serta penyakit hati.  (Sumber )








Muhammad Iqbal :

1) Sama-samalah kita muhasabah. Ianya memerlukan mujahadah yang sungguh kuat.

2) Entri di atas di copy dari blog Novelis Fatimah Syarha ( hihi, promote-promote ). Aku sangat menyukai hasil sentuhan karya beliau.



Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah