6/8/11

Dilemaku Tiba


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

pening


Tatkala menaip entri ini, jiwa raga dan fizikal aku tidak terlalu stabil. Dunia dirasakan agak berpusing tanpa diputar. Ah, peningnya...

Maaf, diri ini ingin pendapat anda semua dan maaf jika ianya agak personal. Seperti yang diceritakan dalam entri ini, insya-Allah bulan 9 nanti aku akan bertolak ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran di sana di bawah tajaan Jabatan Zakat Negeri Kedah ( JZNK ). Bidang yang akan aku 'terjun' nanti insya-Allah ialah bidang perubatan.

Jadi, tidak seperti di bawah tajaan lain, kami tiada sebarang persediaan di mana-mana institusi di Malaysia sebelum melangkah ke sana . Tapi, kalau nak buat jugak kena guna duit sendiri.

Pihak JZNK berusaha mencari penempatan persediaan bahasa untuk kami dan kosnya lebih kurang RM900. Segala makan minum, tempat tinggal serta bahan-bahan belajar insya-Allah akan disediakan oleh mereka. Institusi mana? Dirahsiakan. Cumanya kena guna duit sendiri. Itu sahaja.

Kebingungan terus melanda diri ini untuk membuat pilihan. Sama ada pergi atau tidak untuk persediaan bahasa tu. Insya-Allah solat istikharah akan dibuat untuk meminta diri ini sentiasa dilorongi dan didorongi oleh-Nya.

Dengan ini, aku sangat100x hendak meminta tolong anda ( terutamanya yang ada pengalaman ) untuk menasihati atau memberi cadangan bernas buat aku untuk membuat pilihan. Adakah persediaan bahasa ( arab baku dan ammi ) itu penting untuk ke Mesir atau boleh belajar je kat sana nanti?

Muhammad Iqbal :

1) Doakan imanku dan diriku sihat sentiasa.

2) Sila beri pandangan anda. Sangat mengharap....


Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.


12 comments:

  1. for me,better pegi,,xrugi pape,,ilmu,lgipon nk gna arab jgk t,kn?(^_^)

    ReplyDelete
  2. @ ya, nak guna jugak la. Ermm, thnks for ur opinion..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.

    err,kak tak ada pengalaman lngsung soal ini, sekadar memberi pendapat..setahu akak mungkin kat sana nanti akan diberikan bahan bacaan berbahasa Arab yang jika kita baca,kita sukar untuk memahaminya 100% (ni yang akak terbaca , melalui pengalaman pelajar kat sana)

    jadi,lebih baik ada persediaan terlebih dahulu untuk meringankan beban,orang kata dimana ada kemahuan disitu ada jalan, InsyaAllah dibuka jalan :)

    apa2 pun doa sentiasa mengiringi n de decision is in ur hands :)good luck!

    ReplyDelete
  5. Kamu masih muda. Jadi jgnlah kamu sia2kan peluang yg ada ini. Kiranya kamu ini sgt beruntung.

    Sekurang2nya jika ada psediaan, tidaklah kita berasa janggal apabila melalukan sesuatu pkerjaan itu

    ReplyDelete
  6. @MEKAR Wah, alhamdulillah, nasihat yang sangat berguna, terima kasih~

    ReplyDelete
  7. salam, saya harap saya tidak terlambat untuk memberi komen.
    em, tak rugi pun kalo pergi belajar bahasa tu. nanti dekat negara org tak la terasa kekok masa permulaan tu . then,lagi satu belajar la bahasa sungguh2, anda beruntung sebab ada basic Arab, bonus la bagi anda berbanding saya y tiada basic Arab ni. Apa-apa pun, solat istikhorah. and betaufeeq ye.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Allhamdullillah. Terima kasih semua atas pandangan anda. Kini saya sedang ikuti persediaan bahasa, Best!

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter