Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Insya-Allah, ini entri ringkas.
Alhamdulillah sudah hampir seminggu aku berada di tempat kursus persediaan untuk ke Mesir ni. Walaupun suasana prasarana di sini tak lah sehebat mana, tapi alhamdulillah biah nya sungguh dahsyat, seronok!
Jika difikirkan, pada awalnya memang aku tidak langsung terasa nak datang ke sini. Ye la, di tambah pulak dengan perlu mengeluarkan duit sendiri untuk menampung segala kos di sini. Aku bukannya orang selalu 'penuh poket' dan begitu jugak mama dan ayah aku.
Alhamdulillah, selepas solat istikharah, Allah telah gerakkan hati ini untuk datang ke sini. Aku yakin dengan gerak hati ini dan terus membuat keputusan mengejut untuk terus datang ke sini. Insya-Allah, sememangnya setelah datang ke sini, ternyatalah tidak rugi mengikut hati yang digerakkan yang Maha Esa ini.
Perancangan Allah lah yang terbaik!! (^_^)
Wallahua'lam
Muhammad Iqbal
Kedah
Allah s.w.t mengetahui apa yg terbaik buat ummatnya
ReplyDeletebal, may everything went well n worth for the money u've sacrified..
ReplyDeletealhamdulillah,moga anta dipermudahkan urusan,dengan izin Nya :) mm,x lama lagi nak terbang ni,bestnya dapat naik kapai besi :)
ReplyDeletebesz2..kami taon lepas xda kelas pun.. insya allah hasilnya baik..buleh mai ajaq kami kat sini nnti =p
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekita mengalami nasib yang sama. tapi sungguh, ketentuan ALLAH itu lebih baik :)
ReplyDelete*jom tengok post terbaru saya! :D
http://eidasazali.blogspot.com/2011/06/pemaafkah-kita.html