11/26/15

Telefilem Dakwah : Matahari Terbit Lagi

Saya tahu Matahari Terbit Lagi menang dalam Anugerah Skrin 2014 baru-baru ini. Namun, saya tidak ada hati untuk tonton telefilem ini. Kerana, stigma saya pada drama, filem dan telefilem Malaysia masih tebal, walau kerap kali dipujuk, kebanyakannya tetap mengecewakan.

Tetapi, selepas saya melihat ucap kata tahniah daripada Saudara Asri Yussof di laman media sosialnya, saya terus mencari telemovie ini. Nasib baik boleh download dengan mudah setelah beberapa hari cari, walau pada permulaannya sukar dicari.
Ini yang mampu saya komen :

● Mesej Islam kepada bangsa lain di Malaysia adalah sukar di sampaikan, dan jarang dibuat melalui layar filem atau drama.

Tetapi melalui telefilem ini, penyampaian mesej besar ini saya fikir boleh sampai kepada sasaran khalayak penonton.


● Jelas warna-warna Malaysia yang sebenar.

Tidak seperti filem dan drama Malaysia lain yang asyik mengangkat budaya songsang yang kadang-kadang jelas berlawanan dengan syariat, dan tidak membawa warna-warna sebenar Malaysia.

Asyik mengagungkan negara lain dan bangsa lain. Agama dan budaya negara kita siapa yang mahu angkat?


● Bukan tidak ada usaha dakwah melalui jalan layar ini sebelum ini, namun jujurnya ini antara telemovie dakwah di Malaysia yang tidak hambar dan kekok, walau jalan mulanya agak lambat.

Kebanyakan drama di TV Al-Hijrah ditampilkan oleh pelakon berbakat, namun bila melakonkan lakonan patuh syariah terus jadi patung, kaku hilang rasa. Namun, dalam telefilem ini, pelakon-pelakonnya nyata menjadi. Serasi menggabung rasa.


● Wujud pemikir dalam usaha penghasilan telefilem ini.

Ini hanya anggapan saya. Perkara ini antara penguat jalan cerita dan banyak membuatkan penonton berfikir, seperti mana yang direncana oleh pemikir itu sendiri.

Pada hemat kerdil saya, kebanyakan filem dan drama Melayu, inilah lemahnya. Tiada pemikir yang mempersona jalan cerita.


> Akhir sekali, tahniah kepada semua yang terlibat dalam pembikinan filem ini. Semuanya bermain peranan yang sangat penting.

Moga Allah terimanya sebagai amal soleh.

image
- Matahari Terbit Lagi, 2014.


Wallahua'lam.

Muhammad Iqbal
El-Abbasiyah, Cairo, Egypt.
1253
251114

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter