Saya ini antara penggemar nasi goreng, dari kecik memang suka nasi goreng.
Jadi ini list kedai yang buat nasi goreng yang agak sedap di sekitar Perlis.
1. Tentang Kopi
- saya pergi ke kedai ini selepas dicadangkan oleh Aiman Azlan di FB beliau.
- ternyata Nasi Goreng Cili Tumbuk dia sangat sedap, persis mak-mak kita buat di rumah
2. Shu Na
- ni bukan nama orang tau, ni nama restoran
- nasi-nasi goreng di sini hampir semuanya sedap
- Nasi Goreng Seafood dia agak mahal, tapi sangat berbaloi sebab content dia superb!
3. Cafe Bonda
- Kedai ini terletak tak jauh dari Hospital Kangar, jadi mudah saya pi makan
- yang paling saya suka di sini ialah Nasi Goreng Seafood dia. Terbaik
Setakat ini 3 kedai ini dulu.
Opss, lupa nak habaq, lupa nak bagi desclaimer.
Semua di atas ni adalah taste sayalah naa. Tak jamin kalau tak sama taste dengan saya.
___
Muhd Iqbal Samsudin
2242H, 110122
Kangar, Perlis
terima kasih informasinya
ReplyDeleteVisit Us