6/4/11

Punca Buli!





Assalamualaikum w.bt

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah, bertemu lagi kita ye. Ni apa kes pulak ni, juvana pulak tu. Anda pernah menonton drama Juvana di TV3? Jujur, aku mungkin salah seorang peminat drama tu. Yang berada di oversea, tak berdayalah, drama ini hanya di Malaysia, mungkin anda boleh menonton secara online di web TV3. Ya, betul, best gua cakap lu.


Apa yang seronoknya?

Mungkin ada yang tertanya-tanya drama ini berkisar tentang apa (terutamanya yang berada di luar negara). Drama ini kisah tentang budak-budak 'jahat' yang dimasukkan ke dalam sebuah sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti iaitu sekolah badan bukan kerajaan. Di situlah segalanya bermula. Nak tahu lebih lanjut sila ke sini.

Apabila menonton drama tu, aku sedikit sebanyak dapat jugalah mengimbau zaman berada di asrama. Ya, aku tinggal di dua asrama yang berbeza sepanjang lima tahun. Apa yang diimbaukan? Ianya mungkin ada orang kata sebagai buli. Tapi ramai juga beranggapan ianya sebagai satu 'warna' kehidupan di asrama.

Sepanjang berada di asrama berbagai kisah tragis, magis dan ngeri yang berkaitan dengan buli ni. Ada yang sampai diheret oleh pihak Polis untuk disoal siasat! Itu memang tahap yang paling dahsyat sikit.

Tradisi biasa di asrama, para junior akan di 'test' oleh para senior. Selalunya lepas minggu orientasi. Bermula dahulu dengan sedikit kerja biasa mengambil air di tingkat bawah di water cooler. Seterusnya membuat meggi dalam waktu yang ditetapkan, kadang-kadang countdown pun ada.

" 5 , 4 , 3 , ........haaa, duk buat lembap apa lagi, naik la cepat, sat gi tak sampai jugak siap hang", kata seorang senior.

Antara kerja 'biasa' yang selalu di suruh ( aku tak anggap ini buli ):
  • Isi air di tingkat bawah
  • Buat meggi di tingkat bawah
  • Seterika baju
  • Basuh baju
  • Ambil makanan di dewan makan
  • Pergi beli makanan di kantin
  • Pergi beli barang di koperasi
  • Pergi sampaikan pesanan kepada kawan mereka yang lain
  • 'Pau' makanan dalam loker junior

Kerja yang agak luar biasa :
  • Anda dikehendaki meniup lampu ( kalimantang ) sehingga padam. 
  • Beberapa titik air ditumpahkan ke atas lantai dan anda dikehendaki berenang dalam air yang amat 'banyak' tu.
  • Membuat pump in ( tekan tubi ) di bawah katil.
  • Suruh buat kerja add math mereka ( walau kita tak tau apa tentang add math )
  • Ada banyak lagi, cukup la sekadar empat tu.

Dalam episod Juvana minggu lepas, semasa guru mereka membuat satu debat berkenaan punca buli ni, aku tertarik dengan hujah Daim ( hero dalam drama tu ). Dia mengatakan, punca buli, pukul dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya, berpunca dari rumah. Apabila berpunca dari rumah, sudah semestinya ibu bapa yang akan dilihat terlebih dahulu. Bagaimana cara mereka mendidik anak-anak mereka? Sama ada dengan berhikmah atau dengan amarah? Itu semualah yang bakal memberi kesan jangka masa panjang kepada anak-anak mereka.

Akhirnya, apabila anak-anak mereka dimasukkan ke dalam mana-mana institusi-institusi, perwatakannya dan dendam dalam dirinya yang telah lama terpendam, akan dilampiaskan kepada insan lain yang tidak berdosa. Di tambah pula melihat ramai lagi rakan-rakan yang lain juga punya nasib yang sama dengannya, maka mudah la baginya untuk menunjukkan belang.

Kronologinya begini, bermula dari hanya beberapa orang yang tak bernasib baik tu membawa 'angin' mereka ke sekolah/asrama dan melampiaskan dendam mereka kepada pelajar yang lain ( terutamanya junior ).

Junior yang tak bersalah tu pula selepas itu akan menyimpan dendam perit itu selama beberapa ketika untuk membalas kembali apa yang dia kena satu ketika dahulu semasa menjadi senior kelak. Setelah menjadi senior dan telah lama menyimpan dendam amarah itu, dia pun akan mengulang kembali apa yang telah diperlakukan kepadanya satu ketika dahulu. Ianya sentiasa berterusan dan akhirnya menjadi satu tradisi .

Nah, itulah situasi dan kronologi sebenar berada di asrama. Perit sedikit tapi menyeronokkan.

Jadi, kepada para kaunselor sekolah, ini antara tugas anda. Anda bukan sahaja perlu memberi kaunseling kepada yang membuli, tetapi juga yang dibuli. Mereka ( yang dibuli ) juga sebenarnya selain terluka fizikal, mental mereka juga parah dan sangat perlukan rawatan. Jika tidak dilakukan, risiko untuk masalah 'buli' yang lebih ekstrim akan muncul pada masa hadapan akan lebih tinggi.


Muhammad Iqbal :

1) Macam ada pengalaman je? Ehem, nak kata ada pengalaman tu, ntah la, no komen! Akan dibicarakan kemudian, insya-Allah.

2 ) Cuti ni, memang banyak kenduri. Tu yang 'agak-agak' sibuk sampai tak update blog, hihi.



Wallahua'lam



Muhammad Iqbal
Baling, Kedah



5 comments:

  1. ehem..akak juga peminat setia drama ini...hehee

    1st time tgok mmg suka sgt,t'tunggu2 jg kisah seterusnya..huhu tahniah r yg buat drama ni..ada mesej2 yg tertentu...

    *a'ah, mcm ada pengalaman hihi
    kenduri pa yg byk yu dik?? mst kenduri kawin kan? hihi cuti skolah ni ramai yg kawin...

    ReplyDelete
  2. tak berdaya untuk menonton

    internet yg "cemerlang" pun tak berdaya jugak. "loading".. hihi
    takpe baca kut blog ni jelah
    :)

    ReplyDelete
  3. jadikan kisah 20 budak hitam sebagai teladan....faham kan?? =)

    ReplyDelete
  4. Nazihah@Jiha : hmm, memang best la drama tu, saya pun sentiasa ternanti-nanti..

    *Pengalaman?? Ermm, ada jugak kot.

    *Ya, tepa sekali, mesti la kenduri kahwin, sehari sampai 6 kenduri, memang sakit perut terus..

    ReplyDelete
  5. @exsapphire : hihi, tak pa kak. Sekarang kan dah habis exam, nanti balik malaysia boleh tengok, insya-Allah.

    @ rosman : 20 budak hitam? Kes tu antara kes biasa bagi aku. Sebab tak libatkan polis lagi. Tapi camna pun, semuanya patut diambil pengajaran..

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter