5/31/11

Q&A : Saya Nak Clash!



  Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

 

Kali ni sekali lagi inbox formspring aku diterjah soalan yang agak 'panas' selepas pernah sekali dah muncul. Tak ingat jugak? Klik sini. Kali pertama baca soalan ni, aku terfikir, kenapa soalan-soalan sebegini sering ditanya kepadaku? Hmm, mungkin juga aku seorang remaja seperti mereka. Biarlah. Aku jawab hanya sekadar termampu sahaja. Maaflah jika tidak mengikut kehendak si hamba yang bertanya.

 

Soalan : apa nak buat kalaw kita rasa nak ja clash..rasa macam no feeling dah...tapi berat atie la pulak...nak buat cena?


Ok, saya rasa saya faham masalah anda. Beginilah, saya ni bukan pakar kaunseling atau seorang ustaz, tapi insya-Allah saya akan jawab mengikut kemampuan saya.

Apa yang saya faham, anda sekarang sedang ber'couple' la kan dan dah rasa tak ada perasaan kepada si dia. Namun begitu anda anda rasa berat hati untuk meninggalkan si Dia. Itu yang saya faham dengan soalan anda.

Pada hemat saya, itu merupakan satu tindakan yang baik! Tahniah, anda kini perlu jadi lebih kuat untuk menghadapinya.

Mengapa saya kata ianya tindakan yang baik?

Kerana, dalam Islam, hubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa ikatan pernikahan yang sah merupakan sesuatu yang HARAM. Ianya kerana Allah berfirman dalam surah al-isra', ayat 32 :

" Dan janganlah kamu mendekati zina ; ( zina ) itu sesungguhnya suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk "

Ayat tersebut menunjukkan bahawa bukan sahaja melakukan ZINA sahaja HARAM bahkan menghampirinya juga HARAM.

Perbuatan couple sebelum nikah itu juga sebenarnya merupakan satu bentuk ke arah perzinaan. Ya, ia benar. Buktinya sudah banyak di luar sana.

Bermula dengan pandangan pertama, mulalah turun ke jari menekan butang handphone untuk mesej-mesej. Lepas tu, syaitan nampak peluang yang baik, dia pun hasut suruh berjumpa. Mulanya malu-malu, lepas tu mula la seronok. Kualiti solat juga akan merosot dan menyebabkan kemanisan solat hilang entah ke mana dan pintu maksiat lebih luas terbuka.

Pada masa itu, syaitan pun amatlah seronok kerana dia akan mudah mengheret ke arah penzinaan. Mula-mula ringan-ringan, hanya pegang-pegang. Dah lama, mulalah melarat ke arah yang lebih ekstrim. Dan akhirnya, jika dahulu hanya sekadar 'mula-mua' kini dah jadi 'mual-mual' akibat terkena panahan hasutan syaitan laknatullah.

Nau' zubillahimin zaalik!

Jadi, sebenarnya rasa nak clash itu ialah kerana iman anda yang mendesak ke arah kebaikan. Beratnya hati anda itu kerana nafsu anda sendiri & bisikan syaitan laknatullah, pilihlah pilihan yg diredhai Allah .




Sila Tonton Video ini. Rasss~


Video-video lain.




Muhammad Iqbal :

1) Aku hanya menjawab soalan itu berdasarkan ilmu yang cetek di dada. Maaf jika ada banyak kekurangan. Anda boleh menambah ( jika mahu ) di bahagian komen.

2) Penggunaan "aku" hanyalah dalam penulisan blog ini sahaja. Untuk berinteraksi dengan orang lain, kebanyakkannya aku menggunakan "saya".

3) Baca juga entri : Komik Yang Pernah Menginsafkan Aku !!  Soalan Yang Tak Diduga~


Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.

Ulasan Buku : Dalam Mihrab Cinta - The Romance (Habiburrahman El-Shirazy)


Assalamualaikum w.b.t

بسم الله الرحمن الرحيم




Tajuk : Dalam Mihrab Cinta - The Romance ( Edisi Bahasa Melayu )
Penulis: Habiburrahman el-Shirazy
Terbitan: Ar-Risalah
Harga: RM15.90
Muka Surat: 297 


Alhamdulillah, hari ini, entah bagaimana insya-Allah aku akan mulakan sesi review buku yang telah aku baca. Buat pengetahuan anda, aku merupakan seorang pencinta buku ( books' lover ) insya-Allah. Aku mula minat membaca ni bukan sejak dari kecik tapi baru sahaja lebih kurang setahun setengah. Sebelum tu, aku ni fobia tengok buku-buku yang tebal ni, hihi.

Hari ini dengan bekalan kekuatan daripada Allah, aku berjaya habiskan satu novel. Ini rekod terbaik aku selama aku membaca buku! Apa tidaknya, aku ni lembab sikit tapi aku selalu cuba meningkatkan dan mengurangkan kelemahan aku tu. Biasanya aku akan ambil masa yang agak lama untuk habiskan sesebuah buku, tapi alhamdulillah, kali ini usahaku kian berhasil. 


Sinopsis :

Novel ni menceritakan bagaimana kisah Syamsul Hadi, seorang pemuda yang pandai ilmu Matematik dan suka dengan cabaran. Selepas beliau lulus SMA, beliau telah membuat keputusan untuk ke Pesantren dan akhirnya beliau ke Pesantren Al Furqon, Pagu, Kediri, Jawa Timur.  Itu pun setelah dicadangkan oleh seorang gadis cantik dan solehah iaitu Cik Zizi atau nama lengkapnya Zidna Ilma. Selepas kira-kira 9 bulan di pesantren itu, beliau menunjukkan potensi belajar yang sangat luar biasa tetapi malangnya tak lama selepas itu dia telah  difitnah mencuri. Sehingga akhirnya dia di hukum dengan dibotakkan dan di keluarkan secara tidak terhormat dari pesantren tersebut.

Keluarga Syamsul sendiri sudah tidak menghargainya kerana kebanyakan ahli keluarganya percaya bahawa beliau sememangnya seorang pencuri! Akhirnya, Syamsyul lari dari rumah dan menjadi pencuri sebenar kerana terdesak untuk hidup setelah beliau tidak dapat kerja.

Syamsul selepas itu dimasukkan kedalam penjara setelah ditangkap orang ramai ketika kali pertama beliau ingin mencuri. Walaubagaimana pun, beliau beruntung kerana adiknya, Nadia telah mengikat jamin beliau dan dibebaskan selepas itu. Beliau kembali menjadi pencuri selepas itu, sehingga beliau mendapat kerja sebagai guru mengaji di kediaman orang-orang kaya. 

Kerjayanya itu sedikit sebanyak membantunya mengubah kembali hidupnya untuk menjadi hamba-Nya yang soleh. Beliau jadi semakin terkenal selepas beberapa siri ceramah yang beliau sampaikan sehingga masuk dalam televisyen. Melalui pekerjaan itu juga, dia mengenali seorang gadis yang cantik iaitu Silvie. 

Setelah semua orang tahu, bahawa Syamsul sememangnya difitnah, beliau telah merancang untuk melansungkan perkahwinan dengan Silvie setelah Syamsul dipinang keluarga Silvie ( tengok, perempuan pinang lelaki beb! ). Namun, hajatnya tak kesampaian setelah Silvie terlibat dengan kelamalangan dan meragut menyawanya.

Hidup Syamsul kian lusuh. Beliau tidak lagi meneruskan lagi usahanya sebagai seorang dai'e dek sedih dengan kematian tersebut. Akhirnya, selepas pujukan keluarga dan Zizi, beliau kembali pulih dan meneruskan usahanya sebagai dai'e dan sekali lagi dilamar oleh Kiai Miftah ( abang Zizi ) untuk adiknya.

Anda juga boleh menonton filem Dalam Mihrab Cinta ini di you tube :


Sedikit Gambaran : Syamsul dan Zizi

Sedikit Gambaran : Ketika Syamsul Hadi dibotakkan

Sedikit Gambaran : Syamsul dan Silvie





Muhammad Iqbal :

1) Selamat membaca ~

2) Tidak semestinya orang itu jiwang jika membaca novel cinta macam ni ye. Ianya bagi aku, perkataan 'cinta' itu sendiri sebenarnya merupakan "pancing" untuk berdakwah melalui karya dan kepada muda-mudi di luar sana.

3) Aku sangat berminat dengan hasil karya Habiburrahman el-Shirazy ni, semuanya bagus-bagus belaka..



____

Bagi yang ingin buat pembelian buku ini, boleh hubungi :

WhatsApp/Telegram +60134194298

____

 Wallahua'lam

Muhammad Iqbal 
Baling, Kedah


5/29/11

Rehlah


Assalamualaikum w.bt

Dengan Nama Alllah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Syukur kepada Allah, beberapa hari lalu, aku bersama beberapa orang sahabat lain telah buat sedikit kembara di daerah Sik, Kedah. Kebanyakkan sahabat-sahabat TRIO yang hadir ialah yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara. Mereka terdiri daripada Mahfuz, Syahidul Ammar, Suhail Anwar, Husnul Hadi, Hamizan, Khir dan aku sendiri.

Mereka yang berada di kawasan yang agak jauh seperti Pulau Pinang dan Jitra tidur dahulu di rumah saudara Syahidul. Pada pagi tempoh hari, alhamdulillah selepas dibenarkan mama, aku pun terus menaiki motor ke rumah saudara Syahidul. Alhamdulillah, selamat tiba dirumahnya dan sempat juga pekena mi goreng yang lazat di situ, hihi bertepatan dengan perutku yang belum diisi ketika itu. Terima kasih mak cik ( mak Syahidul ) !

Perjalanan dimulakan menuju ke arah Tasik Beris. Destinasi pertama ialah Ladang Anggur. Haa, ingat kat Cameron Highland je ada anggur, Sik pun ada aih. Berbanggalah dengan daerah anda, hihi. 

kami masih bersama~

suhail dan syahidul

cafe yang baru nak siap, nampak mantap betul..

papan arah apa ntah ni..

aku dan suhail

Khir mempromosi anngur situ. Ehem, control cute tu..

mahai baq hang!

sekilo pun rasanya tak sampai, fuhh

akhbar

kek berasaskan anggur pun ada..

kordial yang dijampur jus sebenar, hmm, yummy~


pejabat kot ni..

tau air ni sebotol berapa? RM 3.00 baq hang, mahai gila..

pintu masuk ke ladang anggur


Kami sebenarnya tidak masuk pun ke dalam ladang anggur tu. Biasalah save bajet, hihi. Tengok dari luar pun dah ok la tu. Untuk dewasa RM 3.00 dan kanak-kanak pula RM 1.50. Hanya sekadar bersiar-siar di luar ladang tu sahaja. Cantik juga pemandangan di situ, subhanallah!

Seterusnya, kami pergi ke D'Puncak Beris, sebuah resort yang menyediakan perkhidmatan bot, kayak, tongkang, memancing dan banyak lagi. Kali ini, pemandangan dan udaranya lebih menarik dan segar! Rasa puas sangat hirup udara di situ.

Kami memilih untuk menaiki kayak setelah mengadakan perbincangan yang agak lama. Kami memilih untuk menaiki kayak selama 30 minit dan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00.  Letih tu biasa la kan tapi memang seronok dan puas beb!

Kadar yang dikenakan

hmm


doa dibaca sebelum berkayak


pertembungan

husnul dan mahfuz

aku dan Suhail

Berhenti bergambar

alahai, banyaknya gaya depa





Syahidul menambah bekalan minyak





Selepas itu, kami cuba untuk pergi Empangan Beris yang jauhnya lebih 20km dari resort tu. Tapi malangnya, kami tak dibenarkan masuk ke dalam kerana ditahan 2 orang pak guard kat situ. Kami sempat singgah di rumah saudara Syahidul dan Hamizan, dan bersantap apa yang patut. Syukurlah, semuanya selamat. Semoga bertemu lagi ye sahabat-sahabatku~

Muhammad Iqbal :

1) Sangat seronok dan teruja kembali bersama kawan-kawan

2) Entah bila pula kami dapat bersama semula kerana masing-masing akan membawa haluan menyambung pengajian masing-masing.

3 ) Ucapan infiniti terima kasih buat semua rakan-rakan. Anda semua memang terbaik!


Wallahua'lam



Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.




5/24/11

Syahdu Hatiku

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ya Allah berikan aku kekuatan kepadaku untuk menaip. Astaghfirullahala'zim.

Tika aku menaip entri ini, sejujurnya aku sedang menahan lelehan air jernih yang membasahi pipiku ini. Ya, benar, ini bukan main-main.

Tempoh hari, pada pagi yang hening, tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu berita melalui fb. Satu mesej chat yang secara tiba-tiba muncul. Mesej tersebut berbunyi lebih kurang begini :



M :  Saya nak mintak abang Iqbal sedekah kan al fatihah kepada dia..semoga rohnya dirahmati Allah

Aku :  utk sapa?

M :   Abg M

Aku :  Awat plak. cakap betoi-betoi la. jangan duk buat lawak benda ni. ( berada dalam keadaan ragu-ragu + sedih )

M :   Saya adik dia. dia dah meninggal pukul 6.00 ( masa ni dah rasa macam nak luruh dah jantung aku, air mata tiba-tiba terasa nak keluar )

Aku :  innalilah wa inna ilaihiraajiuun... ( sangat sedih )

 M : kenapa pulak?

Aku :  ya Allah...

M : dia meninggalkan tempat tido

Aku : betul?? la hang ni...

* Ada lagi sambungannya, namun setakat ini sahaja aku mampu paparkan


Mesej tu menghantui aku saban hari. Walaupun dia ( M ) hanya kelihatan main-main, tetapi aku di sini mengambil sirius terhadap beliau. Tak lama selepas itu, kerisauan aku terhadap si dia beransur hilang. Namun satu post nya kembali menggugat hatiku. Secara jujur, postnya itu sangat mendalam maksudnya.



Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Tujuan ak mnulis nota ini adalah untuk renungan bersama....

Medical check up yg ak lakukan pada mnggu lalu di Hosptal Pulau Pinang amat mngejutkan ak...
Doktor mngesahkan degupan jntung ak tidak normal....
Walaupun pmeriksaan jntung telah dilakukan 2 kali....


Ujian jantung kali ke-3 telah ak lakukan sbentar tdi di klinik sg.dua....
Doktor tersebut mngatakan degupan jntung ak SANGAT tidak nomal....
Alangkah hibanya ak mlngkah keluar daripada klinik tersebut...
Smenjak itu...fikiran ak tertumpu pada jntung ak...
Adakah smpat ak melayakkan diri ak spenuhnya ke syurga...?

Tazkirah/ceramah Maghrib yg ak hadiri sbntar tdi tidak mmberi ap2 kesan kpadaku...
Tnpa ak sedar...pemandanganku berkaca2...
Dan ak tahu itulah air mataku apabila ak trfkirkan soal MATI...

Doktor juga tidak mmberikan ap2 kata putus adakah ak slamat untuk mlakukan sbrang aktiviti...
Katanya2 seolah2 jntungku boleh brhnti brdegup secara tiba2...
Sebak di hatiku ini siapa yg tahu...
Apabila mngenangkan nyawa yg tersedia untuk dicabut daripada jasadku ini...



Di kesempatan ini,ak ingin mmberi sdikit nasihat utk semua dan driku yg lemah ini...
Kpada sesiapa yg mngambil ringan tntang solat...
Maka sedarlah kamu bhawa maut itu tidak mngira usia...
Bygkn klu kita sngaja tidak solat dan pada wktu itulah roh kita diambil malaikat Izrael...
Sudah tentu kita tahu tmpat apkah yg pling sesuai untuk manusia yg tidak mndrikan solat...


Kepada kaum wanita yg tidak bertudung....
Ak hrap kamu mnutup auratmu itu kerana berdosa besar apabila seseorg muhrim melihat rmbutmu itu...
Seksanya adalah 70000 tahun seksaan api NERAKA hnya utk sehelai rmbut...
Bygkanlah berapa helai rmbut kamu yg kamu dedahkan....
Bygkan berapa kali pula telah kamu dedahkan kpada seorg muhrim...

Kepada perokok pula...
Sdgkan ak yg tidak merokok mmpnyai masalah jntung....
Aptah lagi kamu yg merokok setiap hari...
Mahukah mati kamu berada dlam keadaan yg mnjijikkan?

Kepada bukan Muslim....
Cubalah untuk tidak brhnti mmbca perkataan2 yg sterusnya...
Ak hnya mahu mlakukan tnggngjawabku sbgai seorang Muslim....
Kaji lah tntang ISLAM....nescaya kamu akan mnemui kebenaran....
Jgnlah mmpnyai fikiran negative tntang Islam....
Aku sdhpon mmbritahu kpadamu tntng Islam...
Jgnlah pada Hari KIAMAT nnti kamu pula yg mnyalahkan ak krana tidak mngajakmu memeluk Islam...
Jgnlah kamu menarik ak bersama kamu ke dalam api NERAKA nnti...

Akhir kata...
Ak brharap buah fkiranku ini dapt mnginsafkan sesiapa yg sdi mmbca....
Ak jga brharap agar si pmbca sdi mndoakan kesihatanku berada dalam keadaan yg baik....
Mngkin inilah kali prtma dan kali terakhir untuk kita renungkan tntang soal MATI...
KERANA MAUT ITU TIDAK MNGENAL USIA DAN WAKTU MAHUPON BUDI BICARA UNTUK KITA MNGHADAP ILAHI...

 * ini post dia yang asli tanpa diedit.

Entah mengapa. Jiwa ini kembali tidak tenteram. Teringat kan si dia. Bahang bendalir ukhwah yang terbina walau hanya 2 tahun lebih, menyentap kuat jiwaku. Hiba diriku. Syahdu hatiku. Tak tahan lagi diri mahu meneruskan penulisan ini.

Ketahuilah sahabatku,
walau kita tidak terlalu lama kenal,
sememangnya bendalir ukhwah di hatiku sangat kuat kepadamu,
aku jadi hiba mengenang masa dahulu,
saat kita bersusah payah,
mengharung onak duri bersama,
mahu mengejar cita-cita,
mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi,
kita makan bersama,
minum bersama,
belajar bersama,
pergi mandi bersama-sama,
menyanyi bersama-sama,
berjenaka sesama kita,
berjalan bersama-sama,
ke sekolah bersama-sama,
study hingga lewat malam bersama,
menonton televisyen bersama,
tidur bersama,
wah, hebat ukhwah kita,
subhanallah..
walau apa terjadi selepas ini,
walau aku dijemput terlebih dahulu,
atau engkau dijemput terlebih awal dariku,
kita tetap bersahabat,
aku sentiasa mendoakan sahabat-sahabatku berjaya,
aku sentiasa doakanmu sihat sepanjang masa~

*maaf, nama sahabatku itu, biarlah rahsia....

Pemandangan di celahan bilik asrama kami...




Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.




5/23/11

Hukum Handphone Berbunyi Ketika Solat


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Baru-baru ni aku dan seorang sahabatku, Ashraf Yahya  pergi menziarahi rakan kami, Muslim Baharom di Labu Besar, Kulim. Alhamdulillah, kedatangan kami di sambut baik oleh rakan kami itu. Kami sempat bersembang panjang di dalam rumahnya setelah beberapa bulan tidak bersua, banyak cerita yang keluar. Seronok benar.

Setelah hampir satu jam dirumahnya, kami pun balik. Dalam perjalanan pulang, sahabatku mengajak aku ke Pekan Kulim, saja bersiar-siar di Landmark ( pusat beli belah ) katanya. Biasalah, kami dah pakat-pakat ada lesen, gila stereng la jawabnya kan, hihi. Seperti biasa, aku mencari kedai buku. Akhirnya jumpa, alhamdulillah agak besar kedai buku Hasani di sini. Puas meneroka kedai buku tu, kami pun carilah surau nak solat maghrib. Huh, setelah bertanya seorang pekerja di kedai buku tu, kami pun terus menuju ke surau tersebut.

Masuk sahaja dalam surau tu, kelihatan kebanyakannya hanya solat sendirian. "Aih, tak boleh jadi ni, rugi.." getus hati kecil ku. "Ashraf, jom buat jemaah la noh", aku berkata. Dia mengangguk tanda setuju, alhamdulillah. Aku pun carilah tempat yang strategik untuk buat jemaah, ye la, sesak beb!

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 
“Solat berjemaah lebih utama jika dibandingkan dengan solat sendirian dengan 27 darjat.” 
(Hadis riwayat Bukhari)

Akhirnya, aku ditolak menjadi imam. Alahai .Tak apa, sehingga sampai ke awal rakaat ketiga, kedengaran satu deringan handphone berbunyi agak kuat dari bahagian makmum di belakang. Uish, agak mengganggu. Tiba-tiba, sesuatu yang tidak diingini berlaku. Masya-Allah, handphone aku berbunyi ketika sedang dalam tahiyyat terakhir! Aku teringat masalah ini pernah di jawab oleh Ustaz Zaharuddin di bukunya 'Mutiara Akidah & Ibadah'. Jadi, aku berusaha untuk menghentikan deringan handphone aku tu. Alhamdulillah, berjaya! Aduih, selalunya aku silent kan handphone aku tu, tapi kali ni, lupa pulak, hihi.

Oleh itu, di sini aku nak kongsikan dengan pembaca-pembaca blog ini sekalian mengenai hukum handphone berbunyi ketika solat. Adakah kita perlu hentikan solat kita? Atau hentikan deringan handphone kita ? Atau buat tak tahu je? Ok, semuanya bakal terjawab setelah anda membaca soal jawab di bawah ni. Jom baca sekarang, rassss~

Ehem, handphone sapa ntah...hihi



Soalan

Surachei Suksuvan a/l Ron  wrote:

ASSALAMUA'ALAIKUM UST,

Saya muhammad yusuf surachei b. Abdullah dari kulim, kedah.. Saya adalah saudara baru yang telah convert hampir 4 tahun, saya telah baca beberapa artikel yang telah ust huraikan dalam website ust terutama mengenai isu2 semasa seperti pelaburan internet, asb, dan sebagainya.. Di sini saya ada satu attachment mengenai hukum mematikan hp ketika solat.. Apa pendapat ust tentang perkara ini? Terima kasih.. ..


Jawapan 

Wa'alaikumussalam,
Selamat datang ke web saya dan terima kasih atas kesudian membacanya.
Menurut kefahaman saya, hukum mematikan ‘handphone' sewaktu solat jemaah dan solat secara individu adalah wajib (dimestikan).  
Ini kerana :-


1) Tegahan dari terpesong minda & hati : Nabi tidak membenarkan umatnya terpesong minda, hati dan wajah semasa menunaikan solat. Tegahan Nabi ini boleh dilihat dari hadith berikut:-

إن الرجل لينصرف وما كتب له إلا عشر صلاته تسعها ثمنها سبعها سدسها خمسها ربعها ثلثها نصفها 

Ertinya : " Seseorang yang beransur dari solatnya dituliskan baginya pahala dari persepuluh pahala solatnya, 1/9,1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3  atau ½
( Riwayat Abu Daud dan An-Nasaie , Shohih menurut Ibn Hibban ) 

فإن هو قام وصلى فحمد الله تعالى وأثتى عليه ومجده بالذي هو أهل وفرغ قلبه لله تعالى إلا انصرف من خطيئته كيوم ولدته أمه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang berdiri dan solat serta memuja muji Allah SWT dengan pujian yang selayak bagiNya, serta mengosongkan hatinya bagi Allah SWT kecuali tatkala ia keluar dari dosa-dosanya seperti anak yang baru dilahirkan"
( Riwayat Muslim) 

المصلي يناجي ربه

Ertinya : "Sesungguhnya seseorang yang sedang bersolat adalah sedang bermunajat dengan tuhannya"
( Riwayat Al-Bukhari, no 413 ; Muslim , no 551  )

فإذا صَلَّيْتُم فَلا تَلتَفِتُوا , فإنّ اللهَ يَنْصِبُ وَجْهُه لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلاتِهِ مَا لمْ يَلتَفِتْ

Ertinya : "Apabila kamu solat, janganlahkamu menoleh (ke sana sini yakni tidak fokuskan pandangan), kerana Allah SWT mengarahkan wajahNya ke wajah hambanya yang sedang bersolat selagi mana hambanya tidak menoleh ke lain
( Al-Bukhari dan Abu Daud ; fath AL-Bari , 2/304 ) 

Justeru, difahami dari zahir dan objektif di sebalik tegahan-tegahan ini, kita akan mendapati mesej baginda SAW amat jelas untuk seseorang menumpukan hati dan mindanya kepada Allah SWT semasa solat. Dengan kumpulan dalil-dalil ini saya kira telah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan kewajiban menutup hand phone semasa solat. 

                                                                  
2)     Tegahan dari menganggu ahli jemaah yang lain

Sebagaimana kita fahami, bahawa bunyi handphone ini mampu mengganggu seluruh ahli jemaah yang sedang menunaikan solat. Terutamanya jika ia bermuzik dengan lagu dangdut, pop, rock yang pelbagai maka sudah tentu dosa pelakunya lebih besar.

Keadaan ini dapat difahami dari tegahan Nabi SAW terhadap umat Islam yang datang ke masjid dengan setelah memakan makanan berbau dan busuk. Nabi SAW besabda :- 


من أكل ثوما أو بصلا فليعتزلنا أو قال فليعتزل مسجدنا وليقعد في بيته

Ertinya : Barangsiapa yang makan bawang putih atau merah (yang tidak dimasak dan kuat baunya) maka jauhilah kami atau disebut : jauhilah masjid-masjid kami dan duduklah ia di rumahnya sahaja 
( Riwayat al-Bukhari , no 808 ) 

Pernah juga diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri r.a bahawa : 

Nabi SAW pergi beriktikaf di sebuah masjid lalu kedengaran bunyi bacaan al-Quran yang lantang di dalam masjid, lalu Nabi SAW segera menyelak langsir (kerana rumah nabi di sebelah masjid ) lalu berkata " Setiap kamu hendaklah bertutur secara peribadi dengan tuhanmu, justeru janganlah seorang kamu menganggu yang lain dengan meninggikan suaranya semasa membaca al-Quran "
( Riwayat Abu Daud : 1332) 

Kesimpulannya, wajib menutup hand phone semasa solat sendirian dan berjemaah. Sekiranya terlupa dan handphone berbunyi, maka wajiblah bergerak sedikit untuk menutupnya. 

Pergerakan  

Pergerakan ini tidak membatalkan solat kerana ia adalah pergerakan wajib, sebagaimana Nabi SAW mengizinkan untuk membunuh binatang bisa kecil semasa solat. Diriwayatkan 

أن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏أمر بقتل الأسودين في الصلاة العقرب والحية

Ertinya : Sesungguhnya Nabi SAW mengarahkan agar membunuh dua binatang bias walaupun ketika solat iaitu kala dan ular (jika ia menghampiri ketika solat) ( Riwayat Ibn Majah, no 1235 )
 
Hasilnya, jelas kita dapat memahami bahawa wajib juga bagi seseorang untuk bertindak ‘membunuh' bunyi handphone nya yang mengganggu jika berbunyi kerana ia amat berbahaya dan merosakkan ketenangan orang sedang solat, sebagaimana bahayanya kala dan ular.
Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman



Wallahua'lam
Muhammad Iqbal
Baling, Kedah


5/22/11

Tahniah Buat TRIO!! [ updated ]



Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah. Lepas ni alam maya bakal kosong seketika dek kesibukann para pelajar lepasan SPM 2010 masing-masing menghala ke institusi-institusi pengajian mereka. IPTA-IPTA , kolej-kolej dan matrik. Hmm, nampaknya aku je la yang duk melangut tiga bulan kat rumah ni menternak lemak, hihi.



Logo TRIO

 TRIO? Apakah itu?

TRIO tu sebenarnya nama batch aku ketika di SBPI Kubang Pasu. ia merupakan singkatan kepada Third Revolution of Integrated Organisation. Kami bersama menghadapi jerih payah untuk perjuangan menuju ke puncak tertinggi. Usaha dan terus berusaha, membantu dan saling membantu. Seronok sungguh. Kenangan yang sukar aku lupakan.

Entri kali ni nak mengucapkan jutaan tahniah buat semua sahabatku yang sudah dan akan melanjutkan pelajaran mereka. Tak kira la dalam atau luar negara, yang pastinya semua kita bakal melanjutkan pelajaran ke medan yang lebih tinggi.

Di sini aku sebutkan nama-nama sahabat aku yang dapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dan juga para pelajar yang akan ke IPTA, Matrik, IPG, DQ dan lain-lain. Tahniah sekali lagi buat anda!

IPTA

  1. MUHAMAD KHAIRIL ZAHIDI ( UNIMAS -  ASASI SAINS HAYAT )
  2. MUHAMMAD HASIF BIN MANSOR (UPM - ASASI SAINS PERTANIAN)
  3. MUHAMMAD ZULFARHAN BIN AHMAD (UPM - ASASI SAINS PERTANIAN)
  4. MUHAMMAD AFIFI BIN ISMAIL (UPM - ASASI SAINS PERTANIAN)
  5. ABDUL GHAFUR BIN ROMLI (UPNM)
  6. MUHAMMAD IZZAT BIN ABDUL RAZAK (UPNM)
  7. MOHAMMAD SOFI BIN NADJUMUDDIN (UNIMAS - ASASI SAINS HAYAT)
  8. MUHAMMAD AMAR FAHMI BIN ZAINOL (UM-ASASI SAINS FIZIKAL)
  9. MUHAMMAD FISOL BIN HARUN (UM - ASASI SAINS FIZIKAL)
  10. ALI ZULFAKAR BIN KHAIRUDIN (UM - ASASI SAINS FIZIKAL)
  11. MUHAMMAD IZZAT BIN ROSLI (UM - ASASI SAINS HAYAT)
  12. ANUAR AZMAN BIN ZAKARIA (UM - ASASI SAINS HAYAT)
  13. AMIRUL LATIF BIN ISHAK (UM - ASASI SAINS FIZIKAL)
  14. WAN MUHAMMAD ADLAN (UM - ASASI SAINS HAYAT)
  15. MUHAMMAD ASYRAF HANIS (UM - ASASI SAINS HAYAT)
  16. AMIRUL ASYRAF BIN ABDUL AZIZ (UIA - ASASI KEJURUTERAAN)
  17. MOHAMMAD ASYRAF BIN ADZHAR (UIA - ASASI KEJURUTERAAN)
  18. ABDUL AZIZ BIN JASANI (UIA - ASASI KEJURUTERAAN)
  19. KHIR BIN IDRIS (UIA - ASASI KEJURUTERAAN)
  20. AKMAL BIN ABDUL RASHID (UIA - ASASI KEJURUTERAAN)
  21. MUHAMMAD FARIS AZIM BIN ABDUL RAZAK (UIA- ASASI KEJURUTERAAN)
  22. MUHD BAZLI BIN MAD YUSOP (UIA-ASASI FARMASI)
  23. MUHAMMMAD HAFIZZUDIN BIN BAHATON (UIA - ASASI EKONOMI)  
  24. IKHWAN HAMDI BIN HASHIM (USIM-TAMHIDI SAINS DAN TEKNOLOGI)   
  25. PAK SALAM ERWIN JOKO ANUAR,BOMOH TERKENAL (UIA-ASASI SAINS FIZIKAL)              
  26. AMIN TAUFIQ BIN ZAKARIA (DIP COMPUTER NETWORK-KPM INDERA MAHKOTA) 
  27.  AHMAD NAUFAL BIN AHMAD SOKRI (USIM - TAMHIDI SYARIAH DAN UNDANG - UNDANG)
  28. MOHAMMAD HAMIZAN BIN ABDUL AZIZ (UIAM - ASASI SENI BINA)
  29. FATIN HAMIZA BINTI ABDUL RAHMAN ( UIA - ASASI KEJURUTERAAN )
  30. NUR ARIFAH HAJAR BINTI AHMAD SOFRI ( UIA - ASASI FARMASI )
  31. SITI HUMAIRAA BINTI 'ALIMIN ISMADI ( UIA - ASASI EKONOMI DAN SAINS PENGURUSAN )
  32. FARAH FARHANA BINTI ZOLKAPLI ( UIA - ASASI KEJURUTERAAN )
  33. MUHAMMAD RIDZA BIN AZHAR (USIM-TAMHIDI SAINS DAN TEKNOLOGI)
  34. NURUL NADIA HANIS BINTI MKHTAR(UITM-DIP SENI KULINARI)
  35. MUHAMMAD ZULHELMI BIN ABDUL JALIL (UIA-SAINS FIZIKAL)
  36. ABDUL RAHMAN BIN ZULKHAIRI (UITM-ASASI UNDANG-UNDANG)
  37. MUHAMMAD SHARIFULLAH BIN CHE SHARIF(UITM-ASASI UNDANG-UNDANG)
  38. NUR SYAHIRAH BINTI ZAINAL ABIDIN(USIM-TAMHIDI SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG)
  39. ANIS NABILA BINTI KAMIS (UPNM-ASASI PENGURUSAN DAN STRATEGI PERTAHANAN)
  40. SHAHNIZA ZARINA BINTI MAD RONI (UIA-ASASI EKONOMI DAN SAINS PENGURUSAN)
  41. SITI ZULAIHA BINTI NYAN (UPNM-ASASI PERUBATAN DAN KESIHATAN PERTAHANAN)
  42. NUR FATIN IZZATI BINTI AHMAD RAZI (UPNM-ASASI PERUBATAN DAN KESIHATAN PERTAHANAN)

MATRIK

  1. ZAKARIA BIN NAZIR (KMK)
  2. MUHAMMAD AIZAT NAZMI BIN RASHIDI (KMK)
  3. MUHAMMAD NAFIS BIN ABDUL RASHID (KMK)
  4. ZAID BIN MUHAMMAD (KMPP)
  5. AHMAD IZHAR BIN BASIR (KMK)
  6. MUHAMMAD NASHRIEZAN BIN ABU BAKAR (KMPERLIS)
  7. MUHAMMAD NUR AMSYAR BIN SHAARI @ MD. NOH ( KOLEJ MARA KULIM )
  8. NUR SYAHIDAH BINTI AZIZAN (KMK)
  9. NUR MUSYIRAH BINTI MUHAMMAD NOR (KMK)
  10. HANAAN  BINTI HASSAN (KMK)
  11. DIYANA NAZIRAH BINTI SAAD (KMPP)
  12. NUR SYAHIRAH BINTI AHMAD SOBRI (KMPP)
  13. NURUL HUSNA BINTI ABU BAKAR(KMK)
  14. AMIRAH FARHANAH BINTI KAMARUDDIN (KMK)
  15. AINSHATUN BINTI MANSUR (KMK)
  16. NUR AQILLAH SHAUKAT BINTI MOHAMED SUHAIMI (KMK)
  17. NOOR AMALINA BINTI MOHD SHUKRI (KMK)
  18. NOR SAADAH BINTI MUSA (KMK)
  19. SITI HAWA BT OSMAN (KMPERAK)
  20. NANG ADILAH BINTI HJ NIK SIN(KMK)
  21. MOHD MUSADDIQ BIN MOHD AMIN(KMPERLIS)
  22. ROZIELA BT HASSAN (KMK)
  23. NUR AMALINA BT MOHD ZAIDI (KMK)
  24. NUR AWANIS BINTI HAMID (KMPERLIS)
  25. SITI ZULAIKHA BINTI NORDIN (KMPERLIS)
  26. INTAN MUNIRAH BINTI AHMAD RAFIDI(KMK)
  27. NADILA BINTI SHAFII (KM TEKNIKAL PENDANG)
  28. MOHD IKHMAL B CHE AZIZ (KM TEKNIKAL PENDANG)
  29. HANIS AMZAR B ......(KM TEKNIKAL PENDANG)


INSTITUT PERGURUAN (IPG)
  1. NOR HASANASIHA BT ABU BAKAR  (IPGM KAMPUS KOTA BHARU -PPISMP PEND. ISLAM) 
  2. KHAIRATUL AMIRAH BT ZAINUDDIN (IPGM KAMPUS KOTA BHARU -PPISMP B.INGGERIS)



OVERSEAS

1.  Husnul Hadi bin Khoirudin--- MARA-- Mesir/Jordan- Syariah (Perbankan & Ekonomi)
2.  Nurul Atikah Bt Md Noor---- JPA---- USA---- Kejuruteraan
3.  Muhammad Afif Akmal B Rosli---- JPA---- Jepun---- Kejuruteraan
4.  Muhammad Nadzrin B Mahamud Fauzi----- JPA---- Australia Farmasi
5.  Nurul Abidah Bt Mohd Ghazali -----JPA---- Mesir---- Perubatan
6.  Muhammad Aminuddin B Khalid -----JPA----- Mesir----- Perubatan
7.  Nurul Sheefa Bt Ayob---- JPA---- Mesir---- Perubatan
8.  Nabil Huda Bt Che Murad ----JPA----- Mesir----- Perubatan
9.  Mohamad Nizar Zaidi B Mohd sabri----- JPA----- Jepun---- Kejuruteraan
10. Fatin Shahirah Bt Shari ----JPA------ Jordan------ Perubatan
11. Sukainah Barirah Bt Abdul Kadzir Ruslan----- JPA----- Jordan---- Perubatan
12. Nor Faizah bt Ahmad------YZNK-----Mesir-----Perubatan
13. Muhammad Iqbal bin Samsudin ----Y
ZNK---- Mesir----- Perubatan
14. Syahidul Ammar bin Said ----YZNK----- Mesir---- Perubatan
15. Rabiatul Adawiyah bt Saad---- YZNK---- Mesir---- Perubatan
16. Nur Hayati bt Mahmud ----YZNK------ Mesir----- Perubatan
17. Nur Dalila bt Roslizan--- YZNK--- Mesir---- Perubatan
18. Ahyad bin Md Desa ---MARA--- Mesir/Jordan---- Perubatan
19. Muhd Ashraf bin Mohd Shafii ----MARA---- Mesir/Jordan--- Perubatan
20. Nurul Ajmal bt Mohd Mohsin ---MARA--- Mesir/Jordan--- Perubatan
21. Khairunnisa bt Mohd Kamaludin----- MARA ----Mesir/Jordan---- Perubatan
22. Aidid Nawawi B Ghazali ----JPA---- Poland---- Perubatan
23. Muhd Asyraf bin Yahya--- MARA---- Mesir/Jordan--- Pergigian
24. Muhd Syamim bin Harun ----MARA----- UK ----Perubatan
25. Suhail Anwaar bin Ahmad Shafiai---- MARA--- UK--- Perubatan
26. Siti Nur Akilah bt Ismail ----MARA--- UK--- Bioteknologi
27. Ahmad Mahfuz bin Mohd Zulkifli ---MARA--- Australia/UK--- Bioteknologi
28. Maryam bt Khamaruzaman --MARA--- Australia--- Bioteknologi
29. Mohd Rosman bin Razif--- MARA ----Australia/NZ---- Kejuruteraan
30. Muhd Syahid bin Anuar ---MARA--- Australia---- Kejuruteraan
31. Munirah bt Hassan------JPA-----India------Pergigian
32. Nur Syahirah bt Zamzari-----YZNK-----Mesir----Perubatan

DARUL QURAN
1. ALYANA FATINI BINTI AZIZMAI@AZMI
2.NUR WAJIHAH BINTI IAHASAN



*JZNK = Jabatan Zakat Negeri Kedah





Muhaammd Iqbal : 


1) Kepada sahabatku sekalian, jagalah diri anda baik-baik. Terutamanya yang bakal 'fly' di negara orang tu. Tu bukan negara asal anda, ingat tu, sentiasalah hati-hati.

2) Kepada sahabat yang belum habis lagi kecewa, hanya satu pesanku, yakin dengan Allah, Dia tahu yang terbaik buat anda.

3) Jom sama-sama teruskan perjuangan Nabi S.A.W menyebarkan dakwah. Yakinlah, bahawa Allah akan menolongmu jika kamu membantu agama Allah ( 47 : 7 ).




Wallahua'lam



Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.

Jom Kira BMI Kita...


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Tahukah anda bahawa 3.4 juta rakyat Malaysia mengidap diebetes bagi tahun 2010. Masya-Allah, itu satu perkara yang amat membimbangkan. Al maklumlah, Malaysia kan terkenal dengan 'syurga makanan'. Ramai hidup untuk makan daripada makan untuk hidup. Lalu muncul para bijaksana mencipta pelbagai ramuan ubatan untuk mengaut keuntungan melalui situasi rakyat Malaysia ini. Bukan hanya jualan langsung sahaja, bahkan ramai juga yang dah menjadi jutawan. Hebat kan.

Obesiti. Ya, kebanyakan antara kita yang menghidapi diebetes adalah setelah mereka menghidapi obesiti. Dan malangnya, ramai juga yang tidak menyedari bahawa mereka menghidap obesiti ni. Dengan itu, aku dengan suka hati pada kali ni, nak berkongsi dengan anda semua mengenai cara nak kira BMI kita. 


BMI?


BMI ialah Body Mass Index atau Indeks Berat Badan. BMI  merupakan suatu pengukuran yang menunjukkan hubungan antara berat badan dan tinggi badan. BMI merupakan suatu rumus matematika dimana berat badan seseorang (dalam kg) dibagi dengan tinggi badan (dalam cm). BMI lebih berhubungan dengan lemak tubuh dibandingkan dengan indikator lainnya untuk tinggi badan dan berat badan.


Jadi, sekarang, jom kita cuba kira BMI kita masing-masing ye~



Formula untuk mengira BMI
Opss, nak buat apa tu? Ambil kalkulator ke? Haha, tak perlu. Sekarang dah mudah, alhamdulillah. Anda boleh mengira secara online sahaja BMI anda. Anda boleh mengira di laman ini. Jom!





Dah dapat keputusan?? Ok, sekaranng lihat kat bawah ni, dan anda kategorikan sendiri diri anda.


18.5 ke bawah = Kurang Berat Badan 

18.5 - 24.9 = Normal 

25 - 29.9 = Berlebihan Berat Badan 

30 dan ke atas = Obesiti atau kegemukan



Muhammad Iqbal :

1) Kurangkan manis dalam hidangan makanan, tambahkan kemanisan dalam iman dan amalan.

2) Jika anda dikategorikan sebagai penghidap obesiti. Mulai sekarang anda harus lakukan sesuatu. Jangan biarkan sahaja, kelak dikhuatiri penyakit lain pula yang bakal menimpa. :)


3) Anda boleh lihat entri ni juga untuk menjaga kesihatan :  Jom, 8 Gelas Sehari !!





Wallahua'lam


Muhamad Iqbal
Baling, Kedah.