3/28/11

Ku Gagahi Jua



Maha suci Allah, yang sentiasa memberi nikmat kepada hambanya yang tak terhitung.Dengan sifat ar-RahmanNYA, semua hambanya, tak kira yang ingkar atau pun tidak, DIA tetap memberikan nikmat yang banyak, namun manusia, ramai yang tenggelam dalam nikmat kurniaanNYA tanpa bersyukur.

Adakah itu aku? Atau kita? Tepuk kepala tanyalah diri anda.

Alhamdulilah, kali ini aku diberi ruang dan peluang untuk mewarnai kembali pelosok blog ini setelah sekian lama membiarkannya sedikit terhabuk di sana sini. Mungkinkah tarikh keramat 23hb Mac lalu memyebabkan aku tersentak begini?? Segalanya, biarlah rahsia.

Langsung tidak dapat ku nafikan, aku telah dirudung pilu menelan peria yang sungguh kelat untuk ditelan tempoh hari. Namun, ku gagahi jua kerana ku yakin dengan ketentuanNYA dan tidak dilupa, kata-kata orang tua, yang pahit itulah penawar.

Terima kasih juga kepada senior-senior yang amat prihatin terhadap junior-junior mereka. Menasihati dan mengambil berat tanpa jemu kepada kami. Terima kasih Abang Solihin dan Abang Safuan kerana telah menolong serba sedikit dan menasihatiku.

Kini, aku semakin bertambah yakin atas apa yang Allah beri kepada ku sekarang. Permulaan yang penuh liku bagiku, nak isi JPA dan MARA pun tak lepas, haha. Tak apa, pantang menyerah sebelum berjuang bermatian. Keputusanku yang lepas tidak akan aku benarkan ia menguburkan semangat aku. Allah create everythings, Allah know the best for us.

Tetapi, walaupun begitu, mama dan ayah tetap memberi sokongan dan berbangga dengan anaknya ini. Itu pun sebenarnya nikmat maha hebat daripada Allah kepadaku. Aku dah menggembirakan hati ibu bapa!!

Lima entri cadangan bagi memulihkan semula semangat anda jika anda senasib dengan aku :



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.


Gambaq ni aku tangkap kat bilik studi



Tahniah buat 26 orang yang 'lurus' A itu!! gambar dikreditkan kepada guru tersayang, Encik Ariffin Salleh


Video cadangan, La Tahzan!! rass~


 p/s : yang lalu biarkan berlalu, coraklah kejayaan yang lebih cemerlang untuk masa hadapan bagi mengangkat sejarah yang akan kita ciptakan.Alhamdulillah, ku gagahi jua diri ini menerima hakikat..




Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.



7 comments:

  1. tension dan sedih sudah jadi lumrah...

    ini baru permulaan... yakin dengan ketentuan Allah..

    pengakhiran dia mita belum tahu...

    ReplyDelete
  2. SeRiKaNDi_uMaR93 : ana taklah se'tension' mana, macam mana perasaan ni ntah, sukar ditulis dgn aksara-aksara..

    ReplyDelete
  3. apa-apa pun...

    perasaan itu datang dari Allah...

    ReplyDelete
  4. sabar la.. mintak la asasi.. asasi pon dpat elaun byk.. sama ngan matrik.. nnt nak masuk dgree, struggle stiap sem bg dpat 3.7 above.. senang nk mntak scholar..blaja kat memana is the same.. kita yg nak atau xnak ja.. spm is not the end of the world.. k. gudluck

    ReplyDelete
  5. SeRiKaNDi_uMaR93 : ermm, betul tu, terima ja la..

    senior : terima kasih atas nasihat anda, saya amat hargai semua nasihat itu..

    ReplyDelete
  6. the world is not over yet when we didnt make up something perfectly.may u succeed in your life.with difficulties comes eases.have faith in HIM .

    ReplyDelete
  7. Insya-Allah...I'm sorry, I can't be perfect ( haha, teringat pulak lagu mat salleh tu ). May us always have faith in HIM.

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter