5/31/11

Q&A : Saya Nak Clash!



  Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

 

Kali ni sekali lagi inbox formspring aku diterjah soalan yang agak 'panas' selepas pernah sekali dah muncul. Tak ingat jugak? Klik sini. Kali pertama baca soalan ni, aku terfikir, kenapa soalan-soalan sebegini sering ditanya kepadaku? Hmm, mungkin juga aku seorang remaja seperti mereka. Biarlah. Aku jawab hanya sekadar termampu sahaja. Maaflah jika tidak mengikut kehendak si hamba yang bertanya.

 

Soalan : apa nak buat kalaw kita rasa nak ja clash..rasa macam no feeling dah...tapi berat atie la pulak...nak buat cena?


Ok, saya rasa saya faham masalah anda. Beginilah, saya ni bukan pakar kaunseling atau seorang ustaz, tapi insya-Allah saya akan jawab mengikut kemampuan saya.

Apa yang saya faham, anda sekarang sedang ber'couple' la kan dan dah rasa tak ada perasaan kepada si dia. Namun begitu anda anda rasa berat hati untuk meninggalkan si Dia. Itu yang saya faham dengan soalan anda.

Pada hemat saya, itu merupakan satu tindakan yang baik! Tahniah, anda kini perlu jadi lebih kuat untuk menghadapinya.

Mengapa saya kata ianya tindakan yang baik?

Kerana, dalam Islam, hubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa ikatan pernikahan yang sah merupakan sesuatu yang HARAM. Ianya kerana Allah berfirman dalam surah al-isra', ayat 32 :

" Dan janganlah kamu mendekati zina ; ( zina ) itu sesungguhnya suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk "

Ayat tersebut menunjukkan bahawa bukan sahaja melakukan ZINA sahaja HARAM bahkan menghampirinya juga HARAM.

Perbuatan couple sebelum nikah itu juga sebenarnya merupakan satu bentuk ke arah perzinaan. Ya, ia benar. Buktinya sudah banyak di luar sana.

Bermula dengan pandangan pertama, mulalah turun ke jari menekan butang handphone untuk mesej-mesej. Lepas tu, syaitan nampak peluang yang baik, dia pun hasut suruh berjumpa. Mulanya malu-malu, lepas tu mula la seronok. Kualiti solat juga akan merosot dan menyebabkan kemanisan solat hilang entah ke mana dan pintu maksiat lebih luas terbuka.

Pada masa itu, syaitan pun amatlah seronok kerana dia akan mudah mengheret ke arah penzinaan. Mula-mula ringan-ringan, hanya pegang-pegang. Dah lama, mulalah melarat ke arah yang lebih ekstrim. Dan akhirnya, jika dahulu hanya sekadar 'mula-mua' kini dah jadi 'mual-mual' akibat terkena panahan hasutan syaitan laknatullah.

Nau' zubillahimin zaalik!

Jadi, sebenarnya rasa nak clash itu ialah kerana iman anda yang mendesak ke arah kebaikan. Beratnya hati anda itu kerana nafsu anda sendiri & bisikan syaitan laknatullah, pilihlah pilihan yg diredhai Allah .




Sila Tonton Video ini. Rasss~


Video-video lain.




Muhammad Iqbal :

1) Aku hanya menjawab soalan itu berdasarkan ilmu yang cetek di dada. Maaf jika ada banyak kekurangan. Anda boleh menambah ( jika mahu ) di bahagian komen.

2) Penggunaan "aku" hanyalah dalam penulisan blog ini sahaja. Untuk berinteraksi dengan orang lain, kebanyakkannya aku menggunakan "saya".

3) Baca juga entri : Komik Yang Pernah Menginsafkan Aku !!  Soalan Yang Tak Diduga~


Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.

13 comments:

  1. penyelesaian masalah cinta adalah nikah...bukan bercouple...

    ReplyDelete
  2. ya, ummi setuju saranan di atas. ummi dan suami pun nikah masa usia 24 tahun. walaupun masa tu ummi seorang baru bekerja, manakala suami baru habis belajar...tapi alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami :)

    ReplyDelete
  3. ya, ummi setuju saranan di atas. ummi dan suami pun nikah masa usia 24 tahun. walaupun masa tu ummi seorang baru bekerja, manakala suami baru habis belajar...tapi alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami :)

    ReplyDelete
  4. @Abah Yie&Ummi Na : Alhamdulillah, satu perkongsian pengalaman yang baik. Terima kasih (^_^)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. muhammad Iqbal, saya sangatla suka membaca entry anda walaupun tgh exam:)

    just sharing. cinta itu fitrah, semua org merasa. n cinta itu jugak sebagai ujian. as a muslim yang beriman, insyaAllah, kekalkan meletakkan cinta itu pada tempat y betul. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  7. @exsapphire : Syukran!

    Ya, seperti dalam entri pertama yang saya taip dulu, CINTA itu memang tidak boleh disembunyikan. Tapi jika diletakkan pada tempat yang betul, tiada salahnya..

    Tengah exam ke, good luck!

    ReplyDelete
  8. kalau nak clash... clash sahaja... kerana
    "MAKIN LAMA DI PENDAM DAN DIBIARKAN DAN DI LENGAHKAN...MAKA AKAN MAKIN DALAM LUKA DI HATI PASANGAN..."

    "BUKAN KAH JUJUR ITU ADALAH LEBIH BAIK..^_^"

    ReplyDelete
  9. @hestyrezyuda : Ya, jangan biarkan diri anda binasa kerana si dia. Sebaliknya, cintailah Allah, kerana ianya cinta abadi..

    ReplyDelete
  10. masya Allah saudara...terlalu banyak kekhilafan dlm diri ini...terima kasih atas peringatan ini, moga diri saudara mendapat pahala yg byk d cc Allah kerana niat suci saudara ini...

    ReplyDelete
  11. @ Rozie Amilin :

    sama-sama. Saya hanya tulis apa yang saya tahu berdasarkan ilmu cetek saya. Moga-moga ianya dikira amal baik oleh Allah Subhanallah Ta'ala.

    Terima kasih kerana sudi membaca :)

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter