5/10/11

Jom, 8 Gelas Sehari !!

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
"Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan..."
( Surah al-Baqarah : 195 )



 Sejak akhir-akhir ni, entah mengapa, aku jadi lebih minat dengan sky juice ( air masak/kosong, sengaja bagi sedap sikit bunyinya ) . Dahulunya aku suka sangat dengan benda manis ni, coklat, ais kacang, air cendol, air yang manis dan banyak lagi la. Ye la, dulu pergi sekolah pun kalau nak bawak bekal air pun, mesti mama letak air berperisa, tapi selalunya air teh la.

Namun, apabila meningkat dewasa, banyak maklumat dan info yang kita dah tahu. Minum minuman yang manis ni, bukan menambahkan pemanis senyuman kita bahkan langsung tidak dapat senyum jika tahu kita dah hidap penyakit kencing berdiri manis ni.

Jadi, dari hari ke hari, aku tanamkan dalam diri cuba sedaya yang boleh untuk cuba memperbanyakkan minum air masak dalam sehari. Hatta, jika ke kedai makan sekali pun, aku hanya mintak air suam saja. Kadang-kadang, kawan-kawan siap dah tolong order khas untuk aku, air suam. Jimat pun jimat, sihat pun sihat kan. Tapi bila ada hamba Allah nak belanja aku makan, memang order yang best-best la, bukan senang, hihi.  Kenapa aku buat macam tu?? Tahukah anda, 3.4 juta rakyat Malaysia mengidap diebetes bagi tahun 2010?? Oleh itu, aku pun tak mahulah meletakkan diri aku ni ke lembah kebinasaan ( 2 : 195 ).


Bagaimana nak minum 8 gelas sehari??

Sebenarnya, 8 gelas tu hanya sebagai gambaran mudah untuk sukatan minuman air dalam sehari. 8 gelas yang digambarkan tu, kira-kira lebih kurang bersamaan dengan 2.5 liter sehari. Jadi, kalau minum 8 gelas sekalipun, tapi gelas tu saiz kecik molek je, hmmm, tak guna jugak kan. Baru-baru ni, aku ada terbaca satu buku, cara dia susun atur jadual harian dia mantop jugak, antaranya jadual bagaimana nak minum 8 gelas sehari. Berikut caranya yang aku olah sedikit :

2 gelas waktu subuh ( sebelum solat sekali, selepas solat sekali )


2 gelas waktu zohor ( sebelum solat sekali, selepas solat sekali )


2 gelas waktu asar ( sebelum solat sekali, selepas solat sekali )


2 gelas waktu malam ( pilihlah waktu yang sesuai sebelum atau selepas waktu maghrib dan isya' )
=  8 gelas  


Kita orang Islam. Kita solat. Solatlah yang membezakan kita dan orang kafir yang lain. Melalui solat Allah sememangnya telah membantu hambaNya menyusun waktu dengan ideal. Justeru itu, tiada salahnya kita manfaatkan waktu-waktu solat kita sebagai ukuran untuk amalkan gaya hidup sihat ini. Hendaknya lebih diberkati oleh Allah. Jangan lupa pulak, minum tu dengan tangan kanan dan baca bismillah. Kan kita nak ambil suratan amalan kita dengan tangan kanan dan tidak mahu makan atau minum bersama syaitan laknatullah?? Jadi, marilah kita sama-sama cuba amalkan~

Untuk lebih info, boleh ke sini, sini dan sini.


 Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah



5 comments:

  1. formula menarik. selama ni baca-segelas setiap sejam..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..bagus2

    info yang dah lama diperkatakan, dan dapat juga refresh balik kat sini..

    air adalah penawar segala penyakit..*betulkah=_=

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, setakat ni mmg akak konsisten minum lebih 8 gelas sehari. Biasanya bermula solat subuh hingga subuh esoknya akak minum paling kurang 3 liter air hehe....

    ReplyDelete
  4. nak try aplikasikan la..agar xmengamalami dehydration nnt..
    nice post..! =)

    ReplyDelete
  5. blog-tips-kurus : memang menarik!!

    Nazihah@Jiha : insya-Allah, benarlah tu..

    Abah Yie&Ummi Na : baguslah tu, semoga istiqamah ye~

    amalin shafirah : jom amalkan..

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter