1/2/13

Lughah Jannah.





Tiba-tiba, saya jadi rindu.

Rindu pula kepada majlis ilmu agama.

Entah.

Dahulu, semasa first year, ketika tinggal di Hayyu Sabi', saya selalunya akan hadiri kelas hadis yang disampaikan Syeikh Rifa'at Fauzi selepas solat subuh, setiap hari.

Nama pun first year, pastilah mengambil masa untuk faham bahasa arab. Tambahan, bahasa arab yang digunakan pula bukan sepenuhnya fusha, tetapi 'ammiyyah.

Ternyata mengambil masa.

Namun, nasihat ustaz lain, sentiasa lekat. Kata mereka, " Enta dengar dulu, insya-Allah lama-lama nanti Allah bukakan kefahaman kepada enta. Cumanya, jangan putus asa sahaja..."

Teringat juga kata seorang guru arab saya yang juga marhaen Mesir, ketika di kursus persediaan bahasa dahulu, selalu berpesan, " Jangan risau, kita dahulu semasa kecil, kita mulakan dengan mendengar dahulu, faham dan barulah boleh bercakap. Jadi, jangan gundah, teruskan mendengar dan mendengar. Seterusnya cuba faham dan amalkan dan kehidupan..."

Dalam kesibukan belajar medik, saya cuba menjadi pendengar.

Cuba hadir ke kelas pengajian dalam bahasa arab daripada masyeikh, walau tidak sebanyak mana sangat, namun saya cuba.

Saya cuba beli sebuah speaker multifungsi, boleh dengar al-Quran, boleh dengar lagu, boleh juga dengar siaran radio arab di Mesir, terutamanya siaran radio al-Quran ( izaa'atul qur'anil kareem minal qaahirah ).

Selain itu, saya cuba bergaul dengan para asatizah yang lebih berpengalaman dan arif dalam bahasa arab ini. Mereka juga banyak membantu.

Selalu juga saya tanya mereka yang lebih berpengalaman, " Bagaimana ya mahu belajar bahasa arab setiap hari dengan mudah, tanpa sesi membosankan dan mudah untuk kami pelajar medik?"

Ada juga yang menjawab, " Cuba tengok filem-filem yang ditayangkan di TV atau download subtitle kalau mahu menonton filem di laptop, dan ikuti subtitle di bawah itu, insya-Allah dapat membantu dan mudah!"

Saya ambil nasihat itu. Saya dengar, saya tapis.

Hingga kini saya masih mencuba, saya masih memperbaiki. Bahasa al-Quran, bahasa ahli jannah, nyata bukan bahasa yang calang-calang.


Ma'rad Kutub.

Ma'rad kutub, atau Pameran Buku Antarabangsa Kaherah bakal kembali insya-Allah pada hujung Januari ini.

Tahun lepas, saya sempat pergi lebih dari lima kali, itu pun masih belum dapat jelajah semua kedai. Saya kira, lebih dari 10 buah padang bola luasnya. Terlalu besar!

Waktu itu, satu yang saya fikir, ' Andai aku boleh baca dan faham bahasa arab dengan baik, sudah tentu banyak buku-buku arab yang sangat menarik boleh aku beli, berbagasi-bagasi. Oh, betapa indahnya...'

Impian hanya impian. Sungguh, sungguh sukar.

Namun, ada sesuatu yang menarik saya jumpai di laman muka buku. Saya mahu berkongsi, 23 video Syarah lengkap Matan al-Ajurumiyah dan syarahnya Tuhfatus Saniyyah oleh al-Alim al-Fadhil Fadhilatus Syaikh 'Ali Soleh Hafizahullah di Masjid al-Azhar. Sesiapa yang berminat, bolehlah ikuti di SINI.





Yang lekat.

Seingat saya, ada suatu hadis yang melekat di fikiran ketika saya belajar kitab muwatta' bersama Syeikh Rifa'at dahulu.

Sungguh, saya sangat terkesan dengan hadis ini.

Harapnya, hadis yang mulia ini juga, bakal memberi kesan buat anda, dan sentiasa terus memberi inspirasi kepada kita semua untuk istiqamah menchentai Rasulullahi sallallahu 'alaihi wasallam.

Suatu ketika, seorang Arab Badwi (Arab kampung) datang berjumpa Rasulullah SAW dan melontarkan sebuah pertanyaan yang mengejutkan. "Ya Rasulullah (sallallahu 'alaihi wasallam) bilakah kiamat akan datang?"

Rasulullahi sallallahu 'alaihi wasallam menyoal semula lelaki tersebut, "Apa yang telah engkau persiapkan untuk menyambut datangnya hari kiamat?"

Jawab si lelaki, "Aku tidak memiliki persiapan apa-apa wahai rasul kecuali rasa cintaku yang besar kepada Allah SWT dan kepadamu (Rasulullahi sallallahu 'alaihi wasallam)."

Jawab baginda, "Itu sudah cukup, kelak di akhirat orang akan dikumpulkan dengan orang-orang yang dicintainya."

Anas bin Malik yang meriwayatkan hadis ini menitiskan air mata lalu berkata, "Sepanjang hidupku aku tidak mendapati satu hadis yang lebih indah daripada hadis ini."


Allah. Allah. Allah.

Kecilnya diri ini.

Mari. Mari. Mari, didik hati kita untuk terus suburkan rasa chenta kepada Rasulullahi sallallahu 'alaihi wasallam.

Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad.

Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad.

Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammad.

Edited in Hayyu Sabi' last year.



Wallahua'lam.



Muhammad Iqbal.
el-Abbasiya, Cairo, Egypt.
1.1.13
10:07 p.m


3 comments:

  1. kelas Syaikh Ali Soleh ni masih berjalan lagi smpai skrg, ana masih ikut, kitab nahu Qatrunnada karya Imam Ibnu Hisyam, dan sastera arab kitab Kalilah Wa Dimnah karya ibnul Muqaffa'..setiap hari selasa dan rabu lepas asar di masjid al-azhar as-syarif, ruwaq abbasi.. :) sangat alim, hebat mcm2 bidang.. sblm ni beliau prnh ajar mantiq..

    ReplyDelete
  2. Jazakallahukhairan ustaz.

    Saya masih mencari waktu untuk hadiri kelas-kelas di Masjid al-Azhar. Kalau time cuti mungkin boleh...

    ReplyDelete
  3. ahh.. jelesnya..anta gunala peluang sebaiknya. ana kat uni cuma ada kelas bhs arab komunikasi utk tahun 1.terpaksala blaja balik dari zero.haih, rindu bhs arab di skolah dulu..

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter