Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Duduk-duduk, studi . Bersiap untuk exam seterusnya. Ketika
studi, itulah antara masa otak ligat berfikir. Idea-idea besar akan
berduyun-duyun beratur datang. Perlu suatu medium, untuk menyambut segala
idea-idea itu. Jangan biar ia terbang kembali. Rugi. Entah bila mahu datang
lagi.
Studi, studi, studi.
Di hadapan, ada kertas-kertas kecil. Dahulunya hanya
kertas-kertas perca yang asalnya dari kertas A4 garis-garis. Namun kini, beli
yang lebih cantik, lebih tersusun, tidak lagi buat sendiri. Gunanya, untuk
catat segala idea-idea yang datang. Mereka perlukan teduhan untuk terus
berpecah lebih jauh lagi.
Idea-idea itu ilham-ilham berharga daripada Allah. Rugi jika
biar hanyut dan tenggelam dek kesibukan. Biar ianya ditulis, biar kekal terus
di situ.
Lebih untung, punya keberkatan waktu kurniaan Ilahi. Sangat
beruntung. Tika itulah, segala idea-idea itu dikorek semula. Tangkap kembali
dan susun semula. Ia bagaikan precursor untuk cetuskan idea-idea lain datang.
Fikir, fikir, fikir.
Segala apa yang bermanfaat buat Islam, buat bekalan di sana
nanti, tuliskan. Dari sebuah rasa, lahirlah sebuah tulisan. Ia kekal menjadi
tatapan.
Namun, saat tibanya waktu lapang, di situlah juga datang
panglima-panglima syaitan untuk menghasut membuat perkara-perkara lagha. Yang
kurang manfaatnya. Jadi rugi.
Tapi, bila saat jiwa ditekan, dari situlah segala
bahan-bahan lagha dilupakan. Sesekali, ada baiknya juga berada dalam situasi
ditekan. Supaya, boleh lebih sedar dan laju bergerak. Barulah datang erti
syukur atas masa-masa lapang yang dilaghakan.
Pandang hadapan, pandang belakang. Hingga umur ini, apakah
yang telah kita sumbangkan buat Islam?
Jika masih menggaru-garu kepala dan telinga, mungkin itu
satu petanda kita sudah banyak melagha dengan masa yang Allah kurniakan kepada
kita.
Tunduk, dan bangunlah untuk banyak berfikir dan bergerak untuk Islam.
Tunduk, dan bangunlah untuk banyak berfikir dan bergerak untuk Islam.
![]() |
Sudah umur ini, apa sumbangan kita? |
Cari dan terus mencari, apakah nilai diri kita untuk
disumbangkan buat Islam. Jangan ingat, hanya dengan tertera perkataan ‘MUSLIM’
dalam mykad, kita sudah boleh selesa dengannya dan boleh sewenang-wenangnya
langgar apa yang Tuhan seorang Muslim itu telah tetapkan. Tidak, bukan begitu.
Bahkan kitalah umat terbaik. Ya terbaik, tetapi hanya apabila
kita menyuruh perkara yang makruf dan menghalang daripada segala perkara
mungkar. Begitu, barulah terbaik.
![]() |
Fikir,fikir,fikir. Tenang mata mengenang sawah padi kampung halaman. Pemandangan baik untuk berfikir. |
Wallahua'lam.
Muhammad Iqbal
el-Abbasiya, Cairo, Egypt.
17/1/2013
2.26 p.m
Subhanallah..
ReplyDeletesatu ketukan muhasabah yg membina.
Alhamdulillah :)
ReplyDelete