1/23/13

Fikir.


Fikir.




Berfikir, ia nampak mudah.

Namun reliti, ia susah.

Ianya kenyataan. Berapa ramai yang waras dalam dunia ini, yang jadi pemikir? Padahal semua yang berakal sihat mampu berfikir.

Yang membezakan ialah kualiti hidup kita. Malas atau Rajin?

Sebab itu adanya pepatah, 'belakang parang jika diasah, boleh jadi tajam'.

Maka, sebab itu saya fikir, dalam al-Quran, banyak sekali ayat yang menyatakan sangat sedikit golongan yang bersyukur.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur"." (Al-Mulk 67:23)

Bersyukur, sekadar di lidah mungkin mudah, namun menzahirkan kesyukuran dalam bentuk perbuatan, tidak semua mampu. Kerana, untuk bersyukur, nyata seseorang itu perlu berfikir. Berfikir, berfikir dan berfikir.

Walau pahit untuk ditelan, perlu juga diakui, ramai yang malas berfikir.

Kerana itu, kita lebih mudah menonton dan mendengar banyak perkara yang melaghakan, banyak perkara yang kelakar, yang kurang proses berfikir.


Mahu atau tidak.

Semuanya, antara mahu atau tidak. Malas atau rajin. Sungguh, untuk berfikir, itulah pilihan-pilihannya.

Mahu buat status, upload dan share gambar dalam facebook.

Mahu tweet status, upload dan retweet gambar dalam tweeter.

Mahu upload gambar dalam instagram.

Perlu FIKIR.


Mahu melihat.

Mahu cakap.

Mahu berjalan.

Perlu FIKIR.


Ya, perlu fikir.


Fikirkan, adakah ianya mendatangkan pahala atau dosa?

Ke arah syurga atau neraka?

Mengundang redha Allah atau murka-Nya?

Sia-sia atau berguna?


Perlu FIKIR. Perlu fikir sehingga itu dan seperti itu.


Sebagai contoh, jika mahu upload dan share gambar yang ada terbuka aurat, walau bukan aurat kita, mungkin aurat kawan kita, ianya tetap aurat. Apabila orang lain lihat, boleh mungundang dosa kepada diri kita dan orang lain yang melihat juga. Di alam maya, bukan sukar untuk tersebar, sangat mudah. Mengundang dosa atau pahala? Syurga atau neraka? Redha atau murka? Sia-sia atau berguna? Ya, itu sahamnya.

Fikir dan syukur.



Fikir, hanya kenderaan.

Ada juga yang suka berfikir, sangat suka. Tetapi sayangnya, matlamat pemikirannya bukanlah Allah. Bantuan proses pemikirannya bukanlah bersandar dengan al-Quran dan as-Sunnah. Maka, ianya tetap punah. Rugi.

Di hujung fikir kita, semua berbalik kepada Allah.

Terbaca status senior saya, saudara Nasiruddin,

"Kebenaran merupakan destinasi yang sebenar. Berfikir itu pula kenderaan menuju ke destinasi itu. 

Namun ada orang yang tertipu dengan nikmat kenderaan itu, sehinggakan apabila telah tiba ke destinasi yang sebenar, ia masih berada dalam kenderaan dan terus berpusing-pusing di jalanan. 

Apabila tiba masanya, tersadailah ia di jalanan tanpa sempat menjejakkan kaki di destinasinya.

Tuhan itu matlamat, berfikir itu wasilat."


Fikir.

Supaya kita tidak di bodohkan.

Fikir.

Fikirkan yang baik-baik.



Wallahua'lam.


Muhammad Iqbal.
el-Abbasiya, Cairo, Egypt.
23.1.2013
2:23 p.m.


2 comments:

  1. selalu kita bertindak sebelum berfikir lepas tu menyesal. Kadang2 tu dah berfikir tp ttp pilih tindakan salah.

    part of being human, maybe.

    ReplyDelete
  2. Selepas berfikir dan minta petunjuk daripada Allah, jangan risau jika kita buat kesilapan, kerana Allah sentiasa tahu yang terbaik buat kita.

    Mungkin hari ini kita nampak sebagai satu kesilapan, namun pada masa hadapan, mungkin kita sedar dan nampak sutuu hikmah besar daripada Allah.

    Yakinlah dengan Allah. Saat itulah keyakinan kita diduga.

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter