Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Sambungan : Siri 1 : Pemberian al-Quran
Alunan ayat al-Quran dibiarkan beralun dalam bilik Muhammad. Helaian buku Physiology di buka satu persatu. Membaca dan terus membaca. Meniti untaian fakta dengan teliti. Namun, semuanya jadi serba tak kena. Baca saja dah berulang kali banyaknya. Tapi masih belum dapat kuasai dan ingat fakta-fakta penting dalam buku itu.
" Ya Allah, ini mesti ada sesuatu yang tak kena ni. Ya Allah, permudahkanlah aku untuk memahami dan mengingati fakta-fakta ini", keluh Muhammad.
Lantas, wuduk di ambil. Sejadah dihampar. Kala gelap malam itu, dia bermunajat kepada Allah. Menangis meminta ampun atas segala dosa-dosa yang telah dia lakukan selama ini. Bertaubat. Dia tahu, kerana maksiatlah, hatinya jadi tak tenteram. Hitam. Bagaimana ilmu yang suci itu mahu menerjah masuk ke lubuk hatinya jika tidak dahulu dibersihkan? Hmm. Terdengar rintihannya meminta kepada sang Khaaliq untuk memberi kepada dia kefaqihan dalam ilmu Agama dan kefaqihan dalam ilmu Perubatan. Muhammad merintih bersungguh-sungguh.
Baru sahaja Muhammad pergi menziarah makam Imam as-Syafie dan Imam Waqiq. Dia terkenangkan kisah Imam as-Syafie yang sukar untuk mengingat pada satu ketika, lantas mengadu kepada gurunya, Imam Waqiq. Mudah sahaja jawapan guru Imam as-Syafie, ilmu itu tak boleh menembusi hati yang wujud palitan maksiat. Sebelum itu, Imam as-Syafie telah terlihat betis seorang wanita di pasar. Baru beliau ingat. Allah.... Sucinya hati mereka. Hebat. Jika terlihat macam tu pun dah boleh memberi kesan terhadap hati kita, apatah lagi jika sudah banyak kali.
Usai sahaja bermunajat, Muhammad terus switch on laptop ASUS N53SV nya. Tanpa difikirkan lain, dia terus menelefon mamanya melalui internet. Begitulah Muhammad, tatkala susah, pasti dia akan telefon ibunya. Meminta agar ibunya doakannya. Meminta kata-kata semangat daripada ibunya. Tak kurang juga tips-tips berguna. Walaupun ibu bapanya bukanlah orang hebat, hanya guru biasa, nasihat mereka sangat berharga. Berlainan dengan kawan-kawannya yang lain di Malaysia, segelintirnya lebih suka mengadu kepada 'awek' masing-masing. Hmm. Peluang itu juga digunakan untuk melepaskan rindu yang terbuku. Walau jauh di lain benua, namun mereka tetap istimewa.
Muhammad meneruskan aktiviti studinya kembali. Terus diniatkan kerana Allah. Kerana dia percaya, studinya bakal jadi indah, jika dihiasi niatnya kerana Allah. Diulang kembali apa yang tidak difahami. Di teliti kembali fakta-fakta yang tertangguh sebentar tadi. Allah..... Sungguh mudah kali ini. Lebih mudah dari tadi. Alhamdulillah. Hatinya rasa lapang. Syukur ke hadrat Ilahi. Kawan-kawan di sekitarnya juga kerap menolongnya. Syukurlah.
" Kelazatan Hidup Pada Keikhlasan Memberi "
Ohh. Sungguh benar kata-kata itu. Baru kini Muhammad menyelami maksudnya. Memberi tanpa keikhlasan, ibarat tiada apa-apa. Mungkin mendapat pujian, tapi ianya taklah seindah pemberian yang di debungai dengan keikhlasan kerana Allah.
Andai kita tak pernah memberi, bagaimana kita akan dapat merasai kelazatannya?? Berilah apa sahaja yang termampu.
Setakat di bumi Mesir ini, Muhammad berhajat mahu menerjah ke lembah ilmu sepenuhnya. Pernah dia ditawarkan untuk memegang biro itu dan ini, AJK persatuan itu dan ini. Namun, setelah hatinya menimbang kembali, nyata dia lebih rela meletakkan dan menumpukan seluruh jiwa raganya setakat ini khas buat 'kekasih' idamannya yang bernama Ilmu. Sehandal mana pun softskill yang kita ada, namun jika masih kegersangan ilmu, tiada gunanya juga. Bagimana hendak memberi, jika diri sendiri masih belum terisi?
Lagipun, tujuan utamanya ke Lembah Nil ini, sememangnya ingin mengutip mutiara-mutiara ilmu di sini. Jadi, tak perlulah 'memberi' melalui medium-medium seperti itu. Belum lagi sesuai, katanya. Bukankah 'memberi' masa kita untuk menuntut ilmu juga di ketegorikan sebagai 'memberi'? Hmm. Namun dia tak pernah menghalang orang lain untuk 'memberi' melalui medium-medium seperti itu.
Percayalah, jangan jemu untuk memberi. Walaupun ia hanya segenih ( LE 1.00 ) kepada si peminta sedekah. Ia membawa jutaan kejutan yang tak kita sangkakan, insya-Allah. Rasailah sendiri.
Nantikan Siri 3 !
Nota :
Segenih ( LE 1.00 ) = RM 0.53
Ikuti sambungan siri-siri seterunya :
Siri 3 : Ujian atau Cabaran?
Wallahua'lam
Muhammad Iqbal
Hayyu Sabie', Madinah Nasr, Cairo, Egypt .
novel bersiri? =p=p=p
ReplyDelete:) nicely written.pastinya semua hasil karya ni adalah pengalaman anta.pengalaman di tempat orang lebih "best" bukan? terus berkarya,moga lebih banyak yang membaca,lebih banyak saham akhirat anta.
ReplyDeleteSalam alaik.
ReplyDeleteIqbal di bumi Mesir, di universiti mana?
Yui92 : Erk, jeng3, nantikan ja la..hihihi :)
ReplyDeleteHealer : Thanks.
Erk, pengalaman ana? Hmm, no comment :)
Insya-Allah, jika ada manfaat sebarkanlah ^_^
suko siri hok ni.bagus la akh :) Dia bagi kuat.jadi minta terus dari Dia.perubatan bukan benda mudah,tapi Dia bagi mudah insyaallah. all the best.
ReplyDeletememberi itu satu nikmah. nice sharing..pc tunggu siri seterusnya..^^
ReplyDeleteIzzati Hashim :
ReplyDeleteAna belajar kat Ain Shams Universiti :)
Afiq : insya-Allah, doa-doakanlah :D
PC : Hanya berkongsi kisah orang lain, terima kasih kerana sudi ikuti siri ini :)