10/13/19

Trend Kerja Freelancer di Malaysia




Sementara menunggu posting Housemanship (doktor pelatih), sejak sampai Malaysia saya menjadi freelancer.


Adakalanya berniaga buku online di ibnuDDin's Book Shop terutamanya di Shopee dan adakalanya pula mengajar anak-anak bangsa kita di Al-Falah Education.


Mendengar satu video bisnes dari Puan Ainon baru-baru ini, saya tertarik bila beliau menyatakan trend sekarang ini ramai anak muda memilih bekerja sebagai freelancer dan yang menariknya pendapatan mereka lebih tinggi dari yang makan gaji.


Biasalah, kerja apa pun ada pro dan kontranya. Itu biasa.


Namun, yang ingin ditumpukan di sini ialah pada trend freelancer. Ada kerja buat, tak ada kerja rehat ler.


Trend freelancer ini menjadi trend terbaharu dalam kalangan orang muda hari ini terutamanya di bandar-bandar besar. Dan menariknya ianya sangat menguntungkan!


Apa yang untung?


Masa mereka lebih fleksibel. Itu yang paling best.


Pada masa yang sama gaji mereka lebih tinggi.


Tapi bila saya mengalaminya sendiri, hipotesis pernyataan itu mungkin perlu dihuraikan lebih rinci lagi.


Memang gaji boleh jadi lebih tinggi, tapi ia tak tetap.


Ia boleh jadi tinggi, tapi makan masa sedikit. Kerana tak semua tempat sama. Lain padang lain belalang.


Jadi untuk kenal pasti ‘lubang’ kerja yang betul dengan apa yang kita mahir, ia agak mengambil masa, mungkin setahun, mungkin lebih setahun atau kalau lagi pro dan banyak connection mungkin sebulan dah jumpa banyak ‘lubang’ menarik.


Lepas dah serius, dah boleh bikin slip gaji sendiri. Wah hebat.


Tapi kalau hang jenis gelojoh tak boleh nak sabar, payah juga nak menjana melalui kerjaya freelancer ni. Baik kerja makan gaji saja.


Sebab freelancer banyak kena fikir penambahbaikan dan kena istiqamah fokus betul-betul. Ingat senang nak istiqamah? Payah gila.


Betul ke masa fleksibel?


Mungkin orang yang kata masa fleksibel tu dia dah kerja lama di bidang freelancer ni, jadi dia dah pandai atur kerja-kerja dia dan dia dah ‘pilih bos’ yang sesuai dengan dia. Jadi dia boleh deal dan kawtim dengan mudah tentang masa.


Apa pun, semua ni memerlukan masa.


Man sabara zafira. Sesiapa bersabar dia beruntung. Sama macam konsep gaji tinggi tadi.


Dan dan tambahan bagi saya, freelancer ni salah satu yang bestnya ialah boleh kerja dari rumah.


Saya ni jenis kena cari kerja baru tenang sikit, maklumlah baru kahwin, bukan senang nak survive weh.


Bila duduk di rumah, bila tak ada kerja apa-apa, kerja rumah pun dah siap semua, boleh la buka laptop dan buat kerja. Taklah buang masa macam tu saja.


Itu saja sedikit sebanyak perkongsian tentang trend freelancer.


Apa pun kerja kita, selagi ianya halal, tak aniaya mana-mana pihak, itulah ibadah buat kita.


Niatlah kerja kerana ALLAH, ia akan jadi saham ibadah untuk kita claim di sana kelak.



____

Muhd Iqbal Samsudin
121019
#ibnuDDin

10 comments:

  1. Freelancers in malaysia not trending too much. There are too much small community of there in malaysia. tm speed test thank you :)

    ReplyDelete
  2. Its good as your other content : D, appreciate it for posting . see this here

    ReplyDelete
  3. Immediately, the article is in reality the sweetest on this laudable topic. I agree with your conclusions and also definitely will eagerly look forward to your approaching updates. Simply just saying thanks definitely will not simply be enough, for the incredible lucidity in your writing. I definitely will right away grab your rss feed to stay privy of any kind of updates. Very good work and much success in your business efforts! other

    ReplyDelete
  4. Hey, you used to write wonderful, but the last several posts have been kinda boring… I miss your tremendous writings. Past few posts are just a little bit out of track! come on! website design company san francisco

    ReplyDelete
  5. Some truly howling work on behalf of the owner of this website , dead great subject matter. website designers san francisco

    ReplyDelete
  6. Thanks a lot for sharing this with all of us you actually recognize what you’re speaking about! Bookmarked. Kindly also talk over with my web site =). We will have a hyperlink change agreement among us! los angeles branding

    ReplyDelete
  7. Keeping a keen eye on the growing demand of the current hour, it has set to offer efficient handling courses to professional enthusiasts. data science course in hyderabad

    ReplyDelete
  8. You there, this is really good post here. Thanks for taking the time to post such valuable information. Quality content is what always gets the visitors coming. freelance content writer for hire

    ReplyDelete
  9. Hire Python Freelancer for Implementation Consulting & Outsourcing of Projects. Hire Python freelancer

    ReplyDelete
  10. Advertising is the main way to get clients. If the audience is targeted at the correct time, it will definitely get a good business. There are many technically sound staffs in the agency. Done for you marketing

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter