5/4/11

Temuduga Zakat Kedah


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Insya-Allah, pada kali ini aku akan ceritakan sedikit sebanyak pengalaman yang aku perolehi semasa temuduga bagi memohon biasiswa daripada Jabatan Zakat Kedah untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir.

Temuduga ini sebenarnya merupakan temuduga ketiga dalam hidupku selepas temuduga KPLSPM  ( Program Pelajar Cemerlang [PPC] dibawah Kementrian Pelajaran untuk ke luar negara ) dan mock interview ( latihan interview di sekolah dulu ).

Apa yang boleh aku katakan ialah apabila sampai ke temuduga yang ketiga ini, aku jadi lebih berkeyakinan. Ya, betul, tetapi keyakinan itu janganlah disulami dengan kebongkakan dan sifat riak yang boleh binasakan diri kita. Berkeyakinan tetapi tawaduk serta tawakal.





Bermula Perjalanan

Melihat kepada lokasi tempat untuk ditemuduga yang agak jauh dari rumahku ( melebihi 2 marhalah= melebihi 92km ) iaitu di Alor Setar, ayah berpesan kepada seisi keluarga untuk bersiap seawal yang boleh. Lebih kurang pukul 6.30 a.m dah bertolak ke ibu negeri Kedah tu. Alhamdulillah, pukul 8.05 a.m sampai di Menara Jabatan Zakat Kedah.


Di Menara Zakat

Setibanya di sana, aku terus bergegas ke sana sambil melihat inbox yang terisi mesej yang dihantar rakan baik aku, Syahidul Ammar. Dia mengarahkan aku naik ke tingkat 1 untuk mendaftar dan terus menunggu giliran di dalam satu dewan berpendingin hawa. Tak lama selepas itu, kelihatan ramai yang hadir. Semua yang mendaftar kira-kira 60 orang. Mendengar kata-kata sahabat lain, kebanyakan calon temuduga ialah berasal daripada sekolah yang sama dengan aku, SBPI Kubang Pasu. Lebih kurang 30 orang daripada keseluruhan 60 orang ialah pelajar sekolah aku kata sahabat-sahabat aku. Terkesima sebentar.

Wah, aku bakal berentap dengan kawan-kawan aku sendiri, yang tak dapat dinafikan lagi, mereka hebat-hebat belaka!! Kebanyakan yang hadir pada pemerhatian aku, mereka mndapat lurus A (Straight A's ) dalam SPM mereka. Oleh sebab itu, aku langsung tak meletakkan harapan yang menggunung tinggi kerana mereka hanya mahukan 17 orang. Subhanallah, persaingan yang cukup hebat!!


Tunggu dan Terus Menunggu

Giliran aku agak lambat. Kebanyakan kawan-kawan aku sudah pun selesai. Ahyad balik seawal pukul 10.00 a.m dan sahabatku yang lain turut serta. Akhirnya, tinggal aku, Suhail Anwaar , Syahidul Ammar dan rakan-rakan daripada sekolah lain. Alhamdulillah, namaku tidak lama selepas tu dipanggil oleh Encik Raffiq, Pegawai Zakat yang bertugas di situ. Aku pun duduk la kat depan tu, dari pukul 11.00 sampai pukul 12.00. Elok dah keluar duduk di kerusi di bahagian luar dewan tu, tunggu punya tunggu, dah nak sampai giliran dah, tiba-tiba, mereka mengarahkan kami rehat dahulu, kerana jam dah menunnjukkan pukul 1.00 p.m. Kata mereka, temu duga akan diteruskan pada pukul 2.00 p.m dan anda dikehendaki tunggu kembali di sini pada jam 1.45p.m .


Makan Tengah Hari

Waktu rehat diberikan. Aku bersama ahli keluarga yang lain pergi pekena sepinggan nasi dulu di kedai makan berdekatan dengan Menara Zakat tu. Aku makan sedikit sahaja kerana mengkhuatiri makan terlalu banyak akan menyebabkan oksigen di otak kita akan berkurang dan akhirnya akan menyebabkan kita lembab berfikir dan mengantuk. Hihi, berbiologi pulak di sini..

Akhirnya..


Usai solat zohor di tingkat 3, aku bergegas turun kembali ke tingkat 1. Membetulkan pakaian kembali dan terus duduk menunggu di kerusi berdekatan dengan bilik yang digunakan untuk temuduga di luar dewan tadi. Akhirnya, pukul 2.00p.m mereka pun panggil kami sekumpulan. Jika tahun lepas, temuduga seperti ini dilakukan secara individu, tetapi tahun ini berubah formatnya. Pada permulaan, satu kumpulan yang masuk hanya 3 orang, tapi selepas tu, masa lepas rehat satu kumpulan 5 orang sekali. Dan akulah antara calon selepas waktu rehat itu. Huh. Agak berdebar, namun kaki kanan dilangkah dengan seribu keyakinan untuk memimpin organ lain untuk turut yakin di hadapan semua penemuduga.

Panel penemuduga terdiri daripada 5 orang, Dato' setiausaha JZNK, Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, Prof, dan dua lagi orang yang hebat. Dalam kalangan 5 orang ahli kumpulan itu, hanya akulah seorang lelaki, haha, hero Malaya di situ. Soalan-soalannya ditanya oleh semua panel, ikut kemahuan mereka, sama ada bahasa Melayu, bahasa inggeris atau bahasa Arab. Kumpulan aku kebanyakannya bahasa inggeris. Speaking la aku dengan muka penuh confident, haha, grammar entah ke mana. :)

Semua soalan aku translate ke bahasa Melayu je la ye~ . Antaranya ialah :

Kamu nama apa??

Ayah kamu kerja apa??

Bapa kamu masih hidup??

Tinggal di mana??

Soalan yang lebih kurang diatas juga ditanya dalam bahasa Inggeris. Yang lain :

 Tell us about yourself..
-name
-my school
-my hometown
-my hobbies
-what society or club you joined in your school??
-what sport you played in your school??
-how many family member??
- etc

Why you wants to be a doctor??

Berikan perbezaan antara doktor dan businessman..

Berikan persamaan antara doktor dan businessman.


What television programme you like to watch??

Give me the latest book written by a doctor 


Bolehkah anda survive diri anda di negara arab yang penduduknya sangat kasar tu??



Rasanya ada lagi, tapi setakat tu je la solan yang aku ingat. Tak susah sangat kan. Kalau masa orang lain kena tanya tu, main-main mata (eyes contact ) la sikit dengan semua panel tu. Hihi. Lepas tu, kami semua dibenarkan keluar selepas lebih 30 minit di dalam bilik itu. Huh, memang lega tak terkira diri ini, alhamdulillah. Oh, pada kesempatan ini juga, aku dengan ini nak berterima kasih kepada senior aku, abang Solihin yang kini berada di Mesir sebab banyak tolong bagi tips. Tak dilupa, rakan karib aku Syahidul Ammar yang dah pinjamkan songkok dan blazer anda kepada aku, jasa anda sangat-sangat dihargai.

Ok, setakat ini sahaja laporan aku pada kali ini ye. Insya-Allah, jika sememangnya rezeki aku telah telah ditetapkan untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Mesir ni, aku akan menyahut cabaran itu dan akan berjuang selagi termampu buat semua ummat  Islam. Doakan aku  ye~



Wallahua'alam



Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.



12 comments:

  1. Faris 'Azim : terima kasih, semoga berjaya jugak buat anda!!

    ReplyDelete
  2. rosmanrazif : insya-Allah, terima kasih kawan-kawan..

    ReplyDelete
  3. *salam..
    *bittaufiq wan najah..
    *mga dpt jd doktor yg beriman,bertaqwa,musleh..
    *slmat berjuang~

    ReplyDelete
  4. Salam..
    Eh,semalam ana call kawan ana,yusri, dia bgtau dia dah dapat zakat kedah ni...katanya dia antara 17 yg terpilih..Alhamdulillah.. Anta termasuk sekali ke?

    ReplyDelete
  5. Ibnbakr : ermmm, ana? Ada rezeki insya-Allah, ana dapat..

    ReplyDelete
  6. Tahniah... peluang jarang datang 2 kali, hargai yg ada, kejar cita2. Moga jd doktor muslim sejati... Semoga berjaya di bumi anbiya', dan senantiasa ingat akar di bumi sendiri.

    ReplyDelete
  7. arsal74 : terima kasih cikgu atas peringatan dan nasihat itu, sedih pulak rasanya... :(

    ReplyDelete
  8. Soalan temuduga biasiswa zakat memang dalam bahasa inggeris ka?

    ReplyDelete
  9. That appears to be clearly amazing. Most teeny specifics are using great deal of reputation encounter. So i am attached to the idea a good deal.Help Orphan

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter