10/14/11

Membohongi Hati


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang 



Saban hari saya sembunyikan hati ini,

sembunyikan dari merindui papan kekunci,

untuk menyemai ' benih ' buah yang bakal saya semai di akhirat nanti,

saya sedar inilah antara daya lain bagi saya untuk menyumbang buat Islam,

melalui memenuhkan ruang blog ini untuk ummah,

walau hati ini sudah nekad mahu melupakan sahaja lowongan blog ini,

namun ada saja illah yang menghalangku dari terus tidak menyumbang melalui jalan ini.



" Eh Iqbal, lama tak update blog, bila nak update blog? Aku teringin nak baca lagi blog enta.."

" Enta kan tuan punya blog ibnuDDin tu, kenapa dah lama tak update? Hmm.."


sengaja saya mahu sibukkan diri saya dengan ilmu,

saya yakin, saya ni hamba dhaif yang sangat dahagakan ilmu,

ibarat unta yang telah berlari 1000km tanpa meminum air di padang pasir,

akhirnya terjumpa dengan sungai,

sangat bahagia baginya waktu itu,


" Terkadang, kita perlu juga luahkan ilmu kita tu untuk beri manfaaat kepada orang lain"


Insya-Allah, ada taufiq, saya cuba penuhkan isi blog ini.

 Ya Allah,

Allah.

Allah.

Allah.

Jangan bohongi hatimu. Cintai Allah Selalu :)

Segalanya indah jika dibuat kerana Allah S.W.T

(^_^)



Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt

3 comments:

  1. teruskan menulis andai ada masa,dakwah di hujung papan kekunci. :) *unta lari 1000km? :)

    ReplyDelete
  2. Saya pun macam kamu.ada waktu nak larikan diri dari papan kekunci.
    tapi,tak dapat bohong diri sendiri.penulisan dah macam sebati dgn diri.

    lagipun, kalau ini saja antara jalan yg kita boleh buat untuk islam,rasa berdosa kalau tak sampaikan.

    selamat berjuang.

    ReplyDelete
  3. Healer :

    insya-Allah :)

    Unta lari 1000km? Hihi, hiperbola je tu ^_^


    Sidrarul Muntaha :

    Sungguh, sukar nak bohongi hati. Terasa papan kekuci memanggil-manggil je kan.

    Perjuangan tu bukan semuanya manis belaka. Insya-Allah, sabar dan bersyukurlah dengan apa yang ada. Selagi mampu, insya-Allah, ada saja buat Islam.

    Salam juang juga :)

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter