3/8/22

Secungkil Pengalaman Melewati Zaman Housemanship(HO)



[sebelum saya mulakan tulisan ini, saya ingin tegaskan semua ini pengkongsian peribadi dan apa yang saya alami pada masa itu, keadaan masa sekarang mungkin sudah jauh berbeza, maaf andai menggores hati sesiapa]



Bergraduasi awal tahun 2019, pulang ke Malaysia for good tahun 2019 setelah hampir 8 tahun berkelana di Mesir, dan diteruskan berkahwin juga pada tahun 2019.


Alhamdulillah, banyak perkara besar berlaku pada tahun 2019.


Selepas setahun, awal tahun 2020 saya mula bekerja sebagai sa-orang doktor pelatih. Maka berpindahlah kami suami isteri ke Kangar dari Bukit Pinang, Kepala Batas, Kedah. 


Jujurnya saya masih belum rasa layak dipanggil sa-orang doktor, masih rasa diri ini kecil, tak tahu apa-apa dan konflik dalaman yang tak pernah setuju untuk diri ini menjadi sa-orang doktor. Kata mudahnya, saya masih tak minat dengan kerjaya doktor ini. Kenapa tak minat? Panjang jalur ceritanya.


Semuanya berjalan lancar Alhamdulillah, daftar MMC semuanya tu berjaya dengan jayanya walaupun banyak juga drama pada awalnya. Perjalanan ke KL beberapa kali itu saya anggap perjalanan bulan madu dengan isteri tercinta, sesi ta’aruf yang sangat bermakna.


Seperti dalam perancangan, saya dapat hospital yang saya pilih. Saya memilih untuk berkelana di Kangar atas beberapa faktor dan kajian tentang perjalanan housemanship. Pemilihan Kangar untuk memulakan kerjaya ini Alhamdulillah sampai sekarang saya rasakan pilihan tepat, bahkan saya dah beli rumah di Kangar ni pun dan bercadang mahu settle down di negeri ini. Walaupun hospital ini tak terlalu besar, tapi workload dia lebih kurang saja dengan hospital besar lain, sebab bilangan HO tak ramai macam hospital lain, so workload jadi lebih kurang sama.


PTM di Hotel Park Evenue Sungai Petani juga saya masih enjoy dan happy. Tak ada masalah. Makanan pun sedap-sedap, memang enjoy.


Awal Februari 2020, kami mula lapor diri di JKN dan mula berorientasi selama seminggu di hospital. Alhamdulillah semua berjalan lancar, masih boleh bersenyum dan bercanda mesra.



ORTHO 


Ini first posting saya.


Dan inilah antara department yang saya takut nak masuk. Mana taknya, rasa sangat tak cukup ilmu. Di Mesir kami belajar sekitar 2 minggu saja subjek ortho ini, itupun di negara luar kebanyakannya ortho ni dikira termasuk dalam surgical department. So ortho ni kami belajar dalam round surgical masa di Mesir.


Begitulah ceritanya jikala tak cukup ilmu, menyebabkan kita bertambah takut.


Yalah, dah la baru nak belajar ambik blood, pasang branula, pasang CBD, nak scrub dalam OT, lepas tu ilmu kurang mencukupi pulak. Ianya tambah menyakiti. Tambah pula pada ketika itu, orang selalu kata ortho di HTF ni antara department yang sangat toxic, toxic disebabkan apa tu tak perlulah saya huraikan.


Iya, bagai dikata orang, ortho yang sepatutnya chillax ni, turn out jadi agak malignant dan toxic. Segala survival mode memang terpaksa dikerah sekerah-kerahnya. Sangat sakit. Terutamanya part passover session setiap pagi. Saya ni dah la spesis darah gemuruh anxiety kaw kaw, memang sangat teruk, memang jadi bahan la kena marah. Tu baru passover, masa round pun sama, sampai MO pun perasan aku punya anxiety dan panic agak teruk. 


Kalau cuti, kalau kita clerk case di ED pada hari sebelumnya, still kena pergi ke passover session, pastu balik. Sakit sungguh weh.


Walaupun first poster, tapi kami berjaya offtag tepat 14 hari. Kena bambu pun kenalah, asalkan kami dapat belajar dan dapat offtag. Tagging lama-lama ni antara penyebab first poster quit HO. Kami yang asalnya 10 orang batch kami, akhirnya tinggal 9 orang memandangkan seorang sudah memilih untuk quit.


Masa first poster ni jugalah saya menimang cahaya mata pertama; Muhammad Idris. Elok keluar dari rahim ibunya, azan maghrib berkumandang tanda masuk 1 Ramadan. Masa itu masih PKP, April 2020. Suami pun tak dibenarkan masuk tengok isteri sepatutnya, tapi sebab saya staf jadi diizinkan saja. 


Parents tak boleh datang nak tolong isteri saya berpantang, jadi sayalah yang perlu jadi kuat untuk bantu segalanya. Mencabar gila weh. Memang sangat susah. Terima kasih kepada MO yang benarkan saya pergi tengok isteri saya masa dia sudah di labour room, terima kasih Dr Leong dan Dr Zakwan. Jasa kalian akan saya ingat. Round dengan MO sambil palpitations, baju semua dah basah dah berpeluh, berdebar bila isteri di labour room. Satu pengalaman yang tak akan dilupakan.




Antara benda penting yang saya boleh simpulkan dalam posting ortho ini plus sebagai first poster :

  • ini adalah department surgical base. Jadi lepas dah setel belajar benda basic skill dan ward work, please focus kepada surgical skill. Ada peluang masuk OT, masuk ja, belajar la dari semua surgeons yang ada di department itu. Terima kasih Dr Ambiggan yang sangat baik mengajarkan saya dan berikan nasihat ini.
  • Ortho ni boleh jadi department yang agak okay kalau hang masuk as senior. Enjoy ja.
  • Segala classifications + anatomy of bones tu memang kena hafal dan faham kaw kaw, supaya tak mudah kena bambu, dan senang hang nak present.
  • Surgeon kami pernah ingatkan kami untuk study housemanship di department ni memandangkan department ni tak busy sangat, hang masuk medical dan surgical nanti ketahuan la hang, takdan nak baca apa
  • Jangan risau kalau hang grad oversea macam saya, belajar ambik darah, pasang branula semua tu sat ja. Yang penting jangan berhenti belajar untuk terus mencuba. Lama-lama terus power.
  • Quick reference, please use orthobullet. 


Sebelum tamat posting ini, urusan akhir nak mintak cop dan exam viva dengan HOD sangat memeningkan. Sakit namati. Doa saya pada waktu itu, moga saya tak jadi insan yang menyusahkan kerja insan lain bila kita jadi ‘superior’.




PAEDS


Posting ini tagging period saya paling lama. 34 hari. Gilaaaa. Nangis tak berirama.


Memang stress tak tau nak habaq weh.


Tapi Alhamdulillah akhirnya berjaya saja survived.


Dah la tak masuk medical lagi masa ni, sebab mostly macam medical saja cuma ini untuk budak-budak.


Bukan senang cek oi nak dapat branula baby, nak ambik darah baby. Kesian kat baby baby. Tapi nak buat macam mana, nak kena rawat.


Yang paling mencemaskan, bila hang jadi first active. Geng O&G akan refer case kat hang. Masa tengah tagging dah dapat case baby flat, fuhhh berpeluh weh. Nak intubate semua tu bukan senang. Baby kot. Padahal time tu tak buat lagi NRP (neonatal resuscitation program). Kalau dah buat NRP memang konfiden akan jadi tinggi.


Paeds protocol tu memang kena pegang selalu, ada masa terus baca.


Exam walaupun susah akhirnya Allah permudahkan juga segalanya. Alhamdulillah terima kasih mama ayah sentiasa doakan hamba ini.



MEDICAL


Ini department busy. Super duper busy. First oncall night memang gila sebab semua benda tak reti lagi, tak pandai prioritize apa yang patut diprioritikan. Lepas dah pandai prioritize dan manage simple issue macam blood coming morning, BP high, DXT high, pt hypo, pt LO; then InsyaAllah semua akan jadi okay.


Kalau orang tanya nak start HO ni dengan department apa dulu, saya akan jawab please start dengan medical dulu, no doubt. Kekalutan di sini buat hang terpaksa belajar dengan cepat dan hang akan kuasai skill dengan pantas. Ya, terpaksa jadi laju.


Alhamdulillah mujurlah tagging di medical saya berjaya offtag selepas 5 hari, kalau tidak letih wooo. Almost semua MO dan specialist baik-baik belaka di department ni, menyebabkan kerja yang teruk tak terasa sangat teruknya.


Masa exam viva dengan specialist pun, memang dipermudahkan saja semuanya, nak cop logbook pun sangat-sangat mudah. 


Hari-hari akhir sebelum habis medical siap dapat ucapan, jemput jadi MO Medical masa floating nanti (akhirnya benda tu menjadi kenyataan ðŸ˜¢).


Sarawak Handbook, ECG made easy + CPGs dah cukup saya rasa untuk survived di sini.



O&G


Orang kata posting O&G ni pun agak malignant. Tapi untuk saya masih tolerable lagi, tak seteruk masa di ortho.


Awalnya rasa macam payah, tapi betullah apa yang senior cakap mostly management dia sama saja. Cuma kena fikir la apa yang perlu diubah dan tambah.


Setelah tinggalkan OT setahun, bila masuk OT balik untuk assist caesar, memang kekok sikit. Tapi begitulah, HO ni kena siapkan muka kebal maki, bertahan bertahan akhirnya boleh assist dengan jayanya. Alhamdulillah 


Patient O&G ni memang sentiasa melimpah ruah, itulah yang buat kita busy. Sekejap-sekejap nak VE, kejap-kejap nak bubuh ‘mulut itik’ nak check.


Baca CTG pun kena power kalau tidak macam mana nak discuss dengan MO. Almost semua benda nak start kat pt kena discuss dengan MO, takleh start ikut suka hang ja macam di Medical.


Exam viva dengan MO senior pun sangat mencabar!


Walaubagaimana pun saya suka belajar di sini, kerana untuk memahami perempuan bukan senang, tambah nak faham tentang fisiologi dan pathophysiology mereka, lagilah susah.



SURGICAL


Jujurnya saya suka saja posting ini, mungkin sebab saya suka masuk OT assist surgeon, tapi saya tak berapa boleh tolerate dengan busy dia, ward round TDS, pastu semua nak urgent gila-gila.


Mujurlah masuk posting ini as a senior, taklah lembab sangat nak buat benda-benda asas, kalau baru nak belajar di surgical ni agak payah juga saya rasa.


Di posting ini, banyak skill-skill klinikal yang perlu dibuat, tapi bila junior masuk terkebil-kebil sebab tak ada satu panduan mudah bertulis. Di sini saya gunakan sikit kelebihan menulis ini agar kerja-kerja documentations dan klinkal akan lebih mudah diturunkan kepada juniors. Please ya guys, kalau hampa ada apa-apa kelebihan, janganlah 'masuk syurga sorang-sorang', gunakan kelebihan itu sebaiknya, agar bermanfaat untuk orang lain, agar mudah orang lain lepas ni.


Di department ini juga saya akhirnya tewas, terpaksa bawa diri ke PSY dan akhirnya didiagnos sebagai MDD. Dah terlalu lama memendam, akhirnya dengan berjumpa dengan psychiatrist, saya pulih, Alhamdulillah.



PSY


Untuk elektif, saya minta KK sebab nak belajar banyak benda dalam keadaan santai, tapi akhirnya saya dapat PSY. 


Jujur dari hati, saya syukur. Bukan sebab chill, tapi inilah peluang untuk saya belajar perkara yang ramai tak berpeluang belajar. Di Mesir dulu pun rasanya sekitar sebulan saja belajar PSY.


Ini posting paling best. Semua staf PSY HTF, dari pakar hingga cleaner semua terasa macam keluarga sendiri. Makanan di pantri melimpah ruah, tak berhenti. Memang sangat berpotensi nak naik berat badan hahaha.


Bukan senang nak manage pt PSY weh, kena ada pengalaman dan skill yang betul. Knowledge pun kena ada guru untuk faham. Jadi Allah letak di PSY ni sangat best.


Sebelum masuk PSY, DSM-5 pun saya tak kenal weh. Gilaaaa. Itulah kitab wajib semua orang di PSY kena khatam dan hadam. Masuk PSY baru aku beli dan baca. Saya beli di sini : https://shope.ee/AJxSgTO2NM


Yang penting saya belajar. Kalau chill tu advantage lah, tapi tak adalah chill mana kalau hang bukan jenis mengulaq.


I’m happy when I’m able to learn new thing.



Extra posting : COVID


Dalam posting PSY ni, kami kena masuk COVID rotation ini selama sebulan. Bagi membantu medical department dan supaya boleh belajar management pt COVID.  Di COVID rotation ni juga saya dilantik jadi kapten, terpaksa jugalah terima amanah ini memandangkan pada waktu itu saya paling senior.


Sangat-sangat enjoy dan best, walaupun oncall sorang-sorang mostly. Dan yang jadi MO COVID masa itu pun mostly kawan-kawan saja, seen by pun rilek rilek ja. Tak ada stress-stress. Management pun kebanyakannya lebih kurang dengan pt medical saja, cuma ada beberapa tambahan management pt COVID.


Yang meletihkan masa itu, saya baru lepas habis kuarantin selepas dijangkiti COVID, bila donning pakai PPE lama-lama, mulalah nak SOB. Sangat penat. Nak ambik blood coming morning kadang memerlukan masa lebih dua jam.



Penutup : BELAJAR 


Saya berkira-kira juga awalnya nak tulis atau tidak, sebab saya agak tak suka mengimbau kenangan-kenangan pahit yang saya kurang suka ini. Saya yang suka tangkap gambar sebelum jadi HO, masa HO saya jadi kurang sangat bergambar.


Tapi saya rasa saya perlu berkongsi dan saya rasa ini akan beri manfaat buat orang lain, maka akhirnya saya memilih untuk berkongsi juga.


Satu perkara yang sangat menggembirakan setelah melalui housemanship ialah ILMU yang kita pelajari dan aplikasikan terus ilmu yang kita dapat. Yang penting BELAJAR sesuatu, mungkin tak banyak macam orang lain, yang penting kita mahu belajar dan selalu belajar.


Terima kasihlah kepada semua insan yang sudi mengajar insan kecil ini, dari specialist, MO, kawan-kawan HO, MA, SN, PPK, cleaner. Sangat-sangat saya hargai.


Alhamdulillah pada 16/2/2022 saya berjaya tamatkan Housemanship dengan jayanya tanpa extension. Alhamdulillah syukur.


Sekian.


Wallahua’lam.


_____


Dr Muhd Iqbal Samsudin

Baling, Kedah

050322

1 comment:

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter