4/6/12

Cerpen : Online

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Amin Zaki duduk di bangku kuliah. Pejam mata, rehat minda sebentar. Letih sedikit. Tak lama kemudian, berderu kawan-kawannya yang lain datang memenuhi dewan kuliah.

Hisyam Kamil dan Amru laju duduk di sisi Amin Zaki. Mereka berkawan baik. Ke mana sahaja pasti bertiga. Walau ada yang berbeza asal negeri dan fikrah, mereka masih boleh bersama atas nama ukhwah Islamiah.

 " Amin, kau tengok tak berita banjir kat Kedah semalam, dahsyat sungguh kan". Amru bibitkan buah mula kalamnya.

" Err, ya ka, aku tak tau la pulak, hang tengok kat mana berita tu." Amin pantas merespon.

" Laaa, kau ni nama je orang Kedah, tapi tak tahu pun pasal negeri sendiri. Hmm, aku tengok kat facebook semalam, ada orang post, sape ntah." 

Hisyam Kamil hanya memerhati dan mendengar perbualan dua orang sahabatnya itu.

" Kau ni Amin, ada facebook, tapi online sebulan sekali. Tak ada 'life' la hidup kau... Orang sekarang rasa macam facebook tu penting sangat kot. Kalau tak dak facebook, rasa macam tak lengkap je hari tu." Leter Amru kepada Amin.

Amin tersenyum simpul. Diam tak memberi respons.

Kali ini, Hisyam turut ternyum dengan lebih extreme. Dia kenal benar dengan kawannya si Amin tu. Bersekolah sejak tadika lagi.

Hisyam faham kenapa Amin tak selalu online. Kata-kata Amin masih hijau di benaknya.

Katanya, " Aku bukan tak mau online, tapi aku takut tertengok benda yang tak patut aku tengok. Aku rasa hang faham kan. Tak payah la aku nak hurai panjang-panjang. "

Amin memang begitu, tawadduk orangnya. Dua bebola hitam putihnya dijaga rapi sejak kecil. Allah pelihara dia. Hafazan dia usah la ditandingi, macam mesin fotostat, sekali dua tengok dah boleh hafaz, hebat!. Doanya bukan sebarang doa, doa yang sememangnya berkat dan tajam!

Hingga kini, Hisyam masih berkawan rapat dengan Amin. Malah, di Mesir ini pun mereka serumah. Hisyam sangat faham dengan Amin ni. Kekagumannya tak pernah kering, cuma tak dibasahkan melalui lidah saja. Amin melarang Hisyam memuji dirinya, takut-takut membawa dirinya ke lembah riak. Kalau diberii pujian kepada si Amin, mesti dia marah.

" Kau nak bunuh aku ke puji aku ni? Tak payah la nak puji aku lebih-lebih. Pujilah kepada yang berhak dipuji, Allah Jalla wa 'Ala!" Marahnya, tapi masih tersenyum cute.

Hisyam tahu yang Amin memang jarang online di mata orang lain. Tapi pada matanya, Amin online setiap hari. Hampir setiap malam dia 'online' bersama Tuhannya. Tidur awal, bangun awal. Kejutkan ahli rumahnya yang lain. Namun, tak semua kuat sepertinya, ramai yang culas.

Tak perlu mengeji orang yang tak online fb, kalau diri sendiri pun tak khusyuk saat 'online' bersama Allah.


" Sesungguhnya Nabi sallallahu 'alaihi wasallam tidur pada awal malam dan bangun di akhir malam."
( Hadis Riwayat Bukhari ; 1146 )





# Kisah ini hanya rekaan semata-mata sehati-hati. Moga ada manfaat.


Wallahua'lam.



Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.



6 comments:

  1. online dengan Allah setiap masa :) SMEI.

    ReplyDelete
  2. Boleh buat karya baru kat PO ni. Hehehe.(=

    Suka dgn gaya cerita, ringkas tapi penuh pengajaran. Teruskan bertinta! (=

    ReplyDelete
  3. Sayafawani :

    Ya, tidak mustahil sangat-sangat, tapi tak mudah. Beruntunglah buat hamba yang mampu online bersama-Nya sepanjang masa.

    ReplyDelete
  4. Izzati Hashim :

    Boleh je kalau nak ambik, saya tak kisah pun.

    Jazakallahukhairan :)

    ReplyDelete
  5. Hikaru Yui :

    haha, mesti la ada, diakan jejaka paling hot sekali :p

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter