11/22/15

Kitab Tertinggi

alquran
Cinta al-Quran, Chenta ALLAH.


Al-Quran. Bukan sebuah kitab lama untuk dihabukkan di tempat paling tinggi.

Al-Quran itu manual hidup kita, penunjuk ke arah jalan yang Allah mahu kita lalui.

Tempatnya tertinggi, tiada lagi kitab lain setanding dan tinggi daripadanya.

Tiada yang lain seindah bahasanya, hingga membisukan para penyair hebat pada zaman Rasulullahi sallalu 'alaihi wasallam.

Al-Quran, satu-satunya mukjizat Rasulullahi sallallahu 'alaihi wasallam yang kekal hingga hari ini.

Tapi sayang, baru sahaja khatam sekali dua, kita terus simpan. Belum sempat untuk faham aksara-aksara indah itu. Sayang. Infiniti kali sayang.

*  *  *

Zaman kini, apabila kita suka, kita berkenan, kita minat pada seseorang, kita 'stalk' facebook milik dia, teliti apa yang dia luahkan. Lihat foto apa yang dia post, baca status-statusnya, ambil tahu apa minatnya. Selidik dan teliti.

Pada masa yang sama kita, kita katakan kita Chenta Allah Ta'ala.

Tapi, tidak pula kita selalu 'stalk' al-Quran. Berusaha bacanya dengan betul, berusaha faham isi kandungannya, berfikir keindahannya, berfikir untuk kaji dengan lebih mendalam isi kandungannya.

Jika mahu pegang al-Quran pun susah, apatah lagi mahu membacanya. Gadget besar, boleh pula kerap di tangan, sentiasa diusap atas dan bawah.

Chentakah itu namanya?

"...sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...
( 2 : 165 )

Kata Imam al-Ghazali, "Apabila chenta kepada Allah Ta'ala telah sempurna, tiada apa yang lebih bahagia selain nikmat melakukan ketaatan beribadah."

"Sesiapa yang mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Kekasih-Nya."
( Hadis Riwayat at-Tabrani)

Wallahua'lam.
Muhammad Iqbal
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
17.5.13
8.06 p.m

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter