8/6/11

Tok Imam Pun Hisap Rokok!




Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




Tatkala matahari baru mahu menunjukkan 'muka'. Ayam pula berderetan mahu keluar sarang. Anak-anak burung mula berkicau tanda meminta ibunya mencari makanan buat anak-anaknya. Tika itulah, manusia bangun untuk laksanakan kerja. Tambahan pula, kini bulan yang dinanti-nanti telah tiba. Ramadan! Kini semuanya berganda. Alangkah indahnya menghirup udara dalam pangkuan Ramadan ini. Haah, indah!
Tiba-tiba, ingin pula diri ini ke dapur. Jauh di sudut dapur yang agak kurang tersusun rapi dek sedang melakukan sedikit pengubahsuaian, berdiri kaku sebuah radio usang. Terlintas sesuatu di telingaku

" Pak Cik nak ucapkan salam ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia", ucap seorang penelefon di dalam radio itu.

" Itu saja Pak Cik, ada lagi tak?" Tambah sang DJ bertugas.

" Haa, satu lagi, kepada perokok kat luar sana, ambillah peluang sempena bulan Ramadan, bulan barakah ini untuk berhenti merokok ", sambung Pak Cik tersebut.

"Pak Cik dulu perokok ke? " tanya DJ.

" Ya, dulu la. Tapi apabila  tiba bulan Ramadan beberapa tahun yang lalu, dengan tekad yang kuat, saya dah berjaya tinggalkan rokok tu. Segalanya insya-Allah boleh jika hati kita memang memasang tekad yang kuat untuk buang tabiat yang tak baik tu". Nasihat Pak Cik tersebut.

Secara tiba-tiba mindaku merawang bebas meneroka memori lepas. Memori ketika mahu menaiki feri pulang di Langkawi yang lalu. Semasa menunggu feri tiba di Jeti Langkawi , tiba-tiba seorang pelajar sekolah tu, merangkap bekas anak muridku, telah bertanya kepadaku.

" Are you smoker??" Tanya budak itu.

'Alahai, speaking la pulak budak ni', bisik hatiku.

" Ermm, No. Tak. Abang tak hisap rokok pun", jawabku.

" Kenapa tak hisap??" Tanya budak tu dengan slumber rock.

" Tak mau hisap sebab HARAM la dik", balasku.

" Eh, HARAM ke? Tok imam kat kampung saya rileks je hisap.." balas budak tu.


Gulp! Terkesima sebentar. Tarik nafas sambil fikir nak jawab macam mana dalam keadaan kekalutan mahu mengejar feri yang sudah tiba.


" HARAM la adik. Ulamak dah fatwakan dah HARAM ( rujuk SINI ). Tak kira la tok imam ke perdana menteri sekali pun, HARAM tetap HARAM. Mungkin tok imam tu tak tahu kot." Balasku sambil bersangka baik.

" Tapi kenapa HARAM pulak? " budak itu bertanya lagi.

Satu jawapan yang ringkas dan padat perlu diberi ketika itu tatkala berkejaran mahu menaiki feri.

 ***Tinggg!!!***

Dan akhirnya, muncul idea untuk menjawab.


" Sebab banyak keburukan daripada kebaikan la adik". Balasku dengan pantas.


Dalam Feri


Budak tu pun tak bertanya lagi selepas itu. Tapi dia memilih untuk untuk duduk ditepi aku.


" Kenapa nak duduk dengan abang? " Sengaja menduga dia.

" Ala, tak apa la, abang kan handsome", sekali lagi dibalas dengan slumber batu ( rock ).


'Ish, budak ni, macam tu pulak. Tapi, dah orang doakan, amin kan je la', jerit hatiku.


" Oh, ye ke, kalau abang handsome, adik lagilah handsome! Sebab kitakan sebaik-baik kejadian ( Quran 95 : 4 ). Dan paling penting,  Pencipta kita pasti lagi cantik! ". Balasku.

Budak tu pun mengangguk tanda setuju. Feri meneruskan perjalanan. Aku tak boleh tidur dek kepeningan yang terlalu hiper. Memang dahsyat!


Rokok dan Ramadan



Sempena bulan suci nan mulia ini, ingin sekali aku mengajak anda semua yang merupakan perokok, tak kiralah tegar atau tidak. Mari ubah kehidupan kita ke arah yang lebih baik. Kehidupan yang lebih diredaiNya. Dengan meninggalkan rokok kesanyangan anda itu.

Aku tahu itu sesuatu yang susah. Tapi ianya bukan sesuatu yang mustahil kan. Berbekalkan tekad yang bersungguh-sungguh dan usaha yang jitu, insya-Allah anda BOLEH meninggalkan rokok durjana itu!

Saudaraku, sudah terang bersuluhkan spotlight, sememangnya rokok itu membawa banyak musibah kepada diri kita. Mengapa kita sengaja masuk ke lembah kebinasaan yang sudah tahu di situ tempat yang sangat bahaya, dan sudah ramai yang terkorban. Tidakkah kita punya akal yang sihat untuk berfikir? Fikirlah saudara-saudaraku sekalian.

Tumpang berkat bulan mulia ini. Tinggalkan yang HARAM. Sesungguhnya Allah Maha Penganmpun.



Muhammad Iqbal :

1 ) Aku telah menaip entri berkenaan rokok sebanyak dua kali sebelum ini. Sila baca semula :

2)  Selamat berpuasa! Semoga amalan kita pada hari ini lebih baik dari semalam.

3) Insya-Allah, lepas ni nak serius sikit dalam bidang penulisan. (^_^)




Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah

8 comments:

  1. assalamualaikum Iqbal...

    tajuk entry yg menarik perhatian mata ana..^^
    ana pernah ditanya soalan spt itu " Eh, HARAM ke? Tok imam kat kampung saya rileks je hisap.."
    sahabat ana ckp tok imam tu bkn shaja merokok tapi.........
    mmg pada awai nya susah nak jwb kan.?tapi idea dtg after zikir sbelum fikir....^^ insyaAllah..mudah-mudahan Allah memberi kefahaman kpd si penanya..

    salam Ramadhan hari yg ke 6..!!

    ReplyDelete
  2. @~sEtAnGGi SyurGA~ aka NurHidayah Ali : tapi apa?? misteri betullah..

    Hmm, agak susah kalau tiada ilmu. Kalau kita tidak memiliki sesuatu, macam mana kita nak memberi kan?

    Salam Ramadan~

    ReplyDelete
  3. maksudnya ada kerja yang xsenonoh lain jgk dilakukan oleh "tok imam" tadi...mmm..ana ambik contoh malam jd imam kat surau dan masjid tp siang ada keje smpingan lain yg xmasuk akai kalo title bg seorg 'imam'...

    ReplyDelete
  4. @~sEtAnGGi SyurGA~ aka NurHidayah Ali : ish3, macam-macam..

    Golongan jenis inilah yang tak mahu masuk ke dalam Islam secaran menyeluruh seperti suruhan Allah. Nak kata tak faham agama, dia tok imam. Akhirnya, terjebaklah dengan benda-benda lain yg tak senonoh tu. Hmm.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum dik.

    pengisian bermanfaat.huhu..mcm mana ni..akh akak merokoklah :( mak akak dah berabis suruh berhenti..mdh2an posa ni dia berhentilah..tp,ssh nak pantau jauh dr mata..sabah-->johor..

    ReplyDelete
  6. hm... aried sndri tak tahan dngn mereka yg merokok... aried tak boleh hidu asap, nnti pening kepala...

    btway, rokok itu haram. fullstop. btultak? ngek punye imam

    ReplyDelete
  7. @Nazihah@Jiha : insya-Allah~

    moga-moga ada ketukan daripada Allah untuk beliau berubah..

    ReplyDelete
  8. @aried : saya memang anti betul dengan asap ni. Hmm, betul, HARAM tetap HARAM!

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter