8/9/11

Ana, Penulis, Aku dan....... Saya!



Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




Sejadah di tepi katil ditarik perlahan-lahan sambil berselawat dan membaca bismillah. Mudah-mudahan lebih berkat ibadah yang bakal dilakukan. Pagi nan berseri ini eloklah diserikan lagi dengan amalan yang telah diwasiatkan nabi, Solat Dhuha! Hanya dua rakaat sudah memadai. Sedikit tetapi istiqamah, itulah yang terbaik. Ayah sering menyuruh melakukan Solat Dhuha. Katanya, banyak fadhilat besar yang boleh kita perolehi. Tambahan pula, ia antara amalan dan wasiat Rasulullah S.A.W !


Ana, Penulis, Aku dan....... Saya!

Sengaja kali ini saya mahu membuat satu perkhabaran buat semua pembaca. Hanya satu perkhabaran ringkas sahaja. 'Ana, Penulis, Aku dan....... Saya!' Apa tu? Itu merupakan kata ganti nama yang pernah saya gunakan dalam penulisan blog.

Saat pertama saya menceburi bidang blogging ni, kata ganti diri pertama yang saya gunakan ialah ' ana '. Mungkin sewaktu itu, suasana sekolah agama masih wujud dalam diri saya lalu kata ganti nama ' ana ' menjadi pilihan.

Selepas lama berada di sekolah baru, saya menukar pula kepada 'penulis'. Mungkin terpengaruh dengan genre penulisan kawan-kawan lain. Tapi bila difikirkan kembali, benarkah aku menulis? Hmm, mana menulis pun kan. Hanya menaip. Maka berbolaklah hati ini untuk tukarkannya.

Jadi, selepas itu muncullah penggunaan 'aku' dalam dalam blog ini. Tapi ianya tidak meliputi semua. Hanya dalam entri sahaja. Tatkala menulis tajuk dan dan membalas komen, saya masih menggunakan kata ganti diri 'saya'. Kerana tidak gamak pula menggunakan 'aku' kerana khuatir itu satu yang kurang sopan dan kelihatan kurang ajar. Alasan saya menggunakan 'aku' adalah kerana jika menggunakan 'aku' saya berpendapat dakwah atau mesej yang hendak disampaikan akan jadi lebih 'universal'. Maksudnya, kira mat-mat rempit dan geng-geng rockers pun boleh baca blog saya ni dan insya-Allah mudah sikit nak terima mesej yang saya ingin sampaikan.

Oleh itu, dengan ini, saya mengumumkan secara rasminya saya menggunakan kata ganti diri sebagai 'SAYA' dalam blog ini. Insya-Allah tidak akan bertukar lagi selepas ini. Jazakallahukhair (^_^).

Muhammad Iqbal :

1) Agak sibuk sekarang.

 2) Lihat juga entri ini :  Jadilah Hamba Yang Bersyukur...



Mutiara kalamku :
Carilah dan bentuklah hati yang suci lagi bersih. Kerana hati yang bersih itu mudah  untuk diheret untuk patuh kepada ALLAH S.W.T.


Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.



2 comments:

  1. Smei :)

    saya juga gunakan 'saya' , lbh umum dan sesuai utk semua. insyaAllah

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter