7/18/11

Kembara Langkawi

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Katakanlah : 
" Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah mencipta ( manusia ) permulaan, kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari kiamat )dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap sesuatu."
( al-Ankabut 29 : 20 )


Alhamdulillah, pada hari jumaat dan sabtu lalu aku bersama mama telah mengembara ke Langkawi. Sebenarnya, itu merupakan rombongan anjuran sekolah tempat mama aku mengajar dan tak dilupa, juga tempat aku mengajar, walaupun tak lah lama mana kan.

Perjalanan dimulakan pada awal pagi jumaat seawal lebih kurang 6:30 a.m. Bertolak dari SK Kampong Padang ( tak jauh pun dari rumah ) dan akhirnya tiba di Jeti Kuala Kedah lebih kurang  8:20 a.m. Berehat sebentar sementara menanti feri yang bakal di naiki pada pukul 9:30 a.m. Ini merupakan kali ketiga aku pergi ke Pulau Langkawi. Kali pertamanya ketika aku masih kecil ( belum matang lagi ), yang kedua ketika darjah 6  ( itupun masih lagi naluri kanak-kanak wujud ) dan yang ketiganya kali ini ( lebih matang dari sebelumnya ) !

Jeti Kuala Kedah

Semasa mahu menaiki Feri


Perjalanan yang meloyakan di atas feri di tutup atau di cover dengan melenakan badan. Mungkin itu sahajalah cara untuk menghilangkan rasa nak muntah yang datang bertalu-talu. Maklumlah, perjalanan dari Jeti Kuala Kedah lebih jauh dari Jeti Kuala Perlis. Perjalanan dari Jeti Kuala Kedah ke Jeti Langkawi mengambil masa kira-kira satu jam lebih. Fuh memang seksa di atas feri!

Bangun sahaja dari lena yang seketika, tak lama kemudian sampai di Jeti Langkawi. Alhamdulillah. Rupanya Kak Long juga menyertai rombongan ini. Dia bertolak dari UiTM Arau dan ke Jeti Kuala Perlis untuk sampai ke Langkawi. Kami terus mencari bas yang telah disewa untuk perjalanan kami di pulau lagenda ini. Kami di sambut mesra oleh pemandu pelancong kami, Encik Osman dan dibawa terus masuk ke dalam bas.

Encik Osman juga berasal daripada daerah Baling. Fuh, itu unik! Mengapa? Ia secara tak langsung memudahkan komunikasi antara kami. Ye la, daerah Baling ( dan Sik ) mempunyai dialeknya yang tersendiri berbanding dengan daerah-daerah lain di negeri Kedah ni. Alhamdulillah, aku agak fasih berdialek Baling.

Pemandu pelancong sangat penting bagi aku kerana, kita bukan orang asal atau orang yang pernah lama bermastautin di tempat yang kita nak melancong tu. Jadi pemandu pelancong sedikit sebanyak membantu melancarkan perjalanan dan menambah info mengenai kawasan yang kita ingin melancong itu.

Ok, seterusnya, kami dibawa terus ke destinasi pertama kami, iaitu Makam Mahsuri. Aku secara jujurnya tak berapa suka sangat dengan tempat sebegini kerana penceritaan mitosnya yang pada aku terlalu melampau-lampau sehingga sangat tak logik dek akal yang waras. Walaubagaimana pun menjadi keperluan juga bagi kita untuk menghormati mitos-mitos itu. Nasib baik tempatnya cantik, boleh la gunakan skill capture pic yang dah lama terpendam tak digunakan ni, hihi ( perasan bagus ).

bas yang kami naiki

Andai ku dipenjara kasih,,,




Ehem..

Kak Long


Selepas solat, kami terus menghala ke satu lagi tempat bersejarah iaitu Beras Terbakar. Di situ terdapat banyak kedai-kedai untuk beli belah dan kesan sejarahnya juga masih boleh dilihat seperti melihat butiran-butiran beras yang terbakar dalam satu peristiwa bersejarah di situ.

Kawasan Beras Terbakar




Lokasi selepas itu ialah beli belah di satu kedai yang agak besar iaitu The Rams. Ini sebagai buah mula dalam arena beli belah. Selepas ni banyak lagi gedung beli belah besar yang lain turut diserbu. Fuh, sememangnya Pulau Langkawi menjadi mimpi ngeri buat si lelaki sebab kaum ibu memang bershopping sakan. Yang nak kena angkut bukannya mereka, tapi para lelaki gagah ni la, hmm.


Coklat kegemaran sapa ntah..



Tak dilupa, pada hari jumaat itu jugak, kami melawat satu perusahaan gamat di Langkawi ini. Banyak betul produk gamat dibeli di sini kerana harga di sini agak murah berbanding tempat lain. Kami juga di beri peluang untuk melihat sendiri bagaimana gamat dihasilkan. Mungkin ia bukan sesuatu yang baharu buatku sebab ini dah kali kedua aku melihat perkara yang sama. Tapi tak mengapa, aku ceritakan jugak buat semua pembaca budiman.





Encik Osman menunjukkan demo bagaimana minyak gamat dihasilkan


















Sebelum matahari menjunam jatuh, aku sempat bersiar-siar bersama seorang ustaz dari SK Kampong Padang tu. Dia menghubungi kawannya ( juga orang Baling ) untuk mengambil kami. Kami dibawa masuk ke tempat yang agak terpencil. Tempat tinggalnya penduduk kampung di Langkawi untuk melawat saudara mara ustaz tersebut yang lain. Ini satu pengalaman baharu!

Apabila matahari kelihatan tunduk membelah laut, sehingga hilang langsung wajahnya, kami dihantar ke tempat penginapan kami. Tempat penginapan kami tak lah semewah mana, hanya di inap desa atau homestay yang diubah suai menjadi banyak bilik dalam satu rumah. Alhamdulillah agak selesa dengan adanya pendingin hawa ( air cond ). Harga agak istimewa dan sesuai untuk pelajar sekolah. Satu malam untuk satu bilik hanya RM50 sahaja. Bilik air pun bagus. Water cooler ada. Kopi, teh dan gula pun di sediakan untuk dibancuh sendiri. Lokasinya di tengah Pekan Kuah.




Pada malam itu, suasana beli belah kian memuncak. Kaum ibu ( guru wanita ) diberi pelepasan untuk beli belah sepuasnya di pekan Kuah kerana jarak antara rumah penginapan tu dengan gedung beli belah sangatlah dekat. Manakala kaum bapa ( guru lelaki ) membawa para pelajar ke Dataran Helang. Aku memilih untuk ikut mama beli belah sebab (aku anak mama, hihi) aku dah pernah pergi dah dataran tu dulu.

Uptown Langkawi

agak lengang

Ni baru satu kedai, huh!


Perjalanan diteruskan pada keesokkan harinya selepas sarapan pagi atau dalam loghat utara 'meyerok'. Hujan renyai-renyai manja menghalang kami untuk ke Kilim Geoforest Park pada awal pagi. Namun tak menjadi masalah, kerana kami dibawa beli belah lagi di gedung beli belah yang tak asing lagi bagi pengunjung Pulau Langkawi ini, Idaman Suri. Pening kepala dibuatnya lepas tengok mama mengangkut banyak pinggan mangkuk di situ. Memang letih la mengangkat semua barangan dapur tu. Huh.

Alhamdulillah, hujan yang renyai tadi beransur hilang dan kami teruskan hajat untuk ke Kilim Geoforest Park di sebelah utara Pulau Langkawi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit dari pekan Kuah. Akhirnya sampai di sana. Tempatnya sunnguh cantik sekaligus menjadikan tempat ni antara tempat paling menarik pada hemat aku di Langkawi ini. Ini kali pertama aku ke sini. kawasan ini juga menjadi tempat kajian dari Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) dam bidang geologi dan semestinya dibanjiri pelancong-pelancong asing. Kerana tempat ini tersangatlah UNIK. Tak percaya datanglah sendiri! Kawasan ini di kelilingi dengan hutan paya bakau yang membentuk denai yangmenarik dan amat cantik. Subhanallah!













Surau juga disediakan


Kami di bawa menaiki bot untuk melihat sendiri pemandangan indah di kawasan ini. Bukan sahaja melihat pemandangan indah, kami juga di sajikan dengan program Eagle Feeding atau Eagle Watching di mana satu usaha oleh pengusaha bot di sini untuk memberi makan secara unik kepada sejenis burung helang yang banyak terdapat di Langkawi ini iaitu spesis helang merah.

Encik Osman di hadapan

Bersama pelajar sekolah

pemandu bot dan ustaz






Selain itu, kami dibawa juga melawat sangkar ikan di lautan. Kami diberikan penerangan tentang beberapa ekor ikan dan haiwan laut lain seperti ikan pari, ikan sumpit dan belangkas. Penerangan yang baik daripada pihak pemandu bot sungguh bermakna, dapat jugak top up ilmu dan dapat mengagumi ciptaan Allah S.W.T.

Sangkar

Satu-satunya ikan pari yang boleh kuak lentang di dalam sangkar ini


Malaysiaku tercinta

Diberi peluang untuk memegang sendiri ikan pari itu

Memberi makan

Ini belangkas

jangan takut, belangkas tak berbisa dan tak beracun

siap boleh buat helmet lagi beb!

Mama bersama guru lain

Bersama mama tercinta

ini cara nak umpan ikan sumpit supaya memancutkan air ke arah kita


Selepas itu, kami terus meluncur laju atas lautan biru merentasi Hole of the Wall atau orang tempatan panggil Pintu Dunia sehingga menghampiri lautan Andaman di Thailand. Dari situ kelihatan pelbagai pulau di situ. Pelbagai bentuk, bentuk kasut pun ada iaitu Pulau Kasut. Subhanallah!

Pulau Kasut, seakan kasut kan?

Kilim Geoforest Park nama yang diberikan oleh UNESCO

Inilah yang dikatakan 'Hole of the Wall' atau Pintu Dunia tu..




Memang banyak lokasi yang boleh dilawati di Kilim Geoforest Park ni. Dan tak kurang juga kosnya, hihi. RM 200 untuk satu bot. Satu bot boleh dinaiki kira-kira 5-6 orang. Lokasi seterusnya ialah Gua Kelawar. Juga berada dalam hutan paya bakau. Sangat menarik!





Batuan dan pokok di Gua Kelawar

Memang gelap betul

Sentiasa memberi penerangan


Hutan Bakau



Sebelum pulang, kami semua dibawa pergi ke satu lagi tempat yang agak menarik. Pantai Pasir Hitam. Ya, pelbagai mitos diceritakan bagaimana pasirnya menjadi hitam sehingga kini. Huh. Myth buster! Di situ jugak terdapat kedai-kedai menjual barangan hasil laut, cenderahati dan baju-baju. Mama beli banyak baju di  situ. Tak terlepas, aku jugak beli beberapa helai baju di situ.




Alhamdulillah, selepas solat asar kami terus ke jeti untuk menaiki feri pulang. Ternyata feri menghala pulang ni lebih mencabar dari yang sebelum ni, memang tak tertahan lagi nak termuntah. Pening entah la sampai tahap apa. Walaubagaimana pun aku masih berjaya mengawal kemachoan ( haha ) supaya tak muntah. Alhamdulillah!

Muhammad Iqbal :

1) Seharian buat entri ni. Letihnya!

2) Semasa darjah 6 dulu pun aku sertai rombongan dari sekolah yang sama dan pemandu pelancong yang sama. Hihi.



Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah

2 comments:

  1. Assalamu'alaikum. terima kasih atas info tuan. amat brmakna buat saya dan jugak semua org. dah lama x pergi. tgk gmbr pun dah nampak byk perubahan. Tapi dulu pegi sbb urusan keje. skrg nk pegi sbb nk mkn angin ngan ank isteri. kali terakhir pegi tahun 2009.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'slm

      Sama-sama tuan, moga bermanfaat buat ummah semuanya :)

      Delete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter