5/6/11

Kita Sangat Suka Dengan Perkataan "Jangan"



Aalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Sedarkahkah anda bahawa sememangnya ramai dalam kalangan kita suka buat perkara yang dilarang. Tak kiralah perkara tersebut dilarang oleh siapa. Sama ada Tuhan, guru, ibu bapa, abang, kakak, datuk, nenek, kerajaan, polis dan banyak lagi. Lazimnya, setiap larangan dimulai dengan perkataan 'J.A.N.G.A.N' dan tanpa disedari, kita amat suka dengan perkataan tu. Kita suka melanggar arahan tersebut dengan sewenang-wenangnya.

Lihat saja berapa banyak ayat larangan dalam al-Quran dan hadis, terlalu banyak yang kita langgar.

Lihat saja larangan ibu bapa kita, berapa banyak kita bantah dan terus langgar??

Banyak yang cikgu larang, tapi masih banyak anak murid yang langgar disiplin, adakah peraturan dicipta untuk dilanggar??

Lihat saja berapa banyak papan tanda jalanan yang bertemakan 'JANGAN', tapi tetap dilanggar dengan senang hati.

Sesungguhnya, mentaliti kebanyakan daripada kita suka untuk melanggar apa yang dijangankan. Yang mana yang dilarang, yang itulah kita teringin sangat nak buat.

Tak hairanlah, pada setiap minggu, para khatib sering mengingatkan semua muslimin melalui mimbar jumaat agar sentiasa bertakwa kepada Allah. Kerana bukan mudah untuk memasang aplikasi takwa dalam diri kita. Syaitan disekeliling sering menghasut anak-anak adam agar mengikutnya ke lembah hitam. Oleh itulah, para khatib ditugaskan untuk mengikat para muslimin agar terus sentiasa kepada yang Maha Esa.

Maka dengan itu, banyaklah ganjaran bagi sesiapa yang membuat apa yang diperintahkan Allah dan meninggalkan apa yang dijangankan Allah seperti yang dinyatakan dalam al-Quran dan hadis. Mujahadah itu sememangnya sangat pahit, tetapi insya-Allah, ganjaran Allah itu, akan menjadi pemanis dan menutup semua kepahitan yang telah kita korbankan. Berlumba-lumbalah membuat kebaikan~



Lihat video ini, tentu menarik, rasss~





tengok, kan betul, jelas perkataan LARANGAN di situ..




macam ni pun ada..



untuk suruh orang buang sampah, perlu larang dulu orang buang sampah kat dalam tong sampah, baru la orang ikut, betul ke solusi ni??





Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah


2 comments:

  1. lawak video tuh...orang marah2 sebab kena baling kek...padahal dah tulis dah jgn tengok...


    tp manusia...normal lah tu... benda yang dilarang itulah yang seronok...


    omputih kata forbidden fruit tastes sweetest

    ReplyDelete
  2. yui92 : haha, video tu memang terbaik dari ladang, hihi..

    ermm, ye la tu, forbidden fruit tastes sweetest..

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter