5/8/11

Mama, Selamat Hari Ibu!!



Asslamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




Alhamdulillah, sepulang mama balik daripada kerja, mama mengajak aku pergi ke pekan Baling. Biasa la, kena teman mama pergi beli belah. Aku berfikir berulang kali, masa mana la aku nak ucap hari ibu ni??? Hmmm. Sampai sahaja di rumah, lebih kurang pukul 6.00 petang,  adik-adik aku yang baru balik sekolah sesi petang datang menyerbu mama keluar dari kereta kancil hijau tu. Aku terkesima. Lantas, adik-adik aku menghulurkan dua kuntum bunga plastik kepada mama.

" Selamat hari ibu, mama", kata Dalila, adik aku yang darjah 1 itu.

Tak lama selepas itu, adik aku yang sorang lagi datang berlari membawa sekuntum bunga plastik merah, siap dibalut dengan kemas, lalu terus mengucapkan " selamat hari ibu, mama".

Aku cemas. Rancangan aku nak ucap dulu depan adik-adik tak menjadi bahkan mereka pula yang mendahului. Ni tak boleh jadi ni. Selesai mengangkat sebahagian barangan dalam kereta, aku pun apa lagi turut bergegas kearah mama yang sedang mendukung si kecil Danish. Aku salam tangannya, aku cium mama aku depan semua adik beradik aku. " Selamat hari ibu, mama", terus dihulur ke telinganya. " Terima kasih banyak-banyak mama, mungkin ini hari ibu terakhir yang abang ucap secara live kepada mama" ( ish, awat air mata tiba-tiba nak mengalir ni, sob3 ). " Lepas ni mungkin insya-Allah secara online ja la ", aku menambah.


Kakak aku yang pulang cuti sementara menunggu saat praktikal pun tak terlepas daripada mengucapkan hari ibu. Kami berdua cadang nak beli hadiah, tapi, tak dak masa lagi tadi. Mama aku seorang guru yang sangat sibuk. Beliau PK HEM di sekolahnya. Selalu balik lewat. Walaupun begitu, beliau sentiasa memberikan didikan dan layanan terbaik buat anaknya.

rabbitaemoticon
"Abang SAYANG mama!! "




Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah





2 comments:

  1. tiap-tiap hari adalah hari ibu..sungguh besar pengorbanan seorang ibu..^^

    ReplyDelete
  2. Nazihah@Jiha : ya, hari-hari, sangat besar pengorbanan mereka..

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter