3/10/22

Am I Killing Myself?


Sebak.


Tidak kusangka hingga jadi begini. Derita jiwa yang tak kurang parah tapi tanpa darah.


Aku tidak nampak. 

Engkau sementelahan.


Pendam ini memakan dari dalam. 

Memilih untuk beratahan, tapi dari dalam dia menghancurkan.


Mereka kata rezeki di luar lebih luas, engkau yakinlah.


Aku yakin. Tapi tak semua orang yakin.


Aku tak mampu andai bergerak berseorangan seorang diri.


Aku perlu bergerak dengan yang yakin.


Banyaknya idea aku bukan flight of ideas, tapi idea yang dijana untuk maslahat masa depan.


Aku masih tidur jika penat, cuma bila impian terlalu besar, itu buat aku tak boleh duduk senang. Aku harus perjuangkan.


Akan aku usaha sampai jadi, walau nampak seakan mustahil. Nampak macam gila, tapi itulah sunnatullahnya bila mahu buat benda yang belum orang buat.


Quit?

Still considering. 


Aku harus cari jalan kuat dan tercepat tanpa terkucil di tengah jalan.


Mempunyai keluarga aku tak boleh pentingkan diri, kena pilih jalan paling selamat untuk anak bini. 


Am I killing myself?


I hope not.


Hanya ALLAH yang mengetahui segala tabir rahsia sarwa alam ini.

____


Dr Muhd Iqbal Samsudin

0918, 100322







No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter