10/7/11

Qiblat Ilmu


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Deruan Angin Madinah Nasr lembut membelai pipiku. Ah, kekerasan dalam kelembutan. Sedap. Terhambur pula debu-debu di jalanan. Puas menggosok mata pada awalnya. Siapa sangka, di sebalik debu-debu ini, terselit berlian berharga. Cuma bergantung kepada kita, mahu berusaha mencarinya atau hanya membiarkannya terus berselindung di sebalik debu-debuan itu. Walau pengalaman di sini taklah sedalam mana, walau pundakku masih berat terisi. Alhamdulillah, seronok di sini.

Saya jadi segan untuk menceritakan pengalaman cetek saya di bumi barakah ini. Mana taknya, saya masih 'newbie' lagi di sini dan tak tahu dengan begitu meluas lagi tempat ini. Kendatipun begitu, oleh sebab janjiku buat ibu bapa, sanak saudara dan para sahabat sekalian untuk ceritakan pengalaman dan perkembangan di sini, insya-Allah saya akan tunaikan.


Ceritera dahulu kala

 Tatkala saya di tingkatan 1, saya pernah sematkan dan niatkan dalam hati untuk datang ke Mesir. Kenapa? Kerana saya fikirkan pada waktu itu Mesir merupakan tempat yang baik untuk saya melanjutkan pelajaran saya ke peringkat yang lebih tinggi. Di samping melihat ramai abang-abang senior yang melanjutkan pelajaran ke sana, dan ramai yang menggembar-gemburkan Mesir merupakan Qiblat al-Ilmu! Lantaran itu, apabila hajat dan cita-cita saya nampak agak tinggi melayut, saya terus berfikir alternatif lain untuk merealisasikan hasrat saya itu selain saya perlu berdoa dan berusaha sebaik yang mungkin dalam bidang akademik.

Ting*****. Dapat idea. Mama. Ayah. Ya, ibu bapa. Kuasa doa mereka kuat! Saya selalu beritahu mereka bahawa saya ingin belajar di luar negara. Kalau boleh di sebelah timur tengah. Apabila dah diberitahu, secara automatik mama dan ayah masukkan dalam doa mereka selepas solat. Saya dengar. Setiap kali saya dengar, hati saya pasti meruntun sedih. Pilu mendengar doa mereka. Namun, selalu juga saya simpulkan kesyahduan hati saya agar tak diluah dek mata. Mereka doakan kejayaan anak-anak mereka. Mereka tak lupa. Selalu sahaja mereka doakan.

Rindu mama!


Berkat doa mama ayah dan usaha yang tak berbelah bahagi, alhamdulillah saya dapat harungi peperiksaan-peperiksaan dengan baik. Namun, bila naik sahaja menengah atas. Saya jadi lain. Keputusan peperiksaan saya taklah sebagus orang lain. Kalau elok pun, tak mampu nak kekalkan. Saya jadi rendah diri. Rendah hati. Tak cukup dengan itu, pihak lain sempat juga menghentam saya. Namun, saya tak anggap itu satu hentaman, bahkan satu ketukan daripada Allah buat saya yang leka dengan rendah diri saya.

Jangan lupakan jasa mereka ;)

Hampir saja rendah diri saya melenyapkan impian besar saya. Namun, Allah amat menyayangi hambaNya. Kita saja yang kadang-kadang mengkhianati kasih sayang Allah dengan merosakkan diri sendiri. Seorang guru datang menegur saya, dengan teguran yang amat berguna buat saya.

" Iqbal, sifat rendah diri itu bagus. Tapi kalau kita terlalu merendah diri, ia akan makan diri kamu sendiri!"

Ah, terkesan. Rasa diketuk. Tersedar dari alam fantasi. Terus berkejaran menuju ke alam realiti.

Walau langkah kian tertatur. Exam semakin dekat dan terus dekat. Sebenarnya agak terlambat untuk berubah. Memang terlambat. Tetapi tiada lain yang diingat, hanyalah kuasa Allah yang maha mengubah segalanya. Terus mengorak langkah berusaha semampu yang boleh. Terus berusaha hingga ke titis akhir. Terkadang rasa lemah dan putus asa. Saya jadi lupa dengan janji Allah.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong ( agama ) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
( Surah Muhammad : 7 )

Sahabat saya yang ingatkan kembali ayat ini kepada saya. Terketuk sekali lagi. Alhamdulillah, masih boleh terus berjuang hinggalah ke hari peperangan yang nyata.

Hari berganti hari, akhirnya tibalah saat yang dinanti. Keputusan SPM diumumkan. Saya terus terang agak tidak berpuas hati dengan result saya. Tapi bila difikirkan, memang patut jugak dapat macam tu. Saya bukanlah yang maintain result gempak pun kan. Tapi taklah teruk sangat, masih dijemput pihak sekolah untuk ambil hadiah kat atas pentas (Tapi tak pi pun, hihi).

Saat itu, memang aku rasa gelisah. Wujudkah peluang bagi aku untuk belajar di luar negara? Atau lebih spesiifik di timur tengah? Hmm. Memang syahdu mengenangkan. Tiba-tiba kawan saya pulak cakap macam ni :

" Hang tak payah la mintak biasiswa zakat tu, hang ingat senang ka? Ramai gila kot yang mintak biasiswa tu. "

Terdiam sebentar.

" Erk, betoi ka? Hmm. Tak pa la kalau hang tak mau mintak, cuba ja la apply, mana nak tau rezeki kita. Rezeki kita bukan di tangan kita atau di tangan orang lain, tapi di tangan Allah! "

Alhamdulillah. Sememangnya doa ibu bapa itu sangat dahsyat. Lihatlah, harapan saya untuk fly ke sini memang nipis saat itu. Namun, apabila telah tertulis di sana bahawa saya dapat belajar di sini, ianya memang akan jadi realiti. Rezeki bukan di tangan kita, tapi di tangan Allah. Apabila setiap usaha diiringi doa, tawakal dan keyakinan kepada Allah, insya-Allah kita akan berjaya.


Qiblat Ilmu

" Jika orang lain bangga berjumpa dgn artis pujaan hati mereka. Rasanya tak salah untuk saya nyatakan rasa seronok saya berjumpa dgn mufti, ulama' dan doktor-doktor hebat di Mesir :) "

Saya pernah poskan status facebook saya macam qoute kat atas tu. Sungguh, ianya benar. 

Jika di Malaysia, selalu kita akan berbangga sebangga-bangganya apabila kita dapat berjumpa artis pujaan kita, atau kadang-kadang artis tu pun kita tak kenal tapi bila dah orang kata, 'tu artis tu bro, jom jumpa dengan dia'. Terus je boleh kenal dengan tak semena-menanya.

Jadi, saya fikir tak salah saya berbangga dapat jumpa dengan Mufti, Ulama' dan Doktor-doktor hebat di sini. Tak salah kan?? Merekalah antara penyumbang besar pembangunan ummah sejagat, mereka hebat!

Pernah ketika di program AHLAN"11 Ain Shams anjuran persatuan Perubatan ( lebih kurang orientasi la ) yang lalu, tiba-tiba pengerusi majlis menyebut nama saya. Erk! Terkedu. 


" Iqbal, boleh bangun jap, saya ada soalan untuk awak", kata pengerusi majlis dalam keadaan orang lain terpinga-pinga mencari siapa 'Iqbal'.


Dengan malu-malu pepijat saya bangun. 


" Ya, saya!", bangun dengan selamba.


" Ini soalannya, boleh anda ekspresikan pengalaman anda sepanjang berada di Mesir ni dengan satu perkataan?" 


Aduh, memang garu kepala jugak memikirkan. Tapi, alhamdulillah, akhir sekali berjaya juga.


" Teruja", saya menjawab.


Teruja. Mungkin itu sahaja yang terlintas di benak saya waktu itu. Tapi jika difikirkan, ianya benar! Saya teruja dengan bumi ini. Walau kadang-kadang terfikir, mengapa saya dicampakkan di tanah gersang ini? Yakin sahaja, Allah yang telah memilih tempat ini buat saya. Namun, lambakan ilmu di sini menutup segalanya. Yang hitam, terus nampak putih. Di tambah sinar-sinar cahaya yang mengelilingi. Huhh, indah. Inilah bumi qiblat al-Ilmu.


Tidak ada ilmu yang lebih mulia daripada ilmu yang berkaitan dengan halal dan haram diikuti dengan ilmu perubatan.
  ( Imam as-Syafie )
Buat tatapan semua, insya-Allah ada  sedikit gambar-gambar yang sempat saya ambil kat sini .
syahdu ;)

adik-adik yang dirindui :)

dalam flight

tudia, penuh belacan dengan ikan masin, hihihi..

baru sampai :)
Jaulah maqam

Hebat Ustaz-ustaz kita, hmm...




Akh Najmi petah berbicara ammi Mesir. Betapa pentingnya persediaan sebelum ke sini :)




cara mereka mencari rezeki

rasa air syibih zam-zam. Memang rasa nak macam air zam-zam


Saya berjaya mintak kurangkan harga masa beli buku kat pak long ni, huhuhu...

Sinar harapan

.....


Ketika kawan sebayanya yang lain di Malaysia sibuk bermain PS3, XBox, dan Wii, dia gigih mencari rezeki untuk keluarganya



Masjid Amru


Suasana berdebu yang sememangnya berlainan dengan Malaysia. Ini bukan jalan bandar, ni jalan kampung.


Masjid Syeikh Athoilah al-Sakandari ( Pengarang kitab Hikam )

Kurang cun la gambar ni, sapa la yang tangkap :)

binatang yang famous kat sini
Selalu naik bas ni la, murah!

bas ni mahal sikit

Masjid al-Azhar. Front view

Dalam masjid al-Azhar

Dalam masjid al-Azhar

saja tak mau bagi nampak muka,,,


Cantikkan masjid al-Azhar ni? Sentiasa subur dengan ilmu.



Bunga di masjid al-Azhar. Seindah bunga di taman, lalalalala~





Menunggu bas yang tak kunjung tiba, rupanya mereka ada mogok pulak, hmmm..


al-Quran dibaca di mana-mana

mereka tak malu macam kita untuk membuka al-Quran dan baca di  mana sahaja


wonderland, tengok dari luar ja..


Kedutaan di Mohandiseen

Merentasi Sungai Nil

Aktiviti membeli buku giat dijalankan sebelum kuliah bermula

insya-Allah, lebih kurang macam ni la kuliah kami

Cantik ke? hmm..

Pernah tengok Ketika Cinta Bertasbih? Kat dalam ni la Mas Azam lakonkan satu scene berdoa. Nama masjid ni, Masjid Nur. Dekat je dekat kuliah kami.

Metro. Bukan surat khabar, tapi lebih kurang LRT la. Murah gila kot.





Kesesakan lalu lintas atau zahmah yang memeningkan. Teksi pun tak mau terima penumpang.



Senior yang bagus!

Persiapan yang belum lengkap..

Tepian Sungai Nil

lepak-lepak dengan senior


Alhamdulillah, sempat naik kapal layar menyusuri Sungai Nil


 
 
Muhammad Iqbal :
1) Setiap tempat punya kelebihan yang tersendiri. Saya hanya menyelitkan info berkenaan dengan Mesir kerana saya menetap di sini sekarang.
2) Terasa semakin berat nak update blog sekarang. Doa-doakanlah semoga saya sentiasa diberi taufiq olehNya untuk update blog ni ye :)
3) Setakat sahaja yang mampu saya ceritakan, moga ada manfaat buat anda semua .
4) Doakan urusan pengajian dan segala mehnah kehidupan saya berjalan lancar dan berjaya di tangani dengan baik :)
 

Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Madinah Nasr, Cairo, Egypt


7 comments:

  1. lain kan malaysia dgn mesir? tp orgnya sama jaaaa (sbb byk msian kat situ)


    abg afifi ka dalam gambaq senior yg bagus tu?

    ReplyDelete
  2. salam. Subhanallah,bertuahnya dpt blaja kt mesir.
    impian sy suatu ketika dulu tp syg nya sy x amik aliran agama.apa pun tahniah moga berjaya InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  3. salam,semoga kejayaan awal dpt melanjutkan pelajaran di mesir menjadi kejayaan hakiki pada akhirnya:)
    -iskandariah,mesir

    ReplyDelete
  4. insyaAllah..sama2 kita mengejar limpahan ilmu di ardu kinanah:)

    ReplyDelete
  5. It is not a "rule." It's simple an etiquette, out of respect, since Muslims face Mecca while offering ritual prayers.

    ReplyDelete
  6. It is not a "rule." It's simple an etiquette, out of respect, since Muslims face Mecca while offering ritual prayers.

    ReplyDelete
  7. It is not a "rule." It's simple an etiquette, out of respect, since Muslims face Mecca while offering ritual prayers.

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter