9/21/11

Pundakku Berat Terisi

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang



Jika dahulu,

bersusah-susah,

tiba masanya,

ganjaran buat kesusahan itu akhirnya tiba ke pangkuan,

sesuai dengan janji-Nya buat hamba yang berusaha.

Ya Allah,

nikmatnya tak terkata,

tak tertulis dek aksara,

jujurnya seronok dengan nikmat yang tak terjangka,

alhamdulillah, infiniti pujian bagi-Nya.



Tiba masanya,

ku harus pulang kembali ke lubuk pejuang,

berjuang bersama-sama pejuang lain,

meninggalkan segala kelazatan dunia,

tatkala orang lain sedap menjamahnya.

Ku pasrah ku akur,

ku tinggalkan ibu ayah,

ku tinggalkan sanak saudara,

ku tinggalkan sahabat seperjuangan,

untuk terjun ke medan juang seterusnya,

amat perit menahannya,

walau belum bersama merempuh keperitan yang hakiki.


Jika dahulu pundakku ringan,

kini kian berat,

berat dihempap amanah ibu bapa,

dihempap amanah ummah,

ah beratnya.


Insya-Allah,

alang-alang pundakku berat terisi,

biarlah ku galas hingga ke penamat terakhir,

moga-moga segala amanah berat itu sempurna terlaksana,

doakanlah....



Salam perantauan dari Bumi Anbiya'...


Mentari petang bumi barakah





Wallahuala'lam


Muhammad Iqbal
Kaherah, Mesir.

19 comments:

  1. wahai adikku... selamat2 lah adanya..hehe

    dah bole sesuaikan diri? ok ja kan kt sana? btol x apa yg kami cakap?

    ReplyDelete
  2. “Leave your country in search of loftiness and travel! For in travel there are five benefits: Relief of adversity, earning of livelihood, knowledge, etiquettes, and noble companionship.” – Imam As-Shafii'

    Iqbal :)

    ReplyDelete
  3. ASSALAMUALAIKUM
    MOGA BERJAYA DAN TERUS BERSEMANGAT...
    perjuangan masih panjang dan menuntut banyak pengorbanan
    insya-ALLAh iqbal boleehh.

    ReplyDelete
  4. selamat meneruskan perjuangan di Bumi Anbiya. kat mane saje kita, hati kita tetap pada Allah yang satu.

    Selamat belajar dan selmat mentarbiyah diri.

    Tembakan doa dari seberang (Jordan) :)

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan segala urusan di sana.ameen ;)

    ReplyDelete
  6. seronoknya dpt jejakkan kaki di bumi anbiya..I'Allah ana juga mahu melanjutkn pljaran di sana..doakan.. :)

    ReplyDelete
  7. Alangkah terharunya apabila melihat...

    sahabatku yang duduk sebilik, sahabatku yang study sama-sama, sahabatku yang dalam satu jamaah,
    sahabatku yang bermain bersama-sama,

    ...kini menggenggam impiannya yang telah lama dibina dengan perit-jerih sejak dahulu. May Allah bless my dearest friend, Iqbal.

    ReplyDelete
  8. yui92 : alhamdulillah, boleh ja. Terima kasih atas nasihat :)

    ReplyDelete
  9. Anonymous : insya-Allah, Ain Shams University ..

    ReplyDelete
  10. Ahyad : Insya-Allah. Jazakallahukhair :D

    Semoga enta selamat tiba di sini nanti :)

    ReplyDelete
  11. miscahaya hidayah : Betul tu. Kat mana pun kita belajar, kita masih hambaNya. Sama saja tanggungjawab kita.

    Tembakan balas dari sini :)

    ReplyDelete
  12. NAni : insya-Allah. Amiin. Semoga juga mudahkan segala urusan enti.. :)

    ReplyDelete
  13. Nur_Riang : insya-Allah. Berusahalah bersungguh-sungguh. Banyakkan doa. Insya-Allah hajat enti akan tercapai.

    ReplyDelete
  14. Suhail Shafiai :

    Sahabat,
    kata-katamu menghiris perasaaanku,
    ku juga berbangga denganmu.
    Rakan sestudy.
    Semeja study.
    Sebilik.
    Setandas.
    Sepermainan.
    Sejamaah.
    Ah, alangkah indahnya saat itu.
    Ku rinduimu sahabat.
    Sama-samalah kita bawa diri demi membangunkan ummah.

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum wbt dik.

    Alhamdulillah berada di Mesir dah kn ^_^

    kak doakan semoga dik Iqbal kuat mengharungi segala ujian yg Allah sertakan untuk mendapatkan syurga-Nya :) i'Allah..

    salam dari UMS hee~

    ReplyDelete
  16. semoga sentiasa dilindungi Allah walau dimana saja berada.insyaAllah..;)

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter