5/31/11

Ulasan Buku : Dalam Mihrab Cinta - The Romance (Habiburrahman El-Shirazy)


Assalamualaikum w.b.t

بسم الله الرحمن الرحيم




Tajuk : Dalam Mihrab Cinta - The Romance ( Edisi Bahasa Melayu )
Penulis: Habiburrahman el-Shirazy
Terbitan: Ar-Risalah
Harga: RM15.90
Muka Surat: 297 


Alhamdulillah, hari ini, entah bagaimana insya-Allah aku akan mulakan sesi review buku yang telah aku baca. Buat pengetahuan anda, aku merupakan seorang pencinta buku ( books' lover ) insya-Allah. Aku mula minat membaca ni bukan sejak dari kecik tapi baru sahaja lebih kurang setahun setengah. Sebelum tu, aku ni fobia tengok buku-buku yang tebal ni, hihi.

Hari ini dengan bekalan kekuatan daripada Allah, aku berjaya habiskan satu novel. Ini rekod terbaik aku selama aku membaca buku! Apa tidaknya, aku ni lembab sikit tapi aku selalu cuba meningkatkan dan mengurangkan kelemahan aku tu. Biasanya aku akan ambil masa yang agak lama untuk habiskan sesebuah buku, tapi alhamdulillah, kali ini usahaku kian berhasil. 


Sinopsis :

Novel ni menceritakan bagaimana kisah Syamsul Hadi, seorang pemuda yang pandai ilmu Matematik dan suka dengan cabaran. Selepas beliau lulus SMA, beliau telah membuat keputusan untuk ke Pesantren dan akhirnya beliau ke Pesantren Al Furqon, Pagu, Kediri, Jawa Timur.  Itu pun setelah dicadangkan oleh seorang gadis cantik dan solehah iaitu Cik Zizi atau nama lengkapnya Zidna Ilma. Selepas kira-kira 9 bulan di pesantren itu, beliau menunjukkan potensi belajar yang sangat luar biasa tetapi malangnya tak lama selepas itu dia telah  difitnah mencuri. Sehingga akhirnya dia di hukum dengan dibotakkan dan di keluarkan secara tidak terhormat dari pesantren tersebut.

Keluarga Syamsul sendiri sudah tidak menghargainya kerana kebanyakan ahli keluarganya percaya bahawa beliau sememangnya seorang pencuri! Akhirnya, Syamsyul lari dari rumah dan menjadi pencuri sebenar kerana terdesak untuk hidup setelah beliau tidak dapat kerja.

Syamsul selepas itu dimasukkan kedalam penjara setelah ditangkap orang ramai ketika kali pertama beliau ingin mencuri. Walaubagaimana pun, beliau beruntung kerana adiknya, Nadia telah mengikat jamin beliau dan dibebaskan selepas itu. Beliau kembali menjadi pencuri selepas itu, sehingga beliau mendapat kerja sebagai guru mengaji di kediaman orang-orang kaya. 

Kerjayanya itu sedikit sebanyak membantunya mengubah kembali hidupnya untuk menjadi hamba-Nya yang soleh. Beliau jadi semakin terkenal selepas beberapa siri ceramah yang beliau sampaikan sehingga masuk dalam televisyen. Melalui pekerjaan itu juga, dia mengenali seorang gadis yang cantik iaitu Silvie. 

Setelah semua orang tahu, bahawa Syamsul sememangnya difitnah, beliau telah merancang untuk melansungkan perkahwinan dengan Silvie setelah Syamsul dipinang keluarga Silvie ( tengok, perempuan pinang lelaki beb! ). Namun, hajatnya tak kesampaian setelah Silvie terlibat dengan kelamalangan dan meragut menyawanya.

Hidup Syamsul kian lusuh. Beliau tidak lagi meneruskan lagi usahanya sebagai seorang dai'e dek sedih dengan kematian tersebut. Akhirnya, selepas pujukan keluarga dan Zizi, beliau kembali pulih dan meneruskan usahanya sebagai dai'e dan sekali lagi dilamar oleh Kiai Miftah ( abang Zizi ) untuk adiknya.

Anda juga boleh menonton filem Dalam Mihrab Cinta ini di you tube :


Sedikit Gambaran : Syamsul dan Zizi

Sedikit Gambaran : Ketika Syamsul Hadi dibotakkan

Sedikit Gambaran : Syamsul dan Silvie





Muhammad Iqbal :

1) Selamat membaca ~

2) Tidak semestinya orang itu jiwang jika membaca novel cinta macam ni ye. Ianya bagi aku, perkataan 'cinta' itu sendiri sebenarnya merupakan "pancing" untuk berdakwah melalui karya dan kepada muda-mudi di luar sana.

3) Aku sangat berminat dengan hasil karya Habiburrahman el-Shirazy ni, semuanya bagus-bagus belaka..



____

Bagi yang ingin buat pembelian buku ini, boleh hubungi :

WhatsApp/Telegram +60134194298

____

 Wallahua'lam

Muhammad Iqbal 
Baling, Kedah


12 comments:

  1. salam, just nak bagi opinion..novel yang ditulis oleh Habiburrahman el-Shiraz sgt best jiddan2. memang ade je kisah cinta tu,tak tipu,hihi tp as a muslim kita ambil la part2 yang boleh meningkatkan iman n give us spirit.
    betul, baca novel tak semestinya jiwang, sometimes we learnt about life thru reading. hihi

    ReplyDelete
  2. @exsapphire : menyokong sepenuhnya pendapat anda. Mungkin bagi kaum hawa membaca novel cinta itu cool atau dianggap biasa, tapi kalau laki ni, takkan nak bagi tahu kat geng-geng otai dia yang dia baca novel cinta, sudah semestinya beliau akan ditertawakan.

    It just a small matter. Sebab tu statement 'baca novel tak semestinya jiwang'.Hihi. :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, ni yg akak suka melawat blog iqbal ni^^

    padat dgn info yg menarik lg semasa^^

    *sesungguhnya agak jrg nak lihat lelaki baca novel hehee..1 antr berjuta kali...^^

    dah baca novel cinta marissa kah??

    ReplyDelete
  4. dah baca berkali2^^ mmg best...novel tu thun 2002 lg huhu karya kreisya reisya..

    ReplyDelete
  5. keluaran apa kak? Novel Islamik jugak ke? hihi, banyak pulak bertanya~

    ReplyDelete
  6. alaf21..ada jg ciri2 islamiknya..bagi akak r..^^ heronya pun nama iqbal juga hehee

    ReplyDelete
  7. uish, bertambah menarik! hihi. Insya-Allah ada masa dan duit lebih, boleh la beli nanti~

    ReplyDelete
  8. macam best je, tapi takdak masa aa nk tgk sekarang ni. wiuwiuwiu~

    ReplyDelete
  9. @Mira R. : memang insya-Allah best, nanti bila ada masa, tengok lah.. :)

    ReplyDelete
  10. hehe..dh tgk movie nie..best!!!

    ade ke jadi pencuri..then bg balik..hahahaha

    dh tgk ketika cinta bertasbih?

    ReplyDelete
  11. Nur Liyana : ya, memang best.

    KCB? Ya, saya dah tengok dah, yang tu lagi best!

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter