Assalamualaikum w.b.t
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Buku itu,
Jika suatu hari dahulu ku menepismu,
Bahkan meminggirkanmu,
Malahan menyendirikanmu,
Tetapi kini ku sangat mengerti nilaimu,
Ku mengerti aksara-aksara di dalammu tiada rugi buatku,
Malahan membuka naluri yang tertutup rapat suatu ketika dahulu.
Bacalah dengan nama Tuhan yang menciptakanmu,
Itu wahyu Kalamullah untuk ummatmu,
Dalamnya tersirat erti seribu,
Baru kini ku jamah perlahan ayat berharga itu,
Maha Suci bagi-Nya bantulah aku istiqamah menyulami ayat pertama itu.
Wallahua'lam
Muhammad Iqbal
Baling, Kedah
Buku itulah yang pernah menjadi miftah bagi kekusutan minda dan kekeliruan jiwa suatu ketika dulu. Alhamdulillah..dengan izinNya hati kecil insan itu memahami erti kebenaran.
ReplyDeletebenar...hanya kalamullah yang dapat meleraikan kekusutan jiwa, menenangkan jiwa yang gundah...hanya kalamullah,jiwa menjadi kental dengan dugaan dan cubaan...wassalam
ReplyDelete@Bicara Musafir Alhamdulillah atas segala kurniaan besar membuka jendela di hati yang telah lama tertutup.. :)
ReplyDelete@bintu assiddiq Sungguh, masih banyak kalamullah nan suci masih belum dihayati. Mungkin halangan bahasa menjadikan kita sukar ke arah itu. Namun jika ada usaha insya-Allah boleh saja..
ReplyDeletevery meaningful
ReplyDeletemoga terus istiqamoh bercinta dengan 'buku' itu.
ReplyDelete=)
@saleem wahab insya-Allah..
ReplyDelete@cik nurussalwa insya-Allah, walau agak perit mahu menelannya..
ReplyDeletedi sini... memang mebaca buku tu satu kebiasaan..dalam train pun sambil baca..
ReplyDelete@yui92 memang sedia maklum keadaan mesir itu biah belajar. Tidak hairanlah begitu. Rakyat Malaysia perlu contohi itu..
ReplyDeletebuku oh buku...banyak nak kena baca
ReplyDelete