4/30/11

Video : Rahsia Tarikh Lahir





Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Anda pernah menggunakan aplikasi 'Rahsia Tarikh Lahir'?? Atau menggunakan dengan cara lain??

Ya, pada kali ini sesi perkongsian video. Video yang ingin dikongsikan pada kali ini berkisar menganai ulasan berkenaan rahsia tarikh lahir ini oleh dua tokoh agama terkenal di Malaysia, Ustaz Kazim Elias dan Dr. Asri.

Aku tak nafikan, aku juga pernah mnggunakan aplikasi rahsia tarikh lahir di fb tu, tapi masa tu, ntah la, tengok orang buat, kita pun teringin la nak buat kan. Bila tengok dua video ni, oooo, baru faham serba sedikit mengenai hukum buat benda ni dalam Islam. Apa tunggu lagi, jom tonton 2 video ni, rassss~











Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah



4/28/11

Tatkala Temuduga KPLSPM Menjelma


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Tatkala fajar menyinsing, terdengar si mama mengejut anak, si anak bangun dan terus melihat jam telefon bimbit Nokia E71 nya. "Oh, sudah 5.15  pagi!!" Kata si anak. Badannya yang letih kerana tidur lewat pada malam itu diikuti dengan keletihan sesi ujian JPJ kelmarin, mengakibatkan dia mengambi masa mengeliat diatas katil selama 5 minit. Badannya berasa sangat sengal dan lenguh.

Gayung di dalam baldi diambil dan menceduk perlahan-lahan air. Air yang disimbah itu, terasa menusuk ke tulang, sejuk bagai bermandi salji!!

Ok, sekarang tukar gaya penceritaan seperti biasa. Hihi.

Selepas solat berjemaah di surau berdekatan ( dekat ka, jauh jugak sebenarnya ), kakiku terus melangkah ke rumah. Alhamdulillah, sempat meneguk air susu dan tiga biji buah tamar. Lepas tu rasa lapar lagi dan terus bedal nasi goreng semalam, haha.

Selepas sarapan dan membuat sedikit persiapan, aku dan ayah terus bertolak ke Sungai Petani menuju ke Institut Perguruan Sultan Abdul Halim ( IPSAH ) pada lebih kurang pukul 6.30 pagi dengan harapan dapat sampai ke sana sebelum 7.30 pagi.

Tepat jam 7.27 pagi, kami tiba di IPSAH dan terus menuju dalam bangunan institut itu. Ibu bapa tidak dibenarkan sama sekali ikut anak-anak mereka. Aku terus menaiki tangga untuk ke tingkat 1 selepas bertanya kepada pengawal yang tercegat di situ.

Melihat kod pusat temu duga di kertas surat tawaran, tertera 'K02A'. Aku pun pusinglah bangunan itu untuk mencari. Cari punya cari akhirnya jumpalah aku dengan bilik itu. Kelihatan 4 lagi rakan lain ( 3 perempuan 1 lelaki, 3 bangsa cina 1 Melayu ). 'Alhamdulillah, nasib baik ada lelaki,' getus hati kecil  ini. Padanlah mereka sampai awal, sebab mereka semua orang Sungai Petani sahaja.










Selepas dikutip maklumat-maklumat yang diperlukan, kami disuruh masuk kedalam bilik itu dan terus mulakan sesi temu duga berkumpulan. Ini sangat aku tak sangka kerana sebelum ini, semua rakan-rakan aku cakap mereka mulakan dengan sesi menjawab soalan-soalan ujian Inventori
Sahsiah Keguruan ( INSAK ) dahulu. Namun ini satu kejutan yang harus diekploitasi, bagi aku.

Temuduga berkumpulan ( dalam bahasa Melayu )

Soalan 1 : Bincangkan faktor-faktor kemerosotan disiplin pelajar di sekolah (lebih kurang
macam ni la )??


Niat aku untuk memulakan perbincangan ini, tak kesampaian apabila dipintas pantas seorang budak perempuan cina yang merupakan pendebat sekolahnya. Namun aku sedar, sejauh mana pun mereka
( bangsa lain ) cuba memintas, aku akan cuba mendominasi kerana ini bahasa aku!! Alhamdulillah, aku dan seorang lagi gadis perempuan Melayu dari MRSM Beseri dapat mendominasi sedikit perbincangan itu.  Namun, harus dingat, jangan tamak, sila beri peluang kepada orang lain untuk memberi pandangan.


Soalan 2 : Apakah kemerosotan disiplin para pelajar dapat mempengaruhi akademik para pelajar???


Aku pun bagi ja pendapat aku, semua yang terlintas di fikiran, hampir semua diluahkan. Sesekali apabila aku bersuara, nampak seakan  para penemuduga mengalih pandangan melihat aku, mungkin sebab suara aku ni lain sikit daripada yang lain, haha, ntah la.

Temuduga Individu

Setelah selesai sesi berkumpulan, seterusnya, tibalah sesi perseorangan. Aku di letakkan di nombor 4 daripada 5 orang semuanya. Soalannya sangat banyak, aku pun dah tak ingat. Tapi kebanyakannya soalan dalam bahasa Melayu, hanya satu sahaja dalam bahasa Inggeris ( Tell us  about yourself ). Nasib baik sempat buka buku rujukan Fizik untuk sekali lalu masa dalam kereta. Sebab satu soalan yang tak dijangka-jangka tiba-tiba di tanya.

Kenapa pilih Fizik??

Macam mana boleh minat Fizik kenapa bukan Biologi atau ambil sahaja bidang selain perguruan seperti engineering ataupun medik??

Borang UPU isi apa 1st choice??

Apa itu Sekolah Berprestasi Tinggi??

Apa niche area sekolah kamu?? ( aku dengan bangganya menerangkan dan menunjukkan tali leher sekolah ( i-Kups ) yang aku pakai semasa temuduga itu  )

Kamu benar-benar nak jadi cikgu ka?

Tak mahu jadi lain daripada ibu bapa kamu ka?

" Saya amat meminati muzik, dan saya rasa kamu juga meminati muzik, cuba kamu nyanyikan saya satu akronim fizik ciptaan kamu sekarang.." kata si penemuduga tu.

Sudah...suruh menyanyi la pulak. Aku mengambil masa untuk mengingat akronim yang pernah aku guna masa belajar fizik dulu. Lepas tu terus nyanyi dengan kurang sedikit kadar keyakinannnya. Haa, tu la antara soalan yang mencabar jugak, sebenarnya ada lagi,  sentiasa penuh dengan provokasi.


INSAK

 Habis semua sesi individu ni, kami terpaksa menunggu kehadiran rakan-rakan lain yang untuk sesi pukul 11.00 pagi bagi memulakan sesi menjawab INSAK. Lambat sungguh nak tunggu depa semua tu sampai. Hmmm.

Aku cuba sedaya upaya membuat secepat yang mungkin kerana jumlah soalannya 135 soalan tetapi hanya diberi 30 minit sahaja masanya. Soalan-soalan tu tak lah sukar sangat, ok la. Alhamdulillah, aku sempat siap lebih kurang 7 minit sebelum masa tamat.

Selepas makan tengah hari di deretan kedai makan depan IPSAH tu, aku bersama ayah bersiar di sekitar Bandar Sungai Petani dan akhirnya pulang.

p/s : Lepas ni, insya-Allah temuduga Zakat Kedah pulak,,,





Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah




4/22/11

Terhenti Seketika


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Melihat diawanan gelap tatkala matahari menenggelamkan dirinya kebawah, burung-burung diatas dahan berkicau-kicau dengan merdu. Sungguh merdu mendengar simfoni alam ciptaan Allah. Melihat haiwan-haiwan yang pelbagai, sayu melihat kebesaan Yang Maha Esa.

Minggu hadapan ku jangkakan antara minggu sibuk buatku. Pelbagai acara penting buat diriku untuk masa hadapan. Setelah lama berblogging ni, asyik online je, tak dapat dinafikan memang tak dapat dinafikan, ada juga kesannya yang kurang baik terhadap diriku. Jadi, aku fikir, aku nak slow sikit lah, meng'online'kan diri. Mungkin kalau online pun, mahu lihat status blog ini dan fb sahaja. Ada beberapa perkara yang perlu aku buat dan siapkan, antaranya :

1) Menghabiskan bacaanku. Banyak betul buku-buku yang telah dibeli, tapi masih belum dijamah sehingga habis. Nanti takut membazir pulak. Fokus buku!!

2) Membuat persedian untuk temu duga KPLSPM. Yang ni antara yang terpenting. Mesti sangat-sangat fokus. Doakan aku berjaya ye~

3) Bersedian untuk ujian JPJ bagi mndapatkan lesen 'P'. Juga penting, kalau tak lepas, naya sungguh..

4) Mengajar tusyen ( kerja baharu aku ). Kerja yang sangat enjoy!!


Apa lagi haa, entah lah, banyak lagi yang penting, tapi setakat ni, inilah yang paling penting...



Asrama Putera i-KUP


Wallahua'alam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah


4/19/11

Soalan Yang Tak Diduga~



 Tempoh hari ( beberapa jam yang lepas ), tiba-tiba satu soalan kelihatan di inbox formspring aku. Soalannya agak pelik dan memerlukan aku bertanya rakan-rakanku yang budiman dalam fb. Setelah agak faham dengan soalan itu, aku pun tanpa menghampakan  peminat-peminatku  orang yang bertanya tu, aku terus menjawab dengan telus ( ecece). Ini soalannya :


Soalan : pernah ada crush kt sapa2?

 

Saya agak keliru dgn 'perkataan' crush di situ. Yang saya faham, selain maksud menghancurkan, ia juga bermaksud suka. Jika dilihat pada soalan, mungkin anda bertanya saya pernah suka pada sapa2 kan?Dan saya menganggap 'sapa2' yang dimaksudkan itu tentulah perempuan.

Sebagai insan biasa, sudah semestinya itu merupakan fitrah yang tidak boleh disanggahi lagi. Menyukai kaum yang bukan sejenis. Saya juga punya hati naluri untuk menyukai insan lain. Tetapi, bukan masanya lagi untuk saya zahirkan sukanya saya pada seseorang tu. Pengajian pun belum disambung. Tambahan pula saya ini agak pemalu, tambah-tambah dgn perempuan.

Haha, itulah jawapan, pernah menyukai tetapi tak pernah dizahirkan kerana saya fikir ianya mungkin akan menambahkan keinginan kita untuk berzina atau mendekati zina ( tidak kiralah zina jenis apa sekali pun) jika bergaul dgn lebih rapat tanpa sebarang ikatan. Mendekati zina pun sudah haram, inikan pula berzina, lagilah bertambah lah keharamannya.

Biarlah saya kejar cita-cita besar saya dahulu sebelum berfikir soal cintan cintun itu. Bak kata orang kampung, "single is simple, couple ( sebelum nikah ) make trouble ".. ^_^



Jom layan video ni, rass~



 p/s : Proses pembinaan baitul muslim perlu dimulakan pada saat ini lagi, dengan membentuk diri sendiri mengikut acuan Islam , bukannya bila nak kahwin baru nak terhegeh-hegeh. Ini hanya pandangan aku. Maaf jika aku salah faham dengan soalan tu, jika salah sila komen dibawah sebab aku jawab berdasarkan kefahaman aku.


Jangan klik link INI

Jangan juga klik INI



 Wallahua'alam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah




4/17/11

Kembara Menterjemah



Dengan Nma Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang~

Alhamdulillah, pada kali ini berkembara lagi. Lebih ekstrim dari kebiasaan kembara lain. Lebih berkrim cabaran kembaranya.

Menterjemah apa ??

Pada mulanya hanya untuk menterjemah beberapa barang di Institut Terjemahan Negara Malaysia ( ITNM ) bagi tujuan tertentu ( maaf, benda yang diterjemah tidak boleh dikhabarkan atas dasar privasi~ ). Tetapi biasalah, kembara kali ni dapat menterjemah pelbagai benda-benda lain. Pemikiran masyarakat, pengalamalan dan kehidupan bandar, penghayatan agama dan banyak lagi, Alhamdulillah ^-^ ~ . Kembara bermula dengan bertolak ke Padang Serai, Kulim untuk pergi ke rumah saudara Hamiduddin pada malam hari isnin. Selepas itu, kami bertiga ( aku, Hamiduddin dan Syahidul Amar ) dihantar oleh ibu bapa Hamiduddin ke Stesen Bas Kulim. Lebih kurang pukul 11 malam kami bertolak ke Bukit Jalil ( stesen bas sementara Pudu ).

Di sana kami bermalam di rumah Pak Su Hamiduddin di Seri Kembangan ( kot, kurang pasti tempatnya ) selama 3 hari 2 malam. Setibanya kami di rumah itu, selepas bersiap, terus kami ke Wangsa Maju untuk ke Institut Terjemahan Negara Malaysia ( ITNM ) di sana.

sempat shot dalam teksi



sedikit gambaran suasana dalam ITNM




Bangunan ITNM




Kaunter utama



errrr...
Semua terjemahan kami dijangka siap pada hari khamis iaitu mengambil masa lebih kurang tiga hari. Segala perjalanan kami di sana semuanya menggunakan kenderaan awam. Teksi, komuter, LRT, monorel dan kereta api . Memang agak mencabar kerana kami bukanlah pakar sangat dengan jalan-jalan disana. Namun di sebalik segala kesusahan itu, kami percaya, pasti ada sinar cahaya kesenangan di hadapan. Ayah selalu berpesan," jangan senang dahulu ( bermewah-mewahan ), kelak ditakuti akan susah kemudian" .

Kos penterjemahan sangat mahal. Sangat mahal bagi kami bertiga, kerana kami datang buka daripada keluarga berada atau keluarga ' datuk datin '. Kendatipun begitu, pengorbanan itu sangat diperlukan buat masa ini. Pengorbanan masa, tenaga, fikiran dan WANG !!


HAMIDUDDIN....Sedang menunggu LRT


Kekosongan masa iaitu pada hari rabu dan awal hari khamis, diisi dengan berjalan-jalan bersama pemandu pelancong kami, Pak Su Hamiduddin yang sangat baik hati : ) . Berjalan-jalan di pusat beli belah di sekitar Kuala Lumpur. Mid Valley, KLCC dan Times Square. Ke mana pun pusat beli belah yang dituju, satu tempat istimewa buat kami pasti dituju. Kedai buku!! Ya, itu keghairahan kami yang sama. Sangat seronok.


Berkembara tanpa kaca mata sangat sukar bagiku


Pada jam lebih kurang 11 malam, kami menaiki bas pulang ke tempat masing-masing. Terima kasih kawan-kawan. Kalian memang terbaik!!


Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah




4/10/11

GAMBAR : Basikal oh Basikal

Assalamualaikum w.b.t

Subhanallah al-A'zim, subhanallah wa bihamdihi.

Insya-Allah, pada kali ni kita lihat gambar-gambar menarik pulak. Gambar yang unik berkaitan dengan basikal. Semua gambar tu aku kumpulkan dari merata tempat, terutama sekali melalui uncle Google kita la, thank you uncle  !!

Semenjak dua tiga menjak ni, aku semakin selesa berbasikal bagi perjalanan yang singkat. Banyak foktornya kenapa aku mula beralih semula ke basikal. Salah satu sebabnnya mestilah kerana harga minyak yang kian menggila dinaikkan sesuka hati oleh para kapitalis negara. Dan tak kurang juga, sebab kesihatan. Ye la, tak kan nak duk terperap depan laptop ni je atau naik motor je, nak la jugak keluarkan peluh .

Kunokah aku

Pada saat aku mengayuh basikal ke sana sini, memang tak dinafikan aku sering dipandang pelik atau usha pelik. Ada apa? Kuno sangat kah aku jika kembali berbasikal. Itu belum aku naik basikal tua ayah aku yang berwarna merah tu, specially made of Birmingham ( antique bicycle ). Haa, yang tu orang ramai memang usha aku dengan pelbagai reaksi muka. Nak tergelak pun ada bila tengok orang usha pelik kat kita. Mungkin ramai yang tak tahu, berbasikal ni banyak faedahnya dari segi kesihatan. Jangan sampai perut dah mengandung buncit tahap labu sayong baru la terhegeh nak bersenam, tai chi la, aerobik la, poco-poco la. Solat tak mau buat jugak ( sesetengah orang la ). Hey, kalau setakat senam-senam macam tu boleh buat, solat yang mudah pun tak boleh buat?? Kemungkinan besar, mengikut kajian sains, geraka-gerakan solat tu mempunyai pelbagai manfaat yang berbeza-beza yang boleh diperolehi ( Rujuk buku 'Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit ). Subhanallah. Tak percaya, solatlah


Ah, terlajak intro pulak. Jom la kita layan gambar-gambar unik kat bawah ni dulu. Rass~



cardboard1 Basikal Daripada Kotak
basikal kad bod





http://suhaime59.files.wordpress.com/2010/06/daily-pix-009-20100127.jpg
haa??





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcSHQsGti0-xby3xPluHHQYd9Zy078gvMuGuiKDT0m4jm1ro1GW2I1yqSvuRmgC67xrDEBXGXTrkUMFv0TRXHrnSNPsHfqMs2YxfifDdqoyJpmN4rxQFWaN01mjWbGFeNHWiy9kWz5WfDF/s1600/2.jpg
nate gapo ni??




https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgv-xN1QgxqQA1XlRpdoPtXASBz7t3d5epEDQIR9lmLJs8fCG4vaYaAtDiKPTR0GA8xuA3zueQR4c57KwQYiJWHfoUJGPEeUqRWjNEOTd5gUGCDzyP-VaBTCW63hjpvqoQuI0LjTwQydqM2/s400/96900,xcitefun-bike-3.jpg
habis la kasut-kasut mahal tu..





https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEioZfX6t_yWqqZsq17qFKv6LGHyKXtEmRKz3eE4JgZ4Tc_bR0faGKAkcluKDynO3_PghJs_X-edtqAyRf5Ifkx4FVZXT9WHuEUgII_SLB3Lv8LtPLH33ioT_895zsijOmXfiCFdv9nvq0sz/s1600/weird-bicycle-designs-1.jpg
berangan nak beli cooper agaknya




[96904,xcitefun-bike-12.jpg]
basikal kayu








mati-mati ingat motor




gerun aku nak naik



besaq gila..





memang gila!!




elele, ecece, comey nya,,,




Ok, setakat itu sahaja perkongsian pada kali ni, insya-Allah, jumpa lagi ye...


Baca juga artikel ini :  Ceritera Motosikal



Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah



klik 'like' jika anda suka gambar-gambar di atas

4/8/11

Ceritera Motosikal


Assalamualaikum W.B.T


Alhamdulillah, semalam usai sudah latihan memandu kereta dan menunggang motosikal. Sangat memenatkan *__* !! Tapi berbaloi. Tembak sekali dapat dua mangsa, tak faham ke, 2 in 1 la. Ye la, Sekali pergi, belajar terus kereta dan motosikal. Tempat aku belajar ialah di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Mungkin ada orang akan tertanya-tanya pulak, duk dekat Baling, " awat pi sampai Penang nu, kat Baling tak boleh buat ke bro ?? ". Haha, jangan ingat Baling ni ulu ( pedalaman ) sangat tau, Baling pun ada tapak untuk belajar memandu la. Nak buat macam mana, dah aku pergi melalui agen di bawah institut memandu kat Bukit Mertajam tu. Ikut je la.

Nasihat berguna buat rakyat Malaysia



Bermotosikal

Sebenarnya aku bermotosikal atau pandai menunggang motosikal bermula dari darjah 3 atau pada umur 9 tahun. Sewaktu itu, ayah baru membeli dua buah motosikal mini atau orang kampung panggil 'moto kecik' di Thailand. Satu berwarna coklat dan satu lagi berwarna merah. Yang merah tu laju tu laju sikit, tapi yang warna coklat tu tak lah laju sangat. Ayah hanya memuatkan motosikal itu ke dalam kereta 'antiknya' selepas beli di Thailand. Yang merah berharga RM700 manakala yang warna coklat tu RM600. Haa, murah kan? Motor tu bukan baru atau first hand, tapi masih diketegorikan sebagai barang antik jugak la. Motor tu keluaran 1970-an. Sama tahun dengan Honda 70 jugak la. Ia juga keluaran Honda model Chaly, Honda Chaly.

haaa, cun tak??

coklat : ni la yang aku selalu naik dulu



Jimat minyak

Minyak motor ini memang jimat sangat. Tak sampai dua liter dah full tank dah. Lagipun ia tak lah kedarah atau menggunakan minyak dengan banyak. Sampai sekarang ayah amat gemar menggunakan motor tu, ye la kan, jimat minyak!! Minyak sekarang kan mahal, memang sentiasa dahulukan rakyat betul la kerajaan ni, bangga sangat dapat kerajaan macam ni!!


Takut Polis

Haa, ni satu hal pulak. Kalau jumpa polis, memang ketaq gila punya la. Mana taknya, motor ni dah la motor seludup. Permit road tax apa pun tak dak. Naya ja kalau kena tahan. Tapi setakat aku bawak motor tu kat area kampung-kampung kat sini, dah lebih dari dua kali dah kantoi dengan polis. Ayah selalu pesan, kalau terserempak jugak dengan polis yang 'amat berintegriti' tu, buat tak tau ja, jangan pusing belakang, takut jadi kemalangan pulak. Bila terserempak aku pun buat tak bersalah je la, mulut ni terkumat kamit membaca ayat-ayat tertentu yang dah dipelajari. Nasib baik polis tu tak tahan, mereka buat slumber je. Fuhh, memang lega..


Sekarang

Setelah aku masuk ke sekolah berasrama, motor-motor kat rumah aku ni banyak yang tak digunakan. Bayangkan la, 8 buah motor, tak kan ayah aku nak naik sebanyak tu tiap-tiap hari, kalau nak guna jugak mungkin kena buat jadual. Akibatnya, sekarang kebanyakannya telah tersadai.

Ada orang kata, " mak oii, banyak gila motor hang..", Sebenarnya, ayah aku ialah seorang peminat barang antik. Jadi kalau ada motor-motor yang antik, dia beli je kalau ada duit. Tapi sekarang dah berhenti beli dah, tumpu duit untuk buat rumah baharu. Nanti insya-Allah aku akan buat entri pasal barang antik ayah aku, nantikan!!

Tak rugi ke biar tersadai kat rumah tu. Ayah aku pernah cakap kat aku, kalau nak cari hobi, biarlah hobi yang mendatangkan hasil lumayan, kalau boleh lumayan dunia akhirat. Barang antik tu, kalau di taruh lama-lama, maka akan bertambahlah keantikannya. Bila dah bertambah keantikannya, maka harganya pun akan melonjak naik mendadak. Betul tak??


Haa, hobi blogging ni lumayan jugak beb. Insya-Allah, dunia akhirat ( jika buat ikut jalan yang betul la ). Ingatlah, setiap apa kebaikan walau sebesar zarah sekalipun akan dinilai oleh Allah, dan tak terlepas juga, kejahatan yang kita buat walau sebesar zarah pun kelak akan dihitung oleh Allah.


Ok, setakat itu sahaja kali ni, jumpa lagi~


Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.

4/7/11

Adab seorang muslimah



Wanita telah ditinggikan kemuliaannya dengan kedatangan agama Islam melalui wahyu yang telah diturunkan kepada para rasul. Namun, kedatangan syariat Islam menenggelamkan segala kezaliman yang sekian lama wujud ini, dan terus sentiasa mengangkat martabat kaum wanita.

Menurut Profesor Dr Yusof Al-Qardhawi dalam kitabnya yang bertajuk Sistem Masyarakat Islam dalam Al-Quran Sunnah, beliau menyebut bahawa Islam telah menghargai kewanitaan wanita dan Islam menganggap wanita sebagai unsur penyempurna bagi kaum lelaki, sebagaimana lelaki juga penyempurna bagi wanita. Maka bukanlah antara satu sama lain dari mereka itu sebagai musuh, bukan pula sebagai saingan, akan tetapi wanita sebagai penolong bagi kaum lelaki untuk menyempurnaan keperibadian dan jenisnya, dan sebaliknya. Oleh kerana perkaitan yang erat antara lelaki dan wanita inilah Islam memperlakukan wanita dengan baik tanpa merendahkan dan menghina mereka.

Sesuai dengan kesucian dan kesempurnaan ajaran Islam, maka wujudlah garispanduan yang perlu diikuti oleh kaum wanita itu sendiri bagi melindungi diri mereka daripada terlibat dengan fitnah bahkan menjadi sumber fitnah dalam menjalani kehidupan mereka sebagai seorang muslimah. Walaupun agama Islam telah menjaga kepentingan seorang wanita supaya dilindungi sepenuhnya sepanjang usia mereka, (bermula daripada menjadi tanggungjawab bapa, kepada menjadi tanggungjawab suami, sehinggalah menjadi tanggungjawab anak-anak lelaki mereka), kaum wanita seharusnya bijak membezakan antara perkara yang baik mahupun sebaliknya. Saya ingin katakan di sini adalah kaum wanitalah seharusnya peka dengan tuntutan-tuntutan syariat Islam sekiranya ingin menjalani kehidupan yang tenang di dunia dan di akhirat, walaupun ada insan lain yang dipertanggungjawabkan menjaga diri mereka.

Bagi membantu para muslimah sekalian, di sini saya cuba menyenaraikan apakah adab-adab atau garispanduan yang perlu diikuti oleh seorang muslimah dalam kehidupan mereka terutamanya apabila berada jauh daripada penjagaan keluarga ataupun suami berdasarkan penulisan Profesor Yusof Al-Qardhawi.

Pertama

Memelihara pandangan matanya dan memelihara kesuciannya, sebagaimana firman Allah SWT

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya...'" (An Nur: 31)


Kedua.

Menutup aurat dan perhiasannya dengan baik, tidak berpakaian terlalu sempit dan menjolok mata. Allah SWT berfirman

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya, dan hendaklah mereka menutupkan kain jilbabnya ke dadanya."
(An Nur: 31)


Ketiga

Hendaknya jangan menampakkan perhiasannya yang tersamar, seperti rambut, leher, kedua lengan dan kedua betis kecuali kepada suaminya atau muhrimnya. Allah SWT berfirman

“Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. . ." 
(An-Nur: 31)



Keempat

Hendaklah bersopan dalam berjalan dan berbicara. Allah SWT berfirman.

“Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan ... "  
(An-Nur: 31)


“Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit di dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik."
(Al Ahzab: 32)


Kelima.

Hendaklah ia menjauhi segala sesuatu yang menarik perhatian lelaki dari dirinya seperti berdandan (tabarruj) dengan dandanan ala jahiliyah. kerana ini bukanlah akhlaq seorang wanita yang bersih. Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian keluar dari rumahnya agar dicium baunya oleh orang maka ia berzina." 
(HR. Abu Dawud)

Maksudnya seakan ia berbuat zina, meskipun ia tidak berbuat demikian, maka wajib atas wanita menjauhi perilaku seperti itu


Keenam.

Wanita dilarang berduaan dengan lelaki lain yang bukan suaminya dan bukan mahrammnya, hal itu untuk memelihara dirinya dan diri orang lain dari bisikan-bisikan dosa dan memelihara dirinya dari berita-berita bohong. Nabi SAW bersabda

“Jangan sekali-kali seseorang itu bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali dengan muhrimnya"
(HR. Muttafaqun 'Alaih)

Ketujuh.

Jangan berikhtilath dengan kaum lelaki lain kecuali kerana keperluan yang terpaksa dan kemaslahatan yang dibenarkan dan dilakukan dengan seperlunya, seperti solat di masjid, menuntut ilmu, berta'awun untuk kebaikan dan ketaqwaan, yang tidak terlarang bagi wanita itu untuk ikut serta dalam memberi pelayanan kepada masyarakat, tetapi jangan lupa batas-batas syari'at dalam bertemu dengan lelaki.

Begitulah antara adab-adab yang perlu diamalkan dalam kehidupan seorang wanita muslimah. Islam telah mengatur kehidupan muslimah dengan sempurna agar terhindar dari sebarang tipu daya. Jadi kepada para muslimah sekalian, saya ingin berpesan kepada anda dan diri saya sendiri, jagalah maruah kerana maruah merupakan cermin diri kita.

Ibn Faldan
Sumber asal : nukilan cikgu iza
Beserta dengan beberapa penambahan dan pembuangan fakta yang tersilap oleh aku sendiri.


Lihat artikel aku sebelum ini :  Hijab : Perlindungan Zahir Batin Buat Muslimah


Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah


4/4/11

Belacan dan Aku


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang





Lokasi : Pasar malam, pekan hari dan market

Watak : aku (sebagai penjual belacan ), pelanggan  ,orang ramai

 ___________________________________________________________________________________

aku ( penjual )  :   mai beli !  mai beli belacan, baikk punyaa, baru ja sampai, belacan kampong ada, belacan tanjung dawai puuuun ada...

pelanggan       : baikkk punya menatang pa nya, hang bau tengok, semua dah busuk!! hang try bau tengok!!

orang ramai    : meng ushar kehairanan 1 saat, dan gelak, hahahaha.

aku ( penjual ) : gulp!! terkesima 1 saat dan gelak dgn orang ramai


 p/s : dialog diatas adalah kisah benar ketika aku bekerja menjual surat khabar dan belacan suatu ketika dahulu. Niat aku bukan mahu anda tergelak dengan dialog diatas, jadi, maafkan aku jika ianya lucu.

Wallahua'lam



Muhammad Iqbal
Baling, Kedah


4/2/11

Antara Solat dan Sembahyang




Sabda Rasulullah S.A.W, mafhumnya :
"Kamu dirikanlah solat sebagaimana kamu melihat aku solat"
( H.R al-Bukhari )


Pada kali ini, syukurlah aku masih diberi peluang menaip di sini. Kali ni, bukan mahu berbicara tentang tutorial solat yang betul mengikut cara Rasulullah atau apa-apa. Tetapi cuma ingin bermain-main dengan istilah sahaja.

Pada bulan Februari 2009, aku telah berpindah sekolah dari SMKA Sik ke SBP Integrasi Kubang Pasu. Budak baru mesti la kena tempoh minggu orientasi punya kan. Ya, kami dikenakan 2 minggu untuk sesi orientasi. Bila difikirkan balik, terasa 2 minggu itu satu pembaziran masa yang terlalu lama. Mana taknya, habis ja 2 minggu oorientasi tu, kami yang baru masuk ni terus menjalani peperiksaan. Nahaiii. Memang terkejut tahap cipanlah kami. Antara hasilnya, Add Math ku hanya 2/100 markahnya. Kenangan betul. Nasib baik SPM akhirnya A jugak. Alhamdulillah.

Sebenarnya, semasa dalam minggu orientasi tu, kami disusun dengan pelbagai aktiviti. Dan aktiviti paling banyak sekali adalah aktiviti dengar ceramah. Ahh, memang agak membosankan jugak la. Tapi antara slot terbanyak ialah bersama dengan PK HEM waktu itu, Ustaz Ishak, bekas guru MCKK. Beliau baru sahaja ditugaskan ke situ. 

Pernah satu ketika, dia bertanyakan kami semua.  Lebih kurang begini.

"Saya nak tanya kamu, apa beza solat dan sembahyang", tanya beliau dengan nada yang sangat yakin bahawa tidak ada orang mampu menjawab soalannya.

Semua pelajar mendiamkan diri. Mungkin mengambil masa berfikir sejenak.

"Ahh, ustaz ni, tanya benda yang bukan-bukan la. Ada ka bezanya???" Getus hati kecilku tanpa segan silu.

"Nak tau dak ni?? Kalau dah tau jawapan, Ustaz tak payah habaq dah..." kata beliau dengan sangat yakin.

" Habaq ja la Ustaz, habaq ja la Ustaz", kami semua menggesa.

" Ok, macam ni, antara kedua-dua istilah tu, yang mana tak terdapat dalam al-Quran??"

" Errmm, sembahyang la ustaz", kami menjawab.

" Haaa, betul tu. Dalam al-Quran, mana ada perkataan sembahyang. Yang ada hanya perkataan solah=solat", terang Ustaz.

" Lagi satu, kita tengok, kalau bangsa atau agama lain seperti di Malaysia, adakah mereka menggunakan istilah sembahyang atau solat untuk melambangkan ibadat mereka?? "

"Sembahyang kan...", tambah Ustaz.

" Jadi, perkataan sembahyang kebanyakkannya, semua orang guna, tak kira la dia agama apa. Tetapi solat hanya orang Islam sahaja yang menggunakannya bagi melambangkan ibadat mereka. Jadi, kita punya perkataan kita sendiri, itu privasi kita ", terang Ustaz kepada kami.

Selepas itu, aku berfikir sejenak. Betul jugak ye cakap Ustaz Ishak tu. tak pernah pulak aku fikir benda sekecil itu. Jadi, sebab tu la, sekarang, aku kerap menggunakan istilah solat berbanding sembahyang sama ada dalam penulisan ataupun lisanku.

Haha, itu sahaja yang ingin aku berkongsi pada kali ini. Jangan lupa komen di bawah ye.

Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.