12/30/10

Nama ALLAH pada kasut Warrior

Insya-Allah pada kali ini aku akan berkongsi sesuatu pendedahan dengan anda. Aku dapat merasakan, ramai yang sudah tahu tentang perkara ini. Tetapi pada pemerhatian aku selama ini, masih ramai juga yang masih tidak tahu lagi mengenai perkara ini.


Pendedahan apa?

Sempena musim persekolahan bermula, aku pun akan buat satu pendedahan mengenai kasut sekolah  yang berjenama 'Warrior'. Sejak aku sekolah rendah sehinggalah aku habis sekolah, sememangnya kasut jenama ini sangat popular dan mendapat tempat dalam kalangan pelajar-pelajar. Kasut ini menjadi pilihan para pelajar kerana ia menjadi trend pemakaian kasut jenis tersebut dan harganya yang bersifat ekonomi. Jadi, tidak hairanlah, memang ramai si pemakai kasut ini terdiri dalam kalangan pelajar sekolah harian.


Mulakan!

Sebenarnya aku menyedari kalimah Allah S.W.T pada kasut 'Warrior' ni sejak aku sekolah rendah lagi. Setelah diamati, memang tidak syak lagi, itulah kalimah suci ALLAH S.W.T !!!.


Nak bukti?

Ok, aku akan lampirkan beberapa gambar yang aku tangkap di kedai pakaian di pekan Baling. Semasa adik-adik aku sibuk memilih baju sekolah mereka, aku mendapat idea untuk tulis pendedahan ini. Aku ambil handphone mama aku dan tangkap beberapa keping gambar sebagai bukti.


Ini dia!!!

buktinya!!


lihat logo asal

sekali tengok macam kasut biasa-biasa je..


dekat tapak tempat nak pijak pun ada logo berserta kalimah Allah S.W.T



p/s: Jadi, kalau siapa yang belum beli lagi, boleh la cuba elakkan tetapi kalau dah beli, cubalah buang kalimah suci itu bagi mengelakkan ianya dicemari. Andainya pendedahan ini ada kesilapan, tegur tau!!


Wallahua'lam




Muhammad Iqbal,

Baling,Kedah.

12/29/10

Resepi : Maggi Kuah Laksa

Assalamualaikum...

Insya-Allah, pada kali ini aku bukan nak jadi chef, tetapi nak berkongsi sedikit antara makanan kegemaran aku. Sekali didengari memang bunyi macam makanan tidak sihat. Tetapi insya-Allah setakat ini, belum lagi terjadi apa-apa kepada aku. Pernah suatu ketika, semasa aku tingkatan 3, ada Ustazah baru yang ditugaskan mengajar kelas aku. Dia meminta kami melakukan sesi taaruf. Salah satu permintaannya termasuklah menyebutkan makanan kegemaran. Aku tanpa ragu-ragu lagi menyatakan maggi kuah laksa adalah makanan kegemaran aku kerana banyak makanan-makanan lain telah di sebut orang lain . Jadi, aku pun macam biasalah, mestilah pilih makanan yang pelik-pelik. Maggi yang dimaksudkan bukanlah maggi yang berjenama 'Maggi', tetapi sebaliknya ia adalah mi kering atau mi segera yang tidak disertakan perencah-perencah MSG nya yang sangat berbahaya. Ok, terimalah tutorial cara penyediaannya dari aku...

1)Perkara yang perlu anda ada untuk penyediaan maggi kuah laksa ( MKL ) ini sebenarnya mudah sahaja. Mesti ada kuah laksa, tak kira lah sama ada ianya dibeli atau buat sendiri oleh anda. Tetapi kalau buat sendiri lagi bagus.

ni gambar kuah laksa yang sedang dimasak

2) Kedua, anda perlu ada mi kering atau mana-mana mi segera yang telah diasingkan dari perencah-perencahnya


gambar ini hanya sebagai contoh sampingan


3) Ketiga, masukkan mi kering tadi ke dalam mangkuk hayun dan masukkan air panas di dalam mangkuk tersebut.

mangkuk besar mana ikut suka anda

4) Keempat, tuskan mi tersebut sehingga habis air panas didalam mangkuk tersebut ( kalau tambah selawat keatas nabi Muhammad صلى الله عله وسلام lagi bagus, tambah berkat lagi makanan tu )


5)  Kelima, masukkan kuah laksa ke dalam mangkuk tersebut sebanyak yang anda suka.





6) Keenam, masukkan apa-apa lagi sayuran seperti bawang, salad, timun dan lain-lain untuk menambahkan lagi selera anda.

tambah bawang



tambah timun



TAMBAHAN:


# Melalui bihun juga kita boleh letakkan kuah laksa. Insya-Allah rasanya juga agak enak.



Sedikit mesej yang ingin disampaikan buat semua :




Rasulullah صلى الله عله وسلام bersabda,

{ يَا غُلَامُ سَمِّ اللَّهَ وَكُلْ بِيَمِينِكَ وَكُلْ مِمَّا يَلِيكَ }
“Wahai anakku, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah makanan yang berada di dekatmu.” (HR Bukhari no. 5376 dan Muslim 2022)

Diriwayatkan dari Umar abi Salamah ra. :
Aku seorang anak laki-laki di bawah asuhan Rasulullah Saw dan tanganku biasa menjelajahi semua hidangan yang ada di depanku. Rasulullah Saw bersabda kepadaku, "wahai anak, mulailah dengan menyebut nama Allah, dan makanlah dengan tangan kananmu. Makanlah makanan yang letaknya paling dekat denganmu".
sejak saat itu, saya makan seperti itu.( H. R Bukhari )



Doa Sebelum & Selepas Makan Yang Disunnahkan

1 - Rasulullah صلى الله عله وسلام bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu memakan makanan, hendaklah membaca:



بِسْمِ اللهِ

Maksudnya:“Dengan nama Allah.”


Apabila seseorang itu terlupa untuk membacakan doa pada permulaannya ia makan, maka hendaklah ia membaca:

بِسْمِ اللهِ فِيْ أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ

Maksudnya:“Dengan (menyebut) nama Allah dari awal dan di akhir (aku makan).”
(Hadis Riwayat Abu Dawud, at-Tirmidzi. Lihat juga kitab Shahih Sunan at-Tirmidzi, 2/167)


2 - Rasulullah صلى الله عله وسلام bersabda: “Barangsiapa yang diberi rezeki oleh Allah berupa makanan, hendaklah membaca:


اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

Maksudnya:“Ya Allah! berilah kami berkah dengan makan itu dan berilah makanan yang lebih baik.”


Dan apabila Allah memberikan rezeki berupa minuman susu, hendaklah membaca:


اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْهِ وَزِدْنَا مِنْهُ

Maksudnya :“Ya Allah, berikanlah kami berkah dengan susu ini, dan tambahkanlah lebih dari itu.”

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi. Lihat juga Shahih Sunan at-Tirmidzi, 3/158)




Doa Selepas Makan,


3 - الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنِيْ هَذَا وَرَزَقَنِيْهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّيْ وَلاَ قُوَّةٍ

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang memberi makanan ini kepadaku dan yang memberi rezeki kepadaku tanpa daya dan kekuatanku.” (Diriwayatkan oleh Ashhabus Sunan (penyusun kitab-kitab Sunan), kecuali an-Nasa’i. Lihat juga Shahih Sunan at-Tirmidzi, 3/159)



الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ، غَيْرَ [مُكْفِيٍّ وَلاَ] مُوَدَّعٍ، وَلاَ مُسْتَغْنًى عَنْهُ رَبَّنَا

“Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak, yang baik dan penuh berkah, yang sentiasa dipanjatkan, diperlukan dan tidak boleh ditinggalkan, ya Tuhan kami.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, dan juga at-Tirmidzi dengan lafaz yang sama)

Doa Makan Yang Tidak Shahih (Tidak Tsabit) Dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam,

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، بِسْمِ اللهِ

“Ya Allah, berkatilah untuk kami dalam sesuatu yang telah Engkau kurniakan kepada kami, dan jagalah kami dari azab neraka. Dengan menyebut nama Allah.”

Penjelasan (oleh Syaikh Amir bin Ali Yasin) tentang hadis ini:

Hadis ini diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam ad-Du’a, no. 888, Ibnu as-Sunni, no. 457, dan Ibnu Adi, 6/2212 dari beberapa jalur, “dari Hisyam bin Amar, Muhammad bin Isa bin Sami’ menceritakan kepada kami”, “Muhammad bin Abi az-Zu’aiza’ah menceritakan kepada kami, dari Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya” dengan hadis tersebut.

Sanad ini adalah sanad yang bersangatan lemahnya (dhoif jiddan). Hisyam dan Ibnu Sami’, keduanya dipertikaikan, tetapi masalah yang sebenarnya terletak pada Ibnu Abi az-Zu’aiza’ah, kerana ia tertuduh dusta lagi matruk, dan hadisnya mungkar lagi sangat dhoif. Dengannya, hadisnya ini dinilai mungkar oleh Ibnu Adi, adz-Dzahabi, dan Ibnu Hajar al-Asqalani.

* Hadis-hadis ini diambil daripada beberapa buah laman islam untuk dikongsi.


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.

12/28/10

Jambori Remaja Muslim Nasional 2 (JIRIM 2 )









Jika kamu menolong agama ALLAH ( Islam ), ALLAH akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukan kamu. ( Surah Muhammad : 7 )

In the name of Allah most Gracious and Merciful. Alhamdulillah, semenjak hari jumaat hingga ahad kelmarin, aku sebenarnya telah menyertai satu program anjuran KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (KRIM) iaitu Jambori Remaja Muslim Nasional 2 atau JIRIM 2. Aku bersama 3 lagi rakan-rakan kampung aku, menaiki sebuah Toyota Avanza di Plaza Tol Sungai  Petani 2 yang dikemudi oleh abang-abang daripada KRIM Kedah. Sebelum itu, aku akan terangkan apa itu KRIM dan ISMA.


KELAB REMAJA IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (KRIM) tampil di tengah-tengah masyarakat untuk bersama-sama memainkan peranan. KRIM menawarkan pakej pembangunan yang menyeluruh merangkumi aspek mental, jasadi, rohani, emosi dan kemahiran. Hasil yang ingin dilahirkan ialah perubahan sikap motivasi, iltizam dan jatidiri dalam diri remaja itu sendiri






Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memainkan peranan di tengah masyarakat dengan hasrat membentuk dan membina masyarakat yang unggul dan gemilang. Untuk tujuan itu, ISMA mengajak masyarakat agar mengamal, dalam kehidupan seharian, ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP YANG UNGGUL DAN SEMPURNA!




Haaa, itulah KRIM dan ISMA bagi siapa yang belum mengenali. Jambori kali ini bertempat di Nur Laman Bestari, Ulu Yam dan seperti dijanjikan ia merupakan program bertemakan al-Quran. Kebanyakan aktiviti semuanya menggunakan al-Quran. Oleh sebab itu, para peserta diwajibkan membawa senaskhah al-Quran terjemahan. Antara aktiviti yang bagi aku seronok ialah War Games ( memang terasa cebisan jihad di alam peperangan ), kembara al-Quran ( memang meletihkan tetapi berbaloi ), malam mencari sinar ( buat persembahan ), dan banyak lagi.

Suasana hutan bandar dengan sungai yang bersih





Alhamdulillah, melalui kem ini, aku dapat mengenal banyak saudara seIslam seluruh Malaysia kerana penyertaan peserta kem ini adalah dari seluruh pelosok Malaysia ( 1 Malaysia ) kecuali Sabah dan Sarawak.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara. ( Surah al-Hujurat : 10 )


Sememangnya telah diaturkan semasa pembahagian kumpulan dilakukan secara rawak supaya dapat menjalinkan ukhwah bersama saudara seagama yang langsung tidak pernah bersua. Hasil usaha fasilitator yang begitu komited melakukan kerja mereka, ukhwah dapat dibentuk dengan mudah dan pantas. Usai perasmian penutup, kami pulang kembali ke kampung halaman dengan harapan agar KRIM dapat istiqamah membentuk remaja akhir zaman ini. Biar apa jua pandangan orang lain terhadap KRIM atau ISMA ni, aku tetap menyokong segala usaha untuk membangunkan Islam.

Disini aku selitkan sedikit gambar yang aku petik dekat flickr KRIM :

Aku menjadi bapak (yang sedang terbaring ) ketika Malam Mencari Sinar




Kawan-kawan sekumpulan


Setelah meredah aktiviti air.






Wallahua'lam.


MUHAMMAD IQBAL

Baling, Kedah.

12/23/10

Berintigritikah Polis Diraja Malaysia???


 


 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Entri kali nampak macam gempak je kan, mana taknya, siap letak lambang polis lagi ni. Memang mantop lah. Sebenarnya kalau anda nak tahu, maksud 'integriti' ni mengikut kamus dewan edisi keempat ialah  :

1. kejujuran
2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb)

Nah, itulah maksud hakiki integriti yang di gembar gemburkan oleh Polis Raja Di Malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM) . " INTEGRITI AMALAN KITA ", inilah slogan baru polis-polis trafik (polis lain tak tahu pulak) kita dekat Malaysia. Tetapi sayangnya sebilangan anggota-anggota polis trafik ni langsung tidak mengerti mengenai slogan itu. 

Apa buktinya?

Sebenarnya ada cerita yang nak aku kongsikan bersama anda semua. Kisah ini yang telah membuat aku geleng kepala akan anggota-anggota polis Malaysia terutama sekali dengan polis trapit trafik ni kerana salah seorang daripada dalam kalangan mereka telah pun mengaku bahawa dia langsung tidak tahu menahu akan maksud 'integriti' tersebut bersaksikan aku dan rakan karib aku. Ini sememangnya membuatkan aku terkejut beruk dengan pengakuan yang dibuat secara life di hadapan aku.

Kisahnya bermula apabila aku dan rakan aku pergi menghadiri satu jamuan reunion di sekolah lama kami yang  terletak di daerah Sik, Kedah. Perjalanan pergi kami bermula lancar dengan menaiki motosikal Honda Wave kepunyaan ayah aku yang dipandu rakan karib aku tu sebab aku belum mempunyai lesen lagi. Kami berdua kehujanan sehingga sampai di destinasi yang ingin dituju dengan selamat. Selepas usai jamuan yang diadakan selepas solat isyak, kami berbual-bual dengan rakan lama kami dan mengambil keputusan mahu tidur di asrama sekolah tersebut kerana jam pada waktu itu sudah menunjukkan malam telah melabuhkan tirainya. 

Pada hari esoknya, aku mendapati bahawa topi keledar aku hilang. Aku cuba mencarinya dengan sedaya upaya berbekalkan kudrat kurniaan Allah S.W.T kepadaku. Namun begitu, usaha aku itu langsung tidak membuahkan kejayaan bahkan hanya penat sahaja yang aku dapat. Jiwa baran aku pada waktu itu bergetus ' kalau aku dapat la sapa yang ambik, siap la...'. Alhamdulillah pada waktu itu, jiwaku juga terjentik dek ilmu di dada. Ilmu memandu aku untuk bersangka baik kepada orang yang mengambil topi keledarku itu bahawa ungkin dia hanya meminjam buat seketika. Setelah hampir satu jam menunggu, langsung tiada siapa datang memulangkan kembali barangku itu. Walau bagaimanapun, pesanan mama supaya balik awal harus aku patuhi kerana aku sedar syurgaku terletak di bawah telapak kakinya.

Daripada Abdullah bin Amru, Rasulullah S.A.W bersabda :
" Keredaan Allah daripada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah adalah daripada kemurkaan ibu bapa" 
                                                                                                         ( H.R al-Tirmizi )

Mengambil Risiko

Aku bersama kawanku meneruskan hajat untuk pulang. Sebelum itu, kami sempat menjamah sedikit sarapan di Pekan Sik dan akhirnya memilih sebahagian jalan kampung kerana sedar aku telah melanggar etika jalan raya yang telah ditetapkan untuk mengelakkan daripada polis-polis yang selalu berada di suatu kawasan itu. Keluar sahaja dari jalan kampung itu, kira-kira 5 km selepas itu malang sungguh tidak berbau. Aku ternampak sebuah motosikal berkuasa tinggi sedang menenggek di bahagian tepi jalan. Ya, itulah polis trafik. Aku menjadi gelabah dek 'fight and situation' atau situasi cemas itu. Aku mengarahkan kawanku masuk ke jalan kampung yang aku nampak berada di kanan jalan raya tersebut. Setelah kami masuk, rupa-rupanya jalan itu bukanlah jalan kampung, tetapi jalan yang menghubungkan kembali dengan jalan raya tersebut. Kami berbincang beberapa minit. Akhirnya, kata sepakat telah diambil untuk keluar dari jalan tersebut dan kami berserah kepada Allah sahaja apa yang akan terjadi selepas itu kerana kami sedar bahawa kami tidak akan lari daripada mereka. Lihat sahajalah cc motosikal mereka, jika kami pecut pun, sudah tentu masih dapat dikejar. Subhanallah, sebaik sahaja kami keluar dari jalan itu, dua buah motosikal berkuasa tinggi tersebut meluncur laju memintas kami. Fuhh, memang ini pengalaman yang betul-betul mengujakan aku. 

Polis : Adik keluarkan lesen dik. ( kawan aku mengeluarkan dengan perasaan yang agak terkejut )

Polis : Adik dikenakan dua kompoun, pertama sebab tak letak sticker "P" dan kedua kerana pembonceng ini tidak pakai helmet.

Kawan aku : Helmet dia kena curi la bang.

Polis : Kenapa tak beli lain. (dengan nada yang amat-amat bongkak )

Aku :  Kalau aku kaya macam si Sosilawati tu tak pa la, 100 helmet pun boleh aku beli kalau hilang satu     (Hati aku berdengus )

Aku : Sopannya polis-polis ni ( Hatiku memerli )

Aku: Abang, jumlah kompaun yang dikenakan berapa??

Polis : Hang RM100, hang RM 50. ( Sambil menghalakan jari ke arah aku dan kawanku )

Aku : Bang, cantiklah logo baru kat baju abang tu.

Polis : Yang mana?

Aku : Yang ni !! ( Sambil menunjukkan logo tersebut dan dengan hasrat meredakan keadaan )

Polis : Kau tahu apa maksud " INTEGRITI " ni?? ( Sambil menunjuk kearah logo tersebut.

Aku : Mengikut kamus dewan, maksud dia tulus atau jujur bang.

Polis : Haa, betul ke?

Aku : Betul la abang.

Polis: Ermm, betul la tu, sebenarnya aku pun tahu maksud dia. Belajar la elok-elok.



Kan betul.

 Haa, itulah ceritanya. Walaupun hanya baru seorang sahaja yang mengakui, tetapi aku dapat jangkakan bahawa ramai lagi anggota-anggota polis  yang masih lagi tergaru-garu kepala tidak tahu apa maksud sebenar integriti ini jika disoal. Kini, aku beranggapan segala slogan atau apa-apa sahaja yang dibawa kerajaan sekarang memang RETORIK  semata-mata, hanya mahu mematikan minda rakyat dengan janji-janji manis dan slogan-slogan mereka. Kepercayaan aku terhadap pimpinan Najib dalam diriku terus bergoyah kencang.

Oleh itu, aku minta kerajaan sedar akan hal ini. Jika maksud pun tak tahu, masakan kita boleh mendalaminya untuk terus mengamalkan amalan mulia itu. Buatlah kursus atau apa-apa sahaja untuk semua anggota polis, tak kira la polis jenis apa pun. Jangan sampai kualiti polis di Malaysia terjejas dengan pemerintahan golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab ini menjadi negara yang makmur dengan rasuah di sana sini.

Wallahu'alam.



Muhammad Iqbal
Baling, Kedah



Sitemap


12/22/10

Exchange Link : Tinggalkan Jejak Anda di Sini



Alhamdulillah, setelah anda sudah menjelajah blog ini, sekarang anda boleh la tinggalkan kesan anda di bawah. Insya-Allah boleh la aku melawat kembali blog-blog anda dan boleh la kita kuatkan lagi ukhwah sesama muslim. Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi ye..


12/21/10

Alhamdulillah..


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sesiapa yang mempelajari ilmu yang boleh mendapatkan keredhaan Allah, sedangkan dia mempelajarinya kerana ingin mendapatkan habuan dunia, dia tidak akan dapat mencium bau syurga di hari akhirat kelak”. (Riwayat Abu Daud)


Yeahh...Merdeka!!! Mungkin ramai dalam kalangan calon SPM 2010 menjerit kegirangan setelah usainya kertas terakhir peperiksaan SPM tempoh hari. Tetapi pada hakikatnya adakah kita benar-benar merdeka?? Aku faham bahawa merdeka yang dimaksudkan ialah merdeka daripada peraturan sekolah, leteran guru-guru, jagaan para warden, status pelajar dan lain.

Jadi, apa masalahnya?

Daripada apa yang aku lihat, ramai dalam kalangan kita sebenarnya telah mengeksploitasi kemerdekaan itu sendiri. Contohnya apabila kita terlalu ghairah berseronok sehingga batas-batas agama dilanggar sewenang-wenangnya seolah-olah Allah hanya wujud semasa kita menjalani peperiksaan atau ketika berada di dalam sekolah sahaja. Aku dapat tengok kalau rakan-rakan muslimin (lelaki) ni selalu menonjolkan pusat-pusat atau lutut-lutut yang tak patut dibuka. Aku pernah bertanya kepada salah seorang rakan aku, semasa aku sedang melihat gambar-gambar mereka," Eh, Allah hanya wujud dalam kawasan sekolah sahaja ka? Kawan aku tersengih-sengih entah mengapa. Mereka tahu akan hukum menutup aurat itu wajib, tapi tidak mahu mengamalkan ilmu-ilmu itu. Aku menambah kalam dari lohong tekakku, " Habis tu kenapa buka aurat?" Rakan aku menambah sengihannya.

Proses Pengaplikasian Ilmu

Pada hemat aku, setelah tamat peperiksaan SPM ini, proses yang utama kita perlu buat ialah proses pengaplikasian ilmu. Itu yang mandatori dilaksanakan oleh para pelajar. Jika proses ini gagal dilaksanakan, maka segala usaha jerih payah kita dalam pembelajaran selama berbelas-belas tahun pun turut gagal.

Aku pun cuba untuk sentiasa berada dalam ilmu. Seperti yang aku rancangkan dalam perancangan aku selepas SPM, aku ingin membeli buku-buku ilmiah yang telah aku intip selama ini. Alhamdulillah, segala perancangan aku itu membuahkan hasilnya setelah aku membeli beberapa buah buku di beberapa kedai buku di sekitar Kedah.

Aku Juga Insan Biasa.

Experience is The Best Teacher

Sememangnya pengalaman persekolahan tak dapat dilupakan. Sejak daripada tadika, taski, sekolah rendah dan sekolah menengah, banyak pengalaman yang telah mematangkan aku. Aku dapat rasakan kematangan aku berfikir banyak berlaku setelah aku berhijrah ke satu sekolah paling hujung di utara tanah air, SBPI Kubang Pasu. Penghijrahan aku dari SMKA Sik ke SBPI Kubang Pasu langsung tidak menimbulkan sebarang penyesalan dalam diriku. Sebaliknya melalui penghijrahan tersebut mengandungi pelbagai hikmah yang telah aku selami.

Banyak riak wajah guru-guruku sering bermain di neuron otakku, antara guru yang aku paling tidak lupa ialah Cikgu Hafizan Awang ( Ketua Warden SMKA Sik ), Cikgu Abu Bakar ( Guru SMKA Sik ), Cikgu Zainal Abidin ( Guru SMKA Sik ), Ustazah Ann Surina ( Guru SMKA Sik ), Ustaz Abdullah ( Guru SMKA Sik ), Cikgu Ariffin Salleh ( Guru SBPI Kubang Pasu ), Cikgu Zahrul Fuad ( Guru SBPI Kubang Pasu ), Cikgu Nurul ( Guru SBPI Kubang Pasu ), Cikgu Malek ( Ketua Warden SBPI Kubang Pasu ), Ustaz Tarmizi ( Guru BADAR SBPI Kubang Pasu ), Ustaz Suhaimi ( Guru SBPI Kubang Pasu ), Madam Faridah ( Guru SBPI Kubang Pasu ), Madam Idayu ( Guru SBPI Kubang Pasu ) dan banyak lagi.

Bersama artikel kali ini, aku selitkan gambar-gambar yang aku kumpul selama aku bergelar pelajar sekolah walaupun aku jarang sekali menampilkan soal diriku dan sekolah dalam blog ini selama aku 'berblogging' di sini :