12/23/10

Berintigritikah Polis Diraja Malaysia???


 


 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Entri kali nampak macam gempak je kan, mana taknya, siap letak lambang polis lagi ni. Memang mantop lah. Sebenarnya kalau anda nak tahu, maksud 'integriti' ni mengikut kamus dewan edisi keempat ialah  :

1. kejujuran
2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan; berintegriti mempunyai integriti (kejujuran, ketulusan dsb)

Nah, itulah maksud hakiki integriti yang di gembar gemburkan oleh Polis Raja Di Malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM) . " INTEGRITI AMALAN KITA ", inilah slogan baru polis-polis trafik (polis lain tak tahu pulak) kita dekat Malaysia. Tetapi sayangnya sebilangan anggota-anggota polis trafik ni langsung tidak mengerti mengenai slogan itu. 

Apa buktinya?

Sebenarnya ada cerita yang nak aku kongsikan bersama anda semua. Kisah ini yang telah membuat aku geleng kepala akan anggota-anggota polis Malaysia terutama sekali dengan polis trapit trafik ni kerana salah seorang daripada dalam kalangan mereka telah pun mengaku bahawa dia langsung tidak tahu menahu akan maksud 'integriti' tersebut bersaksikan aku dan rakan karib aku. Ini sememangnya membuatkan aku terkejut beruk dengan pengakuan yang dibuat secara life di hadapan aku.

Kisahnya bermula apabila aku dan rakan aku pergi menghadiri satu jamuan reunion di sekolah lama kami yang  terletak di daerah Sik, Kedah. Perjalanan pergi kami bermula lancar dengan menaiki motosikal Honda Wave kepunyaan ayah aku yang dipandu rakan karib aku tu sebab aku belum mempunyai lesen lagi. Kami berdua kehujanan sehingga sampai di destinasi yang ingin dituju dengan selamat. Selepas usai jamuan yang diadakan selepas solat isyak, kami berbual-bual dengan rakan lama kami dan mengambil keputusan mahu tidur di asrama sekolah tersebut kerana jam pada waktu itu sudah menunjukkan malam telah melabuhkan tirainya. 

Pada hari esoknya, aku mendapati bahawa topi keledar aku hilang. Aku cuba mencarinya dengan sedaya upaya berbekalkan kudrat kurniaan Allah S.W.T kepadaku. Namun begitu, usaha aku itu langsung tidak membuahkan kejayaan bahkan hanya penat sahaja yang aku dapat. Jiwa baran aku pada waktu itu bergetus ' kalau aku dapat la sapa yang ambik, siap la...'. Alhamdulillah pada waktu itu, jiwaku juga terjentik dek ilmu di dada. Ilmu memandu aku untuk bersangka baik kepada orang yang mengambil topi keledarku itu bahawa ungkin dia hanya meminjam buat seketika. Setelah hampir satu jam menunggu, langsung tiada siapa datang memulangkan kembali barangku itu. Walau bagaimanapun, pesanan mama supaya balik awal harus aku patuhi kerana aku sedar syurgaku terletak di bawah telapak kakinya.

Daripada Abdullah bin Amru, Rasulullah S.A.W bersabda :
" Keredaan Allah daripada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah adalah daripada kemurkaan ibu bapa" 
                                                                                                         ( H.R al-Tirmizi )

Mengambil Risiko

Aku bersama kawanku meneruskan hajat untuk pulang. Sebelum itu, kami sempat menjamah sedikit sarapan di Pekan Sik dan akhirnya memilih sebahagian jalan kampung kerana sedar aku telah melanggar etika jalan raya yang telah ditetapkan untuk mengelakkan daripada polis-polis yang selalu berada di suatu kawasan itu. Keluar sahaja dari jalan kampung itu, kira-kira 5 km selepas itu malang sungguh tidak berbau. Aku ternampak sebuah motosikal berkuasa tinggi sedang menenggek di bahagian tepi jalan. Ya, itulah polis trafik. Aku menjadi gelabah dek 'fight and situation' atau situasi cemas itu. Aku mengarahkan kawanku masuk ke jalan kampung yang aku nampak berada di kanan jalan raya tersebut. Setelah kami masuk, rupa-rupanya jalan itu bukanlah jalan kampung, tetapi jalan yang menghubungkan kembali dengan jalan raya tersebut. Kami berbincang beberapa minit. Akhirnya, kata sepakat telah diambil untuk keluar dari jalan tersebut dan kami berserah kepada Allah sahaja apa yang akan terjadi selepas itu kerana kami sedar bahawa kami tidak akan lari daripada mereka. Lihat sahajalah cc motosikal mereka, jika kami pecut pun, sudah tentu masih dapat dikejar. Subhanallah, sebaik sahaja kami keluar dari jalan itu, dua buah motosikal berkuasa tinggi tersebut meluncur laju memintas kami. Fuhh, memang ini pengalaman yang betul-betul mengujakan aku. 

Polis : Adik keluarkan lesen dik. ( kawan aku mengeluarkan dengan perasaan yang agak terkejut )

Polis : Adik dikenakan dua kompoun, pertama sebab tak letak sticker "P" dan kedua kerana pembonceng ini tidak pakai helmet.

Kawan aku : Helmet dia kena curi la bang.

Polis : Kenapa tak beli lain. (dengan nada yang amat-amat bongkak )

Aku :  Kalau aku kaya macam si Sosilawati tu tak pa la, 100 helmet pun boleh aku beli kalau hilang satu     (Hati aku berdengus )

Aku : Sopannya polis-polis ni ( Hatiku memerli )

Aku: Abang, jumlah kompaun yang dikenakan berapa??

Polis : Hang RM100, hang RM 50. ( Sambil menghalakan jari ke arah aku dan kawanku )

Aku : Bang, cantiklah logo baru kat baju abang tu.

Polis : Yang mana?

Aku : Yang ni !! ( Sambil menunjukkan logo tersebut dan dengan hasrat meredakan keadaan )

Polis : Kau tahu apa maksud " INTEGRITI " ni?? ( Sambil menunjuk kearah logo tersebut.

Aku : Mengikut kamus dewan, maksud dia tulus atau jujur bang.

Polis : Haa, betul ke?

Aku : Betul la abang.

Polis: Ermm, betul la tu, sebenarnya aku pun tahu maksud dia. Belajar la elok-elok.



Kan betul.

 Haa, itulah ceritanya. Walaupun hanya baru seorang sahaja yang mengakui, tetapi aku dapat jangkakan bahawa ramai lagi anggota-anggota polis  yang masih lagi tergaru-garu kepala tidak tahu apa maksud sebenar integriti ini jika disoal. Kini, aku beranggapan segala slogan atau apa-apa sahaja yang dibawa kerajaan sekarang memang RETORIK  semata-mata, hanya mahu mematikan minda rakyat dengan janji-janji manis dan slogan-slogan mereka. Kepercayaan aku terhadap pimpinan Najib dalam diriku terus bergoyah kencang.

Oleh itu, aku minta kerajaan sedar akan hal ini. Jika maksud pun tak tahu, masakan kita boleh mendalaminya untuk terus mengamalkan amalan mulia itu. Buatlah kursus atau apa-apa sahaja untuk semua anggota polis, tak kira la polis jenis apa pun. Jangan sampai kualiti polis di Malaysia terjejas dengan pemerintahan golongan-golongan yang tidak bertanggungjawab ini menjadi negara yang makmur dengan rasuah di sana sini.

Wallahu'alam.



Muhammad Iqbal
Baling, Kedah



4 comments:

  1. hrp2 semua akan fhm gn tugasan msing2..=)

    p/s: thanks follow blog sy..sebagai balasan, sy dh letak blog ini kt ruang follower kt blog sy..=)

    ****KLIK ENTRI TERKINI DISINI****

    ****KLIK ENTRI TERHANGAT DISINI****

    ReplyDelete
  2. salah satu sebab sesuatu organisasi tidak berjaya adalah kerana tidak memahami matlamat sebenar dan tujuan organisasi itu tetapi nampaknya pernyataan itu perlu diubah kerana makna integriti pun tidak dapat difahami oleh salah satu badan organisasi penting di malaysia ini.apapun, post ni memang menarik

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter